Jul 6, 2010

Sawang bukan sewang ye?

Assalamualaikum!

Apa khabar orang kampung Malaysia? Orang kampung Egypt macam mana pulak? Hehehe.

Wah, gembiranya hari ni baru dapat online. Dapat berukband baru la kononnye. Oh-oh, okey aku eja betul-betul kali ni. Broadband. XD Cuma line dia lambat sikit, ah tak apa asalkan boleh online.



Berukband Broadband Celcom Special Edition~


Mak

Mak aku cakap aku dah kurus. Macam tak cukup makan pun ada. Aik, aku makan punya la banyak dia cakap tak cukup makan? Adeh~~ Ahha, kan kat sana hari tu musim panas, so memang frekuensi makan tu berkurangan sikit dari biasa. Tapi, aku gembira dengan komen tu. Yahooo!

Seperti biasa, and seperti yang aku jangkakan, dia membebel seperti biasa kat telinga aku. Apa saja benda masuk dalam telinga aku 3 hari ni. Gajah, rimau semua masuk dalam telinga jugak. Biasalah...mak. Takde orang lain dah sanggup dengar dia membebel. Aku je. Hehehe.

Manga

Ya,, ini favourite hobby ku. Lepak-lepak atas katil ditenggelami komik2 manga Jepun ku. Muahaha! Nasib baik mak aku tak buang. Faham jugak dia feveret anak dia sorang ni. Heh. Bila komik dah penuh atas katil, laptop pun atas katil, beruk band pun ada, dah complete hidup ini (untuk sementara ni je lah kan). XDD

Jalan-jalan

Ini... aku belum buat plan betul-betul. Tapi yang pasti akhir bulan ni aku nak ke Selangor. Wedding kawan aku, Adah and Saiful. Wah, dah nak kahwin dah diorang. Sweetnye. Rasa jealous pulak aku. Takpe, sabar. Tanggungjawab aku yang ni belum habis. Belum boleh pegang tanggungjawab baru lagi. Dan 'chance' itu belum ada lagi. XD

And, alang-alang dah pergi Selangor, insyaAllah aku akan naik KL jugak. Nak wat gathering dengan adik-beradik fasi lah. Dah lama tak jumpa, rindu la den. Huhui! Lepas tu kena date dengan bestfriends aku jugak, Farizz, Farhan, Maryam and lain-lain. Haa,, Rasanya ada la 4-5 hari jugak aku kat sana nanti. Ni cuma perancangan je la dulu. Kalau diizinkan Allah... =)

ICDL

Ape tu ICDL? International Computer Driving License. Aku pun tak tahu sangat untuk apa ICDL tu sebenarnya. Tapi bila baca blog MedicMesir, dia cakap wajib untuk semua mahasiswa/wi di Mesir. Hais~~ Nak kena pergi training ni kena pakai duit lagi. Banyak pula tu. Pening daa aku. Then training dekat UPM. Kena pergi lagi walaupun sekejap. Herm. Nak kena tanya orang ni.

Tu saja untuk kali ini. Jaga diri. Take care! Bye~

Ja ne!

Jul 3, 2010

Next Stop : Terengganu! XD


Assalamualaikum!

Aku dah sampai di Malaysia! Sungguh, aku rasa bersyukur and lega gila sebab berjaya melepasi satu dugaan yang besar dalam hidup aku. Dengan kesihatan aku yang tak berapa elok tiba-tiba demam and then sakit perut cirit-birit lagi. Ah, bayangkan aku dua kali masuk toilet dalam flight! Tu pun aku bertahan je la. Transit di Doha yang tak berapa nak happy sebab tak sihat. Sorry ye Madihah..sepanjang kita journey terbang bersama, ai banyak susahkan yu. Nak buat macam mana dah takdir aku nak sakit tiba-tiba.

Tapi apa-apa pun, Alhamdulillah sebesar mana pun dugaan menimpa, akhirnya sampai jugak aku di tanah air.


Doha, Qatar

Doha punya barang duty free memang murah! Kat sana banyak gila branded perfumes yang boleh tahan murah harganya kalau nak dibandingkan bila anda shopping kat sini (Malaysia). Disebabkan aku sakit, so tak jalan mana sangat la. Round2 kawasan perfumes survey harga dulu then duduk je. Nanti la bila aku pulang ke Egypt semula transit sekali lagi ni aku akan beli something. InsyaAllah kalau ada duit. Ouh, ramai gila orang Malaysia kat Doha, ada makcik pakcik yang baru balik umrah transit kat Doha, and naik flight sekali dengan kitorang.


with Meha


sempat online kat Doha airport


ni antara kawsan perfumes, sebenarnya luas lagi tempat ni...


Isu tandas

Ya Allah, Doha airport punya toilet macam takde pekerja. Sampah, tisu ape ntah merata-rata atas lantai. Kata Qatar Airways 5 star, airport pun kena la 5 star jugak. Hais. Lepas tu sampai di KLIA pulak, pergi toilet, eh apasal air toilet hitam semacam? Nak membuang pun tak sampai hati limpa perut semua. Giler arh, ada berlaku pencemaran air ke sekarang kat Malaysia?


Lastly, aku rindu sangat dekat Wiwi. Serius! Kalah rindu aku kat boyfriend. Ahaha, ye la sangat kan. Siapa boyfriend aku, aku pun tak tau. Haha. Hais~ semoga dia jumpa tempat untuk dia cari makan. Sob2. Tsk!


i'll be missing you always, Wiwi~ T_T


Flight back to Terengganu : 3 July 2010, 8.00 PM

Ja ne!

Jul 1, 2010

This is the last!

Assalamualaikum!

Pernah dengar lagu 'End of Me' dari Marion Raven tak? Dah lama dah lagu tu. Zaman aku lompat pagar sekolah tu. Eh, tak la. Aku tak pernah lompat pagar sekolah. Pagar sekolah tinggi tuh. Macam tembok China. Hehe. Back to the topic, lagu tu best. Kalau yang tak pernah dengar tu cubalah dengar sekali. Aku pun tak pandai nak describe genre apakah lagu tu. I just love music. I don't care what genre it is. As long as it is fine with my ears. XD.


Marion Raven


Tak ada sebab pun aku tulis pasal si Marion Raven tu. Saja aku tetiba teringat kenangan lama *cehs*


Ooh, sungguh nostalgic bila fikirkan balik yang aku ni bukan lagi budak sekolah. Dah 3 tahun rupanya aku tinggalkan bangku and meja sekolah. Padahal masa kat sekolah dulu hati meronta-ronta nak habis sekolah cepat. Biasalah kan, ayat stereotype. Well, i love stereotype. Manusia itu sama tapi tak serupa. Wah, memang rindu gila zaman sekolah dulu. Rindu nak ponteng kelas, rindu nak tidur waktu perhimpunan, rindu nak curi-curi baca komik belakang kelas and waktu habis sekolah, rindu nak keluar pergi beli bihun goreng kat kedai makcik tepi pagar sekolah, rindu bungkus barang haram macam hadiah bagai la, macam-macam lagi lah. Aku boleh tahan nakal jugak masa di sekolah dulu. Tapi nakal diam-diam. Heh.


Dan, aku lagi rindukan zaman sekolah rendah. Macam heaven! Main tak ingat dunia. Hehe. Tapi zaman sekolah rendah aku tak nakal, maklumlah innocent lagi kan. Tapi aku pelik, kenapa kita tak buat salah masa kita innocent tapi bila dah akil baligh kita selalu buat salah ye? Soalan ni aku tujukan kepada diri sendiri jugak ni. Haah, kan. Kenapa ye? Hmm,, ada manusia bijak pandai yang boleh tolong jelaskan tak?


Aku balik Malaysia esok. Flight pukul 6.30 pm waktu Mesir. Touch down Malaysia insyaAllah petang esoknya (Jumaat). Transit 4 jam di Doha, Qatar. Nasib baik ada jugak boyfriends yang balik sekali. At least, kalau ada apa-apa boleh mintak diorang tolong. Itulah gunanya kawan. Takde la aku berdua je dengan Madihah. Risau jugak kami ni perempuan. Hehe. Ah, bersedialah aku untuk journey yang panjang dalam flight nanti. Phew~

So, dengan ini, insyaAllah ni adalah entry terakhir aku taip di tanah Mesir. InsyaAllah panjang umur aku akan menulis lagi di tanah ni September akan datang.

Satu lagi isi penting yang aku hampir tertinggal, aku dah hantar Wiwi ke KLCC. Aku tak tahu macam mana perasaan dia sekarang. Semoga dia still ingat lagi tempat asal dia sebelum kitorang ambil dulu. Serius aku sedih woo. Sedih gila. Ye lah aku rapat ngan Wiwi. Walaupun dia kucing, tapi hilang dia aku rasa macam hilang sorang kawan rapat. Bukan sebelum ni aku tak pernah bela kucing, tapi dulu kat rumah banyak bersepah-sepah kucing sampai pening nak layan mana satu. Kat sini pulak aku bela dia seekor je. Memang dia je la tempat lepas geram, bermanja-manja semua. Sekarang dah tak ada dah. Harap-harap dia pandai la jaga diri dia lepas ni.

Fuh~

CityStars dah jelajah. IBC dah serang. Ape lagi, jom kita berangkat pulang.


Next Stop : -


  • Doha, Qatar
  • Malaysia
  • Terengganu
  • Rumah
  • Mak


Ja ne~~ T_T

Jun 29, 2010

Kena sound? Huh, probably... =)

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Wah, kuatnya aku jalan-jalan sejak habis exam. Hehe. Dah nak balik dah pun apa salahnya kan? Nanti balik Malaysia sambung lagi jalan-jalan kat sana pulak. Yes!

Aku belum habis penat dari balik hantar Kaname kat Zul. Sila jaga si hamster chan tu betul-betul ye Zul. =) Tinggal la lagi satu problem nak hantar si Wiwi pula kat KLCC. I wonder ustaz kat situ ingat lagi tak kitorang yang mengangkat Wiwi jadi anak angkat. Harap-harap dia ingat lagi lah.

Semalam aku ke Hussein membeli barang dan membelah duit. Mak, ai dah jumpa asam and habbatus sauda' yang yu nak. Nor, sorry ai tak jumpa air zamzam and apricot. Rasanya takde la kat sini.

Apa-apa pun, duit rumah sewa kena bayar dulu untuk 3 bulan sepanjang kami balik Malaysia ni. Adeh, malas gila nak pergi cucuk duit. Hais~

Oh, lupa tentang tajuk entry aku ni. Takde apa2 sangat pun, just mak aku sound kuat sangat jalan2...hari ni aku dapat mesej first dari dia, "Hari ni pergi jalan mana pulak?" Amboi, tak ke aku terkena bila baca mesej macam tu. Ala, mak macam tak tau anak ni macam mana. Kaki ukur jalan. Bukan perempuan jalanan ye. Agak kelainan di situ.

Jadi, kalau nak diikutkan list aku :


  • Alexandria
  • Asfour Crystal
  • Hussein
  • Tanta
  • CityStars
  • IBC
  • Doha, Qatar
  • Malaysia!
  • Terengganu!!
  • Rumah!!!
  • Mak!!!!

Hehe. Ja ne!


Flight Back To Malaysia : 3 days to go!


Jun 27, 2010

I'll pass!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. =)

Kata nak update semalam tapi tak jugak. Penat jalan-jalan. Heh.

Aku pergi jugak ke Alexandria petang Khamis tu. Akhirnya. Kalau ikut plan asal tak nak pergi tapi disebabkan risau kalau nak tinggal budak-budak ni kalau pergi sendiri so aku temankan la. Aku kan pakar bab2 gambling ni. Tumpang 1 malam kat rumah Fithot (Thanks so much yea!), aku hampir diserang demam tapi sempat makan ubat. Esoknya pergi City Centre. Aiseh, kata takde peruntukan untuk shopping, lastly, hasil tangkapan aku hari tu ada la 2 pasang blaus and tali pinggang. Memang serius aku tak dapat mengawal perasaan membeli. Hehehe. Tak apa, kadang-kadang je aku beli benda-benda ni. Biasanya duit aku banyak habis untuk makan. Macam mana tak tembam? =)

Sampai Kaherah semula hari Jumaat malam. Penat sangat aku tertidur sampai tengah hari. Hampir terlupa janji aku nak bawa Tasya ke Asfour semalam. Tapi pergi jugak. Asfour ni terkenal dengan barangan kristal dari hiasan sehinggalah ke barang kemas dan chandelier. Hajat aku nak mencari cincin tak kesampaian sebab pilihan yang aku berkenan tu tak ada. So, save duit aku sikit. Haha. Tapi masih ada hasil tangkapan lain. Aku beli tasbih kristal untuk mak sedara aku and kerongsang untuk mak aku. Tu je. Ada siapa-siapa nak pesan barangan kristal? Tunggu la tahun depan time aku nak balik Malaysia. Tu pun kalau aku balik la. Plan macam tak nak balik. Heh.

Jadi, kalau nak ikutkan list aku ;


  • Alexandria
  • Asfour Crystal
  • Hussein
  • Tanta
  • CityStars
  • IBC
  • Doha, Qatar
  • Malaysia!
  • Terengganu!!!
  • Rumah!!!!
  • Mak!!!!!

Haha. Chill! Ja ne!


Flight Back To Malaysia : 4 days to go.


Jun 24, 2010

Joegrimjow dah balik Malaysia, Kembatolo pun dah balik Malaysia, Aku pun nak balik jugak la!

Assalamualaikum.

Exam habis dah semua orang sibuk-sibuk buat entry horay sana horay sini nak balik sana nak balik sini rindu sana rindu sini. Habis tu aku, tak? Heh.

So yea, exam aku dah habis dengan jayanya (Result aku tak tau la macam mana kan). Tinggal lagi 6 hari tarikh flight balik ke Malaysia.

1 July 2010. InsyaAllah sampai la aku ke Malaysia 2/7 tu. 


yeah~ ai naik Qatar Airways =)

Maka aku pun dah berkira-kira plan untuk menghabiskan 6 hari yang berbaki ni. Hais, ade pula yang gatal-gatal nak heret aku pergi Alexandria nak shopping. Oh shot, aku takde peruntukan untuk shopping di Alex. Aku hanya save untuk shopping di Hussin jer, and enjoy2. Ahaha~

Then mahu ke Tanta sebentar. Menghantar anak angkat aku si hamster-chan Kaname. Tinggal seekor je la dah Yuuki dah meninggal dunia 3 hari yang lepas. Bakal terima kasih kepada si Zul kerana baik hati mensponsor diri untuk menjaga hamster-chan sepanjang aku balik Malaysia nanti. Huahuahua.

Lagi, nak ke Syobra. Lepak2 di Asfour Crystal. Ingat nak cari cincin ah. Yang hari tu dah kholas kidah (rosak daa..). Cincin ni perlu kalau ada arab yang gatal-gatal nak ajak kahwin aku terus tunjuk je jari yang dah bercincin. Haha. 

Juga ke city stars, tengok la apa yang ada. Lepak-lepak je kot tengok wayang.

Perkara wajib, bowling. Ya, itu wajib.

Cukup semua list, apa lagi, jom la belah dari sini. Aku dah teringat macam-macam benda kat Malaysia sana tu. Hehe.

Ja ne!

Jun 23, 2010

Arab2!

Assalamualaikum!

Update semalam. Hehehe. Ouh, terima kasih wahai lecturer yg baik hati. Kitorang semua pakat tanya maksud yg kitorang tak faham masa dalam exam. Overall, Alhamdulillah tak banyak sangat yang sangkut paper semalam.

Harap-harap kertas dua nanti pun boleh tanya jugak. Hehehe.


p/s : Aku disuruh basuh jamban. wtf? Adik, silap cara sebenarnya. Kalau ajak sama-sama buat takde la orang  marah. Kan dah nama duk serumah, buat pun sama-sama la. Bukan nak mengarah orang buat itu ini. Sorry, i'm feeling pissed off by this matter. Just, tukar cara, tu je. Discussion is needed. Not only one person pointing to others to do this and that. Okay? Chill ;D

p/s/s : Panas baran aku tak lama. Tapi dalam tempoh yang singkat tu aku boleh buat apa saja untuk lepaskan marah. Bila kita marah kat orang, cuba try ingat balik apa kebaikan yg orang tu buat. Sure kita akan maafkan dia. Bila fikir balik, siapalah kita ni untuk tidak memaafkan orang. Allah pun mengampuni dosa hamba-Nya. Astaghfirullah~

Ja ne!

Next Paper : Arabic Language Paper 2

Flight back to Malaysia : 8 days to go!

Jun 22, 2010

Lagi Tiga!

Assalamualaikum!

Hais~ Creed & Ethics dah berlalu. Tinggal lagi 3 paper untuk aku menuju kemerdekaan sementara. Hahaha. Sejak akhir-akhir ni cuaca di Mesir sangat2 panas! Ya Allah, kalau panas setakat ni pun dah mengeluh, panas neraka macam mana agaknya ye? Nauzubillah min zalik..

Aku sakit mulut. Tergigit isi pipi. Ni mesti balasan banyak mengumpat and mencarut. Mulut aku boleh tahan jugak. Heh.

Oh-oh, aku dah bau air hujan kat Malaysia. Rindu mak!

Ja ne!

Next Paper : Arabic Language Paper 1

Flight Back to Malaysia : 9 days to go.

Jun 21, 2010

Berita baik vs Berita buruk

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.


Berita baik :

Hari ni paper al-Quran. Alhamdulillah boleh la jawab dengan jayanya.


Berita tak baik :

Balik rumah dengan perasaan gembira, kemudian tidur. Bangun dari tidur, jenguk hamster aku, Yuuki dah tak bergerak dah. Dah berpergian dah.

Sedih beb. Lama aku bela Yuuki sejak Januari dulu lagi. Masa tu musim sejuk. Sakit tua agaknya. Herm, tinggal la Kaname seekor diri tanpa teman/awek.


p/s : Life is short.

Next Paper : Creed & Ethics

Jun 19, 2010

Menjaga Hati

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Apa khabar? Semoga anda dilindungi Allah. Aku ingin berkongsi satu cerita dengan sahabat-sahabat sekalian.


Seorang sufi akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita cantik. Tiba-tiba ditakdirkan Allah, di saat hampir waktu pernikahan, pengantin wanita itu ditimpa penyakit cacar. Pihak keluarganya sangat sedih dan khuatir anak gadisnya akan dianggap hodoh oleh bakal menantu mereka. 

Mengetahui hal ini, calon suami lalu memperlihatkan pula bahawa dia telah mengidap sakit mata sehingga mengakibatkan dirinya buta. Perkahwinan pun terus dilangsungkan dalam keadaan kedua pengantin yang seimbang ini, sehingga kedua belah pihak tidak lagi bersedih dan kecil hati. 

Kedua pasangan tersebut terus hidup rukun damai selama 20 tahun sehingga Allah takdirkan wanita itu jatuh sakit lalu meninggal dunia. 

Setelah kematian isterinya, maka si sufi itu membuka matanya yang nyata tidak buta. Lalu orang pun bertanya mengapa ia bertindak berpura-pura buta sekian lamanya. Lantas dijawabnya:"Aku sengaja berpura demikian agar keluarga isteriku tidak bersedih hati." Orang yang mendengar terus berkata: "Kamu telah mengagumi rakan-rakanmu dengan akhlakmu ini."

***


Apa yang menarik bagi aku tentang kisah ini adalah bagaimana mulianya lelaki sufi tersebut yang sanggup menjadi (berpura-pura) buta hanya kerana ingin menjaga hati dan aib si isteri serta keluarga. 

Ini soal perkahwinan. Bagaimana jika soal persahabatan?

Mampu ke kita nak menjaga hati sahabat kita? Oh, lupa. Tak perlu contoh persahabatan, cuba bayangkan ahli keluarga korang je. 

Ahli keluarga orang paling rapat dengan kita sebab kita berkongsi darah daging (genetic) yang sama. Jika kita susah, ahli keluarga kita juga yang akan bantu kita. Sekarang, abaikan tentang ahli keluarga yang jahat etc, etc. Aku sedang bincangkan tentang contoh yang baik ni. 




Orang yang paling utama kita perlu menjaga hatinya adalah ibu kita, mak kita, mama kita, bonda kita, etc, etc. Bagi lelaki, walaupun sudah berkahwin, tanggungjawab kepada ibu masih belum terlepas selagi ibunya masih hidup. Jika bagi perempuan pula, tanggungjawab kepada suami paling utama. Namun tak bererti boleh melupakan jasa ibu kita dengan mudahnya.

Hati seorang ibu ni cekal. Kamu buatlah apa pun kepadanya, dia masih akan melayan kerenah kamu. Kamu tengking, kamu cela, kamu hiraukan dia... dia masih tak membuang kamu dari hidupnya. 

Balasan menderhaka kepada ibu bapa akan terus tertampak ketika di dunia. Be it kesusahan, kepapaan, kemalangan atau segala jenis balasan akan Allah turunkan jika kita menderhaka.

Moral of the story :

Jagalah hati insan-insan yang dekat di hati anda. 
Jagalah maruah mereka.
Jangan menderhakai ibu bapa.
Sayangi ibu bapa anda!

Ja ne!

Jun 17, 2010

Ingat satu perkara sebelum tiba satu perkara.

Assalamualaikum!

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Aku ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian.


Ad-Daqqaq pernah berkata :

Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan 3 perkara :


  1. Segera bertaubat
  2. Hati yang qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada)
  3. Cergas beribadah

Manakala barangsiapa yang selalu melupakan kematian, akan ditimpa dengan 3 perkara : 


  1. Melambat-lambatkan taubat
  2. Tidak pernah merasa cukup
  3. Malas beribadah

Ditulis oleh Imam Qurtubi rahimullah di dalam kitab At-Tazkirah.



Sedikit penjelasan :

Jika kita menyedari kita telah membuat kesalahan atau dosa, segeralah kita bertaubat kepada Allah. Jangan kita menangguh-nangguhkan taubat. Ianya benar jika setelah kita bertaubat, maka kita akan kembali melakukan dosa. Manusia tidak akan pernah lari dari melakukan dosa. Oleh sebab itulah kita harus terus bertaubat apabila menyedari dosa yang dilakukan.

Maut itu terlalu dekat dengan kita. Bila-bila masa saja Izrail akan datang menjemput. Apabila kita selalu mengingati mati, kita akan sedar akan banyaknya dosa yang kita lakukan. Maka kita akan selalu bertaubat kepada Allah SWT serta berusaha untuk meningkatkan ibadah kepada Allah. 

Sama-samalah kita untuk selalu mengingati mati, supaya kita sedar akan banyaknya dosa yang telah kita lakukan dan untuk kita sedar bahawa kita masih belum cukup beribadat kepadaNya.

Hidup kita untuk mati. Destinasi sebenar kita hanyalah menuju ke arah mendapatkan keredhaan Allah. Alangkah bahagianya jika hidup kita di dunia melakukan amal soleh, kerana hidup di akhirat akan lebih bahagia kerana amalan kita.

Sama-sama kita perbetulkan kesilapan diri kita. Aku bukanlah manusia sempurna. Sekadar beringat-ingat dan sambil-sambil memperbaiki diri. 

Sekian, ja ne!

Next Paper : Al-Quran

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...