Mar 29, 2011

Something to talk about : Aiskrim.

Assalamualaikum!

Dulu kan, setiap kali mak singgah kat kedai runcit Kartika mesti aku nak beli aiskrim yang cornetto tu. Dulu harganya RM2.00. Mak aku cakap, ambik aiskrim yang murah je yang 50 sen tu. Aku pun ikut je la. Mak aku cakap, makan yang cornetto tu nanti kotor kereta. Aku kan jenis makan comot.

Lepas besar sikit sekolah menengah, baru mak bagi aku makan aiskrim cornetto tu. Mula2 dapat memang excited sangat. Aha.

Tetiba teringat sebab sekarang ni aku tengah makan aiskrim pops yang nestle. Aiskrim kat dalam coklat bulat. Ahh, susah nak terangkan macam mana bentuk dia. Aku tak pernah pulak jumpa kat Malaysia. Sedap sangat. ;)

Ja ne!

Mar 25, 2011

Kimmy Ai, dan cerita tentang salji.

Assalamualaikum!

7 Feb 2011

6.00 AM

Bunyi telefon mengejutkan aku.

"Miss, your ferry to Bursa will be at 8.00 AM."

"Ok, thanks."

Aku terus bangun dan kejutkan kawanku. Kami bersiap-siap dan turun ke lobi hotel. Kami mengambil teksi ke Yenikapi Isekelesi (Pelabuhan Yenikapi). Kami tiba tepat pada masanya. Tak sampai 15 minit menunggu, akhirnya kami naiki juga feri. Cuaca tetap sejuk seperti biasa. Setelah sejam lebih, feri tiba di Yalova. Kemudian kami naiki pula bas ke Stesen Bas Bursa yang mengambil masa 45 minit kalau aku tak silap. Lepas tiba di stesen bas, kami bertanya warga tempatan cara untuk pergi ke destinasi bersalji, Uludag.

Setelah 2 kali kami lompat bas lagi sebab orang yang tadi tersilap bagi info, akhirnya kami sampai ke Feribot, tempat cable car. Masa tu dah tengahari. Kami dah pening fikir sama ada nak burn tiket feri balik atau pun naik atas sana sekejap je. Lastly, pengalaman manis yang kami pilih! Persetankan tiket balik feri tu, balik naik kaki pun boleh.


posing sekali sebelum naik~

Selepas sejam beratur nak beli tiket, berjaya juga kami mendaki gunung bersalji Uludag dengan cable car. Pemandangan dia sumpah cantik gila! Dah la aku ni rakyat Malaysia yang jakun bila jumpa salji kan, mestilah jakun! 



Sampai je kat atas tu, kami naik van (lagi) untuk ke tempat ski. Tiba di tempat ski, kami menyewa peralatan ski. Buat-buat pandai sendiri lah kan nak sangat main ski. Hambek kau susah gila nak control tu. Berkali-kali ganda lebih susah daripada main rollerblade. Dulu masa kecik-kecik aku terer main benda alah tu, tapi sekarang dah besar jin badan dah tak balance dah (alasan).


Sejuk sangat. Pakai tebal2 pun tak jadi apa-apa. Trrrr..trrrr..trrr...


Ramai gila orang!


Muka happy + excited + punggung tak tahan sejuk duduk atas ais.


Get ready untuk turun ke bawah lepas dah berkali-kali practice. ;)


Muka lepas jatuh berguling-guling dalam cubaan pertama turun dari tempat tinggi. Pucat semacam je kan. Tu pun sebab hilang kawalan + panic + terlanggar orang.

Lepas tu tak give up lagi, main-main kat bawah dulu. Practice lagi dan lagi, then naik atas balik. Bagi cubaan kedua dan yang terakhir, aku berjaya turun ke bawah tanpa jatuh. Ya! Lepas penat berski, kami singgah makan kat sebuah cafe sambil memanaskan badan. Kemudian kami lompat-lompat turun dari gunung Uludag. Mula-mula main van dari puncak turun ke stesen bas kat mana entah katanya nak hantar terus ke Bursa tapi tak sampai pun, kemudian kami naik bas dari situ ke Stesen bas Bursa, dan naik lagi bas untuk ke Istanbul. Sepanjang perjalanan aku asyik tidur je. Terlalu penat. Sampai hotel wajib terus pengsan!

8 Februari 2011

Kami breakfast buat kali terakhir di Istanbul, bergambar dan destinasi terakhir kami di Istanbul ialah Old Bazaar. Serius besar gila pasar ni dan mempunyai banyak entrance dari setiap sudut. Aku dah pening bila masuk tu, pusing-pusing keluar jalan lain pulak, hais. Kalau main sorok-sorok mesti best tak jumpa. Aku beli sedikit buah tangan untuk family dan kawan terdekat. Sorry la buat member-member yang tak dapat, bukan kedekut tapi aku save bajet. 


entrance untuk ke Old Bazaar.

Selesai membeli-belah, kami kembali ke hotel, packing bag, dan terus ke airport. Dekat airport jugak aku beli tiket balik ke Malaysia dari Greece. Tiket Gulf Air, transit dekat Bahrain ke Malaysia harganya 400 euro. Kau kira sendiri lah dalam RM, sengkek aku.

Well, goodbye Turkey, i will come again if i have time and money. I really have a nice memory there. Orang turki pun polite dan suka membantu orang. I will not forget those memories. 

Then, next destination : Greece, here we come! (^___^)

Ja ne~

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...