Aku sedang menunggu air sedang dipanaskan. Sambil-sambil tu aku mendengar music di Ipod ku. Lagu Pussycat Dolls - I Hate This Part sedang menusuk menggegarkan gegendang telingaku lalu menyalurkan gegaran tersebut kepada tiga tulang-tulang kecil didalamnya, lalu tersalur ke cochlea, dan terus menuju ke otakku melalui saraf-sarafnya yang berselirat. Ciptaan Allah itu terlalu kompleks, baru ilmu sedikit tentang anatomy telinga, belum lagi tentang anggota pancaindera yang lain.
Air panas sudah siap masak lalu ku tuang ke dalam mug besar pemberian Sara temanku dari Mansoura yang dibelinya dari UK. Agaknya bilalah akan aku jejak tanah itu? Nantikan. :) Lalu aku kacau nescafe Gold bersama coffeemate. I'm going to pull out the night because I have Restorative Dentistry mid term exam tomorrow. Actually aku sepatutnya mula revise dari pagi tadi, but something has cropped out and I wasn't be able to start it yet. Dan sekarang maybe I will get through it somehow.
I really hate to pretend my own feelings, but somehow, I did it for the sake of someone. And now I found out THAT someone, really doesn't care anymore. Hati aku terasa sangat-sangat sakit. Tak dapat dibayangkan oleh akal warasku. Benda yang aku dah berikan dengan elok-elok kepadanya, sekarang benda tu dikembalikan dengan keadaan rosak yang tak dapat dibaiki lagi. Dan aku telah kehilangan benda itu.
Mungkin kamu dah dapat kebahagiaan yang kamu cari, lalu kamu campak benda yang telah aku berikan kepada kamu dengan tanpa perasaan. Mungkin juga kamu tak tahu, yang aku bukannya robot, tak berperasaan. Aku yang tak pernah cuba untuk membenci kamu, kamu berjaya merubah situasi itu. Aku yang tak pernah berhenti berusaha ke arah kamu, tapi akhirnya kamu berpaling daripada aku. Baiklah, aku akhirnya faham, kamu sememangnya sudah berhenti memberi peluang kepada aku, sudah berhenti percaya kepadaku dan sudah letih untuk setia kepada aku lagi. Inilah yang kamu nak daripada aku kan? Supaya aku lepaskan kamu.
Baiklah, aku lepaskan kamu. Terbanglah ke mana saja yang kamu mahu. Cuma pesanan aku, please please please, hidup dengan lebih gembira lepas ni, kerana aku akan sangat sangat sangat menyesal kerana lepaskan kamu jika kamu hidup dengan sebaliknya. Kerana aku terlalu sayangkan kamu. And I can no longer hold you back, because I see that you've found someone that makes you happier, bukan diriku. Dan bila aku sangat perlukan kamu, kamu abaikan semuanya. Dan satu lagi pesanan untuk kamu, don't do what you did to me, to another woman you love. Because it hurts well.
Air nescafe tadi sudah habis aku minum sambil-sambil menaip entry ini. Dan selepas ni aku akan mula membuka buku, revise setakat mana aku mampu sehingga pagi esok. Harap Tuhan bukakan pintu ingatan aku. Dan aku berharap agar aku dapat lupakan perasaan ini terhadap kamu, kerana kamu tak pernah nak hargainya.
Never mind I'll find someone like you, I wish nothing but the best for you, Don't forget me I beg, I remember you said, Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead... (Someone Like You - Adele)
Yeah, lagu ini sedang dimainkan dalam Ipod. Aku takkan jumpa lagi seseorang seperti kamu. Kamu yang pendiam, kamu yang tenang, kamu yang punyai senyuman dari syurga, kamu yang aku sayang. Time will always heals the pain. And for the last time, I really write this from the bottom of my heart, I love you, AAR.
P/S : Hari ni 7 January birthday ex-boyfriend aku, and I finally called him after about 10 months after the last time we met. Happy Birthday Mr.Farizz. Hope you will achieve your dreams, stands still and don't fall. The best thing about you, you never change, and me either. And the best thing about us, we're still friends and moving on, right? :)
Ja ne.
1 comment:
perggh bday ex ingat lagi beb.heh XD
Post a Comment