Nov 13, 2010

Testing Banner!

Assalamualaikum!

Wee~ Apa khabar? Harap semua sihat. =)

Oh, ini entry pendek. Aku cuma nak try banner baru untuk 100 Penulis. Aku buat dua, tapi tak tahu yang mana nak pilih. Hehehe.

A


B


Hah, yang mana lebih elok? Vote! Vote! Hahahaha. ;DD

Ja ne!

Nov 9, 2010

Something to talk about : Kenapa Rottkappchen's?

Assalamualaikum!

Tehhee! Apa khabar semua? Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini, nanti saya datang jalan-jalan ke rumah anda pulak. ;DD

Nama blog aku Rottkappchen's. Apakah maksud Rottkappchen ni sebenarnye? Perkataan ni aku jumpa di dalam komik Siri Maskeret Cinta - Daisuki by Kaoru (komik Gempakstarz). Rottkappchen ni dalam bahasa Jerman yang bermaksud little red riding hood. Pernah dengar tak cerita fairy tales Little Red Riding Hood?


from Google

Dahulu kala di zaman aku sekolah menengah, aku sangat obses dengan warna merah. Hampir semua benda nak warna merah. Sebab tu aku jadikan perkataan Rottkappchen tu sebagai trademark aku. Tandatangan aku sekarang pun menggunakan huruf R di depan walaupun tiada kaitan langsung dengan nama sebenar aku. 
Anyway, sekarang aku dah kurang obses terhadap warna merah. Aku ke arah hitam and putih. But still, warna favourite aku merah, hitam, putih, purple. ;)


Ish, tiba2 gambar ni keluar takde tujuan. Haha. Actually aku nak testing watermark tu je. Nampak tak yang hitam tu? Kalau tak nampak, klik gambar. Ribuan terima kasih untuk encik Asada Ryutaro sebab rajin tolong buatkan walaupun cik K ni sangat banyak songeh suruh buat macam tu la, macam ni la. Haha! 

p/s : Zul, aku minta maaf. Jangan la merajuk lama-lama. Ish, sepatutnya kau yang kena pujuk aku... mana aku pernah cakap aku benci kau? Nak kena hentak hah? Kalau kau baca entry ni, kau kena call aku as soon as possible. Serius! Kalau tak, aku taknak dah turun Tanta. Merajuk. Hahahahaha!

Ja ne!

Surat Cinta Dari Kejauhan!

Assalamualaikum!

Weee! Cik K sangat gembira! Rasa macam nak melompat ke langit mencecah bintang yang paling jauh! Hahaha.   Actually ceritanya macamni, tadi cik K pergi jumpa ummi ambil borang yayasan terengganu. Balik rumah terus buka, tak sabar sangat kan nak tengok macam mana rupa borang "mahal" tu.

Buka je sampul surat tu, terdapat sehelai kertas separa usang bertulisan tangan. "Eh, macam kenal je tulisan ini", getus hati cik K. Maka cik K terus membacanya tanpa berfikir panjang...

"Assalamualaikum

Anakanda yang diingati lagi dikasihi.

Keluarga di sini sihat2 belaka, baby baru ok kuat ngat nyusu dan kuat nangis jugak.
Apih macam dia lah kadang2 niaga, duit habis dah hok raya baru ni. Mak nega lagi, masuk kerja semula lepas Raya Haji. Orang2 Dungun sihat2 jugaklah. Mak Teh buat siling rumah.

Bersama ini mak kirim borang yayasan untuk perjanjian. Baca arahan dgn betul sebelum isi borang dan tandatangan. Penjamin I adalah mak. Penjamin II mak carilah dan saksi pun mak cari di sinilah. Bahagian mak tu Pah tolong tulis lah nama. Hal2 berkaitan kedudukan kewangan mak isi sendiri. Surat akuan m/s 4 bhg Pesuruhjaya Sumpah mak akan buat di Trg.

Harap makan ubat dan jaga diri baik2. Salam, juga untuk roomate Pah."

Hamidah Salleh

Haha! Ini yang original version punya aku copy paste direct ke sini siap dengan slang terengganu lagi mak aku tulis. So, tak faham boleh tanya ye? Haha. Tapi yang bestnye, siap mak aku bagitau satu-satu apa nak buat dengan borang YT tu. Haha. Comel kan mak aku? Seriously, aku taip sebiji2 macam yg asal beliau tulis.



Surat yang original ni aku nak tampal depan mata aku kat meja study, buat pembakar semangat. Saya sayang mak saya! ;)

Aku down dah hampir seminggu. Aku sangkakan akan down lebih lama lagi. Tak sangka rupa-rupanya aku akan dapat penawar dari kejauhan. Terima kasih mak.

Notes :
Baby baru = anak saudara terbaru no.6 aku. anak kakak nombor 2.
Nyusu = menyusu
Org2 Dungun = saudara2 sebelah mak aku. Kampung aku di Dungun.
Mak Teh = mak saudara aku, kakak mak aku, merangkap mak angkat aku yg jaga aku masa kecik dulu.

p/s : Nama timangan aku Pah. Hehe. Tapi aku tak suka kalau orang selain keluarga aku panggil nama tu. Memang aku akan kecam habis-habisan. Silap2 boleh makan penampar aku. Seriously. Okay, itu bab lain.

Ja ne!

Nov 7, 2010

Kelas Biochemistry

Assalamualaikum.

Biochemistry ada buku teks sendiri. Ramai student yang suka bawak buku tu pergi kuliah. Bagi aku, sangat tak membantu kalau bawak buku tu sebab macam kita tak tau point apa yang lecturer akan mula ajar dan isi dalam buku tu macam stail menyerabutkan kepala.

Aku jenis yang lenggang bawak badan, pen dan beberapa helai kertas kosong masuk kuliah Biochem. Sekarang ni masuk tajuk baru belajar Lipid Metabolism. Lecturer yang lain, cara penyampaian pun lain. Lecturer yang ajar bab ni, sangat pantas dan jitu sampai hampir semua budak macam "Ish, cepatnya! Tak sempat nak salin!!!" Aku antara yang sempat salin point2 penting dalam kuliah. But then, at the end of the lecture, this is how it results on me ;



Tch. Biarkan aku sengal, asalkan tak gila.

Nov 3, 2010

Wahai Tanah Yang Indah...

Assalamualaikum.

Aku berjalan dalam dunia yang kecil. Aku anggap aku dah habis berjalan di dunia yang aku anggap kecil. Tapi, bila aku sampai ke tanah paling hujung, aku tiba-tiba nampak ada lagi tanah yang belum dipijak di penghujung lautan sana.

Dalam perjalanan yang tiada haluan yang menentu, aku terjumpa tanah yang selalu hujan turun kepadanya, aku jumpa juga tanah yang selalu kering. Sambil jalan lagi, aku jumpa tanah yang mempunyai taman bungaan yang wangi, juga ada tanah yang sering berbuah-buahan dan sayuran yang subur. Tidak kurang juga, ada tanah yang penuh dengan pohon2 berduri dan bungaan berbisa.



Aku terfikir, ada lagikah tanah yang belum aku jejaki? Aku berjalan lagi.

Maka di dalam perjalananku juga, hatiku terpaut terhadap satu tanah ini. Aku tertarik dan terleka bermain di taman di tanah ini. Aku ingin sekali memiliki tanah ini. Setelah lama asyik bermain di taman tanpa mengenali tanah ini, aku tiba-tiba terserempak dengan permaisuri tanah ini.

Akhirnya, aku ketahui, tanah ini bukan milikku. Tanah ini sudah mempunyai permaisuri yang bertakhta di taman nan indah ini. Maka, dengan hati yang kecewa dan sedih ini, aku terpaksa meninggalkan tanah ini. Mungkin aku tidak layak untuk menetap di taman tanah ini.

Mungkinkah aku akan bertemu tanah yang mempunyai taman indah yang layak untukku menjadi permaisurinya? Aku takkan tau, berapa lama lagikah, dan berapa banyak tanah lagikah perlu aku jejaki sehingga bertemu dengan tanah yang dapat aku duduki, berehat, bermain, dan hidup bahagia di tamannya. Jadi aku berkeputusan, aku akan menyambung perjalananku ini, cepat atau lambat, akan ada sebuah tanah yang khas menjadi milikku saja.

Sepanjang hidupku, sudah dua tanah yang pernah aku singgah kerana tertarik dengan keindahannya. Namun, seperti tadi, taman-tamannya sudah dimiliki permaisuri-permaisuri rupawan. Dan, nampaknya untuk kali ketiga ini, juga seperti yang dua yang terdahulu. Aku terpaksa tinggalkan tanah yang aku puja ini.

So yea, i'm emo. Tch. Isk, kecewa itu sakit. =(

P/S : I won't promise that I will be myself for these couple of days, but, I will try to smile like I always did. ^^

Kau Pergi...~

Assalamualaikum...

Dalam kalangan yang bertuah kerana dapat berpijak dan mencari ilmu di bumi Anbia ini, still, ada yang tidak bernasib baik. Terpaksa pulang sebelum sempat berjuang berhabis-habisan. Tapi apakan daya, takdir Tuhan itu tak terhalang oleh kita manusia biasa.




Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku, kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi
Pergi

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kau lah laguku, kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi


Semoga kita berjumpa lagi, di lain hari dan lain tempat. Sungguh, kami bakal merinduimu.

Mood : Hati yang sunyi~

Nov 1, 2010

Awek Dentist masih belum ingin mengalah!

Assalamualaikum~

Sebelum baca ni, jangan lupa singgah jugak ke 100Penulis ok!

Isk, lama tak update. Almaklumlah, dah study course kritikal ni, tambahan lagi tinggal di negara orang, jalan-jalan la sekali kan? Kan? Haha. Banyak betul plan melancong yang letak dalam list. Tapi, list je yang panjang, PULUS MANE NAK CARI WEH??? Tch.

Walaupun begitu sibuk, aku still tak lupa pada hobi kegemaranku zaman berzaman iaitu bowling. Ish3, ape nak jadi dengan cik K ni ye? Dan, yea, aku battle bowling lagi hari Khamis lepas dengan jejaka hebat (kononnya la), Asada Ryutaro and bawak Meha skali. Dua round pulak tu, satu malam jumaat, satu lagi malam sabtu. Isk3. Dan aku akui, still tak dapat kalahkan beliau. Grrr.


Asada - cik K

Round I

83-112
129-112
135-125
116-120
179-126

Round II

157-148
138-112
123-128
102-127
132-96

Actually yang malam sabtu tu kebetulan je beliau keluar dengan kawan-kawan beliau. Then ajak aku skali. Hohoho. Yang best lagi, aku datang bawak geng2 kepala sengal aku (Fitriah, Azie, kak cik and bobby). Dengan beliau sekali jadi sengal kat KFC. Gelak sakan macam nak pengsan. Hehe. Dah, jom layan gambar!


dgn Meha wajib ade gambar.. ;D


muka Asada tak bleh blah mentang2 menang.. grrr~

Ni gambar yang sesi hari khamis tu. Yang hari jumaat tak ambil plak. Ish, nape tak ambik ye? Lupa lak. Haha. Apa-apa pun, aku mesti kena buang jugak stress yang terkumpul selama 6 hari seminggu tu. Hoi, kitorang kat sini kelas 6 hari seminggu tau? Dah la dari 8 am hingga 5 ptg. Balik rumah dah nak maghrib dah. Sini maghrib pukul 5.30 ptg ye kawan-kawan. 

Oh ye sebelum lupa, Asada juga buat satu video yang sempat Meha rakamkan masa battle hari khamis. Nah link nye. Pendek je, yang penting, dalam video tu beliau cuma nak tunjuk yang beliau tu JEJAKA HEBAT. Isk3~ perasan betul.

Yang penting, mengalah itu tidak wujud di dalam kamus cik K tau? Argh!

P/S : Minggu depan belum buat plan. Tapi dengar2 ada orang ajak pergi Dreampark lah khamis ni. Ish, tak boleh jadi neh. Asada mau ikut??? =)


Oct 28, 2010

Pantai Alex dan Duit duit duit!

Assalamualaikum.

Phew. Aku tiba di rumah semalam pukul 9.30 pm. Perjalanan ke Alexandria memang best! Sebenarnya trip ni adalah sebab ada Kursus Bina Insan Gemilang anjuran MAIDAM dan Yayasan Terengganu juga dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan juga penyerahan wang zakat. Trip 2 hari 1 malam tidur kat hotel Cleopatra kat tepi pantai Alex. Semua sponsored, itu yang paling penting. Hehe.


di lobi hotel.

Benda yang paling penting bagi aku, pantai. Aku memang sangat sukakan pantai dan air laut!!! Tapi kat sini takde kesempatan nak mandi and main air laut. Sob2. Rindu pantai Batu Pelanduk kat kampung aku tu. Kecik-kecik dulu suka mandi pantai tu.

Aku gerak dari Kaherah pukul 3.30 am naik tremco. Sampai sana pukul 6.30 am. Terus gerak ke dewan. Memang sharp lah kami sampai sana pukul 7.30 am. Antara yang terawal menjejakkan kaki. Bangga, bangga. Dapat jugak jumpa beberapa kawan yang dari muhafazah lain contohnya Amy Syuhada and Azfar dari Mansoura. Dan dapat kenal ramai lagi rakyat2 Terengganu yang menuntut di Mesir. Tak sangka ramai rupanya.


Amy Syuhada.


Yang membuat aku teruja bila tengok pemandangan senja di pantai Alex! Tengok dari tingkap hotel tingkat 7, lagilah cantik. MasyaAllah! ;)

Malam tu free, so keluar jalan-jalan ke San Stefano. Sempat tangkap satu shirt murah..agaga. Esoknya selepas habis program, kami makan-makan di tepi pantai. Kuat gila angin! Lepas makan terus gerak ke City Centre. Aisey, tertangkap pulak sepasang kasut and sehelai lagi baju. Kering duit, kering. 


suasana lepas subuh.


tengah hari di pantai Alex. Panas!


di City Centre. wink3!

Balik naik tren! Yeay! Ish, tapikan kenapa Alex sejuk sangat ha? Jeles sebab kat sini panas lagi. Grr.

To Nauratul Nadiah, sorry tak contact. Actually nak jumpa u tapi masa tak mengizinkan. Dah siap mintak nombor u dari Hani lagi. Isk3. Lain kali kita jumpa k? (^____^)

p/s : Hari ni tak pergi kelas. Penat lerr. Ish3. Teruk betul perangai. I need someone to be my spirit booster!!!


Kalau aku jadi nerdy okey tak?

Oct 25, 2010

Express your feelings!

Assalamualaikum!

Dah baca entry Asada yang tentang perlawanan bowling kami? Har har har.

Apa khabar semua? Wah, sejak-sejak entry Asada keluar, trafik mencanak naik. Bahaya jugak blog beliau tu. Yelah, mana pernah orang ramai datang secara mendadak ke blog aku ni. Seram sejuk aku mengalaminya. Fuh~ Anyway, selamat datang semua ke blog tak seberapa ni. Tinggalkan link, insyaAllah aku akan melawat blog anda sama ada cepat atau lambat. Dan thanks juga kepada yang singgah dah follow. ;D

Soalan bertuah hari ini : Bagaimana nak menzahirkan perasaan kita?
Aku selalu perhatikan manusia di sekeliling aku. Macam-macam perasaan wujud kat dunia ni. Dan cara kita meluahkan perasaan pun berbeza-beza setiap orang.

Marah dan benci.

Kalau marah je, mesti tinggikan suara. Itu kalau pak arab teksi kat sinilah. Hehe. Ada yang jenis menangis bila marah. Ada yang memendam perasaan. Pendam banyak-banyak, then lepaskan macam gunung berapi gitu. Wah wah, takut lah kalau yang pendam ni.

Cuba baca entry saudara Paat ni. Sangat berguna untuk orang yang marah, benci, tak puas hati dan sewaktu dengannya.

Sayang.

Aku suka tengok bila seorang ayah dukung anak kecik dia. Macam best. Hehe. Saling menjaga antara satu sama lain, caring. Love need no words. =)

Gembira.

Melompat hingga ke langit. Senyum sampai ke hujung TMJ. Benda apa pulak TMJ ni? Tempora Mandibular Joint lah. =) Ketawa tak ingat dunia. Ada jugak sesetengah orang yang kita tak nampak beliau sedang gembira. Orang macam tu mesti cool. Haha.

Sedih.

Menangis lah. Ape lagi. Hahaha. Ada yang hanya menangis dalam hati. =')

Just express your feelings lah. Kalau marah, cakap marah. No need nak berkias-kias bagai. And kalau sedih, jangan sedih sendirian. You have friends around you. Gunakan mereka sebaiknya. (Eh, betul ke ayat ni?) Jangan rasa menyesal kalau perasaan yang nak disampaikan hanya terkubur begitu saja. Apa yang penting, don't get off from the track. Don't lose hope, and senyum selalu. Every life has it's own colours.

Jangan jadi macam aku yang sangat menyesal sebab tak luahkan perasaan. Akhirnya, sendiri yang tanggung. Hais~

p/s : Lewat malam ni aku gerak ke Alexandria dengan lagi 3 orang kawan. Ade program anjuran Maidam and majlis penyampaian zakat. Duit, duit, duit. Hehehe. So, nanti lepas balik sini semula aku akan sambung blogwalking ke blog korang semua k? Tolong jaga si Rottkappchen's untuk aku. Haha. Doakan perjalanan pergi, semasa kat sana, dan balik ke Kaherah semula.


kek sempena birthday mak aku. tapi kesian mak jauh sangat tak boleh rasa. oh ye, birthday mak dah lepas dah, 8 oktober dulu. ;)

***Alamak, lupa satu lagi benda, ada orang yang rajin nak buatkan banner blog untuk aku tak? And watermark untuk gambar sekali. Aku akan bagi cenderahati dari jauh untuk banner yg dapat puaskan hati aku. Hehe.

Ja ne!

Oct 22, 2010

Gaduh dengan boyfriend disukai ramai. Tch~

Assalamualaikum!

Salam pagi jumaat!

Dalam entry lepas aku ada tulis yang semalam aku nak keluar main bowling dengan seorang blogger yang terkenal di kalangan gadis2 dan salah seorang ahli 100 penulis. Maka, alkisahnya...




Beliau dikenali sebagai Asada Ryutaro. Nama penuh boleh tulis tak Asada? (ugut2) Hehe. Aku agak lama dah follow blog beliau disebabkan penulisannya best. Aku jumpa blog beliau ni dekat Gengblogger tak lama dulu. Excited jugaklah bila singgah ke blog beliau sebab beliau pun merantau di Mesir jugak, Kaherah pulak tu, mesti lah kena follow! Lepas lama menjadi silent reader, aku tengok ramai aweks2 yang jadi follower beliau. Rupanya ramai peminat Asada ni, getus mindaku (ceh!). Kemudian Asada memperkenalkan 100 penulis di blognya, aku pun join jugak sekali. Jadilah kami di antara 100 penulis yang disayangi (wah3). Baru-baru ni, lepas aku buat entry aku ke Tanta tu, Asada tegur cakap dia baru tau aku pun ada di Kaherah. Tup tup, dapat contact beliau, dan apa lagi, keluar lah kami ke IBC semalam. (cerita ni dah dipendekkan, tapi sebenarnye memang pendek pun ceritanya. tch.)

Sebelum kami memulakan perlawanan sebab kena tunggu turn kitorang (malam Jumaat biasalah), teman lah Asada makan dulu. Lapar katanya. Kitorang sempat pulun dulu kat rumah sebelum keluar (aku keluar dengan Fit housemate aku). Tengah2 makan, adik Asada call. Boleh jugak aku dengar slang Sarawak beliau. Sorry ye Asada, slang Terengganu tak terkeluar pulak. Tch.


peace!

Setelah energy recharged bak kata Asada, kitorang memulakan battle bowling. Tau kitorang main berapa game? 5 game. Haha. Agak gila di situ. Kata Asada, tu kali pertama beliau main 5 game non-stop. Aku biasa main 6 game sekali harung kalau kat Malaysia. Juga kali pertama bagi kami main bowling sama-sama blogger (aku mana pernah jumpa bloggers in real life kecuali kawan2).

Resultnya : 
Asada - Kimmy
98 - 72
108 - 79
89 - 113
138 - 94
149 - 135

Ya! Jangan bising!!! Aku tau aku kalah! Hahaha. Yang tak tahannye, puas hati betul beliau gelak. Menang lah katakan. Siap suruh aku sohorkan yang beliau menang lagi dalam blog aku ni.


mengada2

Peh. Ya, ya, anda menang besar semalam. Takpe, lain kali rebeat lagi. Tak puas hati betul. Aku pun tak tahu kenapa markah aku boleh menjunam sebegitu rupa. Hisy, tak best betul perasaan tu. Ada part yang best, masa aku di frame ke-10 (last) game kelima, balingan pertama aku dapat split. Datang idea baik punya, aku baling yang sebelah kiri, Asada baling yang sebelah kanan. Dua-dua kena! Hahaha, dapat lah spare kat situ. Entah apa-apa dah ikut pak2 arab sebelah yang main suka hati lempar banyak bola sekaligus. XD

Ada sekali tu, ASADA MAIN TIPU! Aku mana tau bowling pun boleh main tipu. MANA ACI MENANG SEBAB MAIN TIPU! Lepas tu tak mengaku main tipu. Alasannya...


ceit!

Huh? Macam mana nak main tipu? Tanyalah beliau. Tch.

Lepas habis main, kitorang gerak ke KFC dekat abbas 'aqod. Makan lagi sekali. Rupanya kuat makan jugak Asada ni ye. Har har har. Takde pulak gambar kat KFC, lapar punya pasal segala tenaga dah dikerahkan sepanjang berbowling.

Tapi best lah main semalam. Terbang segala stress yang ada. Bersedia untuk menghadapi hari-hari busy lagi. Kat sini Jumaat je cuti dari kelas. Dan juga best sebab first time main dengan seorang blogger, famous pulak tu. Hais~ Aku expect, Asada yang aku bayangkan di dalam dunia blog, sama seperti luaran. Rupa-rupanya tak! Argh! Asada jangan gelak evil ya baca entry ni!!! Hisy! Kalau korang nak tahu beliau macam mana, jumpa lah sendiri. Sure nampak beliau berbeza. =)

Last but not least, dapat lah jugak ilmu baru tentang blogging. Banyak yang nak kena improve ni. =)

Nantikan update daripada beliau pulak. Rajin-rajinlah singgah blog Asada!

p/s : Asada punyai banyak persamaan dengan salah seorang best friend aku. Tiba-tiba teringat best friend aku tu. Apa khabar anda di sana? Moga sihat dan senyum selalu. =')

Oct 21, 2010

Makan, makan, makan.

Assalamualaikum!

Sejak akhir-akhir ni aku asyik makan luar je. Keringlah duit aku kalau macam ni selalu. Haha. Taklah, bukan selalu sangat. Dalam seminggu ada sekali. Ada je minggu yang tak pergi. Tapi minggu ni 2 kali pulak. Hehehe.

Aku pertama kali pergi restoran Mawaddah. Terletak di raba'ah. Restoran orang Malaysia. Pergh, ayam goreng dia best gila! Dah lah besar. Muahaha. Air bandung pun sodap oi. Nanti nak datang lagilah..


nasi pattaya.  ayam lupa nak ambik gambar. dah rasmi awal2 lagi.


bandung XXXL.. haha.

Tempat yang kedua aku baru pergi semalam, restoran sushi. Dekat bandar Heliopolis. Pun sedap gila! Actually ni baru first time aku makan japanese cuisine. Agak teruja aku kat situ baca menunya. Aku makan yaki soba and teriyaki chicken. Sedap woo. Tapi mahal la makanan dia, tak boleh pergi selalu, bankrap aku. Tch.


posing je lebih, makanan xde pun lagi..


chicken teriyaki and yaki soba..

Nak jadikan cerita, semalam kitorang hampir tak jumpa cari kedai sushi tu, sebabnya lampu signboard kedai takde sebab blackout. Maka kitorang makan candle light dinner special la semalam. Tapi yang hairannya, air cond ade pulak letrik. Dari mana electric source yang air cond tu ambik? Musykil.. musykil...

Sesiapa yang nak aku bawak pergi makan, roger2 lah ye? Hihihi.

p/s : Malam ni nak keluar main bowling dengan seorang blogger terkenal di kalangan aweks2 dan di kalangan 100 penulis. Siapakah beliau? Jeng jeng jeng~ Nantikan update nya!

Ja ne!

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...