Showing posts with label bowling. Show all posts
Showing posts with label bowling. Show all posts

Nov 1, 2010

Awek Dentist masih belum ingin mengalah!

Assalamualaikum~

Sebelum baca ni, jangan lupa singgah jugak ke 100Penulis ok!

Isk, lama tak update. Almaklumlah, dah study course kritikal ni, tambahan lagi tinggal di negara orang, jalan-jalan la sekali kan? Kan? Haha. Banyak betul plan melancong yang letak dalam list. Tapi, list je yang panjang, PULUS MANE NAK CARI WEH??? Tch.

Walaupun begitu sibuk, aku still tak lupa pada hobi kegemaranku zaman berzaman iaitu bowling. Ish3, ape nak jadi dengan cik K ni ye? Dan, yea, aku battle bowling lagi hari Khamis lepas dengan jejaka hebat (kononnya la), Asada Ryutaro and bawak Meha skali. Dua round pulak tu, satu malam jumaat, satu lagi malam sabtu. Isk3. Dan aku akui, still tak dapat kalahkan beliau. Grrr.


Asada - cik K

Round I

83-112
129-112
135-125
116-120
179-126

Round II

157-148
138-112
123-128
102-127
132-96

Actually yang malam sabtu tu kebetulan je beliau keluar dengan kawan-kawan beliau. Then ajak aku skali. Hohoho. Yang best lagi, aku datang bawak geng2 kepala sengal aku (Fitriah, Azie, kak cik and bobby). Dengan beliau sekali jadi sengal kat KFC. Gelak sakan macam nak pengsan. Hehe. Dah, jom layan gambar!


dgn Meha wajib ade gambar.. ;D


muka Asada tak bleh blah mentang2 menang.. grrr~

Ni gambar yang sesi hari khamis tu. Yang hari jumaat tak ambil plak. Ish, nape tak ambik ye? Lupa lak. Haha. Apa-apa pun, aku mesti kena buang jugak stress yang terkumpul selama 6 hari seminggu tu. Hoi, kitorang kat sini kelas 6 hari seminggu tau? Dah la dari 8 am hingga 5 ptg. Balik rumah dah nak maghrib dah. Sini maghrib pukul 5.30 ptg ye kawan-kawan. 

Oh ye sebelum lupa, Asada juga buat satu video yang sempat Meha rakamkan masa battle hari khamis. Nah link nye. Pendek je, yang penting, dalam video tu beliau cuma nak tunjuk yang beliau tu JEJAKA HEBAT. Isk3~ perasan betul.

Yang penting, mengalah itu tidak wujud di dalam kamus cik K tau? Argh!

P/S : Minggu depan belum buat plan. Tapi dengar2 ada orang ajak pergi Dreampark lah khamis ni. Ish, tak boleh jadi neh. Asada mau ikut??? =)


Oct 22, 2010

Gaduh dengan boyfriend disukai ramai. Tch~

Assalamualaikum!

Salam pagi jumaat!

Dalam entry lepas aku ada tulis yang semalam aku nak keluar main bowling dengan seorang blogger yang terkenal di kalangan gadis2 dan salah seorang ahli 100 penulis. Maka, alkisahnya...




Beliau dikenali sebagai Asada Ryutaro. Nama penuh boleh tulis tak Asada? (ugut2) Hehe. Aku agak lama dah follow blog beliau disebabkan penulisannya best. Aku jumpa blog beliau ni dekat Gengblogger tak lama dulu. Excited jugaklah bila singgah ke blog beliau sebab beliau pun merantau di Mesir jugak, Kaherah pulak tu, mesti lah kena follow! Lepas lama menjadi silent reader, aku tengok ramai aweks2 yang jadi follower beliau. Rupanya ramai peminat Asada ni, getus mindaku (ceh!). Kemudian Asada memperkenalkan 100 penulis di blognya, aku pun join jugak sekali. Jadilah kami di antara 100 penulis yang disayangi (wah3). Baru-baru ni, lepas aku buat entry aku ke Tanta tu, Asada tegur cakap dia baru tau aku pun ada di Kaherah. Tup tup, dapat contact beliau, dan apa lagi, keluar lah kami ke IBC semalam. (cerita ni dah dipendekkan, tapi sebenarnye memang pendek pun ceritanya. tch.)

Sebelum kami memulakan perlawanan sebab kena tunggu turn kitorang (malam Jumaat biasalah), teman lah Asada makan dulu. Lapar katanya. Kitorang sempat pulun dulu kat rumah sebelum keluar (aku keluar dengan Fit housemate aku). Tengah2 makan, adik Asada call. Boleh jugak aku dengar slang Sarawak beliau. Sorry ye Asada, slang Terengganu tak terkeluar pulak. Tch.


peace!

Setelah energy recharged bak kata Asada, kitorang memulakan battle bowling. Tau kitorang main berapa game? 5 game. Haha. Agak gila di situ. Kata Asada, tu kali pertama beliau main 5 game non-stop. Aku biasa main 6 game sekali harung kalau kat Malaysia. Juga kali pertama bagi kami main bowling sama-sama blogger (aku mana pernah jumpa bloggers in real life kecuali kawan2).

Resultnya : 
Asada - Kimmy
98 - 72
108 - 79
89 - 113
138 - 94
149 - 135

Ya! Jangan bising!!! Aku tau aku kalah! Hahaha. Yang tak tahannye, puas hati betul beliau gelak. Menang lah katakan. Siap suruh aku sohorkan yang beliau menang lagi dalam blog aku ni.


mengada2

Peh. Ya, ya, anda menang besar semalam. Takpe, lain kali rebeat lagi. Tak puas hati betul. Aku pun tak tahu kenapa markah aku boleh menjunam sebegitu rupa. Hisy, tak best betul perasaan tu. Ada part yang best, masa aku di frame ke-10 (last) game kelima, balingan pertama aku dapat split. Datang idea baik punya, aku baling yang sebelah kiri, Asada baling yang sebelah kanan. Dua-dua kena! Hahaha, dapat lah spare kat situ. Entah apa-apa dah ikut pak2 arab sebelah yang main suka hati lempar banyak bola sekaligus. XD

Ada sekali tu, ASADA MAIN TIPU! Aku mana tau bowling pun boleh main tipu. MANA ACI MENANG SEBAB MAIN TIPU! Lepas tu tak mengaku main tipu. Alasannya...


ceit!

Huh? Macam mana nak main tipu? Tanyalah beliau. Tch.

Lepas habis main, kitorang gerak ke KFC dekat abbas 'aqod. Makan lagi sekali. Rupanya kuat makan jugak Asada ni ye. Har har har. Takde pulak gambar kat KFC, lapar punya pasal segala tenaga dah dikerahkan sepanjang berbowling.

Tapi best lah main semalam. Terbang segala stress yang ada. Bersedia untuk menghadapi hari-hari busy lagi. Kat sini Jumaat je cuti dari kelas. Dan juga best sebab first time main dengan seorang blogger, famous pulak tu. Hais~ Aku expect, Asada yang aku bayangkan di dalam dunia blog, sama seperti luaran. Rupa-rupanya tak! Argh! Asada jangan gelak evil ya baca entry ni!!! Hisy! Kalau korang nak tahu beliau macam mana, jumpa lah sendiri. Sure nampak beliau berbeza. =)

Last but not least, dapat lah jugak ilmu baru tentang blogging. Banyak yang nak kena improve ni. =)

Nantikan update daripada beliau pulak. Rajin-rajinlah singgah blog Asada!

p/s : Asada punyai banyak persamaan dengan salah seorang best friend aku. Tiba-tiba teringat best friend aku tu. Apa khabar anda di sana? Moga sihat dan senyum selalu. =')

Jun 15, 2010

Fakta yang auta.

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Hais ~ Penat2 menggembleng tenaga bermain bowling. Alalalala. Ni semua pasal boring tahap jebon dah.


"Perempuan berkelip hampir dua kali lebih berbanding lelaki."

Kenapa ye? Perempuan lebih banyak tenaga dekat mata berbanding lelaki kot? Tak pun bulu mata perempuan lebih lebat dari lelaki so kelopak mata lebih berat dari lelaki. Hahaha.


"Lipas masih boleh hidup 9 hari walaupun selepas kepalanya dipotong."

Wau, respek ar lipas ni. Panjang umur dia ye. Kalau kepala aku kena potong sure mati on the spot. Hahaha.


"Seekor zirafah boleh membersihkan telinganya dengan menggunakan lidahnya yang bersaiz 21 inci."

Lidah kita berapa inci ha? Nak cuba ukur? Cubalah. Hehehe.


"Kupu-kupu tiada perut"

Oh, oh, betulkah? Lepas ni balik Malaysia jumpa kupu-kupu terus tangkap nak buat operation la. Nak check betul ke tak.


"Seekor siput boleh tidur selama tiga tahun."

Kalaulah boleh memang aku nak tidur terus tanpa makan minum. Tapi kalau lapar je mesti bangun secara automatik. Oh tidak.


"Semut tidak pernah tidur."

Oh, yang ni aku respect. Bagus kan si semut ni tak pernah tidur. Tapi kesian pulak dia. Tak penat ke? Ah, bersyukurlah kerana dikurniakan nikmat tidur.


"Cik K seorang yang gila bowling."

Oh-oh? Ini bukan fakta. Ini memang habit si penulis. Gyahahaha!

Ja ne!

Mar 26, 2010

Lagi Bowling... Bowling lagi!

Off to Bowl.. haha.. this time with my housemates and 4 heroes... Zass!


Zara


Syuhada

Izzati (a friend from Mansoura)

Natasya and Sumaiyah


Tada!


it's my favourite.. bowling.. can't help it..
i really love bowling!!!

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...