Jun 7, 2011

Makan hati.

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ni setiap hari mesti aku akan menangis. Tak kiralah apa sebabnya. Dan sejak akhir-akhir ni aku banyak berjumpa dengan manusia-manusia pelik, yang tak pernah aku jumpa sebelum ni.

Ada seorang manusia yang aku jumpa, seorang yang sangat jujur. Terlalu jujur even jujur dalam ketawanya. Aku boleh tau perasaan orang lain, kerana aku seorang yang sangat sensitif tentang perasaan. Aku boleh tau kalau orang itu tak selesa dengan aku. Dan aku paling tak terima jika dia berpura-pura rasa selesa tapi sebenarnya dalam hatinya tak. Even aku bukan seorang yang sangat jujur dengan orang lain, tapi aku tau sama ada orang itu jujur dengan aku ataupun tidak. Aku tiada apa-apa kelebihan, cuma aku bergantung kepada intuisi atau instinct aku sendiri.

Bila aku bertemu dengan seorang manusia yang jujur ni, aku rasa bagaikan aku berjumpa dengan makhluk yang sangat berlawanan dengan aku. Aku tak benci dia, malah aku suka perangai dia yang jujur. Seolah-olah aku rasa, at least, ada jugak seorang manusia yang jujur dalam semua perkara. Aku even terima hampir semua teguran yang dia berikan. Tapi dalam masa yang sama, kejujuran dia membuatkan aku makan hati, lalu membuatkan aku menangis.

Ya, aku sangat tak sempurna. Aku seorang yang senang beralih emosi, seorang yang sangat emosional dan sensitif. Aku masih mencari sesorang yang boleh menerima aku yang seadanya sekarang, bukan seseorang yang ingin mengubah aku menjadi orang lain. Salah ke menjadi seorang yang emosional? Bagi aku, sangat susah untuk aku ubah diri aku yang sekarang. Hati yang sudah keras, susah sungguh untuk dilembutkan semula.

Aku rindukan seorang sahabat. Seorang yang menerima aku seadanya, dia yang bersungguh-sungguh mencuba untuk menjadi pelengkap bagi diri aku. Bila aku menjadi api, dia mencuba untuk menjadi air. Seorang yang sangat bersungguh-sungguh, dan sangat jujur padaku. Dimanakah dia sekarang? Sudahkah dia menemui bahagia?

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...