Nov 11, 2011

Beza impian, dan benda yang paling diinginkan.

Assalamualaikum..

Impian

Aku bukanlah seorang yang memasang impian yang tinggi menggunung. Aku juga bukanlah seorang yang bercita-cita besar. Aku seorang yang hanya menikmati masa yang aku sedang lalui sekarang.

Aku juga bukan seorang yang akan lakukan benda dengan bersungguh-sungguh, ya, aku akui tentang itu.

Things to do before I die

Yeah, there are things that I really wants to do before I die. When I woke up in the morning, I will always remember these things to be done.

1. Travel around the world

I'm still working on this one, and I hope that I could make it before I die.

2. Get married

Yeah, obviously. But not now.

3. Live far far away from the people that once knew me.

That's how it is.

Benda yang paling aku nak


Walaupun aku tidak memasang impian yang tinggi, tetapi aku masih punya benda yang aku inginkan. Ada benda yang aku nak, tapi aku masih belum dapat, ada benda yang aku nak dan aku dah dapat, dan ade benda yang aku nak, tapi aku takkan pernah dapat.

Aku hanya akan menikmati apa yang aku ada sekarang, supaya nanti aku takkan terlepas sesuatu yang aku sayang. Dan disebabkan aku pernah berada di ambang maut, aku takkan sia-siakan setiap saat nafas aku kerana dengan sakit yang pernah aku lalui, aku makin menghargai nyawa aku, dan khasnya, aku semakin menghargai tangan kiri aku yang pernah 'hilang'.

Since aku tau benda tu memang takkan pernah aku dapat, jadi boleh la aku tulis kat sini kan. Actually, aku ingin menjadi lelaki. Tau kenapa? Sebab aku sayang mak aku. Tetapi aku terima hakikat yang aku seorang perempuan. Dan aku still sayang mak aku.

Ja ne~

Oct 30, 2011

For you.

Assalamualaikum~




I hope my feelings will reach to you. Everything I'm doing now, I do it for you. I'm sorry if I've done something wrong to you, that you ask me to let you go. I really can't let you go, really, even if I'm trying it thousands of times. I want to take one step at a time with you, I'm not rushing you to do something we can't achieve now.

It's hard for me without you here. I took every minutes slowly, just to remember everything about you. I don't know why, but I feel that you will walk away from me in any time from now. It's like you want to disappear from me.

It's hard crying alone thinking about how can I go on without you anymore...

Don't ask me to let you go, because I really wouldn't want to.

Oct 18, 2011

How to say it...like...


I let it fall, my heart,
And as it fell you rose to claim it,
It was dark and I was over,
Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees would fall too weak
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you
That I never knew, never knew
All the things you'd say
They were never true, never true
And the games you'd play
You would always win, always win

But I set fire to the rain
Watch it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

When I lay with you
I could stay there
Close my eyes
Feel you here forever
You and me together
Nothing gets better

'Cause there's a side to you
That I never knew, never knew
All the things you'd say
They were never true, never true
And the games you'd play
You would always win, always win


But I set fire to the rain
Watch it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Well, it felt something died
'Cause I knew that there was the last time, last time

Sometimes I wake up by the door
The heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you

I set fire to the rain
Watch it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Well, it felt something died
'Cause I knew that there was the last time, last time

Let it burn
Let it burn
Let it burn



Adele~

P/S : I love Adele's voice. It is strong, high notes, and full of emotions.

Oct 17, 2011

It's another hectic season of my life~

Assalamualaikum~

Welcome new semester, second year Dentistry. Ya, result aku dah keluar, Alhamdulillah dapat naik tahun. Aku sangat-sangat bersyukur dengan keputusan ni. Terima kasih mak kerana mendoakan saya. This semester, aku masih belajar beberapa general medical subjects, tambahan beberapa dental subjects, dan tak lupa beberapa subjek agama.

*Tarik nafas panjang-panjang*

  1. General Microbiology
  2. General Pathology
  3. General Pharmacology
  4. Crown & Bridge
  5. Restorative Dentistry
  6. Prosthodontics
  7. Oral & Dental Biology
  8. Al-Quran
  9. Fiqh
  10. Tafseer
  11. Evolution of Fiqh
*Fuh~*

Bila baca list macam ni pun agak breathtaking la jugak kan, ni belum lagi mengalami belajar semua ni. Boleh naik gila la aku. Kepala oh kepala... Kelas dah berjalan selama 2 minggu, semua subjek dah dikenalpasti learning objectives dan aku terasa agak nervous dengan subjek-subjek tahun ni because kebanyakan students yang sangkut ialah ketika berada di tahun ni. Boleh dikatakan tahun ni adalah tahun angker bagi pelajar dentistry. Tahun depan pulak dah masuk practical year. Gulp.

Musim sejuk semakin menghampiri. Aku mengharapkan semuanya baik-baik belaka. Aku tak mahu bersedih lagi, kerana aku sudah punya sebab kenapa aku perlu teruskan impian aku. Aku inginkan seseorang itu. Aku takkan lepaskan dua-dua : cita-cita dan orang yang aku sayang. Jadi, jalan yang terbaik ialah menjauhkan diri, supaya aku dapat tumpukan perhatian aku terhadap cita-cita aku, disamping hati aku tetap kukuh dengan keinginan terhadap dia.

Oh Tuhan, cepat la masa berlalu. Aku ingin kembali ke tempat asal ku. Aku rindukan mak. Aku ingin kembali ke tempat yang sepatutnya aku berada. Tuhan, tabahkan hati mak, kentalkan hatinya apabila dia ingin menangis, hilangkanlah kesakitan di hatinya. Aku betul-betul ingin berada disampingnya ketika di saat dia memerlukan seseorang kerana hati aku tau, dia sedang kesunyian... Walaupun mak mungkin dah tak baca blog ni, tapi saya nak mak tau yang saya sangat sayangkan mak, walaupun kadang-kadang saya susah nak berhubung dengan mak. I love you very much~

Ja ne!


Sep 25, 2011

Sedetik 10 tahun yang lalu~

Assalamualaikum.

25 September 2011, Malaysian Hall, Abbasiyah, Kaherah.
1.05 AM

Aku terbangun dari tidur kerana panggilan seorang sahabat yang punyai masalah. Selesai panggilan telefon, aku check inbox ku. Kuterima satu mesej berbunyi : 

"Find someone who can make you smile all the time and never give up on them, because I love to see you happy always, and I know that your heart wants to stop feeling pain." 

Indeed, aku betul-betul mahu berhenti merasai kesakitan itu. Parut-parut yang lama itu masih terasa pedihnya. Thank you for the message, friend. :)

Kemudian aku buka Ipod, cari calendar and tengok schedule untuk hari ni.

  1. Breakfast at Sofitel with Sofiya. (6.30 am)
  2. Malaysian Day Dinner at Kelab Bola Zamalek. (4.00 am)
  3. Nenek meninggal. (6.30 pm)
Ku tenung lama Ipod, fikiranku melayang merentasi jarak dan waktu...

25 September 2001, Kampung Batu Tiong, Dungun, Kuala Terengganu.
5.30 PM

Aku lihat makcik dan pakcik sebelah mak ramai berkunjung ke rumah cik Zah, ibu saudara ku di Kampung Batu Tiong, Dungun. Nenek terlantar di atas tilam di suatu sudut dinding. Aku lihat mak masih di sebelah nenek, memberi minum sedikit air masak, dan kemudian menyambung bacaan surah Yasin. Kemudian kuhampiri nenek, nafasnya dapat kudengari. Dadanya berombak. Tiada suara kedengaran dari mulutnya. Yang aku tahu, sebelah kiri tubuhnya sudah tidak dapat digerakkan kerana lumpuh beberapa hari yang lepas. Aku hanya memandang kosong. Kemudian ku rasa mengantuk, lalu aku masuk ke dalam bilik dan lelapkan mataku.

6.30 PM

Aku bangun dari tidurku. Aku terus keluar, dan menuju ke arah nenek. Mak datang kepadaku dan berkata, "Nenek dah tiada, nenek dah pergi, baru je sekejap tadi." Aku terkedu. Aku tiada di sisi nenek ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya. Tanpa kusedari, aku menangis tanpa henti di sebelah arwah nenek. Kubacakan Yasin sambil diselangi tangisan. Tiada kata-kata yang mampu aku ungkap ketika itu. Itulah kali pertama aku kehilangan ahli keluarga terdekat, the one and only nenek yang sempat aku bersama. Ketika itu aku baru berumur 11 tahun. 

Pada malam itu, aku tidur disebelah mak, berdekatan dengan arwah nenek. Kali terakhir aku tidur di sampingnya. Air mata masih mengalir ketika itu. Arwah nenek ditanam pada pagi keesokan harinya di tanah perkuburan di belakang Kampung Batu Tiong. 

***

Ingatanku masih segar tentang arwah nenek. Bilik aku sekarang di rumah, dulu pernah menjadi bilik arwah nenek ketika aku masih kecil dan masih tidur di bilik mak. Aku masih ingat wajah arwah nenek. Arwah seorang pendiam, sama seperti mak, dan juga turun kepadaku sendiri. Aku sangat rindukan arwah nenek, walaupun ketika beliau masih ada, aku masih kecil dan tidak mengerti tentang kasih sayang.

Mati itu pasti. Al-Fatihah.

Sep 13, 2011

Aku ingin tau apa perasaannya..

Assalamualaikum~

Aku ingin tau, apa perasaan dia ketika membawa kereta di tengah2 malam mencari anak yang hilang.

Aku ingin tau, apa perasaan dia ketika tiap2 pagi bertekak dengan anak yang degil malas ke sekolah.

Aku ingin tau, apa perasaan dia ketika dapat tahu anaknya berkahwin lari.

Aku ingin tau, apa perasaan dia ketika mendapati dirinya dimadukan.

Aku ingin tau, apa perasaan dia ketika melihat anaknya yang terlantar di hospital.

Aku ingin tau, apa perasaan menjadi wanita sepertinya.

Tapi aku tau, tiada seorang yang sanggup menjadi sepertinya kecuali hanya dia, mak.

Ja ne..

Aug 24, 2011

The last picture of them.

Assalamualaikum.



The last picture ever of my mak and abah together. This picture was taken when i'm flying back to Egypt on September 2010.

Ja ne.

Aug 22, 2011

10 Tanda Hati MATI.

Assalamualaikum~


Sedikit sharing. ;)


10 TANDA HATI KITA MATI
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1.   Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2.   Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3.   Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4.   Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5.   Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6.   Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7.   Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 
8.   Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 
9.   Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.






Semoga hati kita semua masih belum mati~


Ja ne~

Aug 20, 2011

Result.

Assalamualaikum.

Yea result aku sudah keluar. Agak kecewa. Tapi masih bersyukur kerana diberi peluang kedua. InsyaAllah aku takkan sia-siakan peluang kedua yang diberi ni. Pulun habis-habisan!

Kata orang, kejayaan takkan datang bergolek. Apa yang kita dapat itu adalah hasil dari apa yang kita usahakan. 

Err, tapi result ni aku terpaksa rahsiakan daripada mak. Mak, saya minta maaf. Tapi bila dah dapat result untuk  kali kedua nanti baru saya bagitau mak okey? 

Doakan aku.

Ja ne~

Aug 19, 2011

Something to talk about : Hujan

Assalamualaikum~

Aku tahu bila waktu hujan akan turun. Aku tahu dari arah mana hujan akan turun. Aku tahu melalui bau hujan, angin, dan instinct dalam diri.

Aku juga suka bermain di dalam hujan, suka mandi hujan, suka mendengar bunyi air hujan yang turun. Secebis ketenangan dapat aku rasa apabila hujan tiba.

Setiap kali tiba musim tengkujuh, tiap-tiap hari hujan turun tanpa henti, tiap-tiap hari juga aku tak lepas daripada bermain hujan.

Ini kisah di Malaysia.

Aku di sini, di tanah kering yang kekerapan hujan tahunannya boleh dikira dengan jari. Malah bau hujan di sini juga berbeza. Sukar untuk aku menjangkakan kehadiran hujan di sini.

Dan aku di sini, merindui hujan di tanah tempat kelahiranku...

Ja ne~


Jul 6, 2011

Mencari pengalaman berharga~

Assalamualaikum!

Dah lama aku tak update.. Yeah, aku baru habis exam! Err, actually dah dua minggu dah habis.

Jadi, bagi seorang manusia yang suka berjalan seperti aku ni, dua minggu baru ini dihabiskan dengan berjalan sahaja. Round-round bandaraya Cairo. Oh, baru aku dapat merasa hidup seorang yang hidup di ibu negara. *Walaupun bukan ibu negara Malaysia* Fuh, BEST sangat, dengan jammed yang tak pernah selesai (pukul 2-3 pagi pun jammed lagi di sesetengah tempat), musim panas yang teramat sampai hampir menggelegak kepala otak gua, dan perangai sesetengah arab yang masih di takuk lama suka menipu duit orang. Kombinasi yang hebat.

Akan tetapi, aku masih berkeputusan untuk stay di bumi kinanah ini sepanjang cuti musim panas or also known as cuti semester jugak. Mula-mula aku rasa keputusan aku ni sangat la gila bangang bodoh sebab kebanyakan member2 aku balik Malaysia, so, tak ramai la member yang lepak dengan aku sepanjang cuti ni. Tetapi, bila aku fikir dua kali, ada suatu pengalaman berharga yang mungkin akan terlepas jika aku berkeputusan untuk pulang ke tanah air. Only God knows, right?

Niat utama kenapa aku tak balik tahun ni adalah disebabkan si dia. Siapakah si dia? Si dia yang hadir hanya setahun sekali. Yaa, Ramadhan al Mubarak. InsyaAllah aku nak mencuba untuk merasai pengalaman berpuasa ni bumi Mesir. Kata orang, bulan Ramadhan disambut dengan meriah oleh rakyat Mesir. Kalau nak tahu lebih tentang apa yang berbeza tentang Ramadhan di Malaysia dan Mesir, bacalah link ini. Rugi woo kalo belajar jauh-jauh tapi tak merasa budaya negeri orang.

Kemudian, raya nanti aku akan ke Turki buat kali kedua. Kali ini aku akan ke Ankara sebab ada cousin aku yang baru je posting kerja kat situ selama 2 tahun and then she asked me to join them along this Eid ul Fitri. Sambil menyelam minum air, bukan senang la pulak kan nak beraya di Turki. Hahahaha. Takpe, raya di Egypt aku ada peluang lagi next 2 years. *Tahun depan aku dijangka akan pulang ke Malaysia untuk MRI and melancong ke Korea*

Hahahaha. Aku tau korang jealous. I loooooove travelling~~

Sebab ketiga dan terakhir, sebab mak aku. Aku sengaja taknak balik sebab nak buli mak aku. Biar dia rindu gila-gila kat anak bongsu dia ni. Baru dia tau. Hahahaha. Derhaka kan anak mak ni? Ish3. Iye mak, sekejap je, tahun depan saya balik lah. Bak kata orang Terengganu, "Kelik pok kelik pok sapa tahung depang doh ambe sapa lah sakgi". Maksudnya : Pejam celik pejam celik, dah sampai tahun depan nanti sampai la saya. Hahaha, first time aku tulis slang Terengganu kat blog. Yang penting, mak jaga diri baik-baik kat rumah and don't overworked yourself. Tulang lutut mak tu bukannye dah sihat sangat nak buat kerja berat-berat. Asyik nak marah orang lupe makan ubat, mak pun sama jangan asyik lupe makan Ostesamin mak tu. Anak, mak sama je asyik lupa makan ubat. Hehehe. *ni kalo mak aku baca sure kena bebel lagi* Sorry mak!

Result akan keluar dalam masa terdekat. Peh~ aku serius rasa cuak sebab ada beberapa paper yang aku tak confident. Tapi, semuanya aku tawakkal 'alAllah je la sebab semua benda dah lepas, kalau nak menyesal pun tak dapat ubah juga result. Mak, doakan anak mak ye? Saya percaya, doa mak adalah antara yang paling mustajab bagi seorang anak.

For the next days before Ramadhan, aktiviti round Mesir masih akan tetap berjalan. InsyaAllah aku akan ke Hurghada, antara lokasi terkenal di pantai Laut Merah, lagi,, oh, Ain Sukhna, pun pantai jugak, dan ada juga plan nak ke Baltim Bay, puuuunnn pantai jugak! Anyway, pantai lah the best gateway untuk lari dari kesesakan bandaraya Kaherah dan untuk enjoy-enjoy bersama member-member. So, nanti korang akan lihat muka aku akan gelap daripada biasa akibat sunburn. Kepanasan di Mesir dijangka akan mencecah 42 degree Celcius.

Gelap la muka ai. Huh.

Ja ne~

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...