Nov 30, 2010

Aku disyaki...

Assalamualaikum~

Tadi pergi klinik. Aku disyaki menghidap Colitis. Entah apa-apa la aku pun baru first time dengar kan, aku tanyalah doktor. Beliau cakap inflammation of colon. Aku pun "Ooo..." Aku ingatkan gastritis biasa sebab sebelum ni aku memang dah ada gastrik. Tapi sebab aku dah muntah and demam siap semalam, that's why pergi jumpa doktor jugak.

Balik ni aku pun terus la google. Mestilah kena ta'aruf dengan penyakit sendiri kan. Hehe. Macam AVM dulu jugak. Dapat la hadiah 3 kotak ubat. Isk3~ Bertambah lagi ubat kena makan. Cis, dengan ubat aspirin sebiji sehari pun bercinta jugaklah nak makan, nak tambah yg lain lagi. Ish ish ish. Anyway, thanks abg Faleq n Fit temankan aku pergi klinik. ;)

Bercakap pasal penyakit, aku tak pernah serik ditimpa penyakit. Dah puas kot berulang-ulang ke hospital and masuk wad. Sampai tahap aku dah tak hairan dengan sakit yang biasa-biasa ni. Itu belum masuk penyakit hati lagi. Those things make my heart and personality luaran jadi bold. I want to change, i change. I want to stay, i stay. Never been influenced by other people.

Oh, aku mau angkat D90 lah. Dah decide dah. =) Dan plan melancong ke Jordan-Syria-Turki akan bakal berubah menjadi Turki-Greece-Rome. Amy Syuhada and Doktor2 Songo still mau follow? Aku akan start buat pricing and booking flight tickets dalam bulan Disember nanti. Bajet around RM2500. That's for flight tickets and accommodation (maybe) only. For makan, ala, tong-tong la bawak megi sikit-sikit sorang. Nak makan luar pun xpe tapi bajet sendiri la yang tu. Sempoi sudah. Aku jenis not-a-shopping type. Aku suka gamble journey and ambik gambar. That's all. Tarikh mungkin sekali akhir bulan 1 maybe 30 or 31. We'll go around 10-12 days gitu. Agree or not, leave your comments keh!

Mencintai seseorang tak semestinya dapat bersama dengannya.

ARGH! Damn these words. Tak nak boleh? Aku tak reti benda-benda complicated. Tch~

P/S : Hari Khamis ni birthday aku yang ke-20. Tak wish aku bakar blog korang. Har har har. XD

P/S/S : Kalau ade yang nak add FB, perkenalkan diri dulu dalam mesej keh? Bagitau je korang ni blogger ke apa. Aku malas nak accept orang yang aku completely tak kenal (walaupun ada mutual friends). 


 I'm bolder than you think.


Ja ne.

Nov 29, 2010

Entah apa-apa entah.

Assalamualaikum.

Mencintai seseorang tak semestinya dapat bersama dengannya. 

I'm currently trying to understand this. Huh~

Hari ni muntah 2 kali dan diserang demam panas yg tiba-tiba. Test Hadis tak pergi. Tch.

Nov 28, 2010

Of Hussin, Hard Rock Cafe, and bukit yang aku lupa namanya~ ^^

Assalamualaikum~

Lagi-lagi jalan. Jalan lagi-lagi. Haha. Jalan-jalan yang ni sempena ada tetamu kehormat dari Mansoura datang melancong ke Cairo. Hehe. Ni update pendek je tau. Layankan aje gambar2 ni keh?


Tetamu2 kehormat ; Syazril & Mira ;D



Husin


From left : Syazril, Kak cik, Azie, Bobby, Asada, cik K, Fit.


chinese foods~


perhatikan saiz mangkuk mee tersebut. har har har


chinese tea


hard rock cafe


kami.



snap2!


merenung masa depan yg kelam


haa, ni feveret pic of the day. =D


Sorry. Aku busy lah. Minggu ni banyak exam. And hari Khamis ni hari istimewa. Hari apakah? Jeng jeng jeng~ Akan di reveal in the next entry keh! ;D


Ja ne.

Nov 22, 2010

Babai Kekasih Gelap~ T_T

Assalamualaikum!

Aku ada banyak benda nak cakap. Tapi bila aku start tulis ni, terus blank. HAHA. Pardon me. Side effect tak habis-habis. Recovering from radiosurgery never helps me in remembering various things once in a time. Disebabkan tu, aku akan buat list je. Tak boleh nak buat/tambah perenggan kalau banyak huraian tak ingat. Belajar dari penulisan Bahasa Melayu PMR. Haha.

1. Aku nak cari DSLR la satu. Tak best bila pergi jalan-jalan tak dapat ambil gambar yang bagus. Lagipun aku plan nak ronda-ronda europe la turki la. Agak rugi rasanya kalau tak dapat gambar best. Bukannya boleh pergi selalu tempat2 ni. Kan? Kan? Ada sape2 tau yang brand mana elok dan harga yg berpatutan?

2. Aku plan nak gamble trip ke Turki melalui Jordan dan Syria cuti musim sejuk ni. Baru setakat planning dengan Zul. Ada siapa2 lagi mau ikut? Jom la. Aku still dalam survey tempat2 best kat sana and how to get there dan Zul still buat perancangan budget.

3. Aku belum bersedia untuk menghadapi exam. Seriously. (walaupun exam akhir bulan 1)

4. Oh, cuaca di Cairo main sejuk panas sejuk panas. Bila nak betul-betul sejuk ni?

5. Dah 2 bulan tak call mak. Rindu beliau. Bila la nak topup smartvoip neh. Asyik lupa je. Setakat ni main mesej je dengan beliau. Dan topup aku selalu kering sebab mesej ke Malaysia mahal.

6. Kekurangan semangat. Sesiapa tolong bagi aku semangat boleh? Aku betul serius ni! Isk~

7. Aku ada follow seorang mamat hensem ni. Dah lama dah follow, masa aku awal-awal berblog lagi. Accidentally terjumpa blog beliau masa blogwalking. Pastu terus follow beliau. Aku tak tau berapa umurnya, mungkin around 26-30 macamtu. Dia selalu travelling around the world (i know it through his blog) kerana kerja. Rasanya dia engineer kot, tak pun arkitek. Stakat yang aku tau, dia single. Tapi yg buat aku tertarik bila dia tulis dalam blog dia, "Nak cari wife doktor" or lebih kurang macam tulah. Hehe. Blog dia jarang sket update maybe because of his work. Tapi last skali beliau update 4 bulan lepas. So aku dah lama la tak jengah blog beliau. Tetiba beberapa hari lalu masa aku sedang organize bloglist aku, rasa macam nak lepak la kejap kat blog beliau ni. Tibe2 bukak, keluar page ni ;


ARGH! Frust tak terkata! Mana pergi mamat hensem tu??? Waaaaaaaaaaaa~ Kalau follower pun tak bleh nak access jugak macam mana ye? Ish, sedih. Hilang sorang kekasih gelap aku. Tch. Semoga beliau sentiasa sihat dan hidup bahagia. Dan semoga jumpa jodoh doktor. Aku pun bakal doktor gak ape. Isk. Berangan. Link blog beliau? Nantilah aku bagi. Yang penting nama beliau Khairul. Bukan Mr.K.

Duh, sakit kepala aku fikir lama-lama. Banyak benda terlupa ni. Nak tidur dulu lah. Mana tau kot2 boleh recall balik dalam mimpi. Huh, mimpilah kau cik K.


Never had a dream comes true~

Ja ne!

Just For You.

Assalamualaikum~

I wanted you to know
I love the way you laugh
I wanna hold you high and steal your pain away
I keep you photograph
I know it serves me well
I wanna hold you high and steal your pain

Cause I'm broken when I'm lonesome
And I don't feel right when you're gone away

You've gone away, you don't feel me, anymore

The worst is over now
And we can breathe again
I wanna hold you high and you steal my pain away
There's so much left to learn
And no one left to fight
I wanna hold you high and steal your pain

Cause I'm broken when I'm open
And I don't feel right when you're gone away
Cause I'm broken when I'm lonesome
And I don't feel right when you're gone away


Cause I'm broken when I'm lonesome
And I don't feel right when you're gone away

You're gone away, you don't feel me here anymore.


It's broken, just like my heart.


*pic from Google

Nov 20, 2010

Picnic with lovely guys~

Assalamualaikum!

Hee.. *sambil sengih-sengih malu* dah lama tak update blog. Seminggu dah. Post kat 100Penulis pun tak terbuat untuk minggu ni. Isk. Cik K pergi makan angin keluar dari bandar Kaherah. Mau tau aku pegi mana? Nanti aku story kat entry akan datang.

Sepatutnya entry ni aku buat 2 minggu lepas. Sebab event yang berlaku ni dah dua minggu lepas. Tapi entah kenapa aku tak terbuat jugak entry ni dalam masa dua minggu yang dah lepas. Argh! Apa aku mengarut ni?

Yea, dua minggu lepas aku berpicnic bersama teman2-tapi-mesra yang baru lagi aku mula lepak dengan diorang. Siapakah? Jeng jeng jeng.

Walaupun plan agak berterabur, sana cakap pukul 2, pastu tunda pukul 3, tapi akhirnya gerak pukul 4, tapi aktiviti picnic kami tetap berjalan dengan jayanya. Tapi boleh pulak extend sampai malam. ;) Nah, layankan aje gambar-gambar ni.

Lokasi : Al-Azhar Park


from left : Fit, Kak cik, Bobby, cik K, Azie


Mmm, sedapnye! Siapa yg masak ni? Haha. Siapa lagi kalau bukan cik K *masuk bakul angkat sendiri daa*


Ni gambar paling nice.. eh eh, encik Asada Ryutaro pun ade? Nge~


Sebaik saja matahari terbenam...



Bila laa nak picnic lagi lepas ni ek? ;)

Masa sedang berpicnic, kitorang sempat nyanyi2 dan rekod video. Hahaha. Lagu apakah? Jeng jeng jeng. Ada satu je video yang best. Nah, ni aku culik yang dah edited by Asada. 


Al-Azhar Park ni best kalau pergi masa musim bunga. Lambat lagi daa musim bunga, dalam bulan 3-6 macamtu. InsyaAllah nanti kalau ada masa aku pergi waktu musim bunga and update gambar keh?

Oh ye, sebelum lupa, untuk yang entri lepas tu, aku pilih banner B. Sebab encik admin 100Penulis sendiri dah pilihkan. Walaupun pasrah, tapi tetap akan ku ikut cakap encik admin. Tch. Yang A tu aku buat untuk letak kat blog sendiri jelah. Isk3~

P/S : Paat, aku pernah rasa kau punya spageti. Sedap jugak, tapi agak2, boleh lawan aku punye tak? Har har har. *gelak evil* ;D



Nov 13, 2010

Testing Banner!

Assalamualaikum!

Wee~ Apa khabar? Harap semua sihat. =)

Oh, ini entry pendek. Aku cuma nak try banner baru untuk 100 Penulis. Aku buat dua, tapi tak tahu yang mana nak pilih. Hehehe.

A


B


Hah, yang mana lebih elok? Vote! Vote! Hahahaha. ;DD

Ja ne!

Nov 9, 2010

Something to talk about : Kenapa Rottkappchen's?

Assalamualaikum!

Tehhee! Apa khabar semua? Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini, nanti saya datang jalan-jalan ke rumah anda pulak. ;DD

Nama blog aku Rottkappchen's. Apakah maksud Rottkappchen ni sebenarnye? Perkataan ni aku jumpa di dalam komik Siri Maskeret Cinta - Daisuki by Kaoru (komik Gempakstarz). Rottkappchen ni dalam bahasa Jerman yang bermaksud little red riding hood. Pernah dengar tak cerita fairy tales Little Red Riding Hood?


from Google

Dahulu kala di zaman aku sekolah menengah, aku sangat obses dengan warna merah. Hampir semua benda nak warna merah. Sebab tu aku jadikan perkataan Rottkappchen tu sebagai trademark aku. Tandatangan aku sekarang pun menggunakan huruf R di depan walaupun tiada kaitan langsung dengan nama sebenar aku. 
Anyway, sekarang aku dah kurang obses terhadap warna merah. Aku ke arah hitam and putih. But still, warna favourite aku merah, hitam, putih, purple. ;)


Ish, tiba2 gambar ni keluar takde tujuan. Haha. Actually aku nak testing watermark tu je. Nampak tak yang hitam tu? Kalau tak nampak, klik gambar. Ribuan terima kasih untuk encik Asada Ryutaro sebab rajin tolong buatkan walaupun cik K ni sangat banyak songeh suruh buat macam tu la, macam ni la. Haha! 

p/s : Zul, aku minta maaf. Jangan la merajuk lama-lama. Ish, sepatutnya kau yang kena pujuk aku... mana aku pernah cakap aku benci kau? Nak kena hentak hah? Kalau kau baca entry ni, kau kena call aku as soon as possible. Serius! Kalau tak, aku taknak dah turun Tanta. Merajuk. Hahahahaha!

Ja ne!

Surat Cinta Dari Kejauhan!

Assalamualaikum!

Weee! Cik K sangat gembira! Rasa macam nak melompat ke langit mencecah bintang yang paling jauh! Hahaha.   Actually ceritanya macamni, tadi cik K pergi jumpa ummi ambil borang yayasan terengganu. Balik rumah terus buka, tak sabar sangat kan nak tengok macam mana rupa borang "mahal" tu.

Buka je sampul surat tu, terdapat sehelai kertas separa usang bertulisan tangan. "Eh, macam kenal je tulisan ini", getus hati cik K. Maka cik K terus membacanya tanpa berfikir panjang...

"Assalamualaikum

Anakanda yang diingati lagi dikasihi.

Keluarga di sini sihat2 belaka, baby baru ok kuat ngat nyusu dan kuat nangis jugak.
Apih macam dia lah kadang2 niaga, duit habis dah hok raya baru ni. Mak nega lagi, masuk kerja semula lepas Raya Haji. Orang2 Dungun sihat2 jugaklah. Mak Teh buat siling rumah.

Bersama ini mak kirim borang yayasan untuk perjanjian. Baca arahan dgn betul sebelum isi borang dan tandatangan. Penjamin I adalah mak. Penjamin II mak carilah dan saksi pun mak cari di sinilah. Bahagian mak tu Pah tolong tulis lah nama. Hal2 berkaitan kedudukan kewangan mak isi sendiri. Surat akuan m/s 4 bhg Pesuruhjaya Sumpah mak akan buat di Trg.

Harap makan ubat dan jaga diri baik2. Salam, juga untuk roomate Pah."

Hamidah Salleh

Haha! Ini yang original version punya aku copy paste direct ke sini siap dengan slang terengganu lagi mak aku tulis. So, tak faham boleh tanya ye? Haha. Tapi yang bestnye, siap mak aku bagitau satu-satu apa nak buat dengan borang YT tu. Haha. Comel kan mak aku? Seriously, aku taip sebiji2 macam yg asal beliau tulis.



Surat yang original ni aku nak tampal depan mata aku kat meja study, buat pembakar semangat. Saya sayang mak saya! ;)

Aku down dah hampir seminggu. Aku sangkakan akan down lebih lama lagi. Tak sangka rupa-rupanya aku akan dapat penawar dari kejauhan. Terima kasih mak.

Notes :
Baby baru = anak saudara terbaru no.6 aku. anak kakak nombor 2.
Nyusu = menyusu
Org2 Dungun = saudara2 sebelah mak aku. Kampung aku di Dungun.
Mak Teh = mak saudara aku, kakak mak aku, merangkap mak angkat aku yg jaga aku masa kecik dulu.

p/s : Nama timangan aku Pah. Hehe. Tapi aku tak suka kalau orang selain keluarga aku panggil nama tu. Memang aku akan kecam habis-habisan. Silap2 boleh makan penampar aku. Seriously. Okay, itu bab lain.

Ja ne!

Nov 7, 2010

Kelas Biochemistry

Assalamualaikum.

Biochemistry ada buku teks sendiri. Ramai student yang suka bawak buku tu pergi kuliah. Bagi aku, sangat tak membantu kalau bawak buku tu sebab macam kita tak tau point apa yang lecturer akan mula ajar dan isi dalam buku tu macam stail menyerabutkan kepala.

Aku jenis yang lenggang bawak badan, pen dan beberapa helai kertas kosong masuk kuliah Biochem. Sekarang ni masuk tajuk baru belajar Lipid Metabolism. Lecturer yang lain, cara penyampaian pun lain. Lecturer yang ajar bab ni, sangat pantas dan jitu sampai hampir semua budak macam "Ish, cepatnya! Tak sempat nak salin!!!" Aku antara yang sempat salin point2 penting dalam kuliah. But then, at the end of the lecture, this is how it results on me ;



Tch. Biarkan aku sengal, asalkan tak gila.

Nov 3, 2010

Wahai Tanah Yang Indah...

Assalamualaikum.

Aku berjalan dalam dunia yang kecil. Aku anggap aku dah habis berjalan di dunia yang aku anggap kecil. Tapi, bila aku sampai ke tanah paling hujung, aku tiba-tiba nampak ada lagi tanah yang belum dipijak di penghujung lautan sana.

Dalam perjalanan yang tiada haluan yang menentu, aku terjumpa tanah yang selalu hujan turun kepadanya, aku jumpa juga tanah yang selalu kering. Sambil jalan lagi, aku jumpa tanah yang mempunyai taman bungaan yang wangi, juga ada tanah yang sering berbuah-buahan dan sayuran yang subur. Tidak kurang juga, ada tanah yang penuh dengan pohon2 berduri dan bungaan berbisa.



Aku terfikir, ada lagikah tanah yang belum aku jejaki? Aku berjalan lagi.

Maka di dalam perjalananku juga, hatiku terpaut terhadap satu tanah ini. Aku tertarik dan terleka bermain di taman di tanah ini. Aku ingin sekali memiliki tanah ini. Setelah lama asyik bermain di taman tanpa mengenali tanah ini, aku tiba-tiba terserempak dengan permaisuri tanah ini.

Akhirnya, aku ketahui, tanah ini bukan milikku. Tanah ini sudah mempunyai permaisuri yang bertakhta di taman nan indah ini. Maka, dengan hati yang kecewa dan sedih ini, aku terpaksa meninggalkan tanah ini. Mungkin aku tidak layak untuk menetap di taman tanah ini.

Mungkinkah aku akan bertemu tanah yang mempunyai taman indah yang layak untukku menjadi permaisurinya? Aku takkan tau, berapa lama lagikah, dan berapa banyak tanah lagikah perlu aku jejaki sehingga bertemu dengan tanah yang dapat aku duduki, berehat, bermain, dan hidup bahagia di tamannya. Jadi aku berkeputusan, aku akan menyambung perjalananku ini, cepat atau lambat, akan ada sebuah tanah yang khas menjadi milikku saja.

Sepanjang hidupku, sudah dua tanah yang pernah aku singgah kerana tertarik dengan keindahannya. Namun, seperti tadi, taman-tamannya sudah dimiliki permaisuri-permaisuri rupawan. Dan, nampaknya untuk kali ketiga ini, juga seperti yang dua yang terdahulu. Aku terpaksa tinggalkan tanah yang aku puja ini.

So yea, i'm emo. Tch. Isk, kecewa itu sakit. =(

P/S : I won't promise that I will be myself for these couple of days, but, I will try to smile like I always did. ^^

Kau Pergi...~

Assalamualaikum...

Dalam kalangan yang bertuah kerana dapat berpijak dan mencari ilmu di bumi Anbia ini, still, ada yang tidak bernasib baik. Terpaksa pulang sebelum sempat berjuang berhabis-habisan. Tapi apakan daya, takdir Tuhan itu tak terhalang oleh kita manusia biasa.




Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku, kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi
Pergi

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kau lah laguku, kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi


Semoga kita berjumpa lagi, di lain hari dan lain tempat. Sungguh, kami bakal merinduimu.

Mood : Hati yang sunyi~

Nov 1, 2010

Awek Dentist masih belum ingin mengalah!

Assalamualaikum~

Sebelum baca ni, jangan lupa singgah jugak ke 100Penulis ok!

Isk, lama tak update. Almaklumlah, dah study course kritikal ni, tambahan lagi tinggal di negara orang, jalan-jalan la sekali kan? Kan? Haha. Banyak betul plan melancong yang letak dalam list. Tapi, list je yang panjang, PULUS MANE NAK CARI WEH??? Tch.

Walaupun begitu sibuk, aku still tak lupa pada hobi kegemaranku zaman berzaman iaitu bowling. Ish3, ape nak jadi dengan cik K ni ye? Dan, yea, aku battle bowling lagi hari Khamis lepas dengan jejaka hebat (kononnya la), Asada Ryutaro and bawak Meha skali. Dua round pulak tu, satu malam jumaat, satu lagi malam sabtu. Isk3. Dan aku akui, still tak dapat kalahkan beliau. Grrr.


Asada - cik K

Round I

83-112
129-112
135-125
116-120
179-126

Round II

157-148
138-112
123-128
102-127
132-96

Actually yang malam sabtu tu kebetulan je beliau keluar dengan kawan-kawan beliau. Then ajak aku skali. Hohoho. Yang best lagi, aku datang bawak geng2 kepala sengal aku (Fitriah, Azie, kak cik and bobby). Dengan beliau sekali jadi sengal kat KFC. Gelak sakan macam nak pengsan. Hehe. Dah, jom layan gambar!


dgn Meha wajib ade gambar.. ;D


muka Asada tak bleh blah mentang2 menang.. grrr~

Ni gambar yang sesi hari khamis tu. Yang hari jumaat tak ambil plak. Ish, nape tak ambik ye? Lupa lak. Haha. Apa-apa pun, aku mesti kena buang jugak stress yang terkumpul selama 6 hari seminggu tu. Hoi, kitorang kat sini kelas 6 hari seminggu tau? Dah la dari 8 am hingga 5 ptg. Balik rumah dah nak maghrib dah. Sini maghrib pukul 5.30 ptg ye kawan-kawan. 

Oh ye sebelum lupa, Asada juga buat satu video yang sempat Meha rakamkan masa battle hari khamis. Nah link nye. Pendek je, yang penting, dalam video tu beliau cuma nak tunjuk yang beliau tu JEJAKA HEBAT. Isk3~ perasan betul.

Yang penting, mengalah itu tidak wujud di dalam kamus cik K tau? Argh!

P/S : Minggu depan belum buat plan. Tapi dengar2 ada orang ajak pergi Dreampark lah khamis ni. Ish, tak boleh jadi neh. Asada mau ikut??? =)


Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...