Showing posts with label doc-to-be. Show all posts
Showing posts with label doc-to-be. Show all posts

Oct 17, 2011

It's another hectic season of my life~

Assalamualaikum~

Welcome new semester, second year Dentistry. Ya, result aku dah keluar, Alhamdulillah dapat naik tahun. Aku sangat-sangat bersyukur dengan keputusan ni. Terima kasih mak kerana mendoakan saya. This semester, aku masih belajar beberapa general medical subjects, tambahan beberapa dental subjects, dan tak lupa beberapa subjek agama.

*Tarik nafas panjang-panjang*

  1. General Microbiology
  2. General Pathology
  3. General Pharmacology
  4. Crown & Bridge
  5. Restorative Dentistry
  6. Prosthodontics
  7. Oral & Dental Biology
  8. Al-Quran
  9. Fiqh
  10. Tafseer
  11. Evolution of Fiqh
*Fuh~*

Bila baca list macam ni pun agak breathtaking la jugak kan, ni belum lagi mengalami belajar semua ni. Boleh naik gila la aku. Kepala oh kepala... Kelas dah berjalan selama 2 minggu, semua subjek dah dikenalpasti learning objectives dan aku terasa agak nervous dengan subjek-subjek tahun ni because kebanyakan students yang sangkut ialah ketika berada di tahun ni. Boleh dikatakan tahun ni adalah tahun angker bagi pelajar dentistry. Tahun depan pulak dah masuk practical year. Gulp.

Musim sejuk semakin menghampiri. Aku mengharapkan semuanya baik-baik belaka. Aku tak mahu bersedih lagi, kerana aku sudah punya sebab kenapa aku perlu teruskan impian aku. Aku inginkan seseorang itu. Aku takkan lepaskan dua-dua : cita-cita dan orang yang aku sayang. Jadi, jalan yang terbaik ialah menjauhkan diri, supaya aku dapat tumpukan perhatian aku terhadap cita-cita aku, disamping hati aku tetap kukuh dengan keinginan terhadap dia.

Oh Tuhan, cepat la masa berlalu. Aku ingin kembali ke tempat asal ku. Aku rindukan mak. Aku ingin kembali ke tempat yang sepatutnya aku berada. Tuhan, tabahkan hati mak, kentalkan hatinya apabila dia ingin menangis, hilangkanlah kesakitan di hatinya. Aku betul-betul ingin berada disampingnya ketika di saat dia memerlukan seseorang kerana hati aku tau, dia sedang kesunyian... Walaupun mak mungkin dah tak baca blog ni, tapi saya nak mak tau yang saya sangat sayangkan mak, walaupun kadang-kadang saya susah nak berhubung dengan mak. I love you very much~

Ja ne!


Aug 20, 2011

Result.

Assalamualaikum.

Yea result aku sudah keluar. Agak kecewa. Tapi masih bersyukur kerana diberi peluang kedua. InsyaAllah aku takkan sia-siakan peluang kedua yang diberi ni. Pulun habis-habisan!

Kata orang, kejayaan takkan datang bergolek. Apa yang kita dapat itu adalah hasil dari apa yang kita usahakan. 

Err, tapi result ni aku terpaksa rahsiakan daripada mak. Mak, saya minta maaf. Tapi bila dah dapat result untuk  kali kedua nanti baru saya bagitau mak okey? 

Doakan aku.

Ja ne~

Apr 13, 2011

Dah nak exam dah?

Assalamualaikum!

Ohh, cuak. Gua dah nak exam dah. Entah kenapa exam kitorang je yang start awal bulan 5, yang lain tak kiralah muhafazah mana pun mesti start awal bulan 6. Tapi gua tau sebab kitorang punya subjek semuanya 11 tak termasuk 3 carry subjek untuk tahun depan memang terlebih banyak dari orang lain. Tambahan lagi practical exam untuk general medical subjects dah nak mula minggu depan. Serius gua rasa seram sejuk.

Dengan sillabus yang masih banyak yang tak habis lagi, dengan kepala otak gua yang masih kosong lagi. Memang terbaik ah. Anyway, gua tak nak mengalah. Wish me luck semua! Gua memang nak bantai habis-habisan ah.

Tiba-tiba gua terkenang zaman SPM. Dulu gua ambik 13 subjek. Ehe~ ;D


oh, rindunya mak gua~~

Ja ne!

Nov 22, 2010

Babai Kekasih Gelap~ T_T

Assalamualaikum!

Aku ada banyak benda nak cakap. Tapi bila aku start tulis ni, terus blank. HAHA. Pardon me. Side effect tak habis-habis. Recovering from radiosurgery never helps me in remembering various things once in a time. Disebabkan tu, aku akan buat list je. Tak boleh nak buat/tambah perenggan kalau banyak huraian tak ingat. Belajar dari penulisan Bahasa Melayu PMR. Haha.

1. Aku nak cari DSLR la satu. Tak best bila pergi jalan-jalan tak dapat ambil gambar yang bagus. Lagipun aku plan nak ronda-ronda europe la turki la. Agak rugi rasanya kalau tak dapat gambar best. Bukannya boleh pergi selalu tempat2 ni. Kan? Kan? Ada sape2 tau yang brand mana elok dan harga yg berpatutan?

2. Aku plan nak gamble trip ke Turki melalui Jordan dan Syria cuti musim sejuk ni. Baru setakat planning dengan Zul. Ada siapa2 lagi mau ikut? Jom la. Aku still dalam survey tempat2 best kat sana and how to get there dan Zul still buat perancangan budget.

3. Aku belum bersedia untuk menghadapi exam. Seriously. (walaupun exam akhir bulan 1)

4. Oh, cuaca di Cairo main sejuk panas sejuk panas. Bila nak betul-betul sejuk ni?

5. Dah 2 bulan tak call mak. Rindu beliau. Bila la nak topup smartvoip neh. Asyik lupa je. Setakat ni main mesej je dengan beliau. Dan topup aku selalu kering sebab mesej ke Malaysia mahal.

6. Kekurangan semangat. Sesiapa tolong bagi aku semangat boleh? Aku betul serius ni! Isk~

7. Aku ada follow seorang mamat hensem ni. Dah lama dah follow, masa aku awal-awal berblog lagi. Accidentally terjumpa blog beliau masa blogwalking. Pastu terus follow beliau. Aku tak tau berapa umurnya, mungkin around 26-30 macamtu. Dia selalu travelling around the world (i know it through his blog) kerana kerja. Rasanya dia engineer kot, tak pun arkitek. Stakat yang aku tau, dia single. Tapi yg buat aku tertarik bila dia tulis dalam blog dia, "Nak cari wife doktor" or lebih kurang macam tulah. Hehe. Blog dia jarang sket update maybe because of his work. Tapi last skali beliau update 4 bulan lepas. So aku dah lama la tak jengah blog beliau. Tetiba beberapa hari lalu masa aku sedang organize bloglist aku, rasa macam nak lepak la kejap kat blog beliau ni. Tibe2 bukak, keluar page ni ;


ARGH! Frust tak terkata! Mana pergi mamat hensem tu??? Waaaaaaaaaaaa~ Kalau follower pun tak bleh nak access jugak macam mana ye? Ish, sedih. Hilang sorang kekasih gelap aku. Tch. Semoga beliau sentiasa sihat dan hidup bahagia. Dan semoga jumpa jodoh doktor. Aku pun bakal doktor gak ape. Isk. Berangan. Link blog beliau? Nantilah aku bagi. Yang penting nama beliau Khairul. Bukan Mr.K.

Duh, sakit kepala aku fikir lama-lama. Banyak benda terlupa ni. Nak tidur dulu lah. Mana tau kot2 boleh recall balik dalam mimpi. Huh, mimpilah kau cik K.


Never had a dream comes true~

Ja ne!

Nov 7, 2010

Kelas Biochemistry

Assalamualaikum.

Biochemistry ada buku teks sendiri. Ramai student yang suka bawak buku tu pergi kuliah. Bagi aku, sangat tak membantu kalau bawak buku tu sebab macam kita tak tau point apa yang lecturer akan mula ajar dan isi dalam buku tu macam stail menyerabutkan kepala.

Aku jenis yang lenggang bawak badan, pen dan beberapa helai kertas kosong masuk kuliah Biochem. Sekarang ni masuk tajuk baru belajar Lipid Metabolism. Lecturer yang lain, cara penyampaian pun lain. Lecturer yang ajar bab ni, sangat pantas dan jitu sampai hampir semua budak macam "Ish, cepatnya! Tak sempat nak salin!!!" Aku antara yang sempat salin point2 penting dalam kuliah. But then, at the end of the lecture, this is how it results on me ;



Tch. Biarkan aku sengal, asalkan tak gila.

Oct 20, 2010

Apabila Kimmy Ai bosan dalam kelas...

Assalamualaikum~

Tahun ni belajar lagi General Histology macam tahun lepas. Aku rasa bosan yang amat sangat sebab belajar benda yang sama. Apa kata kalau dia proceed je dengan benda baru? Huh~

Maka cik K yang tak puas hati ni,, mula lah buat sengal bila dalam kelas practical GH.


ini lukisan struktur nucleus.


ini pulak apa? monster inc ek?

Haha. Imaginasi terlebih apabila keboringan tahan gaban. Maka, terjadilah pulak video neh. Part yang best video ni bila cik K buat muka evil bila dengar perkataan "balik". ;DD


Isy3..

Ja ne!

Oct 4, 2010

Tooth Fairy wants to be loved~

Assalamualaikum!

Ape khabar? Sekarang pukul 11.00 pm kat sini. Sepatutnya dah kena tidur dah. Anyway, subuh awal sekarang. Tapi sebelum tu, aku nak mengarut sikit kat sini.

Semalam tiba-tiba kawan aku cakap, "Rasa macam nak cari boyfriend lah pulak." Aku jawab, "Macam kau sorang, aku pun.."

Haha.

Tapi entah la. Aku cakap senang lah. Tapi aku sendiri pun susah nak deal dengan benda-benda ni. Actually aku malas nak masukkan lagi masalah sampingan dalam kepala. Dah la kepala otak aku dah tak berapa sihat and tak berapa betul, tambah pulak lagi dengan subjek Dentistry yang membunuh. Alahai, macam cari masalah la pulak kan.

Lagi satu masalahnya, aku takde masa nak cari. Aku bersosial je dengan member2 lelaki di sekeliling aku, tapi, setakat member jelah kan. Huh, cari ustaz? Belum sampai tahap tu lagi kot. Tau je lah aku kan. Bukan tak nak, tapi tak berpeluang. Hmm, personaliti aku pun lagi satu problem. Jenis malas nak fikir hal tak penting.  In other word, aku seorang yang serius je selalu. Kadang-kadang time orang gurau pun aku boleh percaya. Heh.

Pengakuan berani mati, aku pernah sekali in a relationship. Tak lama sangat, 8 bulan je. Kesian kat dia. Aku garang sangat kot. Heh.

Aku rasa, takde boyfriend pun okey je kot. Ni untuk aku sendiri la. Bagi korang, suka hati korang lah kan. Lagi satu fakta berani mati, aku pernah simpan perasaan kat seseorang selama 10 tahun. Tapi kawan tu dah selamat berbahagia dah. Sakitnya tak tertanggung tau? Bukan senang nak get over it. Baru je beberapa bulan aku dapat get over it. Mana tau aku dah dapat lupakan? At the very least, aku boleh cerita tentang ni dalam blog. Kalau tak, mana la aku boleh nak cerita benda-benda tak best ni dalam blog aku. Benda-benda sedih tak best la kan? Haha.

Ada sesiapa nak jadi boyfriend aku?

Har har har

*tampar diri sendiri*


bercinta dengan dental subjects pun best jugak kan? ;DD

p/s : Good luck semua atlet Malaysia di Sukan Komanwel XIX! Jom pulun emas! ;DD

Oct 2, 2010

Subjek-subjek yang membunuh~

Assalamualaikum!

'Amlein eh? Alhamdulillah aku sihat kat sini. Korang apa cerita dengan study and kerja semua? Harap-harap berjalan dengan baik keh? Don't worry be happy~

Aku cuma nak cakap aku penat. Aku pindah rumah hari ni. Dekat sikit dengan kuliah and lebih murah sewanya. Tapi tingkat empat. Hais~ Bukan main lagi penat. Thanks tau hero-hero yang tolong. (2 je kot) Hehehe. =) Mesej mak aku tapi beliau tak jawab. Takde kredit ke mak?

ARGH subjek baru banyak sangat!!! Tension! Tapi aku suka tension.

Dental Biomaterials
Dental Anatomy & Physiology
Biochemistry
 General Histology
Operative Dentistry
Crown and Bridge
Removable Prosthodontics
General Physiology
Hadeeth
Sirah
Quran
English Language

OUCH~ Pecah la kepala aku... =.="

Ja ne~

May 19, 2010

Hais~

Assalamualaikum! How are you? Oh, aku sungguh pening dengan sistem org arab neh. Hais~ Suka2 hati je tukar tarikh exam la ape la. Exam al-Quran minggu depan pulak hari Isnin. *tapi nasib baik gak untuk aku sebab aku still xcukup confident dgn hafazan aku,,heh*

Exam final akan bermula 30/5 until 25/6/2010. Sepanjang tu, aku mungkin akan berhenti post entry. Jaga diri korang semua baik2 ye?



Oh ye, aku pn dh buat list untuk ronggeng2 lepas exam nanti before balik Malaysia. Itu perkara wajib! aha!

http://emo.huhiho.com
  1. Bowling sampai kram. Ahaha!
  2. Shopping cenderahati utk saudara2 n kawan2 sampai pengsan.
  3. Jalan2 Alexandria.
  4. Lawatan ke Matruh-Siwa anjuran Program Perubatan. yeay!

http://emo.huhiho.com

Amacam? Hehe. Best tu best jugak tapi nak kene dapatkan greenlight dari big boss dulu la. Kalo big boss x bagi camne nk dapat duit kn? Hehe...

Sejak akhir2 ni jugak aku ade rindu kat sorang kawan ni. Aku memang xbleh buat benda lain except fikir pasal budak neh. Siap nak buat satu entry untuk dia tapi xberkesempatan lagi. Tiba2 baru tadi dia mesej tanye aku rindu dia ke sebab dia ada mimpi aku 2-3 malam lepas. Heh. Nampaknya Allah sampaikan rindu aku kat dia. Well, kasih sayang yg ikhlas terhadap seorang sahabat membawa ke syurga. So, sayangilah sahabat yg bermakna kepada anda, jangan khianati sahabat anda k..


http://emo.huhiho.com

tengok,,si bawang ni dah start kissing2 dah.. hais, xsenonoh..

http://emo.huhiho.com

p/s : Exam mode~Tidur siang activated! Hehe, aku memang xdijodohkan dengan siang laa. Susah nk masuk study siang2 ni. Malam2 baru best! Aha!

http://emo.huhiho.com

May 18, 2010

betul+Pem+an=Pembetulan \^0^/

Assalamualaikum!

Haha..pendek je kali ni k? Final exam Al-Quran (tasmi') bukan hari rabu tapi hari khamis laa.. Ala,xde beza pun sehari lambat. Aku tetap xde mood nk study. Puas aku mencari mood yg hilang tuh. Mane la kau pergi ye?

http://emo.huhiho.com

P/S : Oh sejak 2 menjak ni aku terjatuh cinta dengan lagu korea terutamanya Tik Tok-2PM, Replay-Shinee and Without Words-Jang Geun Suk.

http://emo.huhiho.com

P/S/S : Really, aku suka lelaki berambut panjang. Heh.

http://emo.huhiho.com

May 10, 2010

Fuh!

Assalamualaikum! Ezaiyuku?? Apa khabar semua? Dengan gembiranya aku nak cakap,, exam practical dah habis!!! Wee,, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya aku masih hidup setelah menghadapi practical exam. Heh. For me,, exam baru2 ni bukan susah sangat, it's just kind of killing me sebab dengan keadaan cuaca sekarang lagi.

Oh, the weather is damn hot! Angin dia pun panas. Kalau keluar tu, memang macam duduk dalam oven. Fuh! Terbaik beb!

Jadi, dengan berakhirnya practical exam, maka final exam pulak la yg bakal menyusul nanti. Schedule for final exam masih belum keluar lagi tapi yg aku tau akhir bulan ni. Huu dah dekat dah! Aha! I'll post it later when i get the table.

Till then, ja ne!

Apr 29, 2010

Of Mansoura, CityStars, Fever, and (the damned) Practical Exam??

Assalamualaikum! Hai2.. 'amlein eh? (Arabic) haha.. Ape khabar? Oh lupekan semua entry emo2 aku tuh. Rabu hingga Sabtu lepas aku menghilangkan diri dari kuliah (ponteng) ke Mansoura atas sebab2 tertentu.

http://emo.huhiho.com

Antaranya, aku xboleh nak study kat rumah (ada beberapa faktor tp aku akan ceritakan satu je kat bawah nanti), kedua, aku hilang semangat (sekejap) untuk study disebabkan faktor pertama tadi, ketiga, aku xjumpe semangat untuk study. Kesimpulannya, aku xstudy pun sejak akhir2 ni. And i know there's something wrong about me for being like that. And what i did was very wrong. I knew it. Huh~

http://emo.huhiho.com

muka2 xbersalah melarikan diri. heh.

muka2 boring menunggu beberapa makhluk lagi yg lambat. haih

So, aku melarikan diri ke Mansoura bersama Nida, Takip, Iswan and Paat. Rumah Izzati yg menjadi mangsa kali ni. Haha. Pergi sana, main tenis, bowling yg lane nya buruk gila macam nak runtuh dah, pool 2-3 round, jalan, jalan, dan jalan serta makan, makan, dan makan, lepak, lepak dan lepak, round2 sikah... Peh~ gilak2. And we also celebrate one of my friend's birthday, Amirul. Selamat hari tua ye mirul, otanjoubi omedettou.. harap2 coklat tu sedap.. ye ke? Heh.

mirul malu2 potong kek.. surprise party la katekan.. aha!

Balik dari Mansoura, aku berjaya mendapatkan jawapan untuk masalah aku tu. Rupa-rupanya aku tension sebab privacy things. Aku seorang yg cintakan privacy, i mean, like sharing things like room. I cannot study because of some gangguan fizikal yg dimana aku x mampu nak concentrate study dalam situasi yg bising serta annoying (siapa yg boleh tahan? kalo yg boleh tahan tu nanti aku bagi penumbuk).

http://emo.huhiho.com

Hais~ But then, aku masih xtau macam mana nak mengatasi problem ni so i'll have to bear with it for some time (at least until the end of final exam). Fuh! Lega boleh luahkan kat sini.

nida, me and izzati

And, balik dari Mansoura, scene lepak belum habis. CityStars menjadi mangsa kedua. Kebetulan hantu2 shopping merasuk dalam badan. Ade la sikit aku beli. Tshirt and selipar and barang makan sikit. Hehe. Tapi best sebab lepak ramai2. Lively sikit.

tak tahan muka gembire sebab dapat melantak burger best kat Fudoruckers. aha!

Hari isnin, demam tiba2. I wonder demam tu disebabkan serangan hantu shopping or pergi Mansoura or immune system down atau ape. Tapi kali ni antara yg teruk juga la. Sampai hari ni pun badan still panas and selsema belum hilang.

Hah, and last but not the least, practical exam is crawling near!

Physics (4/5/2010)
Chemistry (6/5/2010)
Computer Science (8/5/2010)
Botany (9/5/2010)

Phew! Well, whatever it is, i'll study more serious after this! Go Mumtaz go! InsyaAllah.

wee~ final exam dah dekat!!! sempat posing walaupun nervous.. haha.


sayonara my burette.. kurang asam betul la burette ni aku baru je beli xsempat gune pun lagi dah arwah dah.. nampaknye kene la beli lain for final practical exam nanti..ahh duit~ T_T


p/s : this entry was freaking long! haha.. maybe i'll stop for a while to focus on studying for practical exam,, oh and also for final writing exam. weeoouu! Zass! ja ne!


Apr 2, 2010

Sem II

Assalamualaikum!


Nuclear & Molecular Physics

Physical & Inorganic Chemistry

Botany (DNA & Physiology)

Computer Science

Faith & Ethics (Aqidah)

Al-Quran

Arabic Language

English

Fiqh



This is all the subjects for semester 2. It's killing me! With tonnes of quizzes crawling on me. Fuh~ =.=" Gotta work hard starting NOW.




p/s : My finger had been bitten by Yuuki when it fight with her new partner. It bleeds too much that i felt like fainting on the spot. And now it leaves a deep wound. =.=" Mom, should i get injection because of this? Is it antibiotic or antivirus? I forgot to ask you when i called you just now. T_T

p/s/s : I miss Mr. Farizz and Mrs. Heiji-san!

Mar 20, 2010

Welcome Party

Assalamualaikum! Last Wednesday we've organized a welcoming party as a significance of the first Malaysian batch in the Faculty of Dentistry of Al-Azhar University. Yeah, we're the first dentistry batch in Al-Azhar.


juadah simple dari kami
ehem! yg kuning banyak tu i yg buat.. betul! ahaha..xtido malam buat bnde tu.. namenye kastard koktail... dah pro dah.. hehe


our lecturers : dr maha ghazy, dr tgh lupe name, dr mona el tonsy, dr zakia


our music background and mc : Fitriah and Shira


kanak2 gigi yg riang


yay! sempat brgambar dgn dr mona kesukaanku! hehe



Ja ne!

Mar 7, 2010

Shot (TERBAEK!!!) sepanjang musim exam...

Assalamualaikum... *take a deep breath*

Fuh~ It's already done! The first semester final exam is already over. I'm really glad that i've passed all of these hard days ALIVE! Muahahaha~ so for all the days left in this week will be the last holiday for us and second semester will going to start. And i've already put up with some plans for refreshments. Wee~

This is some of the best shots that i've taken during these 3 (hardest) weeks...



wiwi sure knows to torture me when i'm studying


at rumah Kelantan. hari tu ade bazaar.


yuuki and my biskut 'raya'.. hehe.. video die makan ni ade kt bawah..


ini kes budak sengal yg kutuk laptop pinjam.. nah,,aku buat background picture kat laptop aku.. haha!


ni ha satu lagi posing sengal die... busuk arr notes aku boleh kat die sekor..

ini,,anakku! hehe..xde la.. we have our dinner at KLCC (Kuala Lumpur Cairo Cafe) then tserempak ngan adik comel ni.. pinjam la kjap dari parents die.. hehe.. namenye Syarif.



ish3.. ni dh melampau siap naik atas lihaf aku neh.. sengal2~


eh? habis nescafe aku die minum? siap leh posing maut dlm mug chantek aku.. hais~

sesi lepas geram balik dari exam Physics.. melantak McD..

wajah riang gembira baru lepas merdeka.. haha!


suasana dalam kuliah sejurus tamatnye paper terakhir..



That's all for the shot session. Next week the second semester lesson will be start. And i'm fully ready to go for it! Gambatte kudasai, kimmy-chan! But, the bad news is, the summer holiday will start from July until the end of August only. And i'll celebrate Eid Fitri here in Egypt. Hais~ i'm so miserable to hear that. Seems like i don't want to go back to Malaysia at all for this year. But still thinking about this. Huhuhuhu.. =,="

Whatever it is, i'm always trying my best. I am.



video of yuuki eating my biskut 'raya'



Ja ne!

Feb 28, 2010

Ribut Petir di Egypt??

Assalamualaikum!

Aku cume nak bagitau, kepala otak aku dah penuh sarat ngan Botany neh~ tunggu nak curahkan jer atas paper exam pagi esok..huhu..

Sekarang pukul 3.15 am. Aku dah tak tido malam sejak seminggu yg lalu. Study punye pasal. Haha, last minute study always works on me!

Aku nak borak2 pasal syllabus yg aku belajar skarang. Ade 6 semuanya : Zoology, Botany, Biochemistry, Physics, Computer Science and Oral Dental Terminology. Zoology pulak terbahagi kepada 5 parts : Cytology, Histology, Physiology, Vertebrates and Non-vertebrates. Ape yg aku nak cakap kat sini, banyak jugak la benda yg aku belajar time Pre-dental year ni. For next semester, Zoology will be excluded. Kira dah tamat la bab2 zoology ni. Hehe.

Kehidupan waktu exam kat sini sangat boring. Pagi tido petang bangun, malam makan n study. Haha. Tapi lepas exam nanti for sure aku akan tukar balik putaran yg hidup tuh. Sebab, aku nk enjoy habis2 lepas exam nanti. Haha, tunggu......................!

Lepas habis Botany esok, cuma tinggal 2 paper lagi la, Physics and Computer Science. Aku pun xtau knapa Computer Science tu perlu masuk dlm exam. Hais~ (Kes xpuas hati sbb blum study ape2 lagi topik tu... Haha)

Haa, berkaitan ngan tajuk entry ni, hari khamis lepas hujan lebat ngan ribut petir... gile ah, dh la peristiwa cmtu jarang skali berlaku dekat bumi Mesir ni. Ade can plak tu aku nk rasa. Kat sini bukan senang nk jumpa hujan. Musim sejuk pn jarang skali hujan turun. Huhu.

Hey, kalo aku cerita kat member2 aku di Malaysia yg kat Mesir pun ada winter, ramai giler yg x percaya. Diorang ingat kat sini musim panas je sepanjang tahun. Tak la beb... Kat sini pun winter, just xde salji je. But, suhu die boleh tahan sejuk ar. Antara yg lowest mesti below 10 degree celcius. Kitorang semua beku kat sini. Keluar rumah pakai winter coat cantik2 mcm korang tengok dalam cerita omputeh and Korea. Camtu lah. Dalam rumah pulak asyik berselubung dalam (lihaf) selimut tebal. Sejuk wa cakap lu. Tapi bila musim panas yg betul2 datang nanti, semua pakai baju nipis2 la plak kan. Dah name panas. Tapi aku belum experience lagi tahap kepanasan kat sini. Nanti sampai masanya aku cerita yep. ^^


Ok lah, that's all for now. Aku cume boring sangat2 and dah xleh nak sambung study. So that's why i wrote anything in my mind here. It's ok if you find this entry is so boring. At least my mind feel relieved. Take care, ja ne!

Feb 20, 2010

Online...

Assalamualaikum!

Wah, aku baru prasan yg blog aku dah nak mencecah angka seratus post dah.. hehehe.. (padahal org lain punye dah beratus-ratus xde plak nak bising2) Ahhahaha..gomen2.. takpe la,, dah aku memang macamni,, xde sape leh halang.. betul tak?

Esok aku mula exam,, doakan yg terbaik untuk aku ye?? InsyaAllah.. Aku ni jenis yg cool sket.. Org lain dah menggelabah giler exam tinggal beberapa jam lagi aku still syok kat sini tulis entry. Ahhahaha! Cool la beb! Alahai sebenarnye dalam hati aku pun risau.. tapi kalo asyik risau je buat ape? Buang mase je asyik ganggu emosi sendiri dengan risau neh. Don't worry, asalkan kite try the hardest, the rest is up to Allah. Kita usaha sungguh2 and tawakkal. Dah la. Lepas bahagian kita.

Time2 nak dekat exam ni macam2 la yg terjadi di pada aku. Dengan berita yg tiba2 yg buat aku down sampai ke lapisan tanah paling bawah. Lepas tu terus demam 3-4 hari sampai sekarang pun belum sembuh sepenuhnya. Hey, i can't help it, but just have to endure it. Benda di luar jangkaan kita. Ye, salah aku. Dan, semestinya aku akan salahkan diri aku, kalau result exam nanti x seperti yg aku jangkakan. I'm stupid! Baka!


Ni semua disebabkan aku terbaca ayat Mr. K, "It's your fault. To love someone who you can't have is your big mistake, idiot." Huhui,, ayat mencengkam hingga ke tulang. Haha, jgn risau, aku tak nak langsung cerita pasal tu kat sini. Kat sini dah terlalu public. Dah tak privacy lagi. And i loves privacy.


Even this blog only reveals 5% of my true self. You will not know all about me by reading even all of my posts. You stupid.


Hari ni memang aku nak mengata kat sume orang. Sory ye kalau x senang membacanya. Kalau rasa aku tak patut tulis ke, buang masa baca ke, sila pangkah sekarang. Aku x kisah, asalkan sebahagian dari apa yg aku fikir, dah aku luahkan. Takde la berat sangat kepala otak aku nak bawak pegi exam esok.

It is annoying for me, bila kau bertanya soalan yg paling bodoh untuk dijawab. Contohnya, kau fikir la sendiri. And aku rase macam orang bodoh jugak kalau jawab.

Dan kau jangan nak berlagak sombong bila keluarkan ayat, "If you want anything, find me..." Sorry beb, aku rasa ayat ni sangat arrogant, even if a bestfriend said that. Tau kenapa? Kerana aku rasa macam kau fikir yg kau sangat la orang yg terpenting bagi orang tu. Dan macam kau tak perlukan orang tu, tapi orang tu yang sangat memerlukan kau. That's egoistic, you ego. Give and take la. That's what a relationship means.

Don't even try to judge on people. Even Allah did not judge His servants, but only when The Judgement Day arrives. Bayangkan, kau tengok sekumpulan lelaki lembut tengah syok hang out kat Mall, lepas tu, bayangkan macam mane reaksi muka kau bila pandang diorang. Bayangkan muka kau yg buruk gila bila pandang mereka dgn pandangan yg meluat. Mereka manusia, macam kau. Atau, darjat kau lebih tinggi dari manusia kah? Mereka manusia. Kau?

Contoh kedua, kau punye appearance, sangat la perfect dari luaran. Lebih kurang mcm flawless la kan. Diri kau pun dikelilingi orang2 yg lebih kurang perfect macam kau. Kau pulak, bangga giler sebab orang susah nak cari salah kau, disebabkan appearance luaran kau. Maka, ada la sorang hamba Allah yg masuk di kalangan kaum2 kau yg sempurna tu, dengan appearance yg biasa, maksud aku, tak sempurna, tak macam kau. Lalu, kau, dengan org2 sekeliling kau tadi berpandangan la dengan pandangan yg jelek, seperti hamba Allah itu berbuat salah pada kamu semua. Maka, mulalah minda2 korang mengeluarkan kata-kata yg tak baik tentang dia. Sepertinya hamba Allah tu sangat la pelik kerana appearance dia x macam korang. Sepertinya dia tu tak sesempurna korang. Akhirnya, korang mendiskriminasi si hamba Allah itu.

Hei, beb! Sekurang-kurangnya, hamba Allah itu jujur pada diri sendiri. Tau di mana tahap darjat dirinya. Takde la hipokrit seperti korang. Dia tahu dirinya macam mana, dan dia tunjukkan dari luaran. Sebab itu lah dia lebih senang didekati, kerana dari luarannya pun tak menipu. Tak macam korang, walaupun luaran sangat la cantik mata memandang, tapi siapa tahu, hati korang yg penuh dengan hasad dengki dan perasaan benci serta diskriminasi. Sangat bahaya, bila dengan korang ni, hanya manis muka di depan saja. Talam dua muka. Alangkah buruknya talam tu...

Jangan nak harap orang yg faham kau je. Orang sendiri pun tak faham diri sendiri. Nak kata nak faham kau. Jangan fikir diri kau je yg bermasalah. Kau je ke yg hidup dalam dunia ni? Everybody has their own problems. But only in different kind of problems. Orang kaya, kurang kasih sayang. Orang kaya kasih syg, tapi hidup dalam kedaifan. Orang yg sempurna dari luaran, tapi hatinya x sempurna. Kamu semua sendiri boleh nampak, kan?


Tolonglah, jangan perasan lawa sangat. (Macam tuan punya blog neh)


Tahu tak, kamu semua memang sangat sombong, berlagak serta ego?


Lu fikirlah sendiri...

Jan 24, 2010

Postpone, Hang-outs, Housemates, & Omedetou

Assalamualaikum!
Fuh~it takes a loooonnngg time for me to post this entry, even to upload all of this pictures (45 minutes just for uploading photos,,yeah)
but, whatever it is, i'm glad to have this opportunity to put some of the pictures while i'm here. (heh, i'll spend 5 years here so there'll be more pics coming later..XD)

How am i doing?
well,, just good enough..
the first thing is, the final semester exam that i've mentioned in the entry before was postponed.
POSTPONED!
that's a good news, and also a bad one.
the exam is postponed because we still did not get our tasydid kuliah
(a letter confirming that we are the student of the university)
That thing is important for entering exams and for extending study visas afterwards.
Huh~so, we'll have to wait untill the end of February to get our tasydid kuliah and entering for final exams.
well, i hope that will going through without any problem.

Our HEAVY classes have already over. We've already going through all the syllabus, and just wait for the exam day. There's only Arabic language and Al-Quran class that still be held. So, as you may guess, we've a loooot of times! As if, you know me, a travel-loving person, ouh yeah!
Ronggeng habisssss!!!
Hehehehehehe...


fi Tahrir.. this is the place that people making visas. Actually, taking pictures were forbidden here but we managed to ignore it and took pictures by any chances we have. Haha!


Ah~well, is it a nice dress?(Really, this is a question, not asking for praise) I newly bought it but even when i'm wearing it, i still cannot find the side that makes this dress looks good on me. That's the weak part of me. Haih~
This picture was taken at my friends' house, just near opposite of my house. Their house is at the eight level and the highest of the building. Haha. Luckily there was a lift there. It's just that they faced some problems with water supply. Sometimes.
My house was on the second floor and no lift. Thank God for not get the higher one. Phew!


Ah, this one was taken just after we've finished our oh-we're-really-tired-after-six-hours-non-stop-classes-but-just-endure-with-it. Hehe, that day we come to class on eight am and just only finished on eight pm. Oh, notice that the woman at the centre is our Botany practical lecturer.

Oh! Did i forgot to mention that i'm one of the newcomers that enters the batch 2009/10 quite late? That consequence with my treatment on AVM and because of that, i came a little late to study here. Then, the others in the picture also the newcomers. So, that's why we've to endure the full day classes to catch up all the syllabus that we've skipped.


Waiting for the train to the Shobra, the place that we went to see the crystals.

Huhui! This is the best part. Introducing my housemates, from left : Sumayyah, Meha, Tasya, Zara, and Syuhada. And, as you see, they are just like that. (What does this sentence mean?)
Haha, on simple words, diorang semua sempoi2 je. and sporting. that's the important thing. Ah, Heiji-san, introducing the one that crazy on english anime, Tasya. I think i've told you about her, right?


The one thing that makes us same, we love hang out! Hehe... I'm grateful to have them as my housemates. Love you all, minna-san.



besar kan kek nih?? housemate aku sume dasyat2 kalo bab makan neh.


ni koleksi biskut peneman study...serupa biskut raya tak? jgn risau, kat sini ada tiap2 hari...


I think that's all for now. On the next post i'll story about my new pets, and also my housemates', and also, of course, more pictures! Well then, ja ne!


P/S : I'm sorry for still not having time to visit your blog, minna-san! Gomen-ne.

P/S : It's kinda late, but, Happy Birthday, Mr. Farizz (7th Jan), Ierah-chan, and Mr. Perfection (23th Jan). Have a sweet 20th birthday...




Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...