Welcome new semester, second year Dentistry. Ya, result aku dah keluar, Alhamdulillah dapat naik tahun. Aku sangat-sangat bersyukur dengan keputusan ni. Terima kasih mak kerana mendoakan saya. This semester, aku masih belajar beberapa general medical subjects, tambahan beberapa dental subjects, dan tak lupa beberapa subjek agama.
*Tarik nafas panjang-panjang*
- General Microbiology
- General Pathology
- General Pharmacology
- Crown & Bridge
- Restorative Dentistry
- Prosthodontics
- Oral & Dental Biology
- Al-Quran
- Fiqh
- Tafseer
- Evolution of Fiqh
Bila baca list macam ni pun agak breathtaking la jugak kan, ni belum lagi mengalami belajar semua ni. Boleh naik gila la aku. Kepala oh kepala... Kelas dah berjalan selama 2 minggu, semua subjek dah dikenalpasti learning objectives dan aku terasa agak nervous dengan subjek-subjek tahun ni because kebanyakan students yang sangkut ialah ketika berada di tahun ni. Boleh dikatakan tahun ni adalah tahun angker bagi pelajar dentistry. Tahun depan pulak dah masuk practical year. Gulp.
Musim sejuk semakin menghampiri. Aku mengharapkan semuanya baik-baik belaka. Aku tak mahu bersedih lagi, kerana aku sudah punya sebab kenapa aku perlu teruskan impian aku. Aku inginkan seseorang itu. Aku takkan lepaskan dua-dua : cita-cita dan orang yang aku sayang. Jadi, jalan yang terbaik ialah menjauhkan diri, supaya aku dapat tumpukan perhatian aku terhadap cita-cita aku, disamping hati aku tetap kukuh dengan keinginan terhadap dia.
Oh Tuhan, cepat la masa berlalu. Aku ingin kembali ke tempat asal ku. Aku rindukan mak. Aku ingin kembali ke tempat yang sepatutnya aku berada. Tuhan, tabahkan hati mak, kentalkan hatinya apabila dia ingin menangis, hilangkanlah kesakitan di hatinya. Aku betul-betul ingin berada disampingnya ketika di saat dia memerlukan seseorang kerana hati aku tau, dia sedang kesunyian... Walaupun mak mungkin dah tak baca blog ni, tapi saya nak mak tau yang saya sangat sayangkan mak, walaupun kadang-kadang saya susah nak berhubung dengan mak. I love you very much~
Ja ne!
No comments:
Post a Comment