Sep 30, 2010

Perasaan yang gembira~

Assalamualaikum!

Hehe, hari ni aku gembira skit. Sebab dapat award pertama kali sejak aku membuka ruang hati di blog ni. ;)



Thanks cik Suzie yang comel untuk award ni. Thanks a looooooot! XD

Oh, nak kene selesaikan jugak ke ni? Hehe.

1. Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.

~gadis perak yang tinggal di Kelantan (ye ke? aku main hentam jek.. hish)~
~beliau suka mengomel di blog dan suka blogwalking~
~sangat, sangat, sangat, sangat rajin join contest (aku pun tak larat nak join contest banyak2 macam tu)~
~suka blog beliau yang warna-warni gitu.. aku tak boleh buat kat blog aku.. kenapa? rahsia..~
~aku rasa beliau tua sikit dari aku (ye ke suzie? ke sama umur? lalalala ;DDD)~

2. Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby.

Amboi nak kena tulis pasal diri sendiri jugak? Heheeee, cepat tulis dalam buku 555.

~sukakan warna hitam, putih, merah and purple~
~pernah main bowling 6 game 3 hari berturut-turut sampai ibu jari bengkak (suka bowling punya pasal)~
~sangat suka anime! *pengsan*~
~loves music~
~mampu habiskan sebiji kek coklat secret recipe sekali harung (ikut kau la nak percaya ke tak)~
~suka memasak bila mood gembira~
~sangat malas mengemas bilik sebab bilik aku selalu kemas jek (haha, big liar)~
~boleh gembira sampai syurga bila dapat selesaikan soalan add math yang berjela-jela panjang (seriously, i love add math)~
~seorang yang akan main sudoku bila ada masa terluang~
~aku akan tegur setiap kucing yang melintas tepi aku sampai mereka naik hairan tengok aku. (sangat suka haiwan!)~

3. Pick your most deserving recipients and describe them.











Tapi tak semua selalu bagi komen. It's ok, i prefer silent readers daripada dapat komen yang menyakitkan hati. Betul tak?

Ja ne!


Sep 28, 2010

Di celah kesibukan bandar Kaherah~

Assalamualaikum!

Haih~ tinggal di Kaherah memang tak lepas dengan kesibukan dan kepanasan yang nyata. Bila musim sejuk nak tiba ni? Dah tak sabar dah aku tunggu musim sejuk. Okey sebenarnya bukan nak cerita pasal bandar Kaherah ni, tajuk je gempak.

Aku nak cerita pasal benda baru yang aku jumpa. Haha, actually benda ni aku terjumpa kat blog Asada. Macam best je, aku terus join. Benda apa tu? 100penulis.com. 

Blog ni mempunyai 100 penulis/author, so, macam-macam jenis cerita dan ragam lah kan. Tapi best jugak la sebab semua editor ni berada di serata pelusuk dunia. Contohnya macam aku lah. Har har har. Ada jugak lah entry tentang kehidupan di perantauan la, macam-macam lagilah. Aku pun ingat nak buat entry macam tu tapi untuk awal-awal ni aku nak perkenalkan diri aku melalui sebuah cerpen. Actually cerpen tu bukanlah tentang diri aku, tapi aku tak tahu macam mana nak intro diri sendiri so aku tulis cerpen then aku intro diri aku kat bawah cerpen tuh. Alamak, kantoi dah entry yang baru aku nak post kat sana. Hehe~

Buat masa ni, masih ada kekosongan buat sesiapa yang nak join 100penulis.com. Setakat ni ada 92 penulis dan masih ada 8 free. So, kepada sesiapa yang berminat nak join, apa lagi, klik lah 100penulis.com sekarang! Okey, ni macam iklan jamu mak dara dah. Hahah.

Jom baca 100penulis.com! Macam-macam ada! ;DDD

Ja ne!

Cerita tak memalukan pulak.

Assalamualaikum!

Aku balik Mesir15 September, so still raya lagi kan? Maka nya kat sini sempat jugak ler pergi satu rumah terbuka. Hehe. Rumah terbuka ISMA atau nama programnya Sambutan Aidil Fitri ISMA (SAFI). Tapi seingat aku, aku masih belum berdaftar sebagai ahli ISMA, tapi bila ada program apa-apa, ada je terima jemputan dari ISMA. Macam mana tu? Aku pun tak tahu.

Okey kali ni tak nak cakap pasal ISMA. Nak cakap pasal rumah terbuka.


Rumah terbuka kat sini tak semeriah kat Malaysia sebab kat sini jauh dari family semua. Sambut sesama perantau ni memberi nafas baru serta pengalaman baru (cewah) dalam diri setiap pelajar kat sini. Sambutan raya yang sederhana, ada nasi minyak, ada program dan persembahan sekali... ok lah tu kan? Best tau.


baby senior...

Kalau tengok entry raya di perantauan Asada lagi best sebab beliau tak balik dan experience lagi banyak. Weee~ Tahun depan tak nak balik! Nak beraya kat sini pulak! Hehe.. berangan. Tapi insyaAllah tak balik lah raya akan datang ni. Kesian la mak aku kat rumah menangis-nangis aku takde beraya bersama. Har har har. Takpe mak, jauh-jauh lagi rindu-rinduan. XD

Ja ne!


Sep 27, 2010

Cerita memalukan~

Assalamualaikum!

Argh! Malu! Gila lambat baru nak keluar entry raya. Hahaha. Tapi disebabkan dah berjanji dengan blog, buat lah jugak. ;) Actually banyak gambar yang diambil tapi aku tak nak crowded sangat entry aku letak yang penting2 je.



Pagi raya pertama, aku dipaksa bangun awal (walaupun dah lewat) semata-mata untuk ambil gambar ramai-ramai. Tapi tak complete family pun dalam gambar ni. Abang2 ipar tak nak masuk, abang aku pulak terbungkam tidur penat berniaga punya pasal, bapak pun tak datang2 rumah. So ini je lah yang masuk gambar .


Women only okay! (alamak tertinggal mak aku sorang lagi...) Paling kiri akak sulung, akak kedua, then aku. siapa paling tinggi??? haha,


3 dara kg.Binjai Berambu... har har har.


beraya di rumah Meira schoolmate SHAMS dulu (sorry beb gambar ni u tak ready.. hehe..)


beraya kat rumah Datuk Seri Najib.. har har har.. gurau2.. (tuan rumah pakai kemeja)

Tu je lah rumah yang aku pergi. Yang lain kat kampung kat Dungun tu aku tak terambil pulak gambar. Adeh~ Seriously, aku takde baju raya. Tak siap! Semua baju yang aku pakai baju raya 2 tahun lepas kecuali yang putih tu (Baju tahun lepas tinggal di Mesir). Baju raya siap pun sehari sebelum aku fly balik sini (Mesir). Sadis kan? 

So, pendek kata, tak best sangat lah raya tahun ni. Tak cukup masa nak round habis rumah-rumah terbuka. Tu lah, siapa suruh balik awal sangat. Tch.

p/s : Balik awal tak perlu lah nak ponteng kuliah kan? (Macam lah cik K ni tak ponteng walaupun datang awal sini.) Datang sekejap pagi, lecturer tak masuk satu lecture, terus balik. Har har har. Jahat kan?

Sep 24, 2010

Rumah bersawang-sawang...

Assalamualaikum!

Gomenasai!
Ana asif!
I'm sorry!
Maafkan aku!

Ape lagi ye?

Entry ni aku taip dekat cyber cafe mana entah yang aku terserempak dekat lorong depan rumah aku tu. Haish~ Aku janji nak buat entry raya tapi seriously tak boleh lagi sekarang. (macam la ade orang nak baca kan)

Aku selamat tiba di bumi anbia' petang Rabu minggu lepas. Thanks kepada cousin aku yang dah berkurun tak jumpa tapi dapat contact balik dalam facebook. Punya la aku tak tau pun yang dia dah ada kat Mesir dari tahun lepas lagi, siap rumah berdekatan dengan rumah aku lagi. Entah-entah pernah terserempak kot tahun lepas tapi kitorang tak perasan sebab dah lama tak jumpa. Okey aku tak nak cakap panjang pasal beliau sebab aku tak nak ramai tahu kewujudan beliau kat sini.

Kelas dah mula hari Sabtu baru-baru ni tapi tak ramai pun lecturer yang masuk. So aku pun tak sampai tengah hari dah blah dah sebab bosan tunggu lecturer. Kalau ikutkan timetable kelas habis pukul 5. Ala, macam sekolah la jugak, awal-awal tahun mana cikgu masuk sangat... macam tulah.

Internet macam bangang. Aku bayar mahal-mahal tapi boleh pulak keluar "account suspended". Memang sumpah habis lah aku kat rumah tu. Asyik tengok Korea jelah sebagai pengganti.

Ada jugak part yang best. Sebelum keluar cari CC tadi aku berjaya menghasilkan nasi minyak pertama. Tak pernah-pernah aku buat sendiri hari ni menjadi pulak. Semua junior punya pasal. Tapi rasanya tak sama macam mak aku buat. Aku tak tahu apa yang kurang or lebih. Tekstur, warna dan bau dah sebijik dah macam mak aku punya. Mungkin minyak sapi kat sini lain sikit cara dia buat kot. Banyak benda berbeza kat sini. Tapi yang aku puas hati, mereka yang makan ni semua cakap sedap. Tu belum rasa penangan yang mak aku punya lagi. Har har har. Eh ke korang ni puji sebab nak ambil hati senior je ha? Lempang kang.

Cakap pasal junior, aku terima 6 perempuan dan 4 lelaki. Ini yang dentist saje la bukan medic. Dan sebagai seorang senior yang baik, aku dan beberapa senior yang berlagak baik ni bantu la sedikit sebanyak kitorang mampu macam bawa pergi jalan2, masak, soal jawab, macam-macam lagi lah. Hehe. Sekarang ni pun aku pergi CC dengan junior2 yang still tak dapat internet yang dah rindu giler2 kat family nak webcam ape semua. Aku kan senior yang baik.

Har har har...

Ja ne!

Sep 15, 2010

Live Update : Doha, Qatar

Assalamualaikum~

Amboi-amboi, bukan main lagi banyak entry baru yang wajib dibaca ye? Korang kat Malaysia sana banyak betul masa nak buat entry sambil serang rumah terbuka. Har har har. Weh, jangan lebih-lebih pulak... berbulu mata aku baca entry raya korang tuh. Aku jealous dengan orang yang buat open house besar-besaran. Bila aku suruh mak aku 'buka rumah' jugak, mak aku jawab, "Habis, siapa yang nak tolong mak masak, kemas semua? Kau tau tido dan merewang je..."

Ouch! *kerat leher sendiri*

Itu kenyataan benar. Tapi bila aku dah setkan mind nak buat sesuatu benda, i'll go for it. Dua tahun lepas dah buat open house. Tahun ni aku malas. MALAS.

Okey, sekarang 8.00 pagi di Doha. Lewat 5 jam dari Malaysia. Tadi subuh around pukul 3.45 am macam tu. Kalau subuh awal tu tandanya cuaca dah nak beralih ke musim sejuk dah. Cuaca di Qatar dan Mesir lebih kurang je. Flight ke Kaherah pukul 1.55 ptg pulak. Hais, berjanggut nak tunggu sampai tengah hari.

Muahaha, aku borong branded perfumes kat sini. Hehe. Erm, rasa macam nak buat contest je. Siapa yang menang boleh dapat perfume Bvlgari (mini size punya) khas diterbangkan dari Qatar. Haa...special tu. Tapi takde idea nak buat contest apa. Ada siapa-siapa yang ada cadangan best tak? PM aku nanti ye? Kalau boleh nak buat contest yang mencabar la sikit kan, memadailah dengan hadiah mahal. ;DD

Kitorang terserempak dengan satu group pelajar sekolah Malaysia, student Sekolah Seni Johor naik flight sekali dengan kitorang. Aku baru first time dengar, yelah aku bukan orang Johor.. mane nak tau. Diorang ada performance dekat Kaherah. Waa! Bangga! Tapi diorang tak tahu apa nama tempat tu. Aku baru ingat nak pergi tengok jugak. Huh~ Apa-apa pun, good luck ya adik-adik! Mahsyurkan nama Malaysia di tempat orang.

Argh dah banyak membebel. Nak stop dulu lah. Apa-apa updates akan datang aku akan sambung bila dah sampai di Mesir nanti lah. Gambar-gambar pun akan diupload later sekali. ENTRY RAYA PUN AKU NAK BUAT JUGAK bila sampai kat rumah dan dah sambung internet.

Till then, ja ne!


Sep 13, 2010

Aku takde idea~

Assalamualaikum.

Argh! Flight esok!!! Aku tak sedar dah dua bulan dah melepak kat Malaysia. Tup tup dah nak balik dah. Hais~

Raya? Kurang best. Sebab banyak benda yang aku nak buat tak tercapai. My own fault. Tch. Jomlah balik Egypt. My heart doesn't move by living here. Tapi, ada jugak perkara yang best sepanjang musim raya ni. Aku dapat jumpa kawan lama sekolah rendah yang dah lama sangat tak jumpa. Aku in contact balik pun melalui facebook. Thank God.

Ah, benci betul perasaan ni. Uncertain. Masa buat personaliti test dulu antara resultnya, emosi cepat berubah. Argh! Sangat betul.

Banyak aku nak tulis, tapi disebabkan terlalu banyak benda dalam fikiran aku sekarang buat aku hesitate nak tulis apa. Yang pasti, about my feelings.

p/s : I am unbelievably alone. (emotionally and physically)

Sep 10, 2010

Cerita Chow Kit - The End~

Assalamualaikum!

Pengakhiran kepada part I, part II dan part III.

Selamat Hari Raya.

Serious aku cakap, hari last berniaga (malam raya) sangat happening! Dengan bunga api yang banyaknya atas kepala. Ni semua kerja pakcik2 and mamat2 peniaga jugak. Diorang pasang bunga api lepas berbuka puasa. Dan ramai gila pengunjung yang shopping last minute malam semalam. Pukul 1 pagi lebih, pihak Majlis Bandaraya KT datang tutup lampu kanopi dan spotlight besar. Semua orang bising tak puas hati. Ada yang siap pasang bunga api lagi sebab tak puas hati. Abang aku yang dah pernah alami pengalaman tutup lampu tahun lepas, dah siap sedia  dengan generator sendiri. Haha. Dia berniaga sampai pukul 4 pagi. Aku dan mak aku surrender awal lagi, pukul 2 dan mula gerak dah. Anyway, banyak lagi kerja menanti kat rumah. Balik rumah je, baru nak kemas rumah apa semua. Kereta pun tak sempat nak basuh. Aku dapat tidur pun lepas subuh tadi je. Skip solat sunat Aidilfitri. Hais~ Penat kot tak boleh tahan dah mata. Pukul 10 pagi pulak bangun. Hehe.

Okey, meh layan gambar2 yang aku sempat snap sepanjang berniaga di Chow Kit KT. Zass!


ni brader aku


booth kami


yang duduk tu mak aku.. TOKEI BESAR!!!


tengok kak, masuk pilih, masuk pilih! 


haa, abang2 pun pilih2 spek raya... ;)


cuaca petang semalam.. tapi tak sampai 15 minit, awan yang berat tu terus lari ke utara tanpa setitik pun air hujan jatuh.. rahmat Tuhan nak bagi rezeki lebih untuk kami.


sejak berniaga kat sini, kitorang berbuka puasa macam ni jelah..


berlantaikan jalan tar, beratapkan langit biru gelap... dapat merasai kesusahan mencari rezeki.. berbuka puasa tepi jalan je.. no more luxury dinner table and comfort chair...


 ni masa lepas maghrib, pakcik2 peniaga ni pasang bunga api...

Begitulah secubit pengalaman yang berharga yang menjadi memori manis buatku. Kalau tak experience sendiri, jangan cakap pengalaman macam ni 'biasa' saja. Harap aku dapat balik Malaysia lagi tahun depan and tambah pengalaman berniaga di Chow Kit lagi. Babai Chow Kit, babai mamat kasut bundle hensem, babai mamat kerongsang hensem, babai mamat2 seluar jeans yang sengal2, babai Ramadhan. Jumpa lagi tahun depan ya! =')


p/s : Flight balik ke Egypt hari Rabu ni. ARGH!



Sep 8, 2010

Kad Raya Untuk Korang Semua! ;)

Assalamualaikum!

Aku harap entry ni pendek tapi banyak gambar~

Entry ni khas untuk semua yang aku kenali... tak kiralah korang kenal/masih ingat aku ke tak kayh~~ ;D

Khas buat : 


Member sejak kecik : Ket and Amy,

Member-member lama Sekolah Kebangsaan Gong Kapas (takde gambar),


Best friend aku : Heiji Hatsutori-san (sorry diletakkan avatar sahaja, aku ada gambarnya tapi kalau beliau tau identiti sebenarnya dipecahkan, mati awal aku),



Adek2 masa sekolah menengah : Azima, Azuana, Sya and Izzati,


Classmate yg best2 masa form 5 : Qas, Adlina, Izza, Zaida, Rabiatul Adawiyah & lain-lain,

Schoolmates Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek,



Teman tapi mesra di KMNS : Paan, Nurul and Farizz,


Roommate gilax2 : Anis Aneza, Katie, Nor Anis,


Roommate seberang bilik kami : Aqie, Jiha, Syaza & Wana,


Geng2 LDK 66,


Prac-mate yang sengal2 Praktikum H1P2,

Member2 lain di matrik : Izni, Ehsan, Azad, Maryam and lain-lain,


Adik beradik besar aku, fasi2 KMNS tak kira batch mana pun,


Big Boss Fasi, Mr. Syah,


Housemates di Mesir yang cun2 and gedik2 : Sumayyah, Meha, Natasya, Zara and Syuhada,



Dak2 gigians MedicMesir Al-Azhar : (Girls) Rusydah, Amal, Haszuani, Qistina, Mizah, Nabilah, Iradah, Suraya, Taqiah, Afifah, Azie, Nida, Amirah Syahirah, Azhani, Fitriah Alwani, Raihana, Shira, Bella, Diyana Shereen, Azirah, Wani, Adibah, Saidah
(Boys) Iswan, Faris, Aizat, Takip, Azam, Naim, Najib, Akmal, Paat, huh siapa lagi yek.. aku lupe daa~


Tak lupa buat pasangan bahagia, Adah & Saiful (wah, first time beraya sebagai pengantin baru yek? jeles ai.. har har har)
dan pasangan bahagia kak Syarifah and suami, ustaz Al-Hafiz,

dak2 kuliah tibb asnan banat Al-Azhar,

akak2 and abang2 seniors yang tak balik Malaysia tahun ni,

semualah rakyat Malaysia yang sedang berada kat Mesir tu,

cikgu2 tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi and lecturer2 arab di Mesir,

serta para bloggers : 

bro Qeqe,
pasangan kembar nakal, Kembatolo,
bro Ijal
bro Asada,
bro Ben,
and ramai lagi bloggers hensem~

Ouch! Bias...

serta ramai lagi bloggers cun~

Untuk semua, aku ingin mengucapkan,


Hehehe... simple kan? Takyah nak tag kat facebook. Siapa yang baca blog aku, sampailah ucapan raya ni.

~Maaf Zahir & Batin~


p/s : Kalau aku ada tercicir nama korang, bagitau tau. Nanti aku update semula. Sorry!

Sep 7, 2010

Cerita Chow Kit Part III

Assalamualaikum~

Dah dua hari Penguatkuasa KPDNHEP datang meronda kat sini. Dua hari jugak mamat2 seluar Jeans kat belakang kedai aku tak bukak. Penguatkuasa ni aim seluar jeans Levi's yang tak original. Mamat2 ni punya lah mengeluh gila. Ye lah, makin dekat nak raya nilah orang makin ramai datang. Kesian pulak aku tengok.

Hujan malu-malu nak turun. Tadi hujan renyai sekejap je, lepas tu hilang. Syukur... tak perlu nak berenang lagi. XD

Makin dekat nak raya, makin banyak income tiap-tiap malam. Nampaknya, banyak lah duit raya (upah tolong berniaga) aku dapat tahun ni. Har har har.

Tadi terserempak dengan seorang budak perempuan sama sekolah dulu. Tapi beliau pindah lepas form 3 (kalau tak silap). Masa tu beliau singgah kat kedai aku. Boleh pulak beliau buat tak kenal beta ni? Dengan buat muncung siap bila pandang aku. Nasib baik cun. Oh, mungkin sebab cun lah kot... Har har har. Aku siap boleh ingat nama penuh dia lagi, takkan dia tak ingat muka aku langsung. Dulu baik jugak beb masa duduk asrama. Walaupun tak rapat sangat pun, aku boleh ingat member2 sebaya neh. Juniors pun aku boleh ingat muka at least. Peh, kalau aku jahat sikit tadi, nak je aku panggil nama penuh dia masa dia nak berlalu dari kedai aku tu. Biar semua member dia hairan kenapa dia tak tegur kawan sekolah lama.

Aku rasa hubungan perempuan sama perempuan ni complicated lah. Korang setuju tak? Memang betullah kata Hamzah Ian tentang perempuan tu. Har har har.

Tapi part yang bestnye, dapat jumpa sorang mamat hensem. Kawan lama abang aku. Lepas ni boleh la aku suruh abang aku recommendkan. Argh!

'Parcel' yang ditunggu2 dah sampai tengahari tadi. Hehe. Masa birthday aku baru boleh bagitahu.. =)
Huh? Barang nak dibawa balik Egypt belum beli! Aiyark! Hais~ kena turun kedai lah pagi esok nak beli barang2. Banyak barang nak bawak balik ni. Hehe.

Akhir kalam, aku letakkan sebuah peribahasa arab sebagai penutup. Fikir-fikirkan dan selamat beramal!~


ٲلوقت كالشيف إن لم تقطعه قطعك

"Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotongmu."

Ja ne!

Sep 5, 2010

Cerita Chow Kit Part II

Assalamualaikum!

Dah dua hari Kuala Terengganu hujan malam. Dua hari jugak lah kami berenang sambil berniaga di Chow Kit. Okey, penggunaan hiperbola di situ. Takde lah berenang, kaki je yang berenang. Haha. Cantik tak, pakai baju kurung tapi pakai selipar jepun warna kuning? Har har har... itulah aku sejak hujan ni. Tak senonoh betul... Argh!

Usha2 mamat hensem masa berniaga ialah hobi yang paling best. Sebab ramai mamat2 berhenti tengok-tengok kat gerai kitorang (kan abang aku jual wallet lelaki and shades RayBan). Aku tukang usya lah, ape lagi.

Cik K : Waa.. mamat ni hensem.. rambut panjang, pakai spek pulak tu.. ahhahaha~ (lepas tu mula lah senyum sorang-sorang)

p/s : Aku tak pasti kenapa aku suka tengok lelaki pakai cermin mata... mungkin nampak intelligent kot? Hais~ takde kaitan spek and intelligent, kan? *tepuk dahi sendiri*

Cik K : Tapi, mamat yang jual kasut bundle kat depan sana pun boleh tahan. Ah, yang jual kerongsang kat row paling depan sana pun. Tak lupa, mamat jual kuih sebelah gerai air tebu tu pun. Argh! (rambang mata!)

*JANGAN TIRU AKSI INI.*

Okey, ini cerita benar, bukan lawak. Tapi apa kurangnya, aku pun suka jugak usya awek cun. Ok lah tu, kan?

p/s : Kurang pahala puasa. Tch.

p/s/s : Macam nak demam. Kena air hujan banyak sangat kot. Sroot2! (hidung berair)

Sep 3, 2010

Cerita Chow Kit Part I

Assalamualaikum!

Kami datang nak raya! Ada orang tak kat rumah??

Cik K : Waalaikumussalam.. masuklah.. meh2.. ha, duduk2 dulu.. nanti akak buat air. Nak makan ape? Kuih tat, kuih semprit, kuih almond london, kuih senyum.. macam-macam.. coklat pun ade. Nah bihun goreng. Akak buat sedap tau!

Oh,, sedap2.. nyum3.. akak,  nak duit raya? Hehehe.. bagi banyak2 tau.

Cik K : Ohh, duit raya. Nah tapak tangan free... nak?

(Kepada akak2 di luar sana jangan tiru aksi ini... hanya karutan semata-mata)


Apa khabar semua?

Semalam aku tertarik dengan pakcik ni. Seorang bapak dengan 3 orang anaknya. 2 anak perempuan dia tengok-tengok kerongsang. And abang dia tengok perfume. Mereka ni golongan 'istimewa'. Anak2 perempuan dia tengok dia, dia bagi sign 4. Anak2 dia angguk2. Anak lelaki dia bau2 perfume, bagi dia bau jugak, lepas tu letak balik, tengok yang lain lagi, bau lagi. Anak2 perempuan dia tengok dia lagi, tunjuk kerongsang besar. Bapak dia geleng, tunjuk kerongsang yang kecik. Anak2 dia angguk2. Diorang beli kerongsang kecik and 1 perfume. Mak aku tak perasan yang mereka istimewa. Last2 lepas hulur plastik barang, bapak dia buat sign "Berapa?". Mak aku tercengang2 tak faham. Aku cakap, "Buat sign pakai jari." Lepas tu baru dia faham dan buat sign dengan jari "RM17".

Lepas mereka berlalu, aku tegur mak aku, diorang berkemungkinan besar pekak. Sebab tu diorang berkominukasi dengan bahasa isyarat. Sebab apa aku rasa diorang pekak, sebab masa mula-mula diorang singgah kat kedai kami, aku tegur anak lelaki pakcik tu yang tengok2 perfume. Lepas aku tegur, dia pandang aku dengan muka blur, macam tak dengar. Oh, rupanya.. lepas tu aku senyum je kat dia. Aku tengok gelagat si ayah layan anak-anak dia. Semua anak-anak dia behave dan ikut perintah. Dan yang uniknya, dengan situasi diam (tanpa suara). Ya, bagi aku, itu istimewa dan sangat unik.

p/s : Pengalaman berniaga ni banyak bagi aku banyak pengajaran.

Mood : Numb

Assalamualaikum...

Aku mood tak baik.

Malam Jumaat. Ramai manusia menghurung 'Chow Kit' Kuala Terengganu. And as expected, pendapatan hari ni agak lumayan. Sedang sibuk berniaga, datang sekeluarga yang aku tak expect pun akan datang menyinggah di kedai aku. Sebenarnya mereka tersilap port, lepas perasan kesilapan port tu (kedai kami), mereka terus mencicit lari macam sekumpulan tikus terserempak dengan 2 ekor kucing kelaparan. Seperti biasa, hati aku tergelak sendiri. Well, aku bukan orang baik jugak nak senang lupakan semua perkara yang menimpa aku. Tak pasal-pasal spoil mood aku. Ni semua salah bapak aku. Tak payah la bawak kalau dah tau akan terserempak. Ceh, adil konon.

Really, mood aku spoil gila walaupun banyak laku barang tadi. Sumpah seranah dalam hati. Argh. Tapi nasib baik mereka belah cepat-cepat sebelum mak aku sempat bertindak drastik. Hahah.

p/s : I hope that this will be the very last thing I should write in my blog, but, yeah, that's before. Bapak aku berpoligami since i've born. And i'm f**king hate it to the core.

Mood : Numb - Linkin Park


"...all I want to do is be more like me, and be less like you..."



Sep 2, 2010

Isu Semasa~

Assalamualaikum~ ;)

Aku tak suka diganggu orang yang tak dikenali (dunia sebenar). Argh! Masalahnya aku tak pandai nak tipu-tipu (cover). Kalau aku tak suka memang terpampang lah kat atas muka aku tak suka. Tapi bila jadi macamtu aku dicop sombong. Ah.. *sebenarnya aku tak ambil kisah pun...* Whatever lah. Aku tak rugi apa-apa.

Aku dapat pinjaman JPA. Alhamdulillah. So aku tak perlu pakai duit mak aku lagi lah. Dan aku plan nak ganti balik duit beliau. Dah terlalu banyak aku pakai duit dia sejak aku ambil keputusan nak fly ke Mesir. Well, aku segan kalau nak pakai duit dia. Kalau keluar membeli dengan dia, aku fikir panjang nak beli apa-apa. Dan biasanya aku akan reserve diri dan tak mintak apa-apa sangat dengan dia. Sebab aku faham sangat perangai mak aku. Beliau ni berjimat orangnya. Kalau dari dulu beliau tak berjimat, takkan dapat senang macam sekarang. Sekarang dah senang pun, masih berjimat seperti biasa. ;) Tapi malangnya nilai murni tersebut tak menurun dalam gene aku. Har har har. Tapi tak bermaksud aku suka berboros. Cuma aku jenis alah membeli menang memakai. (kalau shopping tanpa beliau) XD

Walaupun dah dapat pinjaman, aku jadi lebih risau. Bukan senang nak maintain result. Nak achieve sesuatu target tu tak susah, tapi nak maintain yang agak susah. Tapi kan, sejak sekolah lagi result aku maintain je. Maintain tahap 'Very Good'. Tu bermakna aku bukan ranking 'Excellent' lah kan. Ades~ Tapi aku rasa kalau risaukan hal ni macam buang masa. Bukannya kita tau apa kat depan kita kan? Pulak dah...

Aku tak puas hati betul dengan design tudung yang terbaru sekarang ni. Sangat pendek dan tak berbaloi pakai. Argh! Naik pijar mata aku tengok orang pakai. Tch.

Dah dekat dah nak balik Mesir. 15 hb September flight. Cepat betul masa berlalu. Oh, kalau kira betul-betul, memang tepat 2 bulan setengah aku balik bercuti. Balik hari tu 1 July, balik sana nanti 15 September. Heh.

Aku tak sabar menunggu 'parcel tu' sampai ke rumah. Parcel apakah? Jeng jeng jeng... surprise. Aku cuma akan bagitau masa hari lahir aku nanti. Har har har. Birthday aku lambat lagi la beb. 2 Disember. Merangkak aku mengira waktu nak mencapai umur 20. (-.-)"

p/s : To Azharians, kalau ada masa jenguk lah blog MM Al-Azhar. Egyptians yang lain pun boleh take a look. Tapi blog ni takde lah segempak blog MM Mansoura or blog MM Tanta. =)

Ja ne!

  MySpace


Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...