Feb 27, 2011

A journey to Istanbul, Turkiye~ Part 1

Assalamualaikum.

3 February 2011

Aku bertolak ke Terminal 3 Cairo International Airport. Bercadang kalau rusuhan yang berlaku di tengah bandar merebak ke lapangan terbang akan menyukarkan lagi keadaan. Jadi, aku memilih untuk tidur di lantai airport.

4 February 2011

Flight dijangka pukul 3.50 petang ni. Aku masih sabar menunggu. Tepat pukul 1, tiada list flight yang bakal aku naiki. Aku ke kaunter pertanyaan Egypt Air.

"Sorry miss, this flight is cancelled. It may be postponed to tomorrow in the early morning."

Argh! Terpaksa menunggu lagi! Aku terpaksa akur. Nak je aku tawarkan diri jadi pilot untuk terbang petang tu jugak. Sabar...

5 February 2011

Pukul 6.30 pagi.

Peristiwa yang sama berulang, flight kami cancel lagi dan postpone ke hari esok. Pada masa tu aku dah mula berfikir untuk balik terus ke Malaysia. Ops Piramid masih belum berakhir jadi aku masih berpeluang untuk mendaftarkan diri untuk kembali ke Malaysia bersama ribuan lagi pelajar yang masih terkandas di Terminal 1, pusat pengumpulan pelajar dan penerbangan untuk Ops Piramid. Aku yang keletihan menanti dan menahan kemarahan yang membara di hati terus tertidur.

Pukul 12.00 tengah hari.

Aku terbangun. Aku bersihkan diri di tandas dan kemudian kembali ke tempat duduk kami. Sahabatku naik ke tingkat atas, departure hall dengan harapan akan ada flight yang berlepas ke istanbul petang itu. Kemudian dia kembali dan memberitahu bahawa ada flight yang akan ke istanbul petang ini pukul 3.50 pm. Tanpa berlengah aku tolak troli bagasi laju-laju ke tingkat atas. Aku ke kaunter pertanyaan.

"Sir, can you put us in the waiting list for the flight to Istanbul 3.50 pm?"

Lelaki yang berada di kaunter terus mengambil itinerary yang berada di tanganku lalu mengangkat gagang telefon dan bercakap dalam bahasa arab yang mana aku kurang pasti apa maksudnya. Di dalam hati aku berdoa panjang semoga ada kekosongan untuk petang ni. Lepas bercakap di telefon, lelaki tadi berkata, "Please go to the security now." sambil menulis sesuatu di atas itinerary tadi.

Dengan pantas aku menuju masuk ke security check dan menghulurkan kertas itinerary. Alhamdulillah, kami berjaya melepasi security dan juga menerima boarding pass. Aku sangat bersyukur kerana tak perlu terkandas di sini untuk sehari lagi. Penantian yang sangat meyeksakan. Sambil aku berjalan menuju ke pintu kapal terbang, aku berkata, "Goodbye Egypt!" Sungguh, aku tak pasti adakah aku akan kembali memijak tanah berdebu dan bersejarah ini lagi. Sehinggakan disaat aku memakai tali pinggang keselamatan di dalam kapal terbang, aku masih tak percaya yang aku akan meninggalkan bumi Mesir ni dalam beberapa minit lagi.


terima kasih Egypt Air, kerana membenarkan kami keluar dari Egypt. Haha.


Pukul 5.30

Touch down at Atartuk International Airport, Istanbul. Setelah mengambil bagasi dan mengeluarkan wang, aku ke kaunter booking hotel. Setelah menerima sekeping map dan resit hotel, kami menuju ke hotel dengan menaiki shuttle car yang disediakan oleh ejen. Jalan raya di sini lebih kurang dengan Malaysia, cuma bezanya driver di sebelah kiri. Bandarnya besar seperti bandar Kuala Lumpur, dipenuhi bangunan pencakar langit. Suhu : 8 degree celcius. Sejuk!

Tiba di hotel, aku bersihkan diri, dan merangka jadual untuk esok berdasarkan peta yang ada. Masa untuk malam ni masih ada, jadi aku berkeputusan untuk ke Taksim Square. Ianya lebih kurang macam jalan Abbas 'Aqad di Mesir. Di Malaysia aku tak pasti, mungkin macam Jalan Bukit Bintang kot. Ish, ye ke? Tak pasti lah gua bukan orang KL. Jalan-jalan dulu, survey apa yang ada. Banyak kedai yang dah tutup. Masa tu dah pukul 11 pm. Rupa-rupanya musim sejuk diorang tutup awal sebab malam awal. Masa kami sampai pukul 5 pm tadi pun dah gelap. Balik hotel, terus pengsan kepenatan yang teramat sangat.



6 Februari 2011

Akibat kepenatan yang amat, aku terbangun lambat. Nasib baik belum pukul 10, kalau tak, terlepas lah breakfast ku. Lepas breakfast, terus keluar berbekalkan sekeping peta dan D90 mencari Blue Mosque. Tak sampai 10 minit, kami bertemu juga dengan Blue Mosque. Cuaca sejuk walaupun matahari riang mengeluarkan sinarnya. Disebelah Blue Mosque kulihat beberapa wanita tua menghulurkan piring yang dipenuhi makanan burung merpati kepada pengunjung. Aku juga tak melepaskan peluang. Seperti yang aku jangkakan, Blue Mosque ni sangat cantik dan besar. Juga ramai pelancong datang dari seluruh dunia. Di sebelah masjid ni terdapat Makam Sultan Ahmet dan kerabatnya. Kami singgah solat di Blue Mosque.


sempat memikat burung merpati di Istanbul...


Sultanahmet Mosque (Blue Mosque)

Kemudian kami ke Basilica Cistern. Ruangan bawah tanah terdiri dari tiang2 yang tersusun rapi, dan kolam di bahagian bawah. Serius cantik!


Underground Basilica Cistern

Lokasi seterusnya Hagia Sophia, tinggalan yang dahulunya gereja telah dijadikan masjid. Sekarang ni completely dijadikan muzium. Aku sangat teruja dengan binaan masjid ni. Terasa seperti kembali ke zaman empayar Ottoman.


inside of Aya Sophia/Hagia Sophia




perhatikan di bawah ada mimbar, dan diatas ada Mary dan Jesus.


wishing column - kononnya your wish will come true lah. ;)


from second floor

Kemudian aku ke Topkapi Palace. Ruangan istananya yang sangat luas, dihiasi taman yang cantik serta pokok2 yang tinggi. Suasana petang tu sangat tenang dan nyaman. Bagi yang suka berjalan dikelilingi pokok dan bunyi burung2, this place is the most suitable for you!


topkapi palace



pemandangan lautan Bhosphorus dari topkapi palace. 




Lepas keluar dari pagar istana, kami berjalan ke taman di sebelah istana pula. Walaupun penat, tapi bagi aku, rasa sangat rugi kalau tak meneruskan perjalanan. Tanpa dijangka, kami tiba di pelabuhan feri berhampiran kawasan Eminonu. Wah, tak sangka aku dah jauh berjalan. Kami decide untuk membeli tiket feri untuk ke Bursa keesokan hari. Aku bertanya beberapa orang tempatan, tapi mereka tak faham bahasa inggeris.

Tiba-tiba datang seorang lelaki tempatan berumur lewat 40-an menegur kami dalam bahasa inggeris. Beliau cam kami orang Malaysia. Beliau pernah bekerja di Perak tak lama dulu. Beliau sangat suka orang Malaysia kerana suka membantu orang. Bangga sekejap aku. Beliau kemudian membawa kami ke pelabuhan feri Yenikapi dan membantu kami membeli tiket. Oh, terasa sangat terhutang budi dengan beliau. Ya, di kala aku kesusahan, pasti ada orang yang akan membantu. Alhamdulillah~ Setelah mendapat tiket, kami berpisah dengan lelaki tersebut di Eminonu, dan kami menuju ke Taksim Square buat kali kedua. Kami terserempak dengan sekumpulan pelajar Malaysia yang belajar di Jordan di dalam train menuju ke Taksim. Aku sempat menangkap sepasang winter coat untuk main salji esok dan satu backpack Adidas. Hooyeah~

Cerita pasal main salji ni.. hmm.. next entry plak la ye? Hehehehe~

Ja ne!

Feb 14, 2011

Bapak gua~

Assalamualaikum~

Aku tak pernah expect yang bapak akan datang jumpa aku kat airport. Semasa aku sampai aku call mak kata on the way. 5 minit lepas tu aku nampak bapak. Mulanya aku sangka mak call bapak suruh datang jumpa aku so aku relax je lah salam ngan dia pastu borak-borak. Kata bapak dia datang dengan motosikal. Aku mula hairan.

So then lepas mak sampai, bapak angkatkan beg aku bawak masuk boot kereta pastu belah. Masuk dalam kereta mak tanya,

"Kau ke yang call bapak suruh datang?"
"Ape ke halnya kite nak call bapak pulak, bukan ke mak yang suruh dia datang ke?"
"Buat ape plak nak suruh dia datang. Buang karen je..."
"Habis tu camne dia tau flight orang pukul 9 sampai?"
"Akak Nor lah tu kot." Abang aku menyampuk.

Oh, rupanya bapak dah lama tak in touch sangat dengan family. Sekarang asyik busy tolong bini dia yg lagi satu tu berniaga kedai kopi kat Chabang Tiga kata mak.

Aku keliru. Apa yang aku nak rasa ek? Kesian atau 'oh-you-deserve-it-because-you-sendiri-cari-pasal'? Serius, aku rasa kesian. Macam dia dah tak diterima sampai nak jumpa anak dia yang belajar jauh ni pun nak kena curi-curi jugak. :'(

Coming up next : Update jalan-jalan ke Turki. (masih dalam pembikinan)

Ja ne!

Feb 12, 2011

Malaysia!

Assalamualaikum!

Yeay! Dah habis round Istanbul and Athens! Now waiting for boarding for Malaysia! (^______^)


skiing~ Awesome!

Feb 5, 2011

Disaat Aku Mencintaimu.

Assalamualaikum~

Setelah dua hari bermalam di Cairo Airport, akhirnya hari ni Allah makbulkan doa aku. Tiba-tiba ada kosong dua seat untuk flight petang ni. Sepatutnya kami delay ke petang esok. Alhamdulillah. Kurang sikit kesedihan yang aku rasa. Sekarang rasa excited, dan berdebar sebab memang rasa tak terancang pun untuk terbang hari ni.

Subuh tadi, seseorang memberikan sebuah lagu untuk aku. Aku pernah dengar lagu tu sebelum ni tapi takde rasa apa-apa sangat. Bila lagu ni berikan oleh seseorang untuk aku, aku rasa terharu, sedih. Sebaik saja aku dengar lagu tu, air mata aku tak tertahan lagi lalu jatuh di hadapan orang tu. 


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Sayang Akmal Kamal, Aiman Kamal, Nadra Ruba'i dan Naufal Ruba'i. Jangan tinggalkan aku boleh? Jom sambung lagi belajar kat Mesir nanti k? Really, I need you all.


Semoga percutian ke Turki dan Greece ni akan menjadi kenangan manis buatku.

*Written immediately after checking in. Waiting for boarding in 30 minutes from now. 

Take care and ja ne~

Feb 3, 2011

Turki, Greece in love~ Bye Egypt. *sob2*

Assalamualaikum!

Ohh, rindunya blog ni! Akhirnya baru dapat online hari ni! Korang semua apa khabar??? Aku kat sini sihat dan selamat Alhamdulillah~ T_T

Kepada sesiapa yang singgah ke blog ni, terima kasih daun keladi. ;) Oh, rupa-rupanya riot di Egypt ni menjadi gempar di Malaysia sana ek? Jangan risau, everything is going to be fine. Cuma ada beberapa masalah berkaitan universiti dan cuti, exam semua.

Kesian pulak ramai family student yang datang niat nak bercuti kat Mesir. Vacation jadi huru-hara. Salah timing la tu. Ada hikmahnya. Takpe, lain kali datang lagi ye? ;D (Nasib baik mak sempat datang bercuti pendek kat sini.. hehe..)

Flight ke Turki hari Jumaat ni. Esok aku akan gerak ke airport walaupun dengar cerita ramai yang terkandas kat sana. Tapi group member2 aku jugak dah selamat sampai ke Turki 1 hb lalu. So, I assume flight to Turki won't be disturbed. Then, I will take flight from Athens to Malaysia. Mak dah berapa kali ulang suruh balik Malaysia cepat2. Hehe. Don't worry mak, I will be back to you. Lagi 10++ hari je mak, sabar, sabar.

Doakan keselamatan kami semua di sini.

Later updates will come soon when I arrived in Turki.

Ja ne!

Jan 8, 2011

Hiatus!

Assalamualaikum!

I will be on hiatus starting from now until the end of January. Exam! Exam! Grrrr! I will be missing you all and thanks for visiting here! ;)

Take care handsomes and beauties! (^______^)



Ja ne!

Jan 3, 2011

The Most Beautiful Woman~

Assalamualaikum~

Every woman is beautiful~ Yes, there's no doubt about it. It depends on how you look at that woman. She's maybe beautiful because of her appearance, maybe because of her words, and maybe because of her actions. Of every beautiful women I've met in this world, I found only one which is the MOST beautiful woman ever : My mother. =)

my mother. this photo taken by my brother.

"There's something about you now,
I can't quite figure out,
Everything she does is beautiful,
Everything she does is right."

All I need is your blessings. All I need is your warmth. All I need is you.

p/s : She's beautiful right? Just like her daughter. HAHA! XD

Ja ne!

Dec 31, 2010

Sedetik 12 tahun yang lalu~

Assalamualaikum,

Pukul 6.15, 30/12/2010

Sambil-sambil menunggu air masak, aku pandang ke luar tingkap. Angin sejuk menangkap lengan dan leher ku. Matahari masih belum menampakkan sinaran merah orennya. Ku lihat langit, kelam diselubungi kelompok awan. Akan hujan lagikah Bandar Kaherah ni seperti semalam?

Ah, mimpi lah. Hujan di sini hanya 2-3 kali setahun ketika peralihan musim. Ku tersenyum sendirian. Lantas ku lihat di jalanan. Aku nampak seorang wanita tua berjalan perlahan-lahan membawa sebiji beg plastik. Melalui simbahan lampu neon di jalanan, aku perhatikan benda yang di dalam beg plastik tersebut. Rupa-rupanya wanita tersebut membawa roti ‘isy atau dikenali sebagai roti pita (woi betul ke ni?) di Malaysia.
Lalu ingatan aku melayang merentasi jarak dan masa…

Pukul 6.15, 2/1/1998

“Dik, cepat turun ambik bekal ni, tak sempat dah, makan dalam kereta je!” bunyi suara mak lantang dari dapur.

Aku yang sedang berusaha memakai stoking yang separa basah terkial-kial sambil menjawab “Ya! Ya!” Musim hujan di pantai timur masih belum reda. Jadi, stoking yang aku jemur dari semalam macam tak perlu jemur pun takpe sebab masih lembab jugak. Tch. Aku berlari-lari ke dapur, letak air milo dan 2 keping roti kedalam bekas, dan terus bergegas meluru ke kereta. Kasut pun aku jinjit sekali ke dalam kereta sebab tak sempat nak pakai kat rumah. Mak dah siap tunggu dalam kereta. Mak memang macam tu, pergerakan beliau mesti akan lebih laju selangkah dari aku.

Di dalam kereta, aku memakai kasut dan makan sekeping roti cicah dengan air milo tadi. Aku terpaksa makan di bawah tempat letak kaki kerana taknak kena marah sebab tumpahkan air atas kusyen kereta. Aku masa kecik memang selalu cuai masa makan. Hais~

Kerjaya mak sebagai seorang jururawat memerlukan beliau sampai ke tempat kerja tepat pukul 7 pagi. Nak tak nak aku terpaksa juga ikut pace beliau. Akulah budak first sampai kat sekolah. Kerja aku awal-awal pagi bukak lampu di susur gajah dan kelas. Pukul 6.30 – 7.00 pagi masih gelap dan sunyi, dan aku terpaksa telan sendiri perasaan takut tu. That’s why sekarang aku tak takut langsung dengan gelap. Heh.

Aku masih ingat, mak yang pagi-pagi akan hidangkan roti dan buatkan air milo untuk sarapan. Aku masih ingat, mak yang terkejar2 ke sana ke mari kerana waktu kerja yang awal. Aku masih ingat, mak yang memecut laju keretanya membelah kesejukan pagi menghantar aku ke sekolah lalu ke hospital tempat kerjanya.

Aku juga still ingat, diri aku yang dulunya naïf...namun sudah mengerti akan lara hati seorang wanita bergelar mak.

Wanita tua yang menjinjit plastik berisi roti ‘isy tadi sudah hilang dari pandangan. Aku lihat langit semakin cerah. Aku sandarkan dahi ke cermin tingkap, desahan nafasku meninggalkan kesan wap di permukaan cermin. Lalu idea datang membuatkan aku kembali duduk di kerusi belajar dan mula menaip…

Dec 28, 2010

Penyelamat handphone gua~

Assalamualaikum~

Suatu hari, terjadilah peristiwa di mana handphone aku hilang di dalam teksi. First time barang berharga aku hilang, tak pernah lagi lalai dan cuai. Walaupun hilang dalam teksi, tapi dapat jumpa balik. Bagaimanakah?

Pada hari kejadian, aku dan Zul dalam perjalanan ke Ramses menaiki teksi. Dalam teksi aku main handphone. Tanpa sedar, aku tertidur. Perjalanan ke Ramses dari rabaah mengambil masa lebih kurang 20-30 minit termasuk jalan jammed and bagai lagi so logik la aku tertidur kebosanan. 

Sebaik tiba di Ramses, aku terbangun dari tidur dan tak sempat berfikir tentang handphone. Kami terus keluar dari teksi dan bergegas ke stesen kereta api. Lepas masuk dalam stesen kereta api, aku terasa nak cari handphone. Cari-cari dalam beg tak jumpa. Ah sudah! Aku panik. Zul pun panik. Cari lagi, tak jumpa jugak. Beberapa kali miscall, tak dengar bunyi ringtone. 

Kitorang pun cari tempat duduk dulu sebab barang yg kami bawak (Zul punya) memang banyak tak cukup tangan. Zul suruh aku duduk diam-diam kat situ tunggu. Katanya nak pergi cari. Aku duduk kat situ sambil berperang dengan emosi. Risau gila-gila bercelaru otak. 

Setelah 45 minit berperang dengan emosi sendiri, Zul datang dengan muka yang selamba. 

Zul : Macam mana ni?
Aku : Macam mana apa?
Zul : Kau nak ikut pegi Tanta tak ni?
Aku : Dah decide, ikut je la, nak buat macam mana lagi.

Muka aku dah berubah dah masa tu.

Zul : Mahal ke tak handphone tu?
Aku : Mahal ke tak, tak kisah sangat tapi benda kat dalam tu ha yang penting.
Zul : Pakai handphone aku dululah. (sambil hulur handphone dia)
Aku : Takpelah, aku ada lagi satu handphone.

Aku dah nak keluar air mata dah. 'Sabar, sabar, jangan kat sini, nanti mamat ni nampak malu aku. Grrr.' Aku tunduk letak muka dalam lengan aku. 

Zul : Tengok, kau dah sedih daa.. macam mana?
Aku : Ah, biar ar.
Zul : Ha, aku tau mcm mana nak buat kau gembira balik.
Aku : Camne? (muka masih sorok dalam lengan)
Zul : Tengok lah sini dulu.
Aku : Ah, cakap je. Takyah tengok.
Zul : Tak boleh, ni kena tengok. Jap je, tengok kejap je.

Aku berpaling kat dia. Dia hulur handphone kesayangan aku. Aku dengan muka malu spontan ambik handphone tu pastu sorok balik muka dalam lengan. "Argh, sengal!" Aku jerit. Dia gelak je sambil berlalu pegi beli tiket train. 

Diceritakan balik yang Zul call handphone aku tu berpuluh kali baru pakcik teksi tu angkat. Masa tu pakcik tu dah kat mana-mana entah dan taknak patah balik ke Ramses. Zul jugak pergi redah mana-mana entah aku tanya dia tak bagitau (sengal) yang pasti bukan kawasan Ramses (Ramses tu besar okey).

Masuk je dalam tren, aku dengan taktau malunya sambung tidur balik. Penat tak cukup tidur + baru lepas kelas + berperang dengan emosi. Heh.

Apa yang aku nak cakap kat sini ;

- Tak semua pak arab jahat. Ada jugak yang tau mana betul mana salah.
 - Sila jaga elok-elok barang berharga anda. Jangan lalai nak2 bila duduk jauh di negara orang.
 - Zul sengal. (takde kaitan. HAHA!)

p/s : Kau silent reader tegar blog aku kan? Haha, kalau kau baca ni, jangan buat apa-apa. Study je diam-diam kat rumah tu. Good luck in your exam keh? Lepas ni kita pergi bercuti plak. Nge~ (^________^)

p/s/s : Oh ye, awek kau baca blog aku tak????? XD

Ja ne!

Dec 26, 2010

Aku malas nak layan~

Assalamualaikum!

Apa khabar?

Hidup kami kat sini takkan lepas dari quiz dan test setiap minggu. Minggu ni saja 3 subjek ; Removable Prosthodontics, General Physiology, dan General Anatomy. Aish~

Habis tu apa aku buat kat sini?

Gila lah kalau aku nak kena hadap buku 24/7 kan. Mau hilangkan stress jugak. Korang mungkin rasa aku ni cepat melatah, ada test dan quiz sikit bising. Ah, lantak ah. Kalau aku tak bagitau at least kat sini, rasa berat sangat jiwa dan raga nak bawa. Dah la hati perempuan ni kecik je. Haha, literally sama besar je dengan lelaki, but, philosophically, it isn't same.

Aku sekarang hidup di sekeliling manusia yang sangat rapat dengan ahli keluarga, which is i'm lacking of it. Bukan sengaja taknak rapat, tapi memang dah sedia ada gap antara masing-masing. Ya, our relationships were kind of strange. Then, bila tiap-tiap hari dengar mereka yg di sekeliling aku bercerita tentang family, aku rasa jealous. Seriously! Haha. Kadang-kadang aku rasa hubungan mereka yg weird, padahal kami yg sebenarnya weird. Tak faham? Sudah.

Aku buat Tumblr. Just untuk letak gambar yang aku rasa best nak letak, which is taken by myself. Rasa bersemangat sejak-sejak ada boyfriend baru ni. ;)

Blogwalking? Sorry, akhir-akhir ni aku rasa malas sangat. :( Aku hanya singgah di blog2 yg biasa aku lepak je, kadang-kadang kalau rajin aku singgah kat mana2 yg tinggal link di shoutbox. Aku bukan sombong, tapi malas, faham?

Akhir-akhir ni jadual makan tak terurus lagi. Pedajal perut sendiri betul aku ni. Dah la memang dah ada gastrik, cari pasal betul. Sorry mak, saya tak jaga kesihatan dengan baik. :(

Dah, mau 'tido'. Heh, sikit orang je tau apa maksud 'tido' di sini. Sakit kepala dengan dunia. Fasa perubahan sudah berjaya mencapai tahap dormant. Biarkan ia seketika, tak apa kan? Atau, adakah korang yang kenal aku di dunia sebenar anggap aku seorang yg tak baik? Ingin sekali aku kembali ke suatu masa dulu, di mana hanya aku dan dia, tiada lagi yang lain menemani diriku. Namun apakan daya, dia itu terlalu jauh dari aku. Sabar ye mak? Lagi 3 tahun je kat sini. Sabar itu kan indah? =')

Seorang sahabat lama, kenapa tak contact aku eh? Emel yang aku hantar pun tak berbalas. Takpe lah, i just hope you live well and happy.


"Adakah di sana, kau rindu padaku?"

Ja ne.

Dec 23, 2010

Of Dahab and Sharm El Sheikh~

Assalamualaikum!

Senyum-senyum selalu~

Jalan-jalan kali ni update yg dah basi sangat dah! Kitorang pergi raya haji di Dahab dan Sharm El Sheikh. Oh, oh, Sharm El Sheikh sebenarnya tak boleh pergi, mamnu' kata P**** tapi... shhhh! Hehehe ;D Trip 4 hari 3 malam memang best jugak lah. So, layankan aje gambar2 ni keh? Actually banyak ambik gambar tapi aku tak larat lah nak upload semua kat sini. Dah la berukben macam nak tak nak je dengan aku. Tch.


on the way.. kabus tebal di tengah2 padang pasir..


on the way lagi..matahari lepas subuh..


matahari dah meninggi..


teluk fairuz (ish, betul ke eja dia mcm ni?)


tempat penginapan kami..



pakcik ni buat tarian sambil pegang pisau..


pakcik ni pulak excited org ambik gambar dia..


sekitar Dahab..

    




air laut yang jernih..





old market, Sharm el Sheikh.








berada di atas bumbung glass boat.. sambil ambil2 angin.. fuuhh!

\

pemandangan bawah laut.. cantik kan?


gambar emo wajib ada..


lagi gambar bawah laut..





ini encik basri, driver kami (kereta dan glass boat) Aha!


ini kami.. ish, Bob xmasuk gambar pulak..


aku bila dah jumpa pantai..


matahari terbenam sudah...

      

yeah.. babai..

Oh ye, sebelum balik sempat juga singgah di Hard Rock Cafe Sharm el Sheikh tapi gambar tak lawa. ;)

Februari ni mahu gamble trip ke Turki dan Greece pulak. Yeehha! XD

Ja ne!

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...