Apr 11, 2012

Surat Cinta Buatmu Ibu

Assalamualaikum. :)

Kehadapan mak yang sentiasa diingati dan dirindui.

Apakah khabarmu disana? Anakmu ini masih seperti biasa. Masih mencari-cari erti 'Manusia' yang sebenar. Walaupun anakmu jarang menyampaikan khabar berita dek kerana jauhnya perbezaan jarak dan masa, tidak pernah sesekali anakmu lupa akan kewujudanmu.

Anak selalu tahu yang mak sangat merindukan anakmu ini. Anak harap mak dapat bersabar menghitung hari. Sudah tidak terlalu lama untuk anak kembali dari medan perang. Anak mohon doa daripadamu mak, semoga anak dapat pulang dari peperangan ini dengan kejayaan. Sesungguhnya anak sangat percaya di setiap kejayaan yang anak perolehi, semuanya hasil doamu yang dimakbulkan Allah. Sungguh, Allah sangat menyayangimu mak. Anak tau itu.

Apakah buatmu disana? Sunyikah tidurmu sendiri, mak? Masihkah tangan lembutmu gagah menggalas tugas seorang ibu? Memandangkan anak sudah meningkat dewasa, sudah semakin kurang beban yang ditanggung oleh mak. Akan tetapi, anak sedar kerisauan yang mak tanggung makin bertambah seiring dengan umur anakmu ini. Apakah khabarku disini, cukupkah makanku disini, selamatkah tempat tinggalku disini, dan macam-macam lagi kerisauan yang sering bermain difikiran mak.

Mak, anak mohon keampunan dari mu, andai kata anak terkasar bahasa, tersilap perbuatan. Anak sedar, yang mak tau akan kedegilan anakmu ini. Kedegilan yang teramat, tapi masih belum melampaui batas. Anak harap suatu hari nanti mak faham perasaan anak. Seandainya mak tahu apakah sebenarnya impian anak, pasti mak akan menangis kerana tidak mampu menunaikan impian anak, kerana sudah takdirnya Allah jadikan anak seorang perempuan.

Anak sebenarnya sangat ingin dilahirkan menjadi lelaki, kerana anak ingin berbakti kepada mak sampai mati. Anak takkan teringin untuk belajar jauh-jauh. Anak akan sentiasa berada di sisi mak untuk melindungi dan membantu mak. Anak tak kisah jika belajar tak tinggi tapi anak kisah jikalau anak tak dapat membantu mak walau sikit pun. Kerana anak tau apa yang mak rasakan selama ini. Anak tau mak berpura-pura gagah, mak berpura-pura tabah, supaya tidak terlihat oleh anak-anak akan kesedihan dan kelemahan di dalam hati mak yang paling dalam. Sebab itulah anak sangat ingin berada di sisi mak. Tapi apakan daya...

Mak, bukan anak tidak mensyukuri nikmat Tuhan. Bukan anak ingin mempersoalkan takdir yang telah Tuhan letakkan di atas hidup anak, cuma anak ingin luahkan apa yang anak rasa. Anak bersyukur kerana dijadikan sebagai seorang wanita, pastilah anak dapat memahami hati mak.

Mak, doakan kejayaan anak di sini. Anak mohon halalkan segala pengorbanan yang telah mak berikan kepada anak daripada anak dikandungkan sampailah sekarang. Halalkan makan minum anak, halalkan duit rumah dan letrik dan air yang anak gunakan, halalkan duit belanja sekolah anak, halalkan pakaian dan buku-buku pelajaran anak, halalkan minyak kereta yang mak guna untuk hantar anak ke sekolah, halalkan barang-barang yang pernah anak rosakkan, halalkan susu yang mak beri untuk anak, halalkan tempat rahim mak yang anak tumpang tinggal selama 9 bulan, halalkan segala kerahan tenaga dan peluh yang mak keluarkan ketika menjaga anak, halalkan segala air mata yang mak keluarkan ketika menjaga anak semasa anak terlantar sakit dulu, dan halalkan setiap segala yang menyusahkan mak sepanjang kewujudan anak.

Terima kasih mak kerana menjaga anak sampai sekarang. Anak sangat bersyukur dan bangga punyai seorang ibu seperti mak. Anak sayangkan mak. Terima kasih, mak.

Anak.



Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...