Showing posts with label si handsome si jelita. Show all posts
Showing posts with label si handsome si jelita. Show all posts

May 15, 2012

Soul of Studying.

Assalamualaikum.

Actually, there's no purpose of me writing today. I was supposed to read Prosthodontics as the exam will be on Wednesday but it seems like I don't step on the right mood to face those books. *sigh*

There are several things that ruins my peaceful state of mind. Don't know how to get rid of them. *sigh again*

But, thinking of how far I've been through this torture of stu-DIE-ing, it's been a while since I have a reason to put a goal to the game. I had it once during my SPM, and I achieved it even though it was bloody hard. But, since then, I had no idea why I stopped working hard. The same goes when I was in matriculation. Although I have a quite big, rigid reason why I should put 4 Flat in my pocket, then again, I made it fell into the trash can, rather than my own pocket.

Then I came here. Still the same did happen. I know I'm a person who lacks motivation in studying. It's not hard to change, but my heart didn't allow me to. It's freaking ironic, but I myself hated the lack-of-motivation-and-enjoyable ME. I actually hate looking at those paranoid students who had no live to spend on but studying. "They should open their mind to another things too! There're so many important things you should take care of rather than just make love with those books!" *Ehem, pardon my retard brain*

Then again, I didn't play too much, yet didn't study like dying too. I love to play safe. BUT, I know that's a dangerous thing to do. You'll never know when the hurricanes will come, you'll never know when the earthquakes will strike. I too, would love to play with something dangerous and risky.

Until one day, someone did successfully hit my comfort zone. That one really did toss my calm side. That person really put thunders and storms inside my brain. The one that can shake my ego. Wait, since when did I have the ego? Yes, since I met that person I learned that I too have the ego in myself. That person too made my head spinning and my heart to ponder. It makes me realize that there's such a person who would make my world upside down actually exists. The person that makes me FINALLY revived the soul of studying that have been kept frozen in the depth of the ocean of my heart.

And then, why did only this person? Why did not another people can do this? Why this freaking person? *sigh*

To that person, you dare to pull the soul out, but don't you dare to play with it and turn it down again. It's hard for me to deal with this itchy feeling that makes me want to pull the nerve out when facing exams (which I usually never felt nervous in any exams before). And I dare you to put up with my calmness. I might kill you with my silence.

Okay, done writing. Now let's give this book some 'lessons'. Heh.

Kimmy Ai is currently listening to : Someday I Will Understand - Britney Spears

Jan 5, 2012

Rahsia Gerakan Jari Tangan.

Assalamualaikum~

17.47 PM.

Aku baru selesai solat maghrib dan usha-usha fb. Lepas tu melompat pula ke alam blog. Tiba-tiba aku terjumpa satu entry yang aku agak tertarik and nak share.

Rahsia gerakan jari tangan.


1. Memicit atau memegang hidung : Seseorang yang tak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa yg dilakukan. Seseorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai. Dari segi perbelanjaan, mereka sangat bercitarasa tinggi dan juga boros. Tak pandai berjimat dan terlalu mengikut rasa.
 
2. Meletak tangan pada bahu kawan : Seorang yang degil dan suka ikut kepala sendiri atau seorang yang pentingkan diri sendiri. Tetapi mereka adalah teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi teman-teman lain. Seorang yang suka membantu dan mudah untuk berurusan dengan mereka.

3. Bermain dengan jari-jarinya : Mereka mempunyai tahap humor yang tinggi dan pandai berjenaka. Seorang yang bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan tanpa mengambil hati. Namun, mereka seorang yang lambat menerima arahan dan sambil lewa. Tetapi mereka sangat baik hati dan rajin.

4. Mematahkan jari-jemarinya : Mereka suka mematahkn jari-jari dan suka mengeluarkan macam-macam bunyi seperti mengetuk meja dan sebagainya. Mereka sebenarnya seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain. Namun mereka seorang yang adil, baik hati dan sedia membantu sesiapa sahaja.

5. Menggigit kuku : Mereka seorang yang kelam kabut. Tidak pandai menguruskan masa dan sering pelupa. Selain itu mereka sering dilihat gementar dan gugup apabila berbicara. Mereka juga agak perahsia orangnya.
 
6. Bermain dengan rambut dan memintal hujung rambut : Mereka seorang yang sangat suka berkhayal, dan suka meminta-minta. Apabila permintaan tidak dipenuhi, mulalah nak merajuk. Selain itu mereka sebenarnya sukar untuk dipengaruhi kerana mereka ada pendirian yang tetap dan agak keras kepala.

7. Menongkat dagu : Dia adalah seorang pendengar yang setia dan jangan risau kerana rahsia selamat ditangannya. Mereka juga sangat setia dalam persahabatan, namun mereka ini cepat bosan dengan sesuatu dan agak kedekut sedikit. Mungkin juga mereka seorg yang berjimat-cermat.

8. Suka meletakkan tangan di atas meja : Mereka seorang yang "happy go lucky" dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Mereka seorang yang "cool" dan jarang sekali nampak mereka marah atau panas baran. Mereka amat disenangi ramai dan seorang yang peramah. Namun, mereka juga agak suka bergantung pada orang lain dan tidak pandai berdikari.

9. Menggosok-gosok tapak tangan : Ramah dan berfikiran matang, itulah diri mereka sebenar. Mereka seorang yang berterus-terang dan tak suka berbohong. Mereka juga mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu. Prihatin juga adalah sebahagian dari sikap mereka.

10. Memutar cincin : Sangat menepati janji. Jangan sesekali mengingkari janji dengan mereka kerana kamu mungkin dimarahi. Mereka seorang yang suka cakap lepas dan jarang memikirkan perasaan orang lain. Mereka juga menggemari hidup yang teratur dan seorang yang tegas. Namun mereka senang dipujuk dan lembut hati. Mereka tidak suka orang yang putar-belit dan pembohong.

 

Oh, kalau orang tu suka picit hidung orang lain pulak macam mane? Seriously, aku sangat sangat sangat rindu kamu. Kamu yang suka picit hidung aku. Sakit tahu? Tapi kamu comel. :)

 Ja ne ! ;)

Dec 20, 2011

Matrix Life! : Pagi di C 3.1.9

Assalamualaikum!

20 December 2011

7.48 AM

Aku sedang breakfast di meja study. Aku plan untuk ponteng kelas hari ni because esok ade mid term paper Microbiology. And, macam biase, aku study last minute. Suhu pagi ini 13 degree Celcius, di luar aku lihat kabus tebal meliputi jalan di belakang Malaysian Hall ni. Roommates aku masih belum bangkit dari tidur. Lalu ku buka Ipod, tekan Music, ku lihat playlist AkuMelayu. Dah lama aku tak dengar lagu-lagu Melayu dan Indonesia.

Lagu-lagu di dalam playlist tu semuanya mengingatkan aku kepada memori di zaman aku belajar di KMNS dulu. Memori kami, budak-budak bilik C 3.1.9...

***

19 December 2008

7.00 AM

Aku sedang memakai baju kurung untuk ke kuliah. Katy dan Anis Aneza masih di meja study sedang menyiapkan assignment Physics manakala Nor Anis keluar untuk menggosok tudungnya. Bunyi radio dari meja study Katy berkumandang lagu-lagu dari siaran Hot.fm. Sekarang, lagu Letto - Ruang rindu sedang dimainkan. Katy ikut menyanyi mengikut bait-bait lirik lagu, tidak lama kemudian, Anis Aneza pula turut menyanyi bersama. Nor Anis masuk ke bilik setelah selesai menggosok tudungnya, tiba-tiba menyanyi lagu Mohabbatein. Katy dan Anis Aneza terus menjerit tak puas hati. Lalu mereka bertiga bergaduh la. Sorang menjerit, sorang melompat-lompat. Aku hanya ketawa dengan gelagat mereka.

7.25 AM

Aku sudah selesai bertudung dan sedang menyiapkan beg dan buku untuk kubawa ke kuliah. Lagu Hot n Cold by Katy Perry sedang dimainkan. Kami berempat turut sama menyanyi. Tak lama kemudian, terdengar jeritan Nor Anis, "Ahhhh, sakit perut!!!!" Dia terus keluar ke tandas. Kami tergelak. Memang setiap pagi lebih kurang pukul tujuh setengah pasti kami akan dengar ayat tu.

Pukul 7.30, siaran Hot.fm menyiarkan slot panggilan hangit. Kami turut sama ketawa mendengarnya. Ketika itu kami semua sudah siap untuk ke kuliah. Kemudian kami semua keluar bersama-sama untuk ke kuliah.

***

Kenangan lama pasti akan membuatkanku tersenyum sendiri. Kenangan manis bersama sahabat-sahabat yang sangat berharga. Kami berkongsi ketawa, tangisan dan masalah bersama. Kini masing-masing sudah terpisah menuju haluan yang berbeda. Tapi kami semua masih punya memori yang sama. Memori manis yang akan kubawa ke akhir hayatku. :)

Ja ne.

May 14, 2011

Farid Sadri.

Assalamualaikum!

Hari ni birthday brader aku yang sorang ni, Mofasad. Disebabkan kecomelan beliau yang berangan nak jadi raja untuk hari ni saje, aku tunaikan la permintaan beliau ni. Ni je hadiah hari jadi dari aku okey?

Happy Birthday ke ___ kepada Mohd Farid Sadri. Semoga cepat kahwin. Gugugu..

Okey tak wish aku? ;D Mane part tunaikan permintaan sebagai raja? Nanti la bila kau kahwin, maka jadi lah raja sehari. Kan? kan?

p/s : Gua stalker terhebat beliau kat fb. ;)

Nov 22, 2010

Babai Kekasih Gelap~ T_T

Assalamualaikum!

Aku ada banyak benda nak cakap. Tapi bila aku start tulis ni, terus blank. HAHA. Pardon me. Side effect tak habis-habis. Recovering from radiosurgery never helps me in remembering various things once in a time. Disebabkan tu, aku akan buat list je. Tak boleh nak buat/tambah perenggan kalau banyak huraian tak ingat. Belajar dari penulisan Bahasa Melayu PMR. Haha.

1. Aku nak cari DSLR la satu. Tak best bila pergi jalan-jalan tak dapat ambil gambar yang bagus. Lagipun aku plan nak ronda-ronda europe la turki la. Agak rugi rasanya kalau tak dapat gambar best. Bukannya boleh pergi selalu tempat2 ni. Kan? Kan? Ada sape2 tau yang brand mana elok dan harga yg berpatutan?

2. Aku plan nak gamble trip ke Turki melalui Jordan dan Syria cuti musim sejuk ni. Baru setakat planning dengan Zul. Ada siapa2 lagi mau ikut? Jom la. Aku still dalam survey tempat2 best kat sana and how to get there dan Zul still buat perancangan budget.

3. Aku belum bersedia untuk menghadapi exam. Seriously. (walaupun exam akhir bulan 1)

4. Oh, cuaca di Cairo main sejuk panas sejuk panas. Bila nak betul-betul sejuk ni?

5. Dah 2 bulan tak call mak. Rindu beliau. Bila la nak topup smartvoip neh. Asyik lupa je. Setakat ni main mesej je dengan beliau. Dan topup aku selalu kering sebab mesej ke Malaysia mahal.

6. Kekurangan semangat. Sesiapa tolong bagi aku semangat boleh? Aku betul serius ni! Isk~

7. Aku ada follow seorang mamat hensem ni. Dah lama dah follow, masa aku awal-awal berblog lagi. Accidentally terjumpa blog beliau masa blogwalking. Pastu terus follow beliau. Aku tak tau berapa umurnya, mungkin around 26-30 macamtu. Dia selalu travelling around the world (i know it through his blog) kerana kerja. Rasanya dia engineer kot, tak pun arkitek. Stakat yang aku tau, dia single. Tapi yg buat aku tertarik bila dia tulis dalam blog dia, "Nak cari wife doktor" or lebih kurang macam tulah. Hehe. Blog dia jarang sket update maybe because of his work. Tapi last skali beliau update 4 bulan lepas. So aku dah lama la tak jengah blog beliau. Tetiba beberapa hari lalu masa aku sedang organize bloglist aku, rasa macam nak lepak la kejap kat blog beliau ni. Tibe2 bukak, keluar page ni ;


ARGH! Frust tak terkata! Mana pergi mamat hensem tu??? Waaaaaaaaaaaa~ Kalau follower pun tak bleh nak access jugak macam mana ye? Ish, sedih. Hilang sorang kekasih gelap aku. Tch. Semoga beliau sentiasa sihat dan hidup bahagia. Dan semoga jumpa jodoh doktor. Aku pun bakal doktor gak ape. Isk. Berangan. Link blog beliau? Nantilah aku bagi. Yang penting nama beliau Khairul. Bukan Mr.K.

Duh, sakit kepala aku fikir lama-lama. Banyak benda terlupa ni. Nak tidur dulu lah. Mana tau kot2 boleh recall balik dalam mimpi. Huh, mimpilah kau cik K.


Never had a dream comes true~

Ja ne!

Nov 20, 2010

Picnic with lovely guys~

Assalamualaikum!

Hee.. *sambil sengih-sengih malu* dah lama tak update blog. Seminggu dah. Post kat 100Penulis pun tak terbuat untuk minggu ni. Isk. Cik K pergi makan angin keluar dari bandar Kaherah. Mau tau aku pegi mana? Nanti aku story kat entry akan datang.

Sepatutnya entry ni aku buat 2 minggu lepas. Sebab event yang berlaku ni dah dua minggu lepas. Tapi entah kenapa aku tak terbuat jugak entry ni dalam masa dua minggu yang dah lepas. Argh! Apa aku mengarut ni?

Yea, dua minggu lepas aku berpicnic bersama teman2-tapi-mesra yang baru lagi aku mula lepak dengan diorang. Siapakah? Jeng jeng jeng.

Walaupun plan agak berterabur, sana cakap pukul 2, pastu tunda pukul 3, tapi akhirnya gerak pukul 4, tapi aktiviti picnic kami tetap berjalan dengan jayanya. Tapi boleh pulak extend sampai malam. ;) Nah, layankan aje gambar-gambar ni.

Lokasi : Al-Azhar Park


from left : Fit, Kak cik, Bobby, cik K, Azie


Mmm, sedapnye! Siapa yg masak ni? Haha. Siapa lagi kalau bukan cik K *masuk bakul angkat sendiri daa*


Ni gambar paling nice.. eh eh, encik Asada Ryutaro pun ade? Nge~


Sebaik saja matahari terbenam...



Bila laa nak picnic lagi lepas ni ek? ;)

Masa sedang berpicnic, kitorang sempat nyanyi2 dan rekod video. Hahaha. Lagu apakah? Jeng jeng jeng. Ada satu je video yang best. Nah, ni aku culik yang dah edited by Asada. 


Al-Azhar Park ni best kalau pergi masa musim bunga. Lambat lagi daa musim bunga, dalam bulan 3-6 macamtu. InsyaAllah nanti kalau ada masa aku pergi waktu musim bunga and update gambar keh?

Oh ye, sebelum lupa, untuk yang entri lepas tu, aku pilih banner B. Sebab encik admin 100Penulis sendiri dah pilihkan. Walaupun pasrah, tapi tetap akan ku ikut cakap encik admin. Tch. Yang A tu aku buat untuk letak kat blog sendiri jelah. Isk3~

P/S : Paat, aku pernah rasa kau punya spageti. Sedap jugak, tapi agak2, boleh lawan aku punye tak? Har har har. *gelak evil* ;D



Oct 22, 2010

Gaduh dengan boyfriend disukai ramai. Tch~

Assalamualaikum!

Salam pagi jumaat!

Dalam entry lepas aku ada tulis yang semalam aku nak keluar main bowling dengan seorang blogger yang terkenal di kalangan gadis2 dan salah seorang ahli 100 penulis. Maka, alkisahnya...




Beliau dikenali sebagai Asada Ryutaro. Nama penuh boleh tulis tak Asada? (ugut2) Hehe. Aku agak lama dah follow blog beliau disebabkan penulisannya best. Aku jumpa blog beliau ni dekat Gengblogger tak lama dulu. Excited jugaklah bila singgah ke blog beliau sebab beliau pun merantau di Mesir jugak, Kaherah pulak tu, mesti lah kena follow! Lepas lama menjadi silent reader, aku tengok ramai aweks2 yang jadi follower beliau. Rupanya ramai peminat Asada ni, getus mindaku (ceh!). Kemudian Asada memperkenalkan 100 penulis di blognya, aku pun join jugak sekali. Jadilah kami di antara 100 penulis yang disayangi (wah3). Baru-baru ni, lepas aku buat entry aku ke Tanta tu, Asada tegur cakap dia baru tau aku pun ada di Kaherah. Tup tup, dapat contact beliau, dan apa lagi, keluar lah kami ke IBC semalam. (cerita ni dah dipendekkan, tapi sebenarnye memang pendek pun ceritanya. tch.)

Sebelum kami memulakan perlawanan sebab kena tunggu turn kitorang (malam Jumaat biasalah), teman lah Asada makan dulu. Lapar katanya. Kitorang sempat pulun dulu kat rumah sebelum keluar (aku keluar dengan Fit housemate aku). Tengah2 makan, adik Asada call. Boleh jugak aku dengar slang Sarawak beliau. Sorry ye Asada, slang Terengganu tak terkeluar pulak. Tch.


peace!

Setelah energy recharged bak kata Asada, kitorang memulakan battle bowling. Tau kitorang main berapa game? 5 game. Haha. Agak gila di situ. Kata Asada, tu kali pertama beliau main 5 game non-stop. Aku biasa main 6 game sekali harung kalau kat Malaysia. Juga kali pertama bagi kami main bowling sama-sama blogger (aku mana pernah jumpa bloggers in real life kecuali kawan2).

Resultnya : 
Asada - Kimmy
98 - 72
108 - 79
89 - 113
138 - 94
149 - 135

Ya! Jangan bising!!! Aku tau aku kalah! Hahaha. Yang tak tahannye, puas hati betul beliau gelak. Menang lah katakan. Siap suruh aku sohorkan yang beliau menang lagi dalam blog aku ni.


mengada2

Peh. Ya, ya, anda menang besar semalam. Takpe, lain kali rebeat lagi. Tak puas hati betul. Aku pun tak tahu kenapa markah aku boleh menjunam sebegitu rupa. Hisy, tak best betul perasaan tu. Ada part yang best, masa aku di frame ke-10 (last) game kelima, balingan pertama aku dapat split. Datang idea baik punya, aku baling yang sebelah kiri, Asada baling yang sebelah kanan. Dua-dua kena! Hahaha, dapat lah spare kat situ. Entah apa-apa dah ikut pak2 arab sebelah yang main suka hati lempar banyak bola sekaligus. XD

Ada sekali tu, ASADA MAIN TIPU! Aku mana tau bowling pun boleh main tipu. MANA ACI MENANG SEBAB MAIN TIPU! Lepas tu tak mengaku main tipu. Alasannya...


ceit!

Huh? Macam mana nak main tipu? Tanyalah beliau. Tch.

Lepas habis main, kitorang gerak ke KFC dekat abbas 'aqod. Makan lagi sekali. Rupanya kuat makan jugak Asada ni ye. Har har har. Takde pulak gambar kat KFC, lapar punya pasal segala tenaga dah dikerahkan sepanjang berbowling.

Tapi best lah main semalam. Terbang segala stress yang ada. Bersedia untuk menghadapi hari-hari busy lagi. Kat sini Jumaat je cuti dari kelas. Dan juga best sebab first time main dengan seorang blogger, famous pulak tu. Hais~ Aku expect, Asada yang aku bayangkan di dalam dunia blog, sama seperti luaran. Rupa-rupanya tak! Argh! Asada jangan gelak evil ya baca entry ni!!! Hisy! Kalau korang nak tahu beliau macam mana, jumpa lah sendiri. Sure nampak beliau berbeza. =)

Last but not least, dapat lah jugak ilmu baru tentang blogging. Banyak yang nak kena improve ni. =)

Nantikan update daripada beliau pulak. Rajin-rajinlah singgah blog Asada!

p/s : Asada punyai banyak persamaan dengan salah seorang best friend aku. Tiba-tiba teringat best friend aku tu. Apa khabar anda di sana? Moga sihat dan senyum selalu. =')

Oct 4, 2010

Tooth Fairy wants to be loved~

Assalamualaikum!

Ape khabar? Sekarang pukul 11.00 pm kat sini. Sepatutnya dah kena tidur dah. Anyway, subuh awal sekarang. Tapi sebelum tu, aku nak mengarut sikit kat sini.

Semalam tiba-tiba kawan aku cakap, "Rasa macam nak cari boyfriend lah pulak." Aku jawab, "Macam kau sorang, aku pun.."

Haha.

Tapi entah la. Aku cakap senang lah. Tapi aku sendiri pun susah nak deal dengan benda-benda ni. Actually aku malas nak masukkan lagi masalah sampingan dalam kepala. Dah la kepala otak aku dah tak berapa sihat and tak berapa betul, tambah pulak lagi dengan subjek Dentistry yang membunuh. Alahai, macam cari masalah la pulak kan.

Lagi satu masalahnya, aku takde masa nak cari. Aku bersosial je dengan member2 lelaki di sekeliling aku, tapi, setakat member jelah kan. Huh, cari ustaz? Belum sampai tahap tu lagi kot. Tau je lah aku kan. Bukan tak nak, tapi tak berpeluang. Hmm, personaliti aku pun lagi satu problem. Jenis malas nak fikir hal tak penting.  In other word, aku seorang yang serius je selalu. Kadang-kadang time orang gurau pun aku boleh percaya. Heh.

Pengakuan berani mati, aku pernah sekali in a relationship. Tak lama sangat, 8 bulan je. Kesian kat dia. Aku garang sangat kot. Heh.

Aku rasa, takde boyfriend pun okey je kot. Ni untuk aku sendiri la. Bagi korang, suka hati korang lah kan. Lagi satu fakta berani mati, aku pernah simpan perasaan kat seseorang selama 10 tahun. Tapi kawan tu dah selamat berbahagia dah. Sakitnya tak tertanggung tau? Bukan senang nak get over it. Baru je beberapa bulan aku dapat get over it. Mana tau aku dah dapat lupakan? At the very least, aku boleh cerita tentang ni dalam blog. Kalau tak, mana la aku boleh nak cerita benda-benda tak best ni dalam blog aku. Benda-benda sedih tak best la kan? Haha.

Ada sesiapa nak jadi boyfriend aku?

Har har har

*tampar diri sendiri*


bercinta dengan dental subjects pun best jugak kan? ;DD

p/s : Good luck semua atlet Malaysia di Sukan Komanwel XIX! Jom pulun emas! ;DD

Jul 28, 2010

Bila Hati Aku Dah Takkan Cair Walau Guna Seterika Sekalipun.

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni tajuk aku macam gempak tak bersebab kan? Aku apply gaya tulis tajuk dari seorang blogger feveret aku. Har3. Bukan copycat ye, cuma apply idea. >.<

Aku pernah beberapa kali di'ayat' oleh kaum lelaki (yelah, kalau perempuan aku terus kasi pelempang je, i'm not les!). Jap, ni bukan entry mencapub ke perasan sendiri or whatever. Ni entry nak berseloroh dengan korang tentang pengalaman sendiri.

Aku bukan jenis melayan orang meng'ayat' ni. Takde kerja aku nak layan-layan. Tapi kalau bernasib baik dapat tambah kawan sekali. Itu objektif utama. Tapi, yang aku nak cerita kat sini, ada lah beberapa cara/habit yang digunakan yang aku rasa dah bosan and sangat malas nak layan.

Contohnya kan, sampai satu mesej, "Hai awak, buat pe?" Aku tak tau lah pendapat korang tapi bagi aku, nak je jawab, "Tengah solat, jangan kacau." Bunyi macam perli, tapi aku memang nak perli. Boring la aku nak jawab aku tengah buat itu, buat ini. Then, "Awak dah makan?" Ahh, tidak!!! "Tak makan, saya tengah puasa ganti." Aku nak jawab macam tu tiap-tiap hari boleh tak? Sebab apa aku kata boring dengan stail mesej macam ni, pertama, soalan yang sama ni akan keluar tiap-tiap hari. Tak bosan ke? Kedua, aku jenis tak berapa nak suka style mesej pendek2. Yelah, memang la SMS tu supposely short, tapi takde lah satu mesej, "Ape awak buat?" lepas tu, "Dah makan?" lepas tu lagi, "Kat mana?" Wah, hebat betul perasaan bengang kalau dapat mesej macam tu. Apa salahnya taip 2-3 soalan terus kan senang. Jimat la kredit dan duit anda. Jimat masa aku jugak nak membaca sekaligus and membalas. Sebenarnya aku tak suka orang tengok aku pegang handphone 24 jam asyik balas mesej. Tak cool. Kalau aku businesswoman takpe lah jugak. Kalau time tu mood aku tak best, terus aku tak layan je mesej korang. Sorry beb, aku bukan sombong, tapi agak bengang dapat mesej yang sama berulang-ulang.

Macam contoh yang kat atas ni, bagi aku, kalau asyik tanya soalan yang sama, macam tak ada perkembangan dalam relationship. Tak kira la niat asal dia nak meng'ayat' ke or just want to be a friend, tak ada variations la dalam communications. Dah kata nak kenal, tanya la sikit-sikit personal questions cth : mak nama apa ke, lahir dulu duduk katil no. berapa ke, kakak single ke tak. Best jugak nak jawab. Tapi slow-slow la kan, tak perlu nak tanya semua dalam satu hari je. Nanti bila dah tau semua, dah takde modal nak bercakap pulak. That's why, jangan la mesej tiap-tiap hari 24 jam tanpa henti. Seminggu sekali ke best jugak. Nanti bila sunyi lama tak berhubung, baru rindu sikit. Hahaha, tapi benda ni takleh nak apply kat aku, korang pergi apply kat best friends korang ke kayh?

Yang jenis suka call orang pun aku malas jugak nak layan. Kecuali kalau aku pernah jumpa dia kat mana-mana ke, boleh tahan la. Aku cuma akan jawab call yang penting and orang-orang yang rapat dengan aku je. Kalau nak ajak bergayut sampai jatuh katil, sila cari monyet lain ye? Ni tak, baru sehari kenal dah call berjam-jam. Macam desperate pulak. Chill lah, friendship never ends.


comel tak chibi monkey ni?

Lastly, part yang paling buat aku bengang and tak suka. Bila diajak bercinta tapi ditolak mentah-mentah, terus tak nak kawan dah. Bila tanya, dia nak couple je, kawan taknak. Orang jenis macam ni aku agak anti lah. Tau la ada ego sendiri kan. Bila dah kena reject memang la agak jatuh maruah di situ. Tu la, jangan main tibai je tanya tak kena hari. Baru kenal terus nak couple tak boleh la kan. Berkawan la dulu kenal hati budi masing-masing, cari mutual emotions antara korang. Bila dah lampu hijau, ape lagi, masuk meminang terus. No need couple-couple lah. Ada yang dah bertahun-tahun berkawan tapi still tak ada perasaan tu, maknanya jodoh korang bukan di situ. Mungkin kat tempat lain. Kita tak tahu takdir jodoh. Yang penting, usaha.

Ouch, dah panjang aku membebel petang-petang ni. Yang penting, hati aku dah takkan cair walau guna seterika sekalipun. Ia dah membeku dan tersimpan jauh di dalam kerak roti High 5. Haha, ye lah aku berhenti bergurau. Apa-apa pun, untuk korang semua, cik K sayang semua lah!

Ja ne!

Jul 22, 2010

Aku tak tahu macam mana nak gembirakan hati korang.

Assalamualaikum.

Tajuk entry bukan main gempak. Heh. Hai semua.

Aku pernah jumpa segolongan manusia yang mengeluh dan bersedih sebab takde pasangan hidup (kekasih).

First impression, huh, gatalnya. Sorry kalau terkena kat siapa-siapa. Aku pun bukan manusia sempurna. Aku nak cakap panjang pun tak reti jugak. Persoalan pertama, sebenarnya apa yang kita nak dengan punyai kekasih (couple)? Dan fikirkan persoalan kedua, apa yang kita dapat lepas punyai kekasih? Realitinya, dah macam budaya muda-mudi Malaysia untuk bercinta nak nak bila umur 10-25 tahun. Huh? 10 tahun pun dah pandai bercinta? Pengalaman sendiri. Err, jangan tanya.

Apa yang kita expect daripada kekasih kita? Nak dia dengar semua masalah kita? Nak dia penuhi segala permintaan kita? Mimpilah kau. Orang dungu je yang akan penuhi segala permintaan orang. Serius aku belum pernah jumpa manusia dungu. Nak tahu jugak macam mana nak deal dengan si dungu ni. Aku rasa yang dungu ni macam perempuan je yg banyak. Haha. Kalau takde hubungan yang rapat or sah, jangan harap orang nak layan kita baik-baik. Ada pun, untuk sementara je. Awal-awal, yelah, akan kupetik bintang untuk kau simpan. Bila dah dapat, ku berikan pelempang untuk kau ingat sampai mati. Jangan ingat dunia ni terlalu indah.

Apa yang kita dapat bila dah ada kekasih? Nanti setiap 5 minit phone korang masuk mesej. Nak berak lepas hajat pun tak senang. Kalau tak balas, kata sombong, taknak layan. Then merajuk. Huh, pantang betul aku kalau jenis yang merajuk ni. Lempang nak? Then, bila tibanya birthday korang yang tak sabar-sabar tunggu tiap-tiap tahun tu, tiba-tiba dia tak ingat birthday korang and tak wish pun. Worst, surprise date yang korang idamkan tak kesampaian bila dia dah janji nak keluar lepak dengan member-member kat kedai mamak or dah janji nak keluar shopping dengan girls. Hah, ni bukan merajuk dah, sakit hati sekali. Apa korang dapat? Sakit hati, geram, semua ada lah. Sibuk nak jaga hati dia, sampai diri sendiri pun terabai. Beb, love yourself first.




Kalau yang belum pernah bercinta, banggalah dengan diri korang. Korang berjaya mengawal perasaan. Memang tak dinafikan yang korang akan admire seseorang. Korang takkan tahu kat mana Allah letak jodoh korang. Dia mungkin bukan dari negeri korang, bukan dari kolej korang, malah, bukan bangsa korang. Who knows? And yang lebih amazing, mana tau jodoh korang tu sepupu sendiri, best friend sendiri, musuh sendiri. Who knows? Ada yang merancang jodoh, dan bahagia sampai ke akhir hayat. Ada yang putus di tengah jalan. Ada yang jodoh tak dirancang. Pengetahuan tentang dunia ni luas. Hanya Tuhan yang tahu semua yang tersirat. Yang penting, jangan mengeluh. Dekatkan diri dengan Tuhan. Berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang baik-baik.

Hati kita berasa sunyi, mungkin kerana hati kita lupa pada Tuhan.

Macam mana? Hati korang gembira tak bila baca ni? Seriously, aku tak tahu macam mana nak gembirakan hati orang (termasuk korang). Juga hati sendiri. Don't worry be happy.

Ja ne!

Jul 16, 2010

Alahai.. perempuan sila baca!

Assalamualaikum!

Cut the formalities~

Aku nak tanya korang ni (actually kaum perempuan), agak-agaknye lah, sopan tak kalau aku keluarkan ayat :

Oh, fuck you! Fuck this thing! I'm fucking hate it/him/her/them! What the fuck are you talking about? Oh, shit! Ass!

Pergh, ni kalau mak aku yang dengar ayat ni keluar dari mulut aku secara sengaja, memang 2-3 hari aku jalan senget sebelah sebab kena tempeleng.

Oh manusia, takde perkataan lain yang lebih cantik lagi ke nak digunakan daripada kata-kata hina ni? These words are offensive, you already know, right? Kalau dah tau kenapa asyik guna je? Nak nak perempuan ni ha. Aku tak pasti apa yang best tentang perkataan2 ni. Kenapa? Nampak la sikit korang ni kasar ye? Kasar, mencarut pulak tu. Ingat orang suka? Orang tak berapa siuman je yang suka dengar perkataan2 ni.

Yang aku tak boleh belahnye yang banyak guna perkataan2 ni ayu, bertudung, luaran memang pergh wa cakap lu lah cantiknya. Tapi kesian, perangai pulak tak seindah luaran. Korang ni kan semua cun, cantik, jelita ape semua, perangai kasi lah elok. Orang mungkin tak tegur korang, tapi akan cakap-cakap belakang. Tak pasal-pasal banyak fitnah pasal korang atas kesilapan diri sendiri. Nak salahkan siapa?

Sesiapa yang terasa, silakan la terasa. Ubah la perangai kita ke arah kebaikan. Jangan disebabkan kita hanya menulis di blog, orang tua kita tak baca, tak ada orang ambil kisah. Orang akan mark kita senegatifnya. First impression manusia selalu banyak ke arah "Oh, he/she's not that good, heh." Jadi, kita perlu ubah personaliti kita supaya first impression manusia bertukar menjadi "He/she's impressive! It's nice to meet him/her." First impression ni perlu, even dalam dunia blogging.


Modified sikit : Kerana mulut dan jari, badan binasa

Aku pun selalu jugak termencarut ni. Kalau orang kasi aku panas baran, ada la yang keluar dari mulut. Astaghfirullah... Diri sendiri pun punya kelemahan. Dan masih berusaha memperbaiki diri, disamping berpesan-pesan kepada sahabat2 semua.

Apa yang aku cakap kat atas ni, semuanya benar dari sudut logik akal aku. Sorry kalau terasa. Aku memang aim untuk korang terasa. Kalau tak terasa, macam mana nak mengaku kesilapan diri sendiri, kan? Mengakui kesalahan diri adalah perlu, supaya kita cepat berbalik ke landasan yang sepatutnya.

Jun 10, 2010

It's 2 PM!

Assalamualaikum!

Hai bloggers! How are you? Oh..oh.. i've been infected by a known virus named Korean Idol Craziness! I really didn't interested in Korean idol and songs before, but it is because of my best friend a.k.a house mate Meha here keeps watching Korean idol's reality show on Youtube, i've been infected too. Haha, don't know why~ i've changed a bit, really.

The only Korean group(s) that i like the most (for now) are 2PM and Shinee. I like their voices and appearance. For Shinee, i like Replay and Ring Ding Dong. Hey, i will love any song that have beats in it. I do love Tik Tok by 2PM. Actually i like Taecyeon of 2PM. He's kind of smart (?) and have a sweet smile. Aha! I like men with sweet smiles. No doubt about it because the person i love also do have a sweet, unforgettable smile. Ah, forget it!

Yet, i'm not too into it (I mention about Korean Idol Craziness). I just like what i want to like. Just being myself, not copying others. Anyway, i don't like people copying me too. Heh.

SNSD too was not bad. With the Gee Gee dance. I still watch it until now. Haha. I wonder if i can dance like them too. Heh. Maybe when i went home (Malaysia) i will try to practice it. Hey, maybe it can be used as an exercise! Hahahaha. Mengarut lah kau cik K.


Oh tak lupa aku juga layan lagu2 Lady Gaga.


Okey let's stop now! Ja ne!


Next Paper : Physics


May 25, 2010

Adam.

Assalamualaikum

Exam syafawi al-Quran aku dah selesai dengan jayanya semalam. Aku tak tahu how's the result, but i've done my very best. Insya Allah, aku tawakkal je la. Now is study leave. Cuti. Tak ada kerja selain study, makan, tido, online. Oh, aku sedang online. Sekarang kat Mesir masih siang (petang) and cik K sedang melayan bosannya dengan men'online' disebabkan takdirnye yg clash dengan siang untuk study. Maksudnya, beliau tak boleh study siang kerana banyak gangguan bunyi serta banyak lagi. Hei, Mesir ni tak pernah diam. Hehe.

Sejak2 ni aku tengok banyak status girlfriends aku kat laman web sosial asyik marah2 kat lelaki. Lelaki useless la ape la. Dey, aku rase kasar sangat la ayat korang tu. Korang kan berpelajaran tinggi kenapa ayat yg korang gune sangat low standard? And kenapa perlu benci? Kaum adam tu bukan manusia ke? Iye, lelaki ni direct sangat bila bercakap and tak fikir dulu effect apabila bergurau kasar dengan perempuan. Nama pun perempuan, mesti la cepat terasa and whatever lah. Tapi kenapa nak membenci? Mereka (kaum adam) tu tak tahu kalau korang tak bagitahu. Apa2 yg buat korang rasa tak selesa bagitahu je terus. Tapi kena tahan sikit la, lelaki ni agak ego walaupun perempuan pun boleh tahan ego.

Lagi satu, kalau tak suka, jangan cakap belakang. Lelaki tak suka bila korang cakap belakang tentang dia. Tak puas hati cakap depan2. Eventhough in a friendship je pun, berterus-terang je. Sebenarnya lelaki ni diorang faham perasaan kita cuma diorang nak korang express kan depan2. Walaupun korang nak marah2 lelaki pun, jangan gunakan ayat "All men were useless" and seerti dengannya. Perkataan "All" tu sangat tak sesuai. Disebabkan seorang, jangan libatkan semua orang. Perangai korang yg agak careless dalam menyampaikan perasaan ni akan menyebabkan mereka jadi menyampah tau tak?

Sepatutnya kaum adam ni perlu dihormati. Macam perempuan yg ingin dihormati lelaki. Sama je. Lelaki dihormati kerana kepemimpinannya. Perempuan dihormati kerana kelemahannya. So, hormatilah orang tua. Eh, takde kaitan, sorry2. Hehe. So, hormatilah kaum opposite korang.

Kalau nak marah, cakap "Ai sedang marah yu tau?". Kan senang. Jangan nak harapkan lelaki untuk faham dengan menunjukkan perangai yg ridiculous mcm tarik muncung 14 inci ke, tiba2 tinggalkan dia di tengah2 perbualan. That's not a good manner. Sebelum buat apa2 perbuatan atau keputusan, cubalah letakkan diri anda dalam situasi itu. Contohnya, korang nak marah kat sorang kawan lelaki korang ni, korang jerit2 tengking2 marah kat dia. Wow, cuba bayangkan kalau korang yg jadi dia, and dia yg sedang jerit2 and tengking korang di khalayak ramai. Pergh! Seminggu tak keluar rumah you. Heh, tahu pun.

Ah, kenapa aku tulis benda mengarut ni? Buang masa je kan? Dah memang sepatutnya semua orang dah tahu and faham tentang ni. Tapi aku tengok ramai lagi yang berlagak macam tak tahu ni.

P/S : Oh ya, kalau nak tulis status kat FB, Friendster, Myspace and whatever lagi lah kan, cubalah tulis benda2 yg agak ilmiah sikit. Kan korang belajar tinggi2. Post la pasal Phytagoras Theorem ke, Kirchoff's Rule ke, Bohr's Theorem ke. Kan syok sikit baca. Letak teka-teki pun dah ok. Best sikit bermain dengan minda. Tak pun ayat bunga2 ke. Best jugak mata memandang. Ni tak. Hais~

*Alamak, cik K punya status pun boleh tahan mengarut jugak. Hehe. Tapi tak kacau orang ye.*

May 16, 2010

Mari kita update~

Assalamualaikum! Wee... Dh lama aku x bercakap dengan blog. Heh. Oh ya, final exam al-Quran hari rabu ni (tasmi'). Selamat menjawab ye cik K? Hais~ Risau aku, dah la belum habis hafal lagi neh.

http://emo.huhiho.com

Semalam aku ikut hero2 tengok motorcross kat Giza. Dia punya event betul2 depan Sphinx tu. Hehe. Orang2 arab ni havoc giler macam duduk dalam konsert je. Haha. Tapi satu yg aku xpuas hati, kat sana facility tempat solat wanita x disediakan. Aku bising2 kat minah arab tu suruh bagi ruang nak solat. Akhirnya ada jugak, tapi terbuka dekat tempat kotak2 letrik sume ape ntah. Kan event tu pukul 8.30 pm-11.00pm, gate bukak pukul 6.00 pm. Maghrib 7.45 pm. Sah2 la ramai yg datang tu xsolat maghrib. Kan? Yg lelaki tu aku tengok banyak mana sangat yg pergi solat daripada seramai2 manusia yg ada kat situ. Tapi aku ada dengar diorang ni jama'. Ape kes? Pergi tengok motorcross pun leh jama' ke?

http://emo.huhiho.com

Then, after the event, makan2 kt Hardees then lepak Li Ali. Aku enjoy jugak la bila lepak dgn kawan2 kat sini. Diorang ni ade je modal nak pekena n gelak2. Ape2 pun, thanks la korang sebab aku gembira ada kawan mcm korg semua. Memang gempak ah. Heh.

http://emo.huhiho.com

Nanti kita balik Malaysia lepak Pulau Perhentian sama2 yek? XD


p/s : Aku suka lelaki berambut panjang. Macam Anuar Zain, Faizal Tahir. Oh, sungguh handsome. ^^

http://emo.huhiho.com

May 4, 2010

New release!

Assalamualaikum! Hai2..how are you? I just want to share a link to the official music video of the song "Insya Allah" by Maher Zain. Hope you feel free to watch this. Good luck! ^^

http://www.youtube.com/watch?v=KfXIF2Mm2Kc



Please spread it for the sake of our Deen.

Apr 8, 2010

Isn't it Ironic... don't you think?

Assalamualaikum.


Suddenly i remember one of my practical teacher that taught English when i am in form four. He's also an ex-student from my school. I still remember when we were learning literature titled The Necklace by Guy de Maupassant, the most important thing that he highlighted was the presence of Ironic in life. That was the first time i know what irony is about. Then, when i looked back through my life before, i found that, ah, how ironic... my life that is. And i've fallen in love with this song, introduced by my teacher even until now.



Ironic - Alanis Morissette

An old man turned ninety-eight
He won the lottery and died the next day
It's a black fly in your Chardonnay
It's a death row pardon two minutes too late
And isn't it ironic... don't you think

It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought... it figures

Mr. Play It Safe was afraid to fly
He packed his suitcase and kissed his kids goodbye
He waited his whole damn life to take that flight
And as the plane crashed down he thought
"Well isn't this nice..."
And isn't it ironic... don't you think

It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought... it figures

Well life has a funny way of sneaking up on you
When you think everything's okay and everything's going right
And life has a funny way of helping you out when
You think everything's gone wrong and everything blows up
In your face

A traffic jam when you're already late
A no-smoking sign on your cigarette break
It's like ten thousand spoons when all you need is a knife
It's meeting the man of my dreams
And then meeting his beautiful wife
And isn't it ironic...don't you think
A little too ironic...and, yeah, I really do think...

It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought... it figures

Life has a funny way of sneaking up on you
Life has a funny, funny way of helping you out
Helping you out


lyric credit to azlyrics.com



Just look thoroughly into the lyric, if you don't know what is irony. You'll understand the idea. And don't forget to check out this song. It's a beautiful song.


p/s : I wonder where is he right now..my teacher, that is.. well, he's a handsome guy after all. Haha. XD

Oct 29, 2009

Anda Boleh Dipercayai???



Assalamualaikum!

Aku cuma menulis mengikut kata hati. Tak mengata pada sesiapa, juga tak berkaitan dengan diri aku KECUALI dinyatakan. Takde apa sangat la yang aku nak cerita hari ni.

Aku cuma nak tanya la kan pembaca semua kan, antara lelaki dan wanita, kaum mana yg lebih dipercayai?

Lelakikah? Kenapa?

ah! Jesse McCartney yg cute. Suka stail rambutnya.

Wanitakah? Kenapa?

Kelly Clarkson pun cantik jugak. Juga sukakan stail rambutnya. XD

Tapi kan zaman sekarang ni kita dah sedia maklum, susah nak percayakan orang ni. Pada pendapat aku, lelaki yg lebih susah nk dipercayai. Aku tak kata semua, ok? Sila baca semula ayat tadi kalau rasa aku menyalahkan lelaki je. Aku cuma cakap mereka LEBIH susah nak dipercayai berbanding wanita. Tapi tapi tapi, wanita pun apa kurangnya.. kan? kan?

So, buat la kesimpulan sendiri berdasarkan pengalaman hidup dan pendirian anda. Yang penting, kepercayaan adalah yg paling utama dalam setiap perhubungan.

Sedikit nasihat untuk pembaca serta diri sendiri, jadilah orang yang boleh dipercayai. Jangan jadi pisau yg menikam belakang orang, haruan makan anak, talam dua muka dan bagai lagi la.
Honesty is the best Policy. Eh, macam aku pernah baca kat mana-mana je ayat ni. Kat mana ye?

Sep 1, 2009

Adam oh Adam...=)

Assalamualaikum...
Ape khabar para pembaca semua?? Hope sihat2 la sume ye..
ade yg dah tinggal puase ke??
hahah..
jgn..xbaik..
owh kecuali org2 wanita yg ABC (Allah bg cuti)..
hehehe..ape aku nk tulis ye kali ni..?
actually xde tujuan sangat tapi keinginan utk mengepos sesuatu ni kuat sngat...
hehs~
ouh~tapi suke aku nk citerkn tntang hal2 semasa remaja nie...
tapi tapi tapi..
aku bakal meninggalkn zaman remaja aku lagi setahun stengah la lbih kurang..
nanti dh masuk alam dewasa da la..
adeh~rindunya zaman kanak2..
huhuhu..
ok., back to the story..,
di malam yg sepi ni..
aku nk citer pasal hal2 remaja neh..
antaranye tntang status mereka2 ini..
hahaha..mmg korang faham mksud aku ni..
yuhuuu..
couple or single??
ahah..persoalan yg paling popular..
ouh,, sblum aku jwab aku nk korg jawab dulu ye..
jawab3!!!
hehe..
aku?
oh yeah,,!
i'm single n lovin' it!!!
but apparently,,
not so available..
camne tuh??? haha..
anda sume faham ayat aku tu..tipu kalo xfaham..
but actually aku dh ade pngalaman sekali..
ahahaha,,
huhu..prhubungan sperti tu sbnarnye berisiko tinggi..
risiko utk patah hati,,gila,,sakit jiwa,,hilang ingatan,,serangan jantung,,meroyan,,
serta mcm2 lagi penyakit merbahaya...
ahaks~aku serius tntang ni tau..
ok3..
aku xnk pnjgkn prsoalan nie..
soalan ni cume nk pnaskn bdan n minda jer baru neh..
hahahahaha..
maen2 btol aku neh,.
ni nk masuk tntang peribadi aku plak..
yg ni lebih keduniaan lg..
mari kita temubual sorg wanita famous yg dikenali sbg cik K (bkn name sbenar)...
ok soalan...
.....
.....
.....
adeh,, xde yg nk bg soalan ker nie??
takpe3..
biar aku yg tnye sndiri...

1. jenis lelaki idaman/pilihan anda?? peribadinya?

cik K : ouh..lelaki plihan aku yep,, mgkin skali sorg yg brkulit glap ckit..tp raut wjah yg manis2 gitu..ahaks! tp xksah jgk kalo org brkulit cerah..of course bkn sorg yg kedekut.. sorg yg murah dgn snyuman..pndai mghiburkn hati.baik dgn semua org..ramah..mgkn sorg yg lmbut hati,mksd aku,bkn sorg yg kasar..sorg yg lbih tggi dari aku..(tnggi aku skrg 170 cm),,sorg yg mampu mmbimbing aku dri segi dunia n akhirat..sorg yg pndai masak kot..,hmm..,kalo bleh lelaki yg berbakat mgkn lg best! semestinya sorg yg romantik..ahakz! best nyer..


kalo cter psal llaki idaman bleh buat krangan pnjang la aku nie..
hahaha..xleh lame2 ngan soalan nie..bleh jd giler aku..teruja sngat..hehehe..sengal..
mmg patot leh dpat title kimmyngal~
tribute tu syaingal yg sngal!!!!
ape kne mngena ngan die? cehs~

ok,, next!

2. Adakah anda benar2 menyukai kaum Adam ni? Beri ulasan tentang jawapan anda.

cik K : hmm? mcm pelik je soalan nie..tp aku gerenti bleh jwab..soalan nie terbuka..ohh,, suke..die kn mkhluk Tuhan jgk..hidup perempuan x sempurna tnpa lelaki..bgitu jgk sbaliknya..wlaupun aku ni suke berindependent..haha..ouh,,lelaki nie,,spesis yg sukar difahami..haha..aku juga jnis yg bersosial..aku punyai ramai shabat2 lelaki..stakat ni sume jnis yg baik2 jer..ade yg jnis nkal2,ade yg ceria n ramah,ade yg pndiam,sume ade larh..oh,,of course kwn2 lelaki aku nie sumenye hnsem2 n manis2 n cute2 n kacak2..hahaha..kpada kwn2ku sekalian!!,,silekan berbangga diri mnjdi kwn aku krna tlah dipuji sebegitu rupa oleh aku neh! ahaks~

3. Sekiranya seseorang lelaki menyatakan perasaannya pada anda, apakah reaksi anda?

cik K : Gulp~susah nk jawab soalan ni..killer question..haha..ouh,,aku suka lelaki yg brterus-terang..tapi xla yg over plak..tu dh jd sengal namenye..kalo ade org luahkn perasaan,,aku tolak dgn sebaik2 nya..tengok orgnye la jgk..kalo si dia org yg aku suke jgk,,aku tetap tolak,,tapi aku akn bgtau prasaan aku pdnya,,aku akn trngkan pendirian aku supaya dia faham..aku cume kurang suke hbungan couple..jd..lebih baik bersahabat shaja..tunggu bila masa yg sesuai,,trus dijodohkn..habis cerita,,kn senang..
(haha,,ckp mmg sng,,nk buat tu susah)

4. Anda takut pada lelaki?

cik K : Bergantung pada peribadi seseorang lelaki..kadang2 aku mampu mnembusi hati mereka ni..n aku akn dapat nilai tahap kebaikan mereka..n kat situ aku boleh tafsirkan tahap rasa takut pada mereka..overall,,rasa takut mmg selalu ada..normal bagi perempuan..

5. Anda menyukai org yg hensem/kacak/manis/cute sahaja ke??

cik K : ohh,,xsemestinya..kalo org berhati baik,,kita pun suka..n stakat nie,,as i've mentioned before,,sume member hnsem/kacak/manis/cute!!! ahhahaha..

6. Jika dibandingkan antara sahabat lelaki dan perempuan, yg mana anda lebih pentingkan?

cik K : Dua2..aku pntingkan semua..cara aku treat kwn2 pmpuan n lelaki same je..tp dr pngalamn aku,,kwn2 lelaki nie suke sgt kalo org blanje..adeh~asyk kering je la aku kalo layan sgt dorg neh..haha..kdg2 kalo mood aku baik aku blanje jgk..xde hal la..haha...

ok! dah selesai dah sesi soal jawab bersama cik K tntang lelaki neh.. trime kasih kpd cik K yg cantik n baik atas kerjasama yg diberikan..ahahahahaha..
ahh..dh pkul 2:36 am..
mate aku baru mula rase mngantok..so,, aku brhnti stakat ni la dulu..pnat jgk perah2 otak utk cri idea post kali ni..
mklum lh..,kali ni kuar topik yg snsitif sket mngenai kaum Adam,,haha..
oh,, kalo ade yg trase hati aku mintak maaf bnyak2 ye..
ade pape yg brmain di minda anda??
dialu2 kn mmberi komen srta kritikan..
aku sntiasa brbesar hati atas respon korg smua..
okey..
good nyte!!




P/S: ooops~heheh..nk celoteh skit lg..aku prnah jgk berangan2 nk brgnding dgn lelaki kacak ini...

ahaks~

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...