Assalamualaikum.
Hari ni borak-borak dengan sorang senpai. Terkeluar la pasal aku ada penyakit AVM kat dia. Teringat balik tentang mak yang jaga aku masa aku terlantar di dalam wad. Teringat aku tentang mak yang sanggup tidur atas lantai wad nak jaga aku. Teringat aku tentang mak yang terpaksa bangun lewat-lewat malam nak pastikan aku makan ubat dan pergi ke tandas.
Agak-agak, aku mampu tak berkorban macam tu pada dia kelak? Kalau aku tak mampu pun, aku berdoa semoga Allah memberi ganjaran pahala berganda-ganda hebatnya kepada mak di akhirat kelak.
Rindu bebelan mak. Sebab aku malas nak baca buku dah la esok exam Anatomy. Bercinta betul aku dengan subjek anatomy ni. Kalau sekali dia bagi penangan bebelan dia tu, memang seminggu ar terngiang-ngiang dalam kepala aku apa yang dia cakap tu. Terkena tajam dan tepat kat kepala aku. Mak memang pengkritik terbaik.
Ish, nak call mak aku lah pagi esok. Nak suruh dia membebel panjang-panjang. ;)
Ja ne!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kau rasa?
Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...
-
Assalamualaikum~ Every woman is beautiful~ Yes, there's no doubt about it. It depends on how you look at that woman. She's maybe be...
-
Assalamualaikum! Salam pagi jumaat! Dalam entry lepas aku ada tulis yang semalam aku nak keluar main bowling dengan seorang blogger yang...
No comments:
Post a Comment