Dec 31, 2010

Sedetik 12 tahun yang lalu~

Assalamualaikum,

Pukul 6.15, 30/12/2010

Sambil-sambil menunggu air masak, aku pandang ke luar tingkap. Angin sejuk menangkap lengan dan leher ku. Matahari masih belum menampakkan sinaran merah orennya. Ku lihat langit, kelam diselubungi kelompok awan. Akan hujan lagikah Bandar Kaherah ni seperti semalam?

Ah, mimpi lah. Hujan di sini hanya 2-3 kali setahun ketika peralihan musim. Ku tersenyum sendirian. Lantas ku lihat di jalanan. Aku nampak seorang wanita tua berjalan perlahan-lahan membawa sebiji beg plastik. Melalui simbahan lampu neon di jalanan, aku perhatikan benda yang di dalam beg plastik tersebut. Rupa-rupanya wanita tersebut membawa roti ‘isy atau dikenali sebagai roti pita (woi betul ke ni?) di Malaysia.
Lalu ingatan aku melayang merentasi jarak dan masa…

Pukul 6.15, 2/1/1998

“Dik, cepat turun ambik bekal ni, tak sempat dah, makan dalam kereta je!” bunyi suara mak lantang dari dapur.

Aku yang sedang berusaha memakai stoking yang separa basah terkial-kial sambil menjawab “Ya! Ya!” Musim hujan di pantai timur masih belum reda. Jadi, stoking yang aku jemur dari semalam macam tak perlu jemur pun takpe sebab masih lembab jugak. Tch. Aku berlari-lari ke dapur, letak air milo dan 2 keping roti kedalam bekas, dan terus bergegas meluru ke kereta. Kasut pun aku jinjit sekali ke dalam kereta sebab tak sempat nak pakai kat rumah. Mak dah siap tunggu dalam kereta. Mak memang macam tu, pergerakan beliau mesti akan lebih laju selangkah dari aku.

Di dalam kereta, aku memakai kasut dan makan sekeping roti cicah dengan air milo tadi. Aku terpaksa makan di bawah tempat letak kaki kerana taknak kena marah sebab tumpahkan air atas kusyen kereta. Aku masa kecik memang selalu cuai masa makan. Hais~

Kerjaya mak sebagai seorang jururawat memerlukan beliau sampai ke tempat kerja tepat pukul 7 pagi. Nak tak nak aku terpaksa juga ikut pace beliau. Akulah budak first sampai kat sekolah. Kerja aku awal-awal pagi bukak lampu di susur gajah dan kelas. Pukul 6.30 – 7.00 pagi masih gelap dan sunyi, dan aku terpaksa telan sendiri perasaan takut tu. That’s why sekarang aku tak takut langsung dengan gelap. Heh.

Aku masih ingat, mak yang pagi-pagi akan hidangkan roti dan buatkan air milo untuk sarapan. Aku masih ingat, mak yang terkejar2 ke sana ke mari kerana waktu kerja yang awal. Aku masih ingat, mak yang memecut laju keretanya membelah kesejukan pagi menghantar aku ke sekolah lalu ke hospital tempat kerjanya.

Aku juga still ingat, diri aku yang dulunya naïf...namun sudah mengerti akan lara hati seorang wanita bergelar mak.

Wanita tua yang menjinjit plastik berisi roti ‘isy tadi sudah hilang dari pandangan. Aku lihat langit semakin cerah. Aku sandarkan dahi ke cermin tingkap, desahan nafasku meninggalkan kesan wap di permukaan cermin. Lalu idea datang membuatkan aku kembali duduk di kerusi belajar dan mula menaip…

Dec 28, 2010

Penyelamat handphone gua~

Assalamualaikum~

Suatu hari, terjadilah peristiwa di mana handphone aku hilang di dalam teksi. First time barang berharga aku hilang, tak pernah lagi lalai dan cuai. Walaupun hilang dalam teksi, tapi dapat jumpa balik. Bagaimanakah?

Pada hari kejadian, aku dan Zul dalam perjalanan ke Ramses menaiki teksi. Dalam teksi aku main handphone. Tanpa sedar, aku tertidur. Perjalanan ke Ramses dari rabaah mengambil masa lebih kurang 20-30 minit termasuk jalan jammed and bagai lagi so logik la aku tertidur kebosanan. 

Sebaik tiba di Ramses, aku terbangun dari tidur dan tak sempat berfikir tentang handphone. Kami terus keluar dari teksi dan bergegas ke stesen kereta api. Lepas masuk dalam stesen kereta api, aku terasa nak cari handphone. Cari-cari dalam beg tak jumpa. Ah sudah! Aku panik. Zul pun panik. Cari lagi, tak jumpa jugak. Beberapa kali miscall, tak dengar bunyi ringtone. 

Kitorang pun cari tempat duduk dulu sebab barang yg kami bawak (Zul punya) memang banyak tak cukup tangan. Zul suruh aku duduk diam-diam kat situ tunggu. Katanya nak pergi cari. Aku duduk kat situ sambil berperang dengan emosi. Risau gila-gila bercelaru otak. 

Setelah 45 minit berperang dengan emosi sendiri, Zul datang dengan muka yang selamba. 

Zul : Macam mana ni?
Aku : Macam mana apa?
Zul : Kau nak ikut pegi Tanta tak ni?
Aku : Dah decide, ikut je la, nak buat macam mana lagi.

Muka aku dah berubah dah masa tu.

Zul : Mahal ke tak handphone tu?
Aku : Mahal ke tak, tak kisah sangat tapi benda kat dalam tu ha yang penting.
Zul : Pakai handphone aku dululah. (sambil hulur handphone dia)
Aku : Takpelah, aku ada lagi satu handphone.

Aku dah nak keluar air mata dah. 'Sabar, sabar, jangan kat sini, nanti mamat ni nampak malu aku. Grrr.' Aku tunduk letak muka dalam lengan aku. 

Zul : Tengok, kau dah sedih daa.. macam mana?
Aku : Ah, biar ar.
Zul : Ha, aku tau mcm mana nak buat kau gembira balik.
Aku : Camne? (muka masih sorok dalam lengan)
Zul : Tengok lah sini dulu.
Aku : Ah, cakap je. Takyah tengok.
Zul : Tak boleh, ni kena tengok. Jap je, tengok kejap je.

Aku berpaling kat dia. Dia hulur handphone kesayangan aku. Aku dengan muka malu spontan ambik handphone tu pastu sorok balik muka dalam lengan. "Argh, sengal!" Aku jerit. Dia gelak je sambil berlalu pegi beli tiket train. 

Diceritakan balik yang Zul call handphone aku tu berpuluh kali baru pakcik teksi tu angkat. Masa tu pakcik tu dah kat mana-mana entah dan taknak patah balik ke Ramses. Zul jugak pergi redah mana-mana entah aku tanya dia tak bagitau (sengal) yang pasti bukan kawasan Ramses (Ramses tu besar okey).

Masuk je dalam tren, aku dengan taktau malunya sambung tidur balik. Penat tak cukup tidur + baru lepas kelas + berperang dengan emosi. Heh.

Apa yang aku nak cakap kat sini ;

- Tak semua pak arab jahat. Ada jugak yang tau mana betul mana salah.
 - Sila jaga elok-elok barang berharga anda. Jangan lalai nak2 bila duduk jauh di negara orang.
 - Zul sengal. (takde kaitan. HAHA!)

p/s : Kau silent reader tegar blog aku kan? Haha, kalau kau baca ni, jangan buat apa-apa. Study je diam-diam kat rumah tu. Good luck in your exam keh? Lepas ni kita pergi bercuti plak. Nge~ (^________^)

p/s/s : Oh ye, awek kau baca blog aku tak????? XD

Ja ne!

Dec 26, 2010

Aku malas nak layan~

Assalamualaikum!

Apa khabar?

Hidup kami kat sini takkan lepas dari quiz dan test setiap minggu. Minggu ni saja 3 subjek ; Removable Prosthodontics, General Physiology, dan General Anatomy. Aish~

Habis tu apa aku buat kat sini?

Gila lah kalau aku nak kena hadap buku 24/7 kan. Mau hilangkan stress jugak. Korang mungkin rasa aku ni cepat melatah, ada test dan quiz sikit bising. Ah, lantak ah. Kalau aku tak bagitau at least kat sini, rasa berat sangat jiwa dan raga nak bawa. Dah la hati perempuan ni kecik je. Haha, literally sama besar je dengan lelaki, but, philosophically, it isn't same.

Aku sekarang hidup di sekeliling manusia yang sangat rapat dengan ahli keluarga, which is i'm lacking of it. Bukan sengaja taknak rapat, tapi memang dah sedia ada gap antara masing-masing. Ya, our relationships were kind of strange. Then, bila tiap-tiap hari dengar mereka yg di sekeliling aku bercerita tentang family, aku rasa jealous. Seriously! Haha. Kadang-kadang aku rasa hubungan mereka yg weird, padahal kami yg sebenarnya weird. Tak faham? Sudah.

Aku buat Tumblr. Just untuk letak gambar yang aku rasa best nak letak, which is taken by myself. Rasa bersemangat sejak-sejak ada boyfriend baru ni. ;)

Blogwalking? Sorry, akhir-akhir ni aku rasa malas sangat. :( Aku hanya singgah di blog2 yg biasa aku lepak je, kadang-kadang kalau rajin aku singgah kat mana2 yg tinggal link di shoutbox. Aku bukan sombong, tapi malas, faham?

Akhir-akhir ni jadual makan tak terurus lagi. Pedajal perut sendiri betul aku ni. Dah la memang dah ada gastrik, cari pasal betul. Sorry mak, saya tak jaga kesihatan dengan baik. :(

Dah, mau 'tido'. Heh, sikit orang je tau apa maksud 'tido' di sini. Sakit kepala dengan dunia. Fasa perubahan sudah berjaya mencapai tahap dormant. Biarkan ia seketika, tak apa kan? Atau, adakah korang yang kenal aku di dunia sebenar anggap aku seorang yg tak baik? Ingin sekali aku kembali ke suatu masa dulu, di mana hanya aku dan dia, tiada lagi yang lain menemani diriku. Namun apakan daya, dia itu terlalu jauh dari aku. Sabar ye mak? Lagi 3 tahun je kat sini. Sabar itu kan indah? =')

Seorang sahabat lama, kenapa tak contact aku eh? Emel yang aku hantar pun tak berbalas. Takpe lah, i just hope you live well and happy.


"Adakah di sana, kau rindu padaku?"

Ja ne.

Dec 23, 2010

Of Dahab and Sharm El Sheikh~

Assalamualaikum!

Senyum-senyum selalu~

Jalan-jalan kali ni update yg dah basi sangat dah! Kitorang pergi raya haji di Dahab dan Sharm El Sheikh. Oh, oh, Sharm El Sheikh sebenarnya tak boleh pergi, mamnu' kata P**** tapi... shhhh! Hehehe ;D Trip 4 hari 3 malam memang best jugak lah. So, layankan aje gambar2 ni keh? Actually banyak ambik gambar tapi aku tak larat lah nak upload semua kat sini. Dah la berukben macam nak tak nak je dengan aku. Tch.


on the way.. kabus tebal di tengah2 padang pasir..


on the way lagi..matahari lepas subuh..


matahari dah meninggi..


teluk fairuz (ish, betul ke eja dia mcm ni?)


tempat penginapan kami..



pakcik ni buat tarian sambil pegang pisau..


pakcik ni pulak excited org ambik gambar dia..


sekitar Dahab..

    




air laut yang jernih..





old market, Sharm el Sheikh.








berada di atas bumbung glass boat.. sambil ambil2 angin.. fuuhh!

\

pemandangan bawah laut.. cantik kan?


gambar emo wajib ada..


lagi gambar bawah laut..





ini encik basri, driver kami (kereta dan glass boat) Aha!


ini kami.. ish, Bob xmasuk gambar pulak..


aku bila dah jumpa pantai..


matahari terbenam sudah...

      

yeah.. babai..

Oh ye, sebelum balik sempat juga singgah di Hard Rock Cafe Sharm el Sheikh tapi gambar tak lawa. ;)

Februari ni mahu gamble trip ke Turki dan Greece pulak. Yeehha! XD

Ja ne!

Dec 20, 2010

Continue~

Assalamualaikum,

How are you? Smile always k? ;)

Even though this song dedicated for the one who already gone (died), but maybe, I said maybe, it might be dedicated to a person that are already 'died' in my memories.

Mengenangmu.

Takkan pernah habis air mataku,
Bila ku ingat tentang dirimu,
Mungkin hanya kau yang tahu,
Mengapa sampai saat ini,
Ku masih sendiri.

Adakah di sana kau rindu padaku,
Meski kita kini ada di dunia berbeda,
Bila masih mungkin waktu ku putar,
Kan ku tunggu dirimu.

Biarlah ku simpan,
Sampai nanti aku kan ada di sana,
Tenanglah dirimu dalam kedamaian,
Ingatlah cintaku, kau tak terlihat lagi,
Namun cintamu abadi.

The happiness and it's compliment.

Being happy doesn't mean that you have to laugh every second. Being sad doesn't mean that you have to cry every second.

Falling deep.

"Sometimes when you fall down deep, while you're in the depth, it is not bad if you just let yourself there for a while and build your inside so that when you climb up again, you will find it is easier to go up and up until your meet your goal." (^__^)

Now might be the time for me to continue climbing again...


in the state of self-reflection

Ja ne!

Dec 18, 2010

Boyfriend baru gua~

Assalamualaikum!

Yea, lama aku menyepi dari dunia maya. Kerana dunia realiti tetap memberikanku tugas untuk diselesaikan. Haha, tipu je. Sebenarnya ada banyak masa untuk update tapi aku malas. MALAS.

My new boyfriend.

Haa, boyfriend baru aku dah sampai hari Selasa lepas. Yea, ape lagi, dating selalu lah lepas ni. ;)


 the first picture ever taken from my D90.

Peh, sakit jantung jugak lah beli benda ni. Sengkek..sengkek.. Nasib baik mak aku tak bebel sangat.

Turkey and Greece.

Tiket flight dah pun beli! Hehe. Harganya 2610 LE. Wee~ Dr2 Songo memang betul2 tak nak ikut ke? Kalau beli grouping dapat lagi murah tau tiket dia. Budget sepanjang perjalanan dan accomodation aku quote  dalam 2500 LE jugak lah. And tak lupa mee segera mesti bawa sebab nak save budget makan. And NO shopping at all! ;) Aku hanya nak beli pengalaman dan kenangan je di sana. Tak sabar nak pergi. Lagi sebulan setengah. Hoho, siap countdown lagi tu.

Exam.

Aku still tak percaya yang kitorang takkan ada exam final sem 1. Hahaha! Tapi kitorang akan ada exam besar bulan 6 nanti. Jaga baek ah aku tak tido malam seminggu dua sebelum exam nanti. Tiba-tiba teringat zaman exam SPM. ;) Walaupun takde exam, aku still ada tonnes of quizzes and tests untuk dihadapi sebagai carry marks. Adeh3~

Update gambar jalan-jalan.

Aiyo~~ Nanti lah aku update. Gambar aku pergi jalan-jalan ke Dahab and Sharm el Sheikh pun still dalam draft lagi. Slow-slow keh? ;)

Ja ne!


boyfriend baru gua~

Dec 12, 2010

Kenapakah?

Assalamualaikum.

Arus perubahan terhenti. Kenapakah? Aku pun tak faham. Mungkin sebab cuaca sejuk sangat sampai tak boleh nak berfikir dengan betul. Adakah ianya berada dalam fasa dormant/hibernate? Tolonglah, aku tak suka arus perubahan ni terhenti di takat sekarang. Keadaan sekarang buat aku rasa teruk.

Somebody boleh tak tolong marah aku bila aku buat salah, halang aku untuk buat salah? Please.

Aku serius tak faham dengan jiwa sendiri. Hati dan minda tak serasi.

Mak, saya minta maaf.

*Update : Patutlah hati tak tenteram dari siang tadi, rupanya tak sangka akan dapat kejutan di awal pagi. Dan yea, bagus jugak kalau arus perubahan terhenti sementara. Kerana sekarang aku dah tak tahu kenapa perlu teruskannya.

Dec 8, 2010

The Story of Hana.

Assalamualaikum~

Aku pernah tulis satu short story tentang seorang gadis bernama Hana. Aku post kat 100Penulis.com. Rasanya macam nak share jugak dengan korang semua kat sini.

[Opt 1] Be stronger, Hana.
[Opt 2] Hana, never believe.
[Opt 3] "Hana, forgive me..."
[Opt 4] 'Goodbye, sadness...'

Semua link ke 100Penulis. Ni second karya aku. Dulu masa form 1 aku pernah tulis cerita based on drama Autumn in My Heart. Segan pulak nak expose yang first karya tu sebab gaya penulisan budak-budak. Hehe. On my own opinion, The Story of Hana ni pun banyak kelemahan kerana terlalu banyak emosi yang dikeluarkan.

Anyway, give some comments keh? I would love to read your comments. (^__^)

Ja ne~

Dec 6, 2010

Cerita tentang Yukata~

Assalamualaikum~

Hei! Lama tak update kan kan kan? Ni pun nak update pendek je. Ingat tak yang aku pernah cakap pasal parcel yang aku terima masa bulan September dulu? Aku janji nak bagitau masa birthday ke-20 kan? Haa, nilah dia kandungan di dalam parcel tersebut. Yukata iaitu sejenis kimono jepun aku blogshopping kat sini. Hehehe.


Yoroshiku onegaishimasu!

Actually masa summer break kat Malaysia aku ada google something about perayaan istimewa hari kelahiran ke-20 (or something like that). In japanese history, terdapat sebuah perayaan untuk mereka yang berumur 20 dinamakan Coming of Age Day. Dalam perayaan tu, para jejaka akan memakai Western suite dan para gadis pula akan memakai sejenis kimono yang long sleeves panjang ke bawah dinamakan Furisode. Tapi furisode ni agak mahal kerana menggunakan kain sutera. 

So aku ambil idea ni untuk berikan kelainan dalam meraikan 2 dekad kelahiran aku. Bila aku search kat internet, Furisode ni agak mahal la. Then aku beralih kepada Yukata, kimono yang biasanya dipakai oleh gadis.


Thanks Meha for the cake! Nyum3~


Sangat sukakan corak Yukata ni. *wink3~*

Thanks to Zul datang dari jauh nak celebrate dengan aku, Amy and abg Shakir (walaupun tak plan pun kan?), to Meha for the cake (and sorry too), AsadaRyutaro, Arni (for the wish that night), and to all my friends for the best wishes to me. ;)

Credits to Meha for helping me wearing Yukata. Serius susah nak pakai ribbon tu sendiri. And for taking pictures too! (^__^)

Sesungguhnya cik K memang gila anime. HAHA.

Dec 2, 2010

Kimmy Ai, dan hidupnya selama 20 tahun.

Assalamualaikum!

Hehe~ Ini scheduled post tau. Masa entry ni keluar aku tak tau la akan berada di mana. Well, malam ni adalah last aku spend time sebagai seorang budak BELASAN tahun! 2 Disember tarikh keramat kelahiran aku dan Britney Spears. ;) *tak percaya tanya Google*

Sebagai seorang yang bakal meninggalkan umur belasan tahun, aku ingin membuat sedikit ucapan kepada diri sendiri. Syok sendiri lah kan. Sepanjang 20 tahun aku hidup, aku pun tak pasti sama ada kelahiran aku ni membawa benefit kepada orang lain atau pun tak, terutama sekali terhadap mak aku.

Untuk orang yang mengenali aku mesti tau macam mana perangai aku. Nakal2, sengal2, itulah aku. Mak, anak mak ni nakal tau. Masa kecik takde plak nakal, bila dah besar baru mula jadi nakal. Mak datang sini lah jage saya, boleh? Baru jadi baik semula. Nak harap orang lain, orang lain pun nak jaga diri sendiri jugak, kan kan kan?

Satu benda yang aku paling harapkan, semoga sedekad yang akan datang ni menjadi lebih lebih lebih baik berbanding sedekad yang lalu. (Dekad yang pertama tu kira belum mumayyiz lagi so tak kiralah) Dan semoga aku temui kebahagiaan dan ketenangan yang aku cari-cari sepanjang 20 tahun aku hidup ni.

Mak, terima kasih lahirkan saya. Kerana saya bersyukur lahir dengan cukup sifat. Walaupun banyak kekurangan dalam keluarga kita, saya terima seadanya takdir yang Allah tentukan buat kita semua. Terima kasih mak, terima kasih mak, terima kasih mak.

Otanjoubi omedettou, Kimmy Ai. Happy 20th Birthday. =)



Ja ne!

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...