25 September 2011, Malaysian Hall, Abbasiyah, Kaherah.
1.05 AM
Aku terbangun dari tidur kerana panggilan seorang sahabat yang punyai masalah. Selesai panggilan telefon, aku check inbox ku. Kuterima satu mesej berbunyi :
"Find someone who can make you smile all the time and never give up on them, because I love to see you happy always, and I know that your heart wants to stop feeling pain."
Indeed, aku betul-betul mahu berhenti merasai kesakitan itu. Parut-parut yang lama itu masih terasa pedihnya. Thank you for the message, friend. :)
Kemudian aku buka Ipod, cari calendar and tengok schedule untuk hari ni.
- Breakfast at Sofitel with Sofiya. (6.30 am)
- Malaysian Day Dinner at Kelab Bola Zamalek. (4.00 am)
- Nenek meninggal. (6.30 pm)
Ku tenung lama Ipod, fikiranku melayang merentasi jarak dan waktu...
25 September 2001, Kampung Batu Tiong, Dungun, Kuala Terengganu.
5.30 PM
Aku lihat makcik dan pakcik sebelah mak ramai berkunjung ke rumah cik Zah, ibu saudara ku di Kampung Batu Tiong, Dungun. Nenek terlantar di atas tilam di suatu sudut dinding. Aku lihat mak masih di sebelah nenek, memberi minum sedikit air masak, dan kemudian menyambung bacaan surah Yasin. Kemudian kuhampiri nenek, nafasnya dapat kudengari. Dadanya berombak. Tiada suara kedengaran dari mulutnya. Yang aku tahu, sebelah kiri tubuhnya sudah tidak dapat digerakkan kerana lumpuh beberapa hari yang lepas. Aku hanya memandang kosong. Kemudian ku rasa mengantuk, lalu aku masuk ke dalam bilik dan lelapkan mataku.
6.30 PM
Aku bangun dari tidurku. Aku terus keluar, dan menuju ke arah nenek. Mak datang kepadaku dan berkata, "Nenek dah tiada, nenek dah pergi, baru je sekejap tadi." Aku terkedu. Aku tiada di sisi nenek ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya. Tanpa kusedari, aku menangis tanpa henti di sebelah arwah nenek. Kubacakan Yasin sambil diselangi tangisan. Tiada kata-kata yang mampu aku ungkap ketika itu. Itulah kali pertama aku kehilangan ahli keluarga terdekat, the one and only nenek yang sempat aku bersama. Ketika itu aku baru berumur 11 tahun.
Pada malam itu, aku tidur disebelah mak, berdekatan dengan arwah nenek. Kali terakhir aku tidur di sampingnya. Air mata masih mengalir ketika itu. Arwah nenek ditanam pada pagi keesokan harinya di tanah perkuburan di belakang Kampung Batu Tiong.
***
Ingatanku masih segar tentang arwah nenek. Bilik aku sekarang di rumah, dulu pernah menjadi bilik arwah nenek ketika aku masih kecil dan masih tidur di bilik mak. Aku masih ingat wajah arwah nenek. Arwah seorang pendiam, sama seperti mak, dan juga turun kepadaku sendiri. Aku sangat rindukan arwah nenek, walaupun ketika beliau masih ada, aku masih kecil dan tidak mengerti tentang kasih sayang.
Mati itu pasti. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment