Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Jan 5, 2012

Rahsia Gerakan Jari Tangan.

Assalamualaikum~

17.47 PM.

Aku baru selesai solat maghrib dan usha-usha fb. Lepas tu melompat pula ke alam blog. Tiba-tiba aku terjumpa satu entry yang aku agak tertarik and nak share.

Rahsia gerakan jari tangan.


1. Memicit atau memegang hidung : Seseorang yang tak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa yg dilakukan. Seseorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai. Dari segi perbelanjaan, mereka sangat bercitarasa tinggi dan juga boros. Tak pandai berjimat dan terlalu mengikut rasa.
 
2. Meletak tangan pada bahu kawan : Seorang yang degil dan suka ikut kepala sendiri atau seorang yang pentingkan diri sendiri. Tetapi mereka adalah teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi teman-teman lain. Seorang yang suka membantu dan mudah untuk berurusan dengan mereka.

3. Bermain dengan jari-jarinya : Mereka mempunyai tahap humor yang tinggi dan pandai berjenaka. Seorang yang bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan tanpa mengambil hati. Namun, mereka seorang yang lambat menerima arahan dan sambil lewa. Tetapi mereka sangat baik hati dan rajin.

4. Mematahkan jari-jemarinya : Mereka suka mematahkn jari-jari dan suka mengeluarkan macam-macam bunyi seperti mengetuk meja dan sebagainya. Mereka sebenarnya seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain. Namun mereka seorang yang adil, baik hati dan sedia membantu sesiapa sahaja.

5. Menggigit kuku : Mereka seorang yang kelam kabut. Tidak pandai menguruskan masa dan sering pelupa. Selain itu mereka sering dilihat gementar dan gugup apabila berbicara. Mereka juga agak perahsia orangnya.
 
6. Bermain dengan rambut dan memintal hujung rambut : Mereka seorang yang sangat suka berkhayal, dan suka meminta-minta. Apabila permintaan tidak dipenuhi, mulalah nak merajuk. Selain itu mereka sebenarnya sukar untuk dipengaruhi kerana mereka ada pendirian yang tetap dan agak keras kepala.

7. Menongkat dagu : Dia adalah seorang pendengar yang setia dan jangan risau kerana rahsia selamat ditangannya. Mereka juga sangat setia dalam persahabatan, namun mereka ini cepat bosan dengan sesuatu dan agak kedekut sedikit. Mungkin juga mereka seorg yang berjimat-cermat.

8. Suka meletakkan tangan di atas meja : Mereka seorang yang "happy go lucky" dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Mereka seorang yang "cool" dan jarang sekali nampak mereka marah atau panas baran. Mereka amat disenangi ramai dan seorang yang peramah. Namun, mereka juga agak suka bergantung pada orang lain dan tidak pandai berdikari.

9. Menggosok-gosok tapak tangan : Ramah dan berfikiran matang, itulah diri mereka sebenar. Mereka seorang yang berterus-terang dan tak suka berbohong. Mereka juga mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu. Prihatin juga adalah sebahagian dari sikap mereka.

10. Memutar cincin : Sangat menepati janji. Jangan sesekali mengingkari janji dengan mereka kerana kamu mungkin dimarahi. Mereka seorang yang suka cakap lepas dan jarang memikirkan perasaan orang lain. Mereka juga menggemari hidup yang teratur dan seorang yang tegas. Namun mereka senang dipujuk dan lembut hati. Mereka tidak suka orang yang putar-belit dan pembohong.

 

Oh, kalau orang tu suka picit hidung orang lain pulak macam mane? Seriously, aku sangat sangat sangat rindu kamu. Kamu yang suka picit hidung aku. Sakit tahu? Tapi kamu comel. :)

 Ja ne ! ;)

Aug 22, 2011

10 Tanda Hati MATI.

Assalamualaikum~


Sedikit sharing. ;)


10 TANDA HATI KITA MATI
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1.   Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2.   Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3.   Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4.   Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5.   Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6.   Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7.   Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 
8.   Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 
9.   Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.






Semoga hati kita semua masih belum mati~


Ja ne~

Oct 14, 2010

Rahmat musibah~

Assalamualaikum!

Actually aku tengah bersiap-siap nak gerak ke Tanta, esok ada majlis rumah terbuka MedicMesir kat sana. Last sebelum tutup facebook, aku sempat terbaca status sorang abang kepada aku. Aku rasa, apa yang paling dahulu, patut didahulukan.

"Ya Allah, di dalam hidupku, tak pernah aku rasa kecewa sebegini rupa, inilah sejarah paling perit sepanjang hidupku. Aku dah hilang kemampuan diri... Ya Allah, andai dugaan yang Kau beri ini untuk menguji keimanan, aku redha... tapi andai dugaan ini Kau beri untuk melemahkan iman ku, bantulah aku untuk mencari jalan keluar..."

Kita seringkali menyebut ayat di atas apabila kita ditimpa kesusahan dan musibah. Dan bila kita ditimpa musibah, orang-orang di sekeliling kita asyik menyuruh kita bersabar dan bersabar. Maka kita pun berkata di dalam hati, "Orang yang berkata tu tidak merasa apa yang kita rasa. Mereka senang untuk menyuruh kita bersabar, padahal mereka tidak merasai."

Tapi, kita nak salahkan siapa jika kita ditimpa musibah yang berat?


وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ


"Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)." [Al-Quran, 42 : 30]

Jadi, ayat ini menyatakan yang segala musibah yang Allah timpakan ke atas kita, adalah dari perbuatan kita sendiri. Kita harus reflect balik apa amalan yang kita lakukan, pada setiap amalan itu kita fikir semula, adakah betul atau salah.

Sama ada kita nak ataupun tidak, semua musibah datang daripada Allah. Lalu kita bertanya lagi, jika Allah itu Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), kenapa Dia masih memberi musibah kepada kita?


مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


"Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." [Al-Quran, 64 : 11]

Semua musibah yang kita dapat, semuanya dengan keizinan Allah. Tuhan nak kita terima musibah tu. Supaya kita yang lalai tadi, kembali beriman kepada Allah, dan Allah akan memberi petunjuk dan jalan kepada sesiapa yang beriman. Setiap hamba akan menerima musibah walau sedikit pun. Kerana Allah ingin menguji adakah manusia akan masih berlindung dan meminta pertolongan Allah, atau berpaling dan kufur terhadapNya?


ٲمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah akan datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." [Al-Quran, 2 : 214]

Adakah kita pasti, dugaan yang kita terima tu sangat besar lebih dari orang lain? Orang2 yang terdahulu dari kita menerima dugaan yang lebih besar daripada kita. Apa yang nak diketengahkan ialah, semua orang menerima dugaan, sama ada kafir ataupun islam, cuma yang berbeza, kita sedar atau tidak.

Selepas kita fikir balik, jangan berlengah lagi. Tingkatkanlah iman kita. Mungkin kita terlalu sayangkan duniawi sehingga kita hilang arah hidup apabila kita kehilangan sesuatu. Ingat, kelebihan harta dan anak2 pun sebahagian dari ujian Allah.

اعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

"Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya disisi Allah lah pahala yang besar." [Al-Quran, 8 : 28]

Dan ketahuilah semua daripada kita, bahawa Allah itu Maha Penyayang. Segala dugaan dan musibah yang melanda, Allah ingin mendengar rintihan kita menangis berdoa dan berharap kepadaNya. Jika kita kembali sedar, segeralah menyebut, 'Innalillahiwainnailaihirajiuun'.

"(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali" ." [Al-Quran, 2 : 156]

Kalau parents kita marah dan pukul kita, apa sebabnya? Sebab mereka sayang kita lah kan?

Keyword : Allah sayang kita. =)



Entry khas buat abang Khairul Izwan, fasi KMNS. Dan juga buat Khairul2 yang lain, Aminah2, Muhammad2,       Siti2, Nur2, dan semualah! =)

Okey, mau gerak ke Tanta sekarang! Dah lewat dah. Hehe. Nantikan updates akan datang! Oh, jangan lupa baca entry Asada tentang perjalanan beliau ke Tanta melalui keretapi ayam. 

Ja ne!

Oct 6, 2010

Wanita dan Tempayan~

Assalamualaikum!

Hari ni cuti. Independence Day. So, semalam kitorang countdown kat CityStars. Gila ramai arab2 lepak kat sana semalam. Tak nikmat langsung aku nak lepak-lepak. Har har har.

Aku nak share satu cerita pendek ni. Aku dapat dari slideshow yang lecturer General Histology tunjuk baru-baru ni. Cerita tu ditulis dalam bahasa inggeris tapi aku translate. Lagipun aku tak berapa ingat sangat apa yang ditulis but i've got the point lah.

*****

Dalam sebuah kampung, tinggal seorang wanita tua yang kerjanya bercucuk tanam. Setiap hari, beliau akan membawa dua biji tempayan untuk mengambil air di sungai berdekatan.

Pada suatu hari, satu daripada tempayannya retak. Apabila tiba di rumah wanita itu, air di dalam tempayan yang retak cuma tinggal separuh sahaja. Tapi wanita tersebut masih menggunakan tempayan yang retak itu. Si tempayan yang retak itu berasa susah hati dan berasa dirinya sangat tak berguna dan menyusahkan wanita tua tersebut.

Setelah beberapa lama, si tempayan merasa tak tertahan lagi dan bertanya kepada wanita tua,

 "Wahai tuanku, kenapa kau masih menggunakan aku walaupun kau tau aku hanya mampu membawa separuh dari apa yang aku sepatunya mampu bawa?"

Wanita berkenaan hanya tersenyum dan berkata, "Wahai tempayan, cuba kamu lihat di tepi jalan di sebelah kamu ini, dan bandingkan dengan tepi di sebelah tempayan yang elok."

"Aku melihat terdapat pokok-pokok bunga yang cantik di sebelahku."

Wanita tua pun berkata, "Disebabkan kamu retak dan akan mengeluarkan air di sepanjang perjalanan, aku mengambil inisiatif untuk menanam pohon bunga di sebelah kamu dan kamu akan menyiram pohon-pohon ini di sepanjang perjalanan pulang. Pohon-pohon ini dapat hidup dengan sempurna dan aku akan memetik bunga-bunganya sebagai perhiasan di rumahku. Bukankah sangat berguna diri kamu kepadaku?"

Maka si tempayan pun terharu dengan dirinya sendiri. Walaupun ia mempunyai kelemahan dengan fungsinya, tetapi kelemahannya itu sangat berguna untuk sesuatu yang lain.

*****

Begitu juga dengan diri kita. Setiap manusia ada kelemahan yang tersendiri. Tapi siapa tahu, kelemahan yang kita miliki itu sangat berguna kepada orang lain? So, jangan lah rendah diri dengan kelemahan yang kita ada dan berputus asa. Setiap yang Allah ciptakan tu mempunyai manfaat yang tersendiri.

Ja ne!



~you'll be the sweet tooth and i'll be the dentist~


Aug 28, 2010

Lupa letak tajuk! Nah tajuk. XD

Assalamualaikum!

Malam ini malam minggu. Amat keluar ke Bazaar 'Chow Kit' di Dataran Shahbandar dengan hajat untuk survey2  baju raya. Sambil-sambil survey, berlaku lah dialog ini...

Kerol : Yo, mat! Ape buat kat sini?

Amat : Aku survey baju raya lah. Duit dah masuk ni. Kau berniaga seluar Jeans weh?

Kerol : Yelah. Bro, meh la duduk dulu lepak-lepak sini. Survey tu esok-esok takpe.

Amat : Ceh, ikut kau memang ajak lepak je. Yelah2 hari ni je aku lepak kat kau. Esok aku lepak kat lain pulak. Member punya pasal... *sambil duduk*

Kerol : Nah2 rokok sebatang. Rilek la bro, buat ape cepat2. Nanti malam-malam last mesti lagi murah kau boleh dapat. Hehehe.

Amat : Hehehe, pandai kau senyum kambing. Yang cari aku, bukan kau.

Kerol : Hehehehe. Pergh, mat. Tengok awek tu.. Fuh! Cun habis!

Amat : Mana-mana? *tercari-cari*

Kerol : Tu haa, yang tshirt pink seluar ketat tuh. Meleleh wa cakap lu. Nak tengok aku ayat awek tak?

Amat : Huih takyah la.. buat ape awek macam tu. Entah2 dah ade pakwe.  Nanti kau masuk hospital kena belasah ngan pakwe dia, aku tanak pegi melawat.

Kerol : Yelah2. Aku tau la aku tak smart macam kau. Takyah la perli halus kat aku. Heh.

Datang sepasang kekasih...

Lelaki : Bro, ni Jeans bagi berapa?

Kerol : Haa..tu murah je bang, saya bagi harga baik punya.. RM90 je.

Lelaki : Ayang nak Jeans jugak ke?

Gadis : Mestilah nak bi..tapi *sambil ulit-ulit tangan bf nye* ayang nak Levi's ori la biiii... tanak la yang versi pasar.

Lelaki : Adoi, macamni pokai la bi nanti yang. Macam mana kita nak kahwin kalau duit takde asyik beli Jeans RM300 lebih je. Tengok yang ni lebih kurang je macam yang dalam kedai. Asal muat boleh pakai cantik ok ar tu.

Kerol : Ha, betul brader ni cakap. Yang ni barang baik ni cik adik. Murah-murah je abang kasi.

Gadis : *menjeling Kerol* Huh. Biii, jom laa.. kita cari tempat lain. Ayang nak tengok kasut la pulak..

Lelaki : Ololo, manje lak ayang ni.. ha jom lah jom lah. Bro, lain kali ye.

Kerol : Okey tarak hal barang baik ni nanti datang lagi ye bang!

Kerol kembali duduk di sebelah Amat.

Amat : Perh, aku tengok awek tadi bukan main jeling terbaik kat kau.

Kerol : Hahaha.. sombong nak mampus! Aku rasa tak lama balak dia tinggalkan dia. Ape kejadah nak mintak ngan pakwe dia Jeans mahal-mahal. Ni mesti mintak dengan bapak sendiri kena makan pelempang. Orang murah hati nak belanja, terima jelah. Nak jugak yang original. Peh.

Amat : Sabar2 bro. Aku tau kau melepas sorang customer. Ala, satu lari seribu datang. Adat berniaga.

Kerol : Aku rilek jer. Tapi tak puas hati dengan awek tadi. Pastu gedik-gedik pulak dengan pakwe dia. Apa dia tak sedar ke bulan-bulan puasa ni? Pegang-pegang tangan pakwe dia buat suara manja. Haaa, menyampah aku tengok. Mat, kau jangan cari awek camtu, nanti aku geli pulak nak lepak dengan kau.

Amat : Pe kejadahnya aku nak awek macamtu. Mak aku dah carikan dah calon isteri kat aku. Bakal nurse lagi beb! Tapi aku tak jumpa pun lagi orangnya.

Kerol : Awat tak jumpa lagi? Kang kalau tak menepati kriteria kan, kau jugak yang merana sampai tua. Mana tau, tak cukup cun ke apa ke.

Amat : Ala bro, aku tak pandang la cun ke tak. Hati baik okey ar. Mak aku pun cakap dia baik, pandai masak, nanti keluar kerja pun gaji stabil. Aku pun tak lah susah nak kerja keras sangat. Setakat kerja aku tu boleh la nak bagi makan pakai anak bini nanti.

Kerol : Wah3 bila romeo dah start bersyarah! Ades.. yelah, kau untung la bro. Aku ni haa, kerja tak tetap. Makan sendiri pun risau nak bagi anak dara orang makan. Nasib..nasib.

Amat : Ala, rilek la. Tu maknanya jodoh kau belum sampai. Allah nak bagi kau masa untuk stabilkan kewangan kau tu dulu. Kau kaut dulu duit banyak2. Perempuan takpe takkan pupus pun. Cari rezeki biar stabil hidup kau. Nanti bila dah okey, kau petik jari sepuluh masuk meminang. Haa, kan best!

Kerol : Hahaha, best kau bercakap ek. Apehal pulak perempuan yang masuk, aku la yang kene masuk meminang. Ape la kau ni... Haa, tengok-tengok cik adik! Jeans terbaru dari ladang ni. Harga baik, barang baik, hati abang pun baik! Haa, tengok-tengok!

Dua tiga gadis yang lalu tergelak-gelak kecil sampai tersenyum kepada Kerol.

Amat : Amboi, kau meniaga Jeans ke kau meniaga diri sendiri ni?

Kerol : Dua dalm satu. Har har har. Bro, tapi aku tengok kan, awek2 yang datang sini tak hormat langsung bulan puasa ni. Pakai baju adik, seluar pulak ketat gila sampai nak jalan pun aku tengok susah jek. Fashion baru aku tengok dia pakai seluar yang untuk bersenam tu, yang fit gila tuh. Kalau macam tu baik tak payah pakai seluar. Bagi je orang tengok. Yang tak boleh belahnya, bukan anak dara je, makcik2 pun aku tengok ada yang pakai macamtu! Aku pun tak tau dia nak bagi siapa yang tengok. Hais~

Amat : Hahaha. Betul tu. Aku pun kadang-kadang risau nak keluar siang-siang hari. Takut berkurang pahala puasa aku. Bukan niat aku nak tengok pun, tapi bila dah ramai yang seksi2 neh, aku dah naik mual dah tengok. Macam-macam stail. Kalau tengok macamtu pakaian, macam mana perangai agaknya. Hais~

Kerol : Tulah pasal. Aku pun susah nak cari calon isteri. Kalau boleh nak jugak aku awek yang baik-baik yang pakai sopan sikit. Baru la sejuk mata memandang. Ni asyik tengok yang terdedah ni, panas je mata aku. Berdosa betul aku neh..

Amat : Zaman sekarang ni susah dah nak cari yang cantik perangai ni. Macam mencari permata antara kaca. Alamak dah lewat ni. Aku gerak dulu lah bro. Ada masa sikit ni sempat lagi aku nak tengok baju raya ni.

Kerol : Haa, takpe lah. Lain kali datang lah lagi.. kalau rasa nak cari seluar Jeans datang la kat aku, aku bagi harga spesial member2 je. Hahaha.

Amat : Beres2. Jangan lupe pulak janji kau tuh. Wa chow luh!

Kerol : Hahaha. Syuh3!


Waka waka eh eh


Menu malam ni..err.. belum masuk dapur lagi. Hahah. Well, dialog kat atas ni idea yang datang masa aku berniaga kat Shahbandar semalam. Dan kedai belakang kitorang ni wujud mamat2 jual seluar jeans. Dan mereka suka usha awek yang lalu-lalang, tegur2 awek dan mengumpat mereka kat belakang.

Dan aku perasan mamat2 ni aim awek2 yang cun2 yang pakai baju tak cukup kain yang jalannya asyik pandang kiri kanan sebab perasan ramai lelaki pandang dia. Har har har. Bagus tak description aku? Well, aku pun perempuan. Macam aku tak tau.

Alamak, tersasar jauh dari target.

Sebenarnya aku nak cakap, adik-adik sekalian, tak kiralah bulan puasa ke tak ke, pakai lah elok-elok. Jangan cipta fitnah atas diri sendiri. Tu yang buat lelaki2 mengumpat, fitnah atas diri sendiri la tu. Mengeluarkan aib sendiri. Malu kaum kita je adik-adik oi. Lelaki ni suka tengok benda yang indah-indah. Kita ni pulak janganlah murah-murah je bagi orang tengok pemandangan indah kita. Kalau asyik bagi orang tengok je, tak laku dah la kita. Faham maksudnya kan? Ayat aku memang macam ni. Aku bukan orang yang berlembut kata. Aku nak kata, aku kata.

Sebenarnya bukan apa, sebab takde orang tegur tu lah yang jadi berleluasa. Bukan isu pakaian je, benda lain pun. Dia kena ada orang tegur, baru bergerak. Tegur tu kasi sinis sikit. Biar kena paku atas muka baru nak rasa malu. Budak-budak kecik boleh la bagi nasihat lembut-lembut and direct. Bila dah besar gajah dah memang kena bagi makan pedas la, baru terasa.

Kepada semua, paling mudah, nasihat orang yang terdekat dulu. Adik2 kita, kakak2 kita. Kawan2 rapat kita.  Jangan pulak pergi sound orang tak kenal di khalayak ramai. Aib orang tu nanti. Kita pulak yang salah.

Okeh, dah cukup panjang dah ni. Tersilap kata, sorry ya. Nak masuk dapur pulak. Babai.

p/s : Apasal gelak aku dah macam Hamzah Ian dah? Har har har.


Aug 23, 2010

Bahasa syurga~

Assalamualaikum!

Kaifahaalukum? Ana bikhoir biiznillah, Alhamdulillah~ Aiseh, cakap arab pulak? Buat-buat pandai la tuu? Aku janji entry kali ni 'pendek'. Essay ni, student SPM sila salin. ;DD

Bahasa arab dan kepentingannya.

Aku selalu dengar banyak aduan kawan-kawan and juniors and ramai lagi yang Bahasa Arab ni susah nak belajar. Ai dik, belum mula belajar lagi pun cakap susah dah? Baru dengar senior acah-acah cakap bahasa arab tu susah la, selalu fail la, dah kecut perut. Tu belum lagi experience sendiri.

Meh nak cerita sikit sejarah aku menuntut bahasa arab. Aku mula belajar bahasa arab sejak form 1. Awal-awal tu, wah, hampir pengsan nak ingat semua perkataan baru. Paling basic kita belajar, itu dan ini (haaza, haazihi, zaalika, tilka). Sambil-sambil hafal vocab baru. Adeh, english lagi senang dari ni. Betul tu memang betul. Tapi yang nampak susahnya sebab penggunaan huruf jawi tu sendiri. Tengok jawi sikit, aish, pandang sebelah mata. Padahal lebih kurang je bahasa arab dan english. Cuma english pakai abjad ABC so senang nak baca.

Pada mulanya aku risau jugak dan tanya diri sendiri mampu tak aku nak score bahasa arab dalam keadaan macam ni? Banyak kali aku terfikir untuk give up tapi tak kesampaian jugak. Dulu score asyik C-D jek. Ada je yang merah dalam kad pencapaian. Ades, sadis betul. Tapi, masa form 3 baru naik semangat sikit. Sebab tenaga pengajar (ustazah) sangat bersemangat ajar kelas kitorang. Dengan berkat sabar dan usaha, excel la aku dalam PMR. Tapi, english pulak yang B. Apesal boleh terbalik pulak ni? T_T

Masuk form 4, aku ambil pulak bahasa arab tinggi. Wah, memang tinggi betul. Markah ujian pun "tinggi-tinggi" je. Macam-macam usaha aku buat. Tanya kawan, tanya ustazah, buat group discussion, macam-macam lagilah. So, masa exam percubaan SPM aku dapat D b. arab tinggi. What? D??? Maka, aku dah bayangkan kegelapan masa depan kalau result SPM aku nanti ada D. Tapi usaha tak berhenti kat situ je. Hafal vocab. Hafal hikam wal amsal. Rujuk kamus. Group discussion. Akhirnya, result SPM aku dapat 4B. Ok lah tu kan? At least result aku nampak cantik la sikit ade A dan B je. Ahaha. Seriously, kalau tak excel b.arab komunikasi, memang susah nak score b.arab tinggi.

Then masuk matrik setahun takde kaitan langsung dengan bahasa arab. Berkarat sudah ilmu tu. Sekarang ni terbang pulak merantau ke negara arab. Awal-awal sampai, rasa terkejut dan pelik. Aku tak tau yang orang arab Mesir loghat arabnye lain dari yang standard. Bahasa di Mesir dipanggil arab ammiyyah. Kalau yang standard tu arab fushah. So, tercengang-cengang la jugak aku macam mana nak berkomunikasi dengan orang sini. Lama-kelamaan, bila banyak timba ilmu dengan seniors, dah boleh gurau-gurau dah dengan arab. Hehe. Tapi sebenarnya kalau cakap fushah pun diorang faham. Tapi tengok atas orang jugak lah. Kalau dalam kelas al-Quran, ustaz pakai arab fushah mengajar. So, lebih senang nak catch-up apa yang dia cakap. Tak ada masalah! *thums up!*

Panjang-panjang aku membebel ni apa sebenarnya yang aku nak cakap ialah, tak berputus asa berusaha. Awal-awal memang nampak susah, tapi kalau tak start, memang tak bergerak lah. Macam korang tengok sebuah bukit yang tinggi, tengok saja bukan main rasa tak larat nak daki, tapi bila jalan naik slow2, tanpa korang sedar, dah sampai ke puncak. Ha, macam tulah contohnya.

Zaman sekarang ni aku tengok budak sekolah rendah biasa pun dah ada pendidikan bahasa arab. Bagus la tu.  Macam al-Quran, pelajaran bahasa arab perlu dipupuk masa kecil lagi. Walaupun bahasa arab bukan bahasa yang diguna hari-hari, tapi sangat penting untuk memahami al-Quran. Tujuan kita baca al-Quran ialah supaya kita dapat apa yang disampaikan oleh Allah. Bukan kita baca sekadar baca di mata saja. Bila kita faham maksud ayatNya, kita akan ingat, dan lekatkan dalam hati kita. That's the way untuk dekatkan diri kepada Allah.


The Giza and The Sphinx


So, good luck lah kepada yang bakal belajar bahasa arab tak kiralah di mana kita berada.


اللغة العربية لغة الجنة

Till then, ja ne!



Aug 21, 2010

Siapa dulu yang menderhaka?

Assalamualaikum w.b.t!

Syukur Alhamdulillah sempat lagi kita berbuka puasa untuk hari ini. Eh, salah ayat ni. Alhamdulillah kita diberi peluang untuk bertemu Ramadhan ke-11 malam ini. Semoga amalan kita diterima Allah s.w.t. (^_______________^)


Seorang ayah datang mengadu kepada Khalifah Umar r.a tentang penderhakaan anaknya. Khalifah Umar r.a memanggil si anak lalu terus memarahinya tanpa menyelidiki punca-punca anak itu menderhaka. Si anak lalu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah ada hak anak ke atas ayahnya ?"
Khalifah lalu menjawab, "Memilih ibu yang baik (dari keturunan yang baik), memberi nama yang baik dan mengajarnya membaca al-Quran." Si anak lantas menjawab : "Ayah saya tidak pernah melakukan demikian. Ibu saya seorang zanjiah (bekas hamba hitam), bekas isteri kepada seorang Majusi. Mereka menamakan saya Jo'ul (lipas) dan belum pernah mengajar saya satu huruf pun dari al-Quran."
Setelah mendengar jawaban si anak, Khalifah Umar berkata kepada ayah kanak-kanak tersebut : "Engkau datang mengadu tentang penderhakaan anakmu tetapi sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu. Engkau telah merosakkan dia sebelum dia merosakkanmu." 


No long words tonight. Aku penat. Petang tadi training bowling 6 game. Paling tinggi 120 kalau tak silap aku. Hais~ Patut score boleh lagi tinggi dari tu! Tapi yang good nya, ada orang ajar teknik betul bowling. Hahaha. ;D

Kembali kepada isi penting, peranan seorang bapa sangat penting. Mendidik isteri and anak tentang agama, menyara hidup mereka, dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Bukan senang nak jadi ayah ni. Kalau anak isteri buat dosa, bapa/suami pun akan ditanya kelak di hari akhirat. "Mana tanggungjawab kamu terhadap isteri dan anak2 kamu di dunia?" Aish~ seram aku.

Pesanan cik K :


  • Kepada lelaki yang dah nak settle down, cari isteri yang baik, dan sekufu dengan korang. Wanita baik untuk lelaki yang baik.



  • Kepada lelaki juga, timba ilmu agama biar diri kukuh dulu baru plan nak berumahtangga. Tapi tak semestinya perlu complete sampai korang tua baru nak kahwin, nanti tak produktif pulak. Hehe. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Asalkan korang bina basic dulu. Ibadah wajib cukup apa semua. Tak perlu nak belajar syariah islamiah sampai khatam semua. Take one step at a time. Asalkan hati ikhlas kerana Allah.



  • Kepada yang dah kahwin pun, timba ilmu agama banyak-banyak. Jangan terlalu sibuk dengan duniawi. Walaupun cari duit untuk bagi makan pakai anak bini, ajaran agama paling penting. Jangan hanya penuhi nikmat dunia untuk anak-anak dan isteri(s). Satu perkara, jangan malu menuntut ilmu. Jangan malu segan nak menapak ke masjid untuk dengar ceramah agama. Takkan nak tunggu tua baru nak tebalkan muka pergi jumpa ustaz nak dengar ajaran. Yakin ke umur tu dapat cecah 70-80? Mati tak kenal umur ye tuan-tuan dan puan-puan.



  • Yang baru menimang anak, jangan lupa terapkan ajaran al-Quran ketika dia masih kecil. Biar dirinya sebati dengan al-Quran, supaya hatinya lembut dan terang. Nanti senang nak ajar ilmu-ilmu agama yang  lain. Pastikan al-Quran tu menjadi core (teras) di dalam hatinya. Ajaran agama memang kena ajar dari kecil. Tapi, andai kata rasa diri tak cukup ilmu nak didik anak-anak, hantar lah mereka ke kelas fardhu ain, kelas al-Quran. Jangan hanya nak anak kita pandai menyanyi, berlakon, model je. 



  • Kalau diri kita masih belum fasih membaca al-Quran, aku ulang lagi sekali, jangan malu nak timba ilmu dengan orang. Jangan malu nak cuit pak cik/pak imam/bilal kat sebelah tu supaya dengarkan bacaan al-Quran kita. Tak apa, kita tuntut ilmu untuk kesenangan kita jugak bila-bila.



  • Kepada para wanita pulak, yang belum berkahwin, timba lah sebanyak mana ilmu rumahtangga dulu. Jangan hanya sibuk gedik-gedik nak keluar dating dengan pakwe(s)/tunang je. Bentuk diri kita dulu supaya menjadi seorang yang terbaik yang akan menggembirakan hati suami. Isteri baik, suami sayang~ Auw! Heh. Guru yang paling baik, ibu kita. Kepada yang dah tak beribu (sorry), belajar dengan orang lain. Saudara-mara ke, orang-orang yang lebih berpengalaman lah.



  • Kepada wanita yang dah berkahwin, sama jugak macam yang nombor 3, 4 dan 5 tadi. Yang penting, bina peribadi kita dulu.  




dan kebaikan itu ialah anak soleh/solehah yang mendoakan ibu bapanya.


Okey! Dah terpanjang la pulak aku membebel hari ni. So, mana yang baik tu datang dari Allah, segala kesilapan kata yang aku tulis dalam entry ni, aku minta maaf la ye. Anything, just drop some comments kayh! Ja ne!



keluarga bahagia. Meow~




Aug 15, 2010

Renungan sebelum berbuka... (Selepas pun takpe.. ;D)

Assalamualaikum!

Entry pendek sementara menunggu waktu berbuka puasa...




SESAAT LUPAKAN ALLAH !

Pernah seorang pemuda menghadiahkan seekor burung kepada Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Dengan gembira beliau menerimanya…..tetapi kemudian dilepaskannya. "Mengapa dilepaskan burung itu? Kalau tuan tidak suka, serahkanlah kembali kepada saya", tanya pemuda tersebut. "Burung ini telah berkata-kata kepadaku: Sebenarnya aku telah ditangkap oleh pemuda itu kerana aku telah melupakan Allah di saat itu. Wahai Junaid, bagaimana kalau manusia serupa denganku, nescaya mudahlah jatuh ke tangan musuh", jelas Syeikh Junaid. Kelalaian sesaat dalam mengingati Allah adalah punca kejatuhan umat Islam. Ingatlah Allah! 






Ayat paling last tu memberi maksud yang mendalam. Tahukah korang sejarah yang kita belajar semasa sekolah tu dah diubah oleh barat?





selamat berbuka puasa!



Aug 13, 2010

Apabila mata, telinga, mulut dan hidung buat sengal~

Assalamualaikum!

Idea muncul di petang hari selepas memasak untuk berbuka puasa. Menu hari ini gulai udang and singgang. Air, fresh orange, laici, dan teh susu. Wau! Ahah, actually bukan aku yang masak, aku tolong mak je sambil-sambil berguru dengan dia. Bukan tak pandai buat sendiri, tapi kalau dah ada orang yang lebih arif, yang amatur ni tolong siang-siang lauk je lah. =)

Sambil-sambil masak tadi, datang lagi idea baru...

Alkisahnya, si mata sedang berborak-borak dengan temannya, telinga, hidung, dan mulut.

Mata : Wahai teman, aku tetiba terfikir pasal ni.
Telinga : Benda apakah?

Mata : Kenapa kedudukan aku bukan kat anggota lain tapi atas muka? Kenapa tak atas tapak tangan ke, atas bahu ke, atas kepala lutut. ke?
Mulut : Hahahaha! Lawak giler soalan kau ni mata! *Ketawa sekuat hati* (mulut kan...)

Mata : Apehal kau ketawa pulak? Cube imagine kalau kau duk atas dahi ke. Kan tinggi sikit darjat kau tu. Ni tak, bawah aku jugak duduknye kau.
Mulut : Cakap bebaik sikit. Authority aku ni tinggi lagi tau tak? Sepatutnya kau duduk diam je tengok. Bab2 bercakap ni bagi aku.
Telinga : Woi, dah, dah. Perit aku dengar korang ni bertekak. Duduk diam-diam boleh tak? Tengok hidung tu. Diam jer.
Hidung : ... (dah start nak kembang kena puji...)

Telinga : Soalan yang kau keluarkan tadi mata, aku susah nak jawab. Cuba kau bayangkan kalau kau duduk atas tapak tangan, apa akan jadi?
Mata : Hmm... *imagining* kalau aku kat tangan, senang jugak nak mengintai orang. Kalau tak nampak, tangan boleh bawak aku supaya nampak. Mengintai anak dara orang kat toilet contohnya. Haa, syok jugak tuh!
Mulut : Hoi, otak kau tinggal kat lutut ke? Ade ke patut ke situ pulak kau fikir. Gatal sangat dah ke? Ha, cube bayangkan kalau tuan kau nak basuh berak mesti pakai tangan kan? Hehehehe.. bayangkan syoknye kau merasai 'nikmat' duduk kat tangan. (jap3, mata ade otak ke?)
Mata : Argh!! Kotor la kau neh! Ke situ pulak.. hmm, tapi bila fikirkan dua kali, betul jugak tu. Nanti kalau nak mandi, mesti nak bersabun kan, pastu, ah, pedih pedih pedih.
Hidung : ... *berfikir*

Telinga : Ha, cuba bayangkan kalau kau si mulut duduk kat atas perut. Macam mana agak-agak ye?
Mulut : Kalau macamtu senang la sistem penghadaman. Makanan masuk mulut, terus masuk perut! Hahahahaha!
Mata : Apa punye idea lah kau ni mulut. Tak bernas langsung. Kalau kau kat perut, macam mana nak bercakap? Nak bercakap, semua orang kena tunduk kat perut nak dengar ape yang kau cakap. Ape lah.
Telinga : Hah, cuba bayangkan kalau mulut duduk kat belakang kepala, mata kat depan macam biasa, macam mana tuan nak bercakap dengan orang? Mata mesti nak kena tengok orang yang bercakap, mulut pulak kat belakang, nak kena jerit kuat-kuat baru orang tu dengar.
Mulut : Huh! Tak boleh, tak boleh! Mulut kena duduk depan sekali dengan mata jugak. Hmm, memang tak boleh nak duduk tempat lain ye.
Hidung : ... *gelak guling-guling dalam hati* (hidung ada hati ke?)

Telinga : Ah, aku sedang bayangkan diri aku duduk kat tempat mata.
Mulut, Mata & Hidung : ... *sedang membayangkan*

Lalu ketiga-tiga anggota pancaindera itu pun gelak guling-guling.

Mata : Hakhakhak! Aku  masih tak dapat bayangkan walaupun dah 'hang' kejap tadi. Kalau kau duduk kat tempat aku, aku nak duduk mana pulak? Takkan kat kepala lutut kot? Hang fikir la bebetul oi!
Mulut : Mau nak pecah aku ni gelakkan kau wahai telinga. Hahaha. Kalau kau duduk kat situ, aku boleh bayangkan macam mana kelakarnya wajah tuan. Hahaha!
Hidung : ... *hampir-hampir pengsan sebab tahan gelak*

Mulut : Hei, asyik cakap kita bertiga jer, apehal kau diam je hidung? Komen la sikit soalan pandai si mata neh.
Mata : Hoi cakap betul-betul sikit ye, soalan tu masuk akal tau. Ha, hidung, taknak bagi feedback sikit ke? Mana tahu kau tengah bayangkan kat mana tempat duduk kau selain kat tempat asal.
Telinga : Rileks la bro, kita tengah hilang tension je ni dah tuan asyik tido je memanjang. Bagi lawak la sikit hidung...
Hidung : ... *tak tahu apa nak cakap*

Mulut, mata, telinga, hidung : .... *diam*

CK : Ah, apa kata kalau aku yang join korang, okey tak? Aku pun tengah bosan ni.
Telinga and mulut : Huh? Siapakah CK ni?
Mata : Cik K lah, tuan punya idea pasal cerita kita ni lah. Ape la korang ni, tau lah tak boleh nampak, at least pakai la kelebihan korang tu.
CK : Dah3. Ni nak cakap sikit ni tentang kenapa kedudukan korang semua bukan kat lain tapi atas kepala. Berdasarkan idea yang korang bualkan tadi, mesti dah bayangkan keburukan kalau tempat duduk korang lain dari yang asal, kan? Sebab itulah, kita perlu bersyukur atas apa yang telah diberikan. Setiap anggota mesti ada kelebihan sendiri yang dah diciptakan dengan sebaiknya oleh Maha Pencipta. Situasi yang sama boleh diaplikasikan kepada setiap manusia. Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Dan kedudukan mereka pun berbeza setiap seorang. Berbeza darjat, berbeza kekayaan, berbeza ujian, semua berbeza. Tapi semua ada tujuan dan destinasi yang sama. Seperti korang semua, tujuan korang wujud ialah untuk membantu tuan korang untuk bergerak, berfikir, mengambil tindakan.

Mata, mulut. telinga, hidung : Oooo...

Tapi, manusia ni disebabkan ada akal, makin banyak pula alasan yang nak dikeluarkan. Makin banyak komplen yang dikeluarkan. "Kenapa aku tak dilahirkan kaya, cerdik pandai?", "Kenapa aku ditimpa bala musibah yang tak henti-henti?" Kenapa dan kenapa. Jangan banyak komplen. Manusia kena berfikir kenapa diberi ujian sebegitu rupa, kenapa diberi kelebihan. Kata orang, 'Fikir dulu sebelum buat'. Ayat tu betul. Sebelum nak start komplen, apa kata kita fikir dulu disebalik apa yang terjadi pada diri. Dan kembali kepada takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.

Take your time, and think. =)

p/s : Sampai akhir, hidung tak berkata apa-apa pun. Kerana dia sebenarnya tak pernah terfikir untuk komplen kenapa duduknya di tengah-tengah muka bukan di kepala lutut. Haha.

Aug 10, 2010

Si bisu ingin berkata-kata...

Assalamualaikum!

Aku tak tahu dari mana datangnya idea ni. Tapi, layankan je lah ye?

Alkisah, pada suatu zaman itu,(toyyib!) terdapat seorang lelaki sederhana yang sangat pendiam dan pemalu. Dia memang kurang sekali berkata-kata. Dia tinggal berdua bersama ibunya yang sudah tua. Ibunya bekerja sebagai peniaga buah anggur di sebuah pasar di tengah pekan. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari ibunya meminta dia menjaga gerai anggur itu berseorangan memandangkan pada hari tersebut berlaku kematian saudara dekat ibunya. Maka pemuda itu bersetuju tanpa banyak soal.

Di bandar, ramai penduduk keluar bersiar-siar dan membeli-belah kerana hari itu adalah hari Selasa, satu-satunya hari hujung minggu di zaman itu. Seperti yang dijangkakan oleh pemuda itu, jualan anggurnya pada hari itu sangat lumayan. Apabila tinggal satu sukatan terakhir stok buah anggurnya, datang seorang gadis untuk membeli anggur yang terakhir itu. Gadis itu tidak boleh bercakap. Bisu. Dia hanya menulis di atas kertas. Pemuda itu hanya menurut tanpa berkata-kata.

Gadis itu hairan lantas bertanya (melalui tulisan),

"Wahai pemuda, adakah engkau bisu sepertiku?"

Lantas pemuda itu menjawab, "Tidak."

"Kalau macamtu kenapa kamu tidak ketawakan aku? Kenapa kamu berdiam diri saja?"

"Kenapa aku perlu ketawakan kamu?"

"Biasanya setiap pemuda yang aku jumpa akan ketawakan aku dan mengejekku kerana bisu. Aku seringkali berasa sedih dengan nasibku yang bisu ini. Alangkah baiknya jika aku boleh bercakap."

Pemuda itu terus menjawab, "Tiada apa yang lebih teruk daripada lidah kita sendiri. Kerana lidah kita boleh binasa. Kamu patut bersyukur saja kerana tidak boleh bercakap."

"Kenapa kamu cakap macam tu? Teruk sangat ke lidah tu?"

"Jika kamu punyai kelapangan masa, mari aku bawa kamu berjalan di sekitar pekan ini memandangkan jualan anggurku dah habis."

Gadis itu hanya menurut. Dalam perjalanan itu, mereka berdua bertemu seorang makcik tua. Makcik itu kemudiannya berbual dengan pemuda itu. Makcik itu menceritakan tentang keburukan seorang fakir miskin yang meminta sedekah yang tinggal di tepi jalan tidak jauh dari tempat pemuda itu berniaga. Dengan semangatnya makcik itu menebarkan fitnah, serta menghina kedaifan peminta sedekah itu kepada pemuda tadi. Si pemuda dan gadis hanya berdiam diri dan mendengar.

Setelah selesai bebelan makcik tadi, mereka meneruskan perjalanan. Kali ini mereka terjumpa pula dengan seorang penyajak yang terkenal. Penyajak tersebut mendeklamasikan sebuah sajak yang memuji-muji seorang pemerintah kejam dan menyangkal kejahatan yang telah dilakukan oleh pemerintah itu. Dia juga menggunakan kata-kata indah yang dusta untuk menarik perhatian penduduk miskin yang tidak tahu-menahu tentang kejahatan yang telah dilakukan oleh pemerintah yang diperkatakan. Dia juga menyatakan yang pemerintah itu menjanjikan harta kekayaan kepada rakyat yang patuh akan arahannya. Ramai penduduk tertarik dengan syair itu. Tetapi pemuda dan gadis tidak berkata apa-apa dan berlalu dari kumpulan orang ramai itu.

Setelah penat berjalan keliling kota, mereka berdua berhenti rehat di sebuah gerai minuman yang dimiliki oleh seorang lelaki yang dikatakan sombong. Selesai mengambil pesanan minuman, tuan kedai tadi terus bertanya tentang pemuda itu,

"Anak siapakah kamu ini?"

Pemuda menjawab, "Aku anak Senah binti Hasan yang tinggal di kaki bukit di hujung pekan."

"Oh, anak Hassan si miskin itukah? Patut la baju kamu compang-camping saja. Anak si miskin rupanya. Kamu patut tinggalkan saja ibumu dan bekerja sebagai anak dagang di pelabuhan. Barulah nanti kamu akan jadi kaya sepertiku ini. Dulu aku juga meninggalkan ibubapaku yang miskin dan pergi mencari harta dan sekarang lihatlah diriku yang senang-lenang ini. Semua ini hasil titik peluhku sendiri. Kamu kena pakai sikit otak kamu tu untuk cari kesenangan, jangan biar sia-sia saja."

Si gadis yang mendengar terkulat-kulat sambil memandang si pemuda yang dari tadi kelihatan tenang dan diam saja.

Dalam perjalanan pulang, si pemuda tadi memulakan bicara, "Yang kamu lihat tadilah contoh manusia yang membinasakan diri dengan lidah mereka sendiri. Apabila sudah takde kerja lain yang nak dibuat, lidah itu digunakan untuk mengumpat dan mencerca keburukan dan kelemahan orang. Juga si penyair tadi yang berdusta kepada penduduk pekan. Lidah yang berharga itu digunakan untuk berdusta. Setelah dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, lidah berharga itu digunakan untuk bermegah-megah dengan diri sendiri dan merendahkan orang lain tanpa bersyukur kepada Tuhan yang memberi kesenangan kepadanya. Jadi, wahai gadis, masihkah kamu ingin berkata-kata?"

Maka si gadis itu menggeleng sambil berkata, "Jikalau aku boleh bercakap, aku mungkin akan lupa akan diri dan mungkin akan mensia-siakan nikmat berkata-kata itu ke arah keburukan. Oleh itu, biarlah aku tak boleh bersuara. Tiada siapa akan terluka dengan kata-kataku, dan semoga kuranglah dosaku daripada lidah. Semoga Tuhan menjaga hatiku supaya tidak menghina manusia di dalam hati."

Sekian, terima kasih. Wah, dah lama tak menulis cerpen. Harap korang enjoy baca ni walaupun aku rasa, situasi dalam cerita ni agak tipikal. Hehe. Sekadar renungan bersama.

p/s : Slogan cik K : Diam itu lebih baik. =)


kyaa! Sebastian-san!


Banyak alasan betul kita ni, kan?

Assalamualaikum.

Pada hari kiamat, Allah S.W.T akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu :


  • Menolak alasan orang-orang kaya dengan Nabi Sulaiman a.s. Jika si kaya berkata, "Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat." Maka dijawab, "Engkau tidak lebih kaya daripada Sulaiman a.s tetapi kekayaannya tidak melupakannya dari beribadat."
  • Jika hamba sahaya berkata, "Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah SWT menjawab : "Yusuf a.s menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangnya untuk melakukan ibadat."
  • Jika si miskin berkata : "Kemiskinanku itulah yang menghalangku untuk beribadat kepadaMu.'' Maka Allah SWT menjawab : "Engkau tidak lebih miskin daripada Isa a.s tetapi dia tidak terhalang untuk melakukan ibadat."
  • Jika si sakit berkata : "Penyakitku itulah yang menghalang aku untuk beribadat." Maka Allah SWT menjawab : "Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub a.s tetapi dia tidak terhalang untuk ibadat kepadaKu.

Wallahua'lam.


Kalau nak tengok dalam kehidupan seharian di dunia pulak, kita manusia ni pun macam-macam alasan dan dalih. Kalau ikutkan kata nafsu, begitulah jadinya. Satu lagi tabiat buruk manusia, suka menyalahkan orang lain. Ianya atas dasar ego, tak mahu terima kesilapan sendiri, then nak salahkan orang lain. Cukuplah tu berada di dalam zon selesa. Sempena bulan Ramadhan ni, marilah kita bersusah-payah sedikit kerana Allah. Marilah menuju kejayaan dan kekayaan di akhirat. Kekayaan di dunia boleh ditangguh. Tetapi kematian tak boleh ditangguh. Kalau maut tu datang sekarang, sekarang lah sama ada kita banyak beramal soleh atau pun tak. Semoga hati kita semua gentar apabila mengingati mati.

p/s : Selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun lepas.



babai syaitan... sekarang kita bertarung dengan nafsu kita sendiri pulak.



Aug 4, 2010

Padang Mahsyar - Bayangan manusia yang berdosa...

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W.

Antara gambaran manusia di padang Mahsyar :

Berwajah kera
Suka menabur fitnah sesama manusia.

Berwajah Khinzir
Suka memberi dan menerima rasuah.

Buta kedua belah mata
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman.

Pekak dan bisu
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

Tubuh yang mengalir nanah & darah yang amat busuk serta menikam lidahnya berulang kali
Golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

Badannya luka seperti dihiris
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran.

Berjalan terhuyung-hayang seperti cacat
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan.

Berjalan seperti mabuk
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia di dalam masjid.

Rupa badannya seperti khinzir
Suka makan riba'.

Tidak bertangan dan tidak berkaki
Suka menyakiti & menyusahkan jiran sekeliling.

Wajah dan badannya seakan khinzir
Suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya sehingga sering terlupa rukun.

Perutnya dipenuhi ular dan kala jengking yang sering menyengat-nyengat
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan dan lain-lain zakat.

Badannya sangat busuk seperti bau bangkai
Melakukan maksiat secara sembunyi.

Tidak berlidah dan darah yang busuk mengalir dari mulut
Malas dan jarang mengucap kalimah syahadah.

Berjalan kaki ke atas dan kepala ke bawah, darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan
Suka melakukan zina.

Muka hitam dan perutnya dipenuhi api
Suka makan harta anak yatim.

Kulit dipenuhi sopak dan kudis
Orang yang menderhaka kepada orang tuanya.

Giginya seperti tanduk lembu, lidah terjelir hingga ke perut, najis dan kencingnya sentiasa keluar dari kemaluan
Orang yang suka minum arak@ segala jenis benda yang mengkhayalkan seperti dadah dan lain-lain.

Sama-sama kita ambil iktibar dan segera bertaubat. (-.-)

source : http://alkurawi.blogspot.com




p/s : Mood gembira. \^0^/

ja ne!

Jul 30, 2010

Pejuang Hijab (Wanita Sedarlah!)

Assalamualaikum.

klik to read 



Dah baca dengan jelas dan difahami? Jika beliau sanggup menggadaikan nyawa demi nikmat syurga, untuk apa kita menggadaikan maruah demi nikmat dunia? Apa yang kita dapat daripada perbuatan salah yang kita anggap betul? Untuk apa kita agung-agungkan kecantikan di dunia sementara sedangkan Allah menjanjikan kecantikan abadi di dunia Akhirat?

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Kembalilah ke jalan Allah selagi kita masih bernyawa. Bila nyawa dah ditarik, menyesal tak guna. Astaghfirullahal'aziim.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa, yang baik berterusan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, semoga esok lebih baik dari hari ini, semoga hari-hari mendatang lebih baik berbanding hari-hari semalam.


p/s : Aku tak ingin kembali ke hari semalam, aku ingin maju ke hari esok, dan lupakan kejadian semalam. Semoga esok lebih bermakna untukku, berbanding luka semalam.

source : Abg Ijal (semoga Allah mengurniakan jodoh terbaik untukmu)

Jul 27, 2010

Benci betul bab ni.

Assalamualaikum.

Kosmo hari ini - "ISTERI CURANG BIJAK SIMPAN RAHSIA". Aku terbaca dekat news feed tadi. Dan oh, macam @#$%!# dah aku rasa. Yelah kan, aku perempuan jugak. Malu kat kaum sendiri.

Faktornya yang aku boleh fikir, yang pertama, memang perempuan tu yang bangang. Sengaja nak curang. Tak pun dia gersang sangat kot tak cukup kasih sayang suami. Suami sibuk tak sempat nak layan isteri, tak cukup bagi duit ke, dan banyak lagi. Itu semua alasan yang diberi oleh si isteri untuk curang pada suami.

Dalam akhbar tu disebut, antara puncanya ialah isteri banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Biasanya kalau career woman, masa hidupnya dengan kerja ialah lebih lama berbanding dengan keluarga. Tu bila dah ditolak waktu tidur. Disebabkan tu, probability untuk dia curang dengan rakan sekerja agak tinggi.

Dalam kes lain, ada wanita yang tak bahagia dengan suami. Suami mendera isteri. Faktor tu pun boleh buatkan isteri curang dengan lelaki lain yang kononnya prihatin dengan masalah yang ditimpa perempuan tersebut.

Let me be frank, dah yakin benar ke lelaki yang korang curang bersama tu lebih baik daripada suami korang?  Atau korang b@d$h sangat kot untuk percaya kepada lelaki lain berbanding suami korang. Mana tau lelaki yang korang curang tu hanya mencari keseronokan semata-mata, merosakkan isteri orang dengan zina. Banyaknya dosa yang dapat, zina lagi, nusyuz lagi. Hukum (hudud) zina bagi perempuan/lelaki yang sudah berkahwin ialah rejam sampai mati. Astaghfirullahal'aziim~

Pesanan kepada lelaki yang belum kahwin, teliti dulu peribadi calon isteri anda. Jangan main hentam je dah hangat bercinta sampai tak pandang kiri kanan dah, terus je kahwin. Hati-hati memilih bakal isteri. Tapi pesanan ni pun boleh diguna untuk para wanita. Bukan golongan wanita je yang curang, si suami pun ada yang curang.

Lagi pesanan untuk lelaki, jika ragu-ragu dengan isteri atau syak isteri curang dengan lelaki lain, beri nasihat dulu. Tunjukkan jalan agama untuk isteri. Kadang-kadang ada isteri yang tak cukup pengetahuan dalam bab agama. Maka, itu tugas suami untuk berikan didikan agama yang cukup untuk isteri dan anak-anak. InsyaAllah keluarga akan bahagia apabila diiringi dengan kemanisan agama.



source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Ja ne~

Jul 6, 2010

Can I Taste Your Blood?

Assalamualaikum!

How are you? Hopefully you're having a great day and enjoying your every seconds of your life. Ah, I read this from my follower's blog, Leiya-chan. Just about the personality of a person according to your blood type. It may not be all true, but it is kind of interesting, for me.


Type A: The Farmer

Speaking broadly, it is said that people with Type A Blood are calm, composed, level-headed, and very serious. They have a firm character, and are reliable, trustworthy, and hardheaded. They are shy, introverted perfectionists. They are considerate to others and don’t easily lie. They are loyal to friends and co workers. They can be secretive, though, and don’t often share their feelings. They try to suppress their own emotions, and because they have continual practice in doing this, they appear strong, when, in actuality, they have a fragile, nervous side, as well. They tend to be hard on people who are not of the same type, and consequently, tend to be surrounded with people of the same temperament. They also don’t hold their liquor well. Type A’s are the most artistic of the groups. They can be shy, cautious, conscientious, reliable, trustworthy, and sensitive. They can also be overcautious, picky, arrogant, and reckless when drunk.


Type B:The Hunter

People with Type B Blood are curious everything. That may be good, but they also tend to have too many interests and hobbies. They tend to get excited about something suddenly only to drop it again just as quickly. They seem to manage to know which of their many interests or loved ones are truly the most important. B Types tend to excel in things rather than just be average, but they tend to be so involved in their own world that they neglect other things. They have independent spirits with strong personalities. They have the image of being bright and cheerful, full of energy and enthusiasm, but some people think that they are really quite different on the inside. They also don’t really want to have much personal contact with others. While they don’t care what others think of them. They are extremely passionate about the things they hold dear. Type B’s are the individualists of the blood group categories and find their own way in life. Type B personalities can be curious, bright, cheerful, enthusiastic, independent, sensitive, and unpredictable. They can also be superficial, unreliable, selfish, unpredictable, indiscreet, lazy, and impatient.

Type AB: The Humanist

Type-AB people are an unpredictable, distant lot, but tend to use their heads over their hearts. They are good with money. Type AB’s are the split personalities of the blood groups. They are considerate of other people’s feelings and deal with them with care and caution. On the other hand, though, they are strict with themselves and those close to them. They, therefore, seem to have two personalities: one for those “outside,” and another for people on the “inside.” They often become sentimental, and they tend to think too deeply about things. AB Types have a lot of friends, but they need time to be alone and think things through, as well. They can be both outgoing and shy, confident and timid. While responsible, too much responsibility will cause a problem. They are trustworthy and like to help others. Type AB personalities can be sensitive, considerate, careful, and efficient. They can also be strict, moody, easily offended, critical, and standoffish.

Type O: The Warrior

Type-O people are outgoing, expressive, and passionate. They are highly motivated, natural leaders. Blessed with a strong physical presence, they aren’t afraid to gamble because they are so convinced they’ll win. Type O Blood people are said to set the mood for a group and to take on the role of creating harmony among its members. Their image is one of being peaceful and carefree. They are also thought to be big-hearted and benevolent, and they tend to spend money on others generously.They are natural athletes. They tend to be obsessive in their quest for success, and this can make them boring to others. Type O’s are outgoing, and very social. They are initiators, although they don’t always finish what they start. They appear to be levelheaded and trustworthy, but they often slip and make big blunders inadvertently. That is also the what makes O Types lovable. Creative and popular, they love to be the center of attention and appear very self confident. Type 0 personalities can be carefree, generous, independent, flexible, idealistic, goal-oriented, athletic, competitive, and adaptable. They can also be clumsy, flighty, jealous, greedy, unreliable, obsessive lover, vain loudmouths.


Romantic Compatability by Blood Groups:

A is most compatible with A and AB
B is most compatible with B and AB
AB is most compatible with AB, B, A and O
O is most compatible with O, and AB


Source: The Great Geek Manual
Copied from: Leiya-chan (thanks ya!)


p/s : I'm the Warrior. How about you?











Jun 19, 2010

Menjaga Hati

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Apa khabar? Semoga anda dilindungi Allah. Aku ingin berkongsi satu cerita dengan sahabat-sahabat sekalian.


Seorang sufi akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita cantik. Tiba-tiba ditakdirkan Allah, di saat hampir waktu pernikahan, pengantin wanita itu ditimpa penyakit cacar. Pihak keluarganya sangat sedih dan khuatir anak gadisnya akan dianggap hodoh oleh bakal menantu mereka. 

Mengetahui hal ini, calon suami lalu memperlihatkan pula bahawa dia telah mengidap sakit mata sehingga mengakibatkan dirinya buta. Perkahwinan pun terus dilangsungkan dalam keadaan kedua pengantin yang seimbang ini, sehingga kedua belah pihak tidak lagi bersedih dan kecil hati. 

Kedua pasangan tersebut terus hidup rukun damai selama 20 tahun sehingga Allah takdirkan wanita itu jatuh sakit lalu meninggal dunia. 

Setelah kematian isterinya, maka si sufi itu membuka matanya yang nyata tidak buta. Lalu orang pun bertanya mengapa ia bertindak berpura-pura buta sekian lamanya. Lantas dijawabnya:"Aku sengaja berpura demikian agar keluarga isteriku tidak bersedih hati." Orang yang mendengar terus berkata: "Kamu telah mengagumi rakan-rakanmu dengan akhlakmu ini."

***


Apa yang menarik bagi aku tentang kisah ini adalah bagaimana mulianya lelaki sufi tersebut yang sanggup menjadi (berpura-pura) buta hanya kerana ingin menjaga hati dan aib si isteri serta keluarga. 

Ini soal perkahwinan. Bagaimana jika soal persahabatan?

Mampu ke kita nak menjaga hati sahabat kita? Oh, lupa. Tak perlu contoh persahabatan, cuba bayangkan ahli keluarga korang je. 

Ahli keluarga orang paling rapat dengan kita sebab kita berkongsi darah daging (genetic) yang sama. Jika kita susah, ahli keluarga kita juga yang akan bantu kita. Sekarang, abaikan tentang ahli keluarga yang jahat etc, etc. Aku sedang bincangkan tentang contoh yang baik ni. 




Orang yang paling utama kita perlu menjaga hatinya adalah ibu kita, mak kita, mama kita, bonda kita, etc, etc. Bagi lelaki, walaupun sudah berkahwin, tanggungjawab kepada ibu masih belum terlepas selagi ibunya masih hidup. Jika bagi perempuan pula, tanggungjawab kepada suami paling utama. Namun tak bererti boleh melupakan jasa ibu kita dengan mudahnya.

Hati seorang ibu ni cekal. Kamu buatlah apa pun kepadanya, dia masih akan melayan kerenah kamu. Kamu tengking, kamu cela, kamu hiraukan dia... dia masih tak membuang kamu dari hidupnya. 

Balasan menderhaka kepada ibu bapa akan terus tertampak ketika di dunia. Be it kesusahan, kepapaan, kemalangan atau segala jenis balasan akan Allah turunkan jika kita menderhaka.

Moral of the story :

Jagalah hati insan-insan yang dekat di hati anda. 
Jagalah maruah mereka.
Jangan menderhakai ibu bapa.
Sayangi ibu bapa anda!

Ja ne!

Jun 17, 2010

Ingat satu perkara sebelum tiba satu perkara.

Assalamualaikum!

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Aku ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian.


Ad-Daqqaq pernah berkata :

Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan 3 perkara :


  1. Segera bertaubat
  2. Hati yang qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada)
  3. Cergas beribadah

Manakala barangsiapa yang selalu melupakan kematian, akan ditimpa dengan 3 perkara : 


  1. Melambat-lambatkan taubat
  2. Tidak pernah merasa cukup
  3. Malas beribadah

Ditulis oleh Imam Qurtubi rahimullah di dalam kitab At-Tazkirah.



Sedikit penjelasan :

Jika kita menyedari kita telah membuat kesalahan atau dosa, segeralah kita bertaubat kepada Allah. Jangan kita menangguh-nangguhkan taubat. Ianya benar jika setelah kita bertaubat, maka kita akan kembali melakukan dosa. Manusia tidak akan pernah lari dari melakukan dosa. Oleh sebab itulah kita harus terus bertaubat apabila menyedari dosa yang dilakukan.

Maut itu terlalu dekat dengan kita. Bila-bila masa saja Izrail akan datang menjemput. Apabila kita selalu mengingati mati, kita akan sedar akan banyaknya dosa yang kita lakukan. Maka kita akan selalu bertaubat kepada Allah SWT serta berusaha untuk meningkatkan ibadah kepada Allah. 

Sama-samalah kita untuk selalu mengingati mati, supaya kita sedar akan banyaknya dosa yang telah kita lakukan dan untuk kita sedar bahawa kita masih belum cukup beribadat kepadaNya.

Hidup kita untuk mati. Destinasi sebenar kita hanyalah menuju ke arah mendapatkan keredhaan Allah. Alangkah bahagianya jika hidup kita di dunia melakukan amal soleh, kerana hidup di akhirat akan lebih bahagia kerana amalan kita.

Sama-sama kita perbetulkan kesilapan diri kita. Aku bukanlah manusia sempurna. Sekadar beringat-ingat dan sambil-sambil memperbaiki diri. 

Sekian, ja ne!

Next Paper : Al-Quran

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...