Aug 31, 2010

Ucapan Raya untuk Madihah Maliki

Assalamualaikum!

Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kali ke-53 buat semua pembaca sekalian.

Saya juga ingin membuat ucapan 'advance' Selamat Hari Raya khas kepada adik bukan kandungan saya, Madihah Maliki. Semoga anda ceria menyambut lebaran bersama keluarga.

Siapakah Madihah Maliki? Har har har.

*Okey, penggunaan 'saya' dalam blog ni memang macam taboo je. Aku tak biasa! Aku tak biasa! (Err, tapi kalau kat luar aku bersaya-saya jugak dgn kawan-kawan (girls biasanya), hah!)

Aku diminta beliau untuk memuji beliau di dalam blog aku. So, aku buat lah entry tak seberapa ni. Tujuannya, nak 'puji' si Madihah Maliki ni lah kan. Okey, siapa-siapa yang nak kenal, boleh mintak nombor i/c nye dengan aku keh?


yang sebelah aku ni dia Madihah Maliki

Status : Single
Anak sulung
Jenis darah : Alamak lupe lah
Hometown : Padang Jawa, Indonesia Shah Alam.
Hobi : Tengok youtube video 2PM and macam-macam lagi siri realiti Korea, and kacau Wiwi. Ha, satu lagi hobi dia, mengada-ngada dengan aku.
Tinggi : Err, yang penting, rendah dari aku.
Perwatakan : Mengada-ngada, garang, manja (thihihihi, puji lebih neh), hmm, apa lagi ye? Oh, banyak cakap. Har har har.


 Isy, tengok tu, gedik giler! Macam Wiwi dah gediknya. Har har har.


Okey, okey. Aku jumpa beliau dekat Mesir sana. Entah la macam mana takdir ni berputar (cehs!), aku ditakdirkan jadi housemate dengan beliau. Awal-awalnya memang tak kenal pun dia kan. Bila masuk rumah pun, tak rapat lagi. Lagipun dia lagi lama sampai kat sana daripada aku. Kan aku fly lewat sebab habiskan treatment. So, aku jadi macam budak baru lagi lah kan walaupun aku tua dari beliau. Then, aku pun dah lupa dah macam mana boleh rapat. Tup tup sedar tak sedar aku dah melekat dengan dia. Har har har. Anyway, aku susah nak melekat dengan orang sebenarnya. Tapi bila dah selesa, aku go on jelah kan.

Tapi ada beberapa faktor sebab apa aku senang rapat dengan orang. Perkara paling penting, straight forward. Beliau ni tersangatlah straight forward. Kalau aku buat salah ke buat dia tak puas hati ke, dia sound paku betul-betul atas kepala aku. Ades~ Dan dia caring dengan kawan-kawan dia. Kadang-kadang kalau aku keluar lepak dengan member2 sampai lewat, dia mesti call suruh aku balik cepat. Macam mak aku plak. Hehe. Actually aku tak kisah kalau dia buat macam tu. Aku lagi prefer ada orang tegur aku daripada cakap belakang kutuk kesalahan aku. Kan?

Beliau ni pandai masak tau. Kalau dia masak kari best. (Tapi kan meha, saya dah berguru dengan mak macam mana nak masak kari best, haha!) Dulu aku tak pandai nak buat kari, so aku makan yang orang buat jelahkan. Aku reti buat sup, masak merah, sweet sour and kicap je dulu. Sekarang dah 2 bulan lebih aku duk rumah, apa lagi, berguru dengan mak lah kan. But, aku tak reti buat kek ape semua, dan aku takde masa nak belajr benda tu. (Well, takkan nak pandai tu aje, kan? Nak bagi husband makan kek je ke? Hais~)

Ada lagi benda yang interesting tentang beliau. Kalau dia tidur, jangan lah sesiapa kacau or buat bising. Nanti tak pasal-pasal kena marah. Aku lah yang selalu kena. Heh. Well, biasalah kan. Aku memang jenis tahan sabar and tahan kena marah. Tapi kalau aku yang start marah, heheh, pandai2 lah kau handle aku. Beliau jugak selalu cerita semua benda kat aku. Sebab tu aku cakap dia banyak cakap. Haa. Well, bagus macam tu sebab aku tak banyak cakap. If dua dua cakap banyak, tak effective lah kan... ;DD

Meha, dah cukup panjang dah ke? Hehe, tapi jangan marah ye kalau tak puas hati dengan apa yang saya tulis. ^^

So, beliau adalah salah seorang member yang baik dengan aku. Nak berkenalan? PM aku, nanti aku bagi nombor i/c beliau keh? har har har...

p/s : Saya doakan yang terbaik untuk Meha. Good luck! ^^

p/s/s : Aku juga sayang kamu semua! (^,^)


Aug 30, 2010

Entry di bawah embun - Merdeka.

Assalamualaikum.

Entry awal pagi yang sangat jarang aku dapat idea untuk taip. Mak and abang aku sibuk prepare untuk naik ke KL jap lagi. Ambil stok lah. Rasa teringin nak pergi tapi takpe lah. Takut tak larat. Walaupun Chow Kit tu bukanlah sebesar mana, tapi hampir nak pengsan jugak kalau menapak ke seluruh kedai. Sejak akhir-akhir ni berniaga bagai nak rak. Rezeki banyak nak akhir-akhir Ramadhan ni. Peluang pahala pun banyak.

Esok 31 Ogos, Hari Kebangsaan. Selamat Hari Merdeka ye kawan-kawan!

Merdeka.

Negara dah berkembang pesat tapi minda orang Melayu masih di takuk lama. Masih ungkit-mengungkit, tipu-menipu, ampu-mengampu. Dan bila berperang mulut, semua isu nak dibangkitkan. Hidup masih berpuak-puak. Politik? Anak-anak muda zaman sekarang langsung taknak ambil tahu. Not interested. Bukti? Tengoklah status politik views di Facebook mereka. Sepatutnya yang muda nilah yang akan menjadi pengganti. Tapi bila dah ramai tak berminat, tinggallah yang tua-tua berperang dingin sesama sendiri. Bila timbul satu isu, terus bising-bising salahkan orang lain tanpa usul periksa, tapi tak siasat masalah pada dasarnya. Hanya mengikut-ikut orang, katanya. Orang kata A, kita pun cakap A. Padahal apa itu A, kita pun tak tau. Cakap pandai. Ke situ ke sini. Tapi tangan berat nak bergerak, habuk pun tarak.

Itu pun belum cakap pasal Racist. I have a good friend, which is very great, for me. Kalau ada pencalonan antara barisan bakal PM, aku akan recommend dia. He has a great thought, yet he still learn a lots. Dan aku suka notes dia tentang 'Racist'. Beware, he's optimistic. Kalau kita hold wrong intention kita akan silap tafsir penulisan dia. Click here to read his writings about racism. Dan dia ada satu blog, tapi dah lama tak update. Nantilah aku sound dia suruh update. Dah bersawang2 dah. Har har har.

I myself don't have the power to rule a world. I don't have special abilities like Lelouch Lamperouge, that can destroy, and build a new world. But i hold a power to rule a house. That is, satu hari nanti lah kan, bukan sekarang. Setiap ajaran baik dan tak baik, semuanya dari rumah. It is a woman who decides how the house will look like. And that house needs a man to rule. Wah3~ ayat aku dah berterabur.



okey aku mengaku Lelouch Lamperouge ni watak anime. 

Anyway, selamat membuka minda, mata, hati, hidung, telinga dan mulut. Mulut itu perlu dibukak kalau tak bukak macam mana nak sahur jap lagi kan. Okey, okey, okey. Apa yang aku tulis, semuanya hasil titik peluh otak aku dan segala kesilapan kata didahulukan dengan ribuan kemaafan.

Oh, jangan lupa ambil kesempatan yang masih ada untuk mencari satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, LailatulQadr. Bukan cari je, beribadat sekali lah kan. Bukan senang nak dapat peluang keemasan ni. Dalam setahun, 1 bulan ni je boleh jumpa. Dalam satu bulan, satu malam ni je boleh jumpa. Specialnya malam itu, Allah yang Maha Mengetahui.

Aku nak bagi katak peliharaan aku makan jap, lepas tu tidur. Babai.



abducted from bukan kapal terbang. ;D


p/s : Flight balik Egypt 15 September. Sangat tak gembira. Meha, hadiah birthday awak ada, jangan risau. Tapi kena bagi flying kiss dulu baru ai bagi. Har har har. Pervert betul aku ni. =.="



Aug 28, 2010

Lupa letak tajuk! Nah tajuk. XD

Assalamualaikum!

Malam ini malam minggu. Amat keluar ke Bazaar 'Chow Kit' di Dataran Shahbandar dengan hajat untuk survey2  baju raya. Sambil-sambil survey, berlaku lah dialog ini...

Kerol : Yo, mat! Ape buat kat sini?

Amat : Aku survey baju raya lah. Duit dah masuk ni. Kau berniaga seluar Jeans weh?

Kerol : Yelah. Bro, meh la duduk dulu lepak-lepak sini. Survey tu esok-esok takpe.

Amat : Ceh, ikut kau memang ajak lepak je. Yelah2 hari ni je aku lepak kat kau. Esok aku lepak kat lain pulak. Member punya pasal... *sambil duduk*

Kerol : Nah2 rokok sebatang. Rilek la bro, buat ape cepat2. Nanti malam-malam last mesti lagi murah kau boleh dapat. Hehehe.

Amat : Hehehe, pandai kau senyum kambing. Yang cari aku, bukan kau.

Kerol : Hehehehe. Pergh, mat. Tengok awek tu.. Fuh! Cun habis!

Amat : Mana-mana? *tercari-cari*

Kerol : Tu haa, yang tshirt pink seluar ketat tuh. Meleleh wa cakap lu. Nak tengok aku ayat awek tak?

Amat : Huih takyah la.. buat ape awek macam tu. Entah2 dah ade pakwe.  Nanti kau masuk hospital kena belasah ngan pakwe dia, aku tanak pegi melawat.

Kerol : Yelah2. Aku tau la aku tak smart macam kau. Takyah la perli halus kat aku. Heh.

Datang sepasang kekasih...

Lelaki : Bro, ni Jeans bagi berapa?

Kerol : Haa..tu murah je bang, saya bagi harga baik punya.. RM90 je.

Lelaki : Ayang nak Jeans jugak ke?

Gadis : Mestilah nak bi..tapi *sambil ulit-ulit tangan bf nye* ayang nak Levi's ori la biiii... tanak la yang versi pasar.

Lelaki : Adoi, macamni pokai la bi nanti yang. Macam mana kita nak kahwin kalau duit takde asyik beli Jeans RM300 lebih je. Tengok yang ni lebih kurang je macam yang dalam kedai. Asal muat boleh pakai cantik ok ar tu.

Kerol : Ha, betul brader ni cakap. Yang ni barang baik ni cik adik. Murah-murah je abang kasi.

Gadis : *menjeling Kerol* Huh. Biii, jom laa.. kita cari tempat lain. Ayang nak tengok kasut la pulak..

Lelaki : Ololo, manje lak ayang ni.. ha jom lah jom lah. Bro, lain kali ye.

Kerol : Okey tarak hal barang baik ni nanti datang lagi ye bang!

Kerol kembali duduk di sebelah Amat.

Amat : Perh, aku tengok awek tadi bukan main jeling terbaik kat kau.

Kerol : Hahaha.. sombong nak mampus! Aku rasa tak lama balak dia tinggalkan dia. Ape kejadah nak mintak ngan pakwe dia Jeans mahal-mahal. Ni mesti mintak dengan bapak sendiri kena makan pelempang. Orang murah hati nak belanja, terima jelah. Nak jugak yang original. Peh.

Amat : Sabar2 bro. Aku tau kau melepas sorang customer. Ala, satu lari seribu datang. Adat berniaga.

Kerol : Aku rilek jer. Tapi tak puas hati dengan awek tadi. Pastu gedik-gedik pulak dengan pakwe dia. Apa dia tak sedar ke bulan-bulan puasa ni? Pegang-pegang tangan pakwe dia buat suara manja. Haaa, menyampah aku tengok. Mat, kau jangan cari awek camtu, nanti aku geli pulak nak lepak dengan kau.

Amat : Pe kejadahnya aku nak awek macamtu. Mak aku dah carikan dah calon isteri kat aku. Bakal nurse lagi beb! Tapi aku tak jumpa pun lagi orangnya.

Kerol : Awat tak jumpa lagi? Kang kalau tak menepati kriteria kan, kau jugak yang merana sampai tua. Mana tau, tak cukup cun ke apa ke.

Amat : Ala bro, aku tak pandang la cun ke tak. Hati baik okey ar. Mak aku pun cakap dia baik, pandai masak, nanti keluar kerja pun gaji stabil. Aku pun tak lah susah nak kerja keras sangat. Setakat kerja aku tu boleh la nak bagi makan pakai anak bini nanti.

Kerol : Wah3 bila romeo dah start bersyarah! Ades.. yelah, kau untung la bro. Aku ni haa, kerja tak tetap. Makan sendiri pun risau nak bagi anak dara orang makan. Nasib..nasib.

Amat : Ala, rilek la. Tu maknanya jodoh kau belum sampai. Allah nak bagi kau masa untuk stabilkan kewangan kau tu dulu. Kau kaut dulu duit banyak2. Perempuan takpe takkan pupus pun. Cari rezeki biar stabil hidup kau. Nanti bila dah okey, kau petik jari sepuluh masuk meminang. Haa, kan best!

Kerol : Hahaha, best kau bercakap ek. Apehal pulak perempuan yang masuk, aku la yang kene masuk meminang. Ape la kau ni... Haa, tengok-tengok cik adik! Jeans terbaru dari ladang ni. Harga baik, barang baik, hati abang pun baik! Haa, tengok-tengok!

Dua tiga gadis yang lalu tergelak-gelak kecil sampai tersenyum kepada Kerol.

Amat : Amboi, kau meniaga Jeans ke kau meniaga diri sendiri ni?

Kerol : Dua dalm satu. Har har har. Bro, tapi aku tengok kan, awek2 yang datang sini tak hormat langsung bulan puasa ni. Pakai baju adik, seluar pulak ketat gila sampai nak jalan pun aku tengok susah jek. Fashion baru aku tengok dia pakai seluar yang untuk bersenam tu, yang fit gila tuh. Kalau macam tu baik tak payah pakai seluar. Bagi je orang tengok. Yang tak boleh belahnya, bukan anak dara je, makcik2 pun aku tengok ada yang pakai macamtu! Aku pun tak tau dia nak bagi siapa yang tengok. Hais~

Amat : Hahaha. Betul tu. Aku pun kadang-kadang risau nak keluar siang-siang hari. Takut berkurang pahala puasa aku. Bukan niat aku nak tengok pun, tapi bila dah ramai yang seksi2 neh, aku dah naik mual dah tengok. Macam-macam stail. Kalau tengok macamtu pakaian, macam mana perangai agaknya. Hais~

Kerol : Tulah pasal. Aku pun susah nak cari calon isteri. Kalau boleh nak jugak aku awek yang baik-baik yang pakai sopan sikit. Baru la sejuk mata memandang. Ni asyik tengok yang terdedah ni, panas je mata aku. Berdosa betul aku neh..

Amat : Zaman sekarang ni susah dah nak cari yang cantik perangai ni. Macam mencari permata antara kaca. Alamak dah lewat ni. Aku gerak dulu lah bro. Ada masa sikit ni sempat lagi aku nak tengok baju raya ni.

Kerol : Haa, takpe lah. Lain kali datang lah lagi.. kalau rasa nak cari seluar Jeans datang la kat aku, aku bagi harga spesial member2 je. Hahaha.

Amat : Beres2. Jangan lupe pulak janji kau tuh. Wa chow luh!

Kerol : Hahaha. Syuh3!


Waka waka eh eh


Menu malam ni..err.. belum masuk dapur lagi. Hahah. Well, dialog kat atas ni idea yang datang masa aku berniaga kat Shahbandar semalam. Dan kedai belakang kitorang ni wujud mamat2 jual seluar jeans. Dan mereka suka usha awek yang lalu-lalang, tegur2 awek dan mengumpat mereka kat belakang.

Dan aku perasan mamat2 ni aim awek2 yang cun2 yang pakai baju tak cukup kain yang jalannya asyik pandang kiri kanan sebab perasan ramai lelaki pandang dia. Har har har. Bagus tak description aku? Well, aku pun perempuan. Macam aku tak tau.

Alamak, tersasar jauh dari target.

Sebenarnya aku nak cakap, adik-adik sekalian, tak kiralah bulan puasa ke tak ke, pakai lah elok-elok. Jangan cipta fitnah atas diri sendiri. Tu yang buat lelaki2 mengumpat, fitnah atas diri sendiri la tu. Mengeluarkan aib sendiri. Malu kaum kita je adik-adik oi. Lelaki ni suka tengok benda yang indah-indah. Kita ni pulak janganlah murah-murah je bagi orang tengok pemandangan indah kita. Kalau asyik bagi orang tengok je, tak laku dah la kita. Faham maksudnya kan? Ayat aku memang macam ni. Aku bukan orang yang berlembut kata. Aku nak kata, aku kata.

Sebenarnya bukan apa, sebab takde orang tegur tu lah yang jadi berleluasa. Bukan isu pakaian je, benda lain pun. Dia kena ada orang tegur, baru bergerak. Tegur tu kasi sinis sikit. Biar kena paku atas muka baru nak rasa malu. Budak-budak kecik boleh la bagi nasihat lembut-lembut and direct. Bila dah besar gajah dah memang kena bagi makan pedas la, baru terasa.

Kepada semua, paling mudah, nasihat orang yang terdekat dulu. Adik2 kita, kakak2 kita. Kawan2 rapat kita.  Jangan pulak pergi sound orang tak kenal di khalayak ramai. Aib orang tu nanti. Kita pulak yang salah.

Okeh, dah cukup panjang dah ni. Tersilap kata, sorry ya. Nak masuk dapur pulak. Babai.

p/s : Apasal gelak aku dah macam Hamzah Ian dah? Har har har.


Aug 27, 2010

Lama tapi masih diingati

Assalamualaikum.

Hari Jumaat. Hari ni menu simple singgang sotong and ikan bakar. Sambil-sambil masak tadi, dengar radio. Keluar satu lagu ni. Dah lama dah. Tapi aku masih suka liriknya sampai sekarang. Nyanyian Kopratasa.

Kopratasa - Permata 

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



Petang ni ke Dataran Shahbandar. Aku belum cerita lagi kan yang abang and mak aku sewa tapak berniaga kat sana? Nak tau apa yang kitorang jual? Datang la ramai-ramai serbu. Semalam malam first masuk berniaga kat sana. InsyaAllah berbuka pun kat sana. Hais~



Aug 25, 2010

Main mercun lagi!

Assalamualaikum~

Dah 14 hari Ramadhan bersama. Sepatutnya dah ada perubahan pada diri kita. Bertambah ibadah, berkurang sifat negatif, berat badan pun turun... eh, ke lagi naik sebab pulun banyak masa berbuka? Aish~ tak elok, tak elok. Kurang2kan lah. Kepada yang still kat kolej tu, sabar ye. Aku tengok status fb member2 asyik bising tak sabar nak balik rumah la. Ade yang dah tak sabar nak raya lah. Yang tak boleh blah, ade pulak yang post rindu egypt. Adoi! Masa ada kat sana bukan main lagi bising nak balik Malaysia la, Malaysia wait for me la. Tup tup baru sebulan balik Malaysia dah bunyi rindu egypt, hais~ Macam-macam la budak-budak ni.

Aku? Aku prefer duduk sini lagi lah. Buat apa kat negara orang lama-lama, bukannya aku nak kahwin dengan pak arab. Hari Kebangsaan lagi 6 hari. Kempen kibar jalur gemilang sangat hambar. Sikit je aku tengok kereta letak bendera. Mungkin ramai yang tak terasa bahang Hari Kebangsaan sebab bulan puasa, kan. Lebih-lebih pulak, pertengahan Ramadhan dah. Mesti la ibu-ibu dah sibuk nak prepare untuk berhari raya, bapak-bapak sibuk cari rezeki pun untuk hari raya, anak-anak pulak sibuk dengan mercun.

Ha, ni pasal mercun ni. Wah, dekat Terengganu ni bukan main lagi budak-budak ni main mercun secara terbuka. Penjualan mercun pun berleluasa. Dalam Pasar Payang pun boleh jumpa mercun yang best2. Gila diorang tak takut ke apa? Sekali kena cekup baru tau. Oh, kalau yang tengok berita 2 hari lepas, dekat Chabang Tiga sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan mercun meletup. Sorang budak 6 tahun meninggal dunia. Dalangnya? Bapak dia sendiri. Pengajarannya, apa-apa pun yang kita buat, tak kiralah perbuatan salah atau betul, akan terbongkar jugak. Cuma lambat atau cepat je. Semua orang tau apa yang aku cakap ni. Cuma bergantung pada awareness terhadap diri sendiri. Tapi kan, tahun ni punya version, mercun bukan main kuat lagi bunyinya. I wonder mercun apa namanya. Aku baru lagi bersara main mercun. Sejak raya tahun lepas. XD

Oh, cakap pasal lelaki arab, sorry ye, aku prefer Malay. =) (walaupun ada sesetengahnya handsome gila)
And aku maybe tak prefer bishounen. (Girl-like face)
He should be taller than me. (I'm 170 cm)
I think hitam manis tu cute, walaupun aku biasanya suka yang berkulit cerah. (maknanya, aku tak kisah la tu)
Kalau rambut panjang mesti cool. ;DD

Aiyo! Apesal pulak tetiba keluar bab taste aku ni? Tutup bab ni!

Hehe. Aku saja update hari ni. Belum punya idea yang bagus lagi. Till then, ja ne~

Aug 23, 2010

Bahasa syurga~

Assalamualaikum!

Kaifahaalukum? Ana bikhoir biiznillah, Alhamdulillah~ Aiseh, cakap arab pulak? Buat-buat pandai la tuu? Aku janji entry kali ni 'pendek'. Essay ni, student SPM sila salin. ;DD

Bahasa arab dan kepentingannya.

Aku selalu dengar banyak aduan kawan-kawan and juniors and ramai lagi yang Bahasa Arab ni susah nak belajar. Ai dik, belum mula belajar lagi pun cakap susah dah? Baru dengar senior acah-acah cakap bahasa arab tu susah la, selalu fail la, dah kecut perut. Tu belum lagi experience sendiri.

Meh nak cerita sikit sejarah aku menuntut bahasa arab. Aku mula belajar bahasa arab sejak form 1. Awal-awal tu, wah, hampir pengsan nak ingat semua perkataan baru. Paling basic kita belajar, itu dan ini (haaza, haazihi, zaalika, tilka). Sambil-sambil hafal vocab baru. Adeh, english lagi senang dari ni. Betul tu memang betul. Tapi yang nampak susahnya sebab penggunaan huruf jawi tu sendiri. Tengok jawi sikit, aish, pandang sebelah mata. Padahal lebih kurang je bahasa arab dan english. Cuma english pakai abjad ABC so senang nak baca.

Pada mulanya aku risau jugak dan tanya diri sendiri mampu tak aku nak score bahasa arab dalam keadaan macam ni? Banyak kali aku terfikir untuk give up tapi tak kesampaian jugak. Dulu score asyik C-D jek. Ada je yang merah dalam kad pencapaian. Ades, sadis betul. Tapi, masa form 3 baru naik semangat sikit. Sebab tenaga pengajar (ustazah) sangat bersemangat ajar kelas kitorang. Dengan berkat sabar dan usaha, excel la aku dalam PMR. Tapi, english pulak yang B. Apesal boleh terbalik pulak ni? T_T

Masuk form 4, aku ambil pulak bahasa arab tinggi. Wah, memang tinggi betul. Markah ujian pun "tinggi-tinggi" je. Macam-macam usaha aku buat. Tanya kawan, tanya ustazah, buat group discussion, macam-macam lagilah. So, masa exam percubaan SPM aku dapat D b. arab tinggi. What? D??? Maka, aku dah bayangkan kegelapan masa depan kalau result SPM aku nanti ada D. Tapi usaha tak berhenti kat situ je. Hafal vocab. Hafal hikam wal amsal. Rujuk kamus. Group discussion. Akhirnya, result SPM aku dapat 4B. Ok lah tu kan? At least result aku nampak cantik la sikit ade A dan B je. Ahaha. Seriously, kalau tak excel b.arab komunikasi, memang susah nak score b.arab tinggi.

Then masuk matrik setahun takde kaitan langsung dengan bahasa arab. Berkarat sudah ilmu tu. Sekarang ni terbang pulak merantau ke negara arab. Awal-awal sampai, rasa terkejut dan pelik. Aku tak tau yang orang arab Mesir loghat arabnye lain dari yang standard. Bahasa di Mesir dipanggil arab ammiyyah. Kalau yang standard tu arab fushah. So, tercengang-cengang la jugak aku macam mana nak berkomunikasi dengan orang sini. Lama-kelamaan, bila banyak timba ilmu dengan seniors, dah boleh gurau-gurau dah dengan arab. Hehe. Tapi sebenarnya kalau cakap fushah pun diorang faham. Tapi tengok atas orang jugak lah. Kalau dalam kelas al-Quran, ustaz pakai arab fushah mengajar. So, lebih senang nak catch-up apa yang dia cakap. Tak ada masalah! *thums up!*

Panjang-panjang aku membebel ni apa sebenarnya yang aku nak cakap ialah, tak berputus asa berusaha. Awal-awal memang nampak susah, tapi kalau tak start, memang tak bergerak lah. Macam korang tengok sebuah bukit yang tinggi, tengok saja bukan main rasa tak larat nak daki, tapi bila jalan naik slow2, tanpa korang sedar, dah sampai ke puncak. Ha, macam tulah contohnya.

Zaman sekarang ni aku tengok budak sekolah rendah biasa pun dah ada pendidikan bahasa arab. Bagus la tu.  Macam al-Quran, pelajaran bahasa arab perlu dipupuk masa kecil lagi. Walaupun bahasa arab bukan bahasa yang diguna hari-hari, tapi sangat penting untuk memahami al-Quran. Tujuan kita baca al-Quran ialah supaya kita dapat apa yang disampaikan oleh Allah. Bukan kita baca sekadar baca di mata saja. Bila kita faham maksud ayatNya, kita akan ingat, dan lekatkan dalam hati kita. That's the way untuk dekatkan diri kepada Allah.


The Giza and The Sphinx


So, good luck lah kepada yang bakal belajar bahasa arab tak kiralah di mana kita berada.


اللغة العربية لغة الجنة

Till then, ja ne!



Aug 21, 2010

Siapa dulu yang menderhaka?

Assalamualaikum w.b.t!

Syukur Alhamdulillah sempat lagi kita berbuka puasa untuk hari ini. Eh, salah ayat ni. Alhamdulillah kita diberi peluang untuk bertemu Ramadhan ke-11 malam ini. Semoga amalan kita diterima Allah s.w.t. (^_______________^)


Seorang ayah datang mengadu kepada Khalifah Umar r.a tentang penderhakaan anaknya. Khalifah Umar r.a memanggil si anak lalu terus memarahinya tanpa menyelidiki punca-punca anak itu menderhaka. Si anak lalu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah ada hak anak ke atas ayahnya ?"
Khalifah lalu menjawab, "Memilih ibu yang baik (dari keturunan yang baik), memberi nama yang baik dan mengajarnya membaca al-Quran." Si anak lantas menjawab : "Ayah saya tidak pernah melakukan demikian. Ibu saya seorang zanjiah (bekas hamba hitam), bekas isteri kepada seorang Majusi. Mereka menamakan saya Jo'ul (lipas) dan belum pernah mengajar saya satu huruf pun dari al-Quran."
Setelah mendengar jawaban si anak, Khalifah Umar berkata kepada ayah kanak-kanak tersebut : "Engkau datang mengadu tentang penderhakaan anakmu tetapi sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu. Engkau telah merosakkan dia sebelum dia merosakkanmu." 


No long words tonight. Aku penat. Petang tadi training bowling 6 game. Paling tinggi 120 kalau tak silap aku. Hais~ Patut score boleh lagi tinggi dari tu! Tapi yang good nya, ada orang ajar teknik betul bowling. Hahaha. ;D

Kembali kepada isi penting, peranan seorang bapa sangat penting. Mendidik isteri and anak tentang agama, menyara hidup mereka, dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Bukan senang nak jadi ayah ni. Kalau anak isteri buat dosa, bapa/suami pun akan ditanya kelak di hari akhirat. "Mana tanggungjawab kamu terhadap isteri dan anak2 kamu di dunia?" Aish~ seram aku.

Pesanan cik K :


  • Kepada lelaki yang dah nak settle down, cari isteri yang baik, dan sekufu dengan korang. Wanita baik untuk lelaki yang baik.



  • Kepada lelaki juga, timba ilmu agama biar diri kukuh dulu baru plan nak berumahtangga. Tapi tak semestinya perlu complete sampai korang tua baru nak kahwin, nanti tak produktif pulak. Hehe. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Asalkan korang bina basic dulu. Ibadah wajib cukup apa semua. Tak perlu nak belajar syariah islamiah sampai khatam semua. Take one step at a time. Asalkan hati ikhlas kerana Allah.



  • Kepada yang dah kahwin pun, timba ilmu agama banyak-banyak. Jangan terlalu sibuk dengan duniawi. Walaupun cari duit untuk bagi makan pakai anak bini, ajaran agama paling penting. Jangan hanya penuhi nikmat dunia untuk anak-anak dan isteri(s). Satu perkara, jangan malu menuntut ilmu. Jangan malu segan nak menapak ke masjid untuk dengar ceramah agama. Takkan nak tunggu tua baru nak tebalkan muka pergi jumpa ustaz nak dengar ajaran. Yakin ke umur tu dapat cecah 70-80? Mati tak kenal umur ye tuan-tuan dan puan-puan.



  • Yang baru menimang anak, jangan lupa terapkan ajaran al-Quran ketika dia masih kecil. Biar dirinya sebati dengan al-Quran, supaya hatinya lembut dan terang. Nanti senang nak ajar ilmu-ilmu agama yang  lain. Pastikan al-Quran tu menjadi core (teras) di dalam hatinya. Ajaran agama memang kena ajar dari kecil. Tapi, andai kata rasa diri tak cukup ilmu nak didik anak-anak, hantar lah mereka ke kelas fardhu ain, kelas al-Quran. Jangan hanya nak anak kita pandai menyanyi, berlakon, model je. 



  • Kalau diri kita masih belum fasih membaca al-Quran, aku ulang lagi sekali, jangan malu nak timba ilmu dengan orang. Jangan malu nak cuit pak cik/pak imam/bilal kat sebelah tu supaya dengarkan bacaan al-Quran kita. Tak apa, kita tuntut ilmu untuk kesenangan kita jugak bila-bila.



  • Kepada para wanita pulak, yang belum berkahwin, timba lah sebanyak mana ilmu rumahtangga dulu. Jangan hanya sibuk gedik-gedik nak keluar dating dengan pakwe(s)/tunang je. Bentuk diri kita dulu supaya menjadi seorang yang terbaik yang akan menggembirakan hati suami. Isteri baik, suami sayang~ Auw! Heh. Guru yang paling baik, ibu kita. Kepada yang dah tak beribu (sorry), belajar dengan orang lain. Saudara-mara ke, orang-orang yang lebih berpengalaman lah.



  • Kepada wanita yang dah berkahwin, sama jugak macam yang nombor 3, 4 dan 5 tadi. Yang penting, bina peribadi kita dulu.  




dan kebaikan itu ialah anak soleh/solehah yang mendoakan ibu bapanya.


Okey! Dah terpanjang la pulak aku membebel hari ni. So, mana yang baik tu datang dari Allah, segala kesilapan kata yang aku tulis dalam entry ni, aku minta maaf la ye. Anything, just drop some comments kayh! Ja ne!



keluarga bahagia. Meow~




Aug 20, 2010

Tangled Relationships ~

Assalamualaikum.

Hi all. Para handsomes and beauties sekalian. Masih gagah lagi untuk beribadat lebih di bulan yang mulia ni? Sabar ye? Paksa diri pun takpe, asalkan ada kesedaran untuk melebihkan ibadat. Bukan apa, hidup kita tak lama, masa untuk kita beribadat pun tak banyak. Tapi yang lama selama-lamanya ialah kehidupan di akhirat sana. Okey, kita kembali ke sri pentas.

Aku nak ajaklah para pembaca yang singgah atau yang dah selalu datang ke teratak hamba ni untuk tengok video ni. Tak lama pun, dalam 2 minit je. Kisah haiwan yang tak punya akal fikiran.



Ya, dalam video ni ada 2 ekor kucing. Satu yang mati, satu masih hidup. Dan yang hidup ni tak berputus asa kejutkan kawannya yang dah mati (mungkin akibat kemalangan jalan raya). Tapi akhirnya, terkedu longlai kesedihan di sebelah jasad kaku sahabatnya itu. Pengasih tak kucing ini wahai tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati Allah sekalian?? *wah, macam nada Forum Perdana Ehwal Islam pulak.*

My main focus is, how the friendship intermingles with personality. How our personality determine the friendship we had or will have. Yes, we all know ourselves. But sometimes, there's still some people around us that know us better. The best example are our parents. They knew better than we do. And then, our friends. There is, for some reason i will say that, among our friends there will be a friend that will last long with you, and there will be a devilish foe. In Bahasa, i will term it 'duri dalam daging'.

Within friendships, we hi together, hang out together, lepak minum teh tarik and melantak roti canai together, watching football together, but, we did not share all things together. We didn't share awek and pakwe (if you ada), we didn't share toothbrush, and banyak lagi. So, even how close your friendship are, there's still exist a gap between you and your friend. And i urgely wants to say, please keep that gap opened. Don't be too close, and don't be too far.

The thing is, if you keep very close to a person, there will be two results : 1. He/she will stay with you, and keep up with you, 2. He/she will betray you. The reason is because, you expose yourself too much to that person. And sometimes ourselves is not too good, no? And that's why, our personality will determines how our friends deal with us. Say, if you're not so close with your friends, they will treat you quite equal with their other friends. And they will help you like they help other friends. They laugh with you like other friends. For me, this is the advantage. Because you will create a significance to your friends. If you're not around, they'll know. It's not because you're in the same 'group' or 'gang', but because you always appear to be with them and laugh with them.

If you're too close with your friend, there will be much worries. You will wonder why he/she didn't talk to you in a day, why he/she didn't text you in an hour *OH! THIS IS ANNOYING!*, why and why. And you will keep thinking of sticking around them every time. If they can bear with you, it's ok, but if they're not? If they don't like your true self? They will try to ignore you slowly, but cannot run from you, because you keep barking about we're BFF whatever. BFF doesn't means that they know what we do and we don't everyday!

In my personal life, Heiji-san is the best example. She's my best friend, yet she doesn't contact me everyday, so do i. But we keep ourselves close enough that when i say something, she already got an idea on that even i didn't tell her directly. I bet she doesn't know what's my favourite food, no Heiji-san? Haha. That's the way we keep close.

A person like me, i'm not a very good person for you to cling with. But i do clinging with my friends. Easy to say, i'm the annoying kind. Heh. Like i really cares? ;D

About the 'duri dalam daging', enough if i say that, i've been tired for dealing with it. *phew, what a mess...*

p/s : Bila kau nak balik Heiji-san? Cepat2! Aku ada kat sini sampai raya ke-5 je. Raya ke-6, say farewell to me at Sultan Mahmud International Airport jelah ~ =')

Till then, ja ne!



Aug 19, 2010

The Phantomhive Awakens!~

Assalamualaikum!

Huahuahua.




Antara hobi yang aku paling syok layan ialah tengok anime. Bila aku tengok anime, memang melekat kat skrin laptop tu. Dan, anime yang aku tunggu-tunggu sejak tahun lepas dah release dan still ongoing. Kuroshitsuji (Black Butler) Season 2. Dengan bantuan sesetengah pihak, aku dapat memuat turun anime tersebut dengan jayanya. (Pergh ayat skema budak A1 Bahasa Malaysia ;DD)



Ciel Phantomhive

So, the Ciel Phantomhive awakens.. Aku tak sangka pulak Ciel hidup lagi, ingatkan dah out dah sebab pada awal chapter 1 tu asyik cerita pasal budak tak semenggah Alois Trancy tuh and akhir season 1 ending dia Sebastian dah nak 'makan' Ciel. Dekat nak akhir tiba-tiba keluar Sebastian and Ciel. Dan aku macam biasa menjerit tak tentu pasal sebab rindu kat Sebastian. Huahuahua.



Claude & Alois Trancy

Ugh, aku tak suka Alois Trancy. Dia memang menyerupai ciri kanak-kanak yang aku tak suka. Aku pun memang tak suka budak-budak. Sorry ye budak-budak di seluruh dunia. Akak ni memang anti sikit kalau yang jenis tak semenggah macam si Trancy neh. Dah la torture orang gaji sendiri. Kurang ajar betul.




Mungkin sebab Sebastian punya charisma tu yang buat Ciel lebih behave daripada Trancy. Ciel lebih matured walaupun masih kanak-kanak. Such a cold-blooded boy. Wah~ Memang suit pair lah 2 orang ni. Sama evil, sama cool.

Anyway, Alois Trancy punya butler, Claude, tak berapa hensem berbanding Sebastian. Huahuahua. (tak puas hati sebab muncul banyak watak penting baru dalam season baru ni)


we're the main characters.. yoroshiku onegaishimasu!

Okay sori ye kalau entry ni tak memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Kadang-kadang aku pun enjoy diri sendiri jugak. I'm not a very serious person. ;D

I'm looking forward to finish this series!

p/s : So i'll just wait for the Vampire Knight season 3 to release. Or, is it will not exist? Who knows?

Aug 15, 2010

Renungan sebelum berbuka... (Selepas pun takpe.. ;D)

Assalamualaikum!

Entry pendek sementara menunggu waktu berbuka puasa...




SESAAT LUPAKAN ALLAH !

Pernah seorang pemuda menghadiahkan seekor burung kepada Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Dengan gembira beliau menerimanya…..tetapi kemudian dilepaskannya. "Mengapa dilepaskan burung itu? Kalau tuan tidak suka, serahkanlah kembali kepada saya", tanya pemuda tersebut. "Burung ini telah berkata-kata kepadaku: Sebenarnya aku telah ditangkap oleh pemuda itu kerana aku telah melupakan Allah di saat itu. Wahai Junaid, bagaimana kalau manusia serupa denganku, nescaya mudahlah jatuh ke tangan musuh", jelas Syeikh Junaid. Kelalaian sesaat dalam mengingati Allah adalah punca kejatuhan umat Islam. Ingatlah Allah! 






Ayat paling last tu memberi maksud yang mendalam. Tahukah korang sejarah yang kita belajar semasa sekolah tu dah diubah oleh barat?





selamat berbuka puasa!



Aug 13, 2010

Something to talk about : Me and Mr. Silent Killer

Assalamualaikum.

Hais~ asal entry baru je, lepas berbuka. Lepas berbuka, mesti keluar entry baru. Haha, nilah maksud sebenar "lepas makan baru boleh bercakap". Aku pun lebih kurang macam tulah. Asal tak makan je aku diam, lepas melantak baru boleh bercakap dan bergerak dengan aktif. Eh, apa yang aku mengarut ni?

Hai2 all, ape khabar? Menu berbuka puasa hari ni apa? Harap kita semua masih dilimpahi nikmat rezeki yang melimpah ruah dariNya. Ouch, topik ni dah lama aku tak tulis. Hampir setahun kot. Hmm, ramai lagi yang belum tau, aku pernah sakit dan dah melalui banyak surgery dan dah suffer macam-macam lagi lah. Bagi yang dah tahu pulak, mesti tertanya-tanya apa perkembangan yang dah berlaku kepada aku sejak-sejak aku fly. Sebab tu aku muncul membawa bersama berita pasal aku. So, entry hari sangat personal dan tak banyak info luar yang aku masukkan dalam ni.

Alamak, aku belum taarufkan lagi penyakit aku kat korang yang belum tahu ni. Sorry2. AVM - Arteriovenous Malformation. Banyak entry aku tentang ni bermula bulan 8 tahun lepas sampailah saat-saat akhir sebelum aku fly. Ni entry pertama aku tentang AVM. Agak panjang lah. =)

So, tentang perkembangan sekarang, aku masih sihat seperti sedia kala. Headache tu perkara biasa, dah jadi kawan baik pun kami ni. Tangan kiri aku boleh bergerak macam biasa, tapi loss touch sensation. Kalau tersentuh benda-benda, aku tak sedar. Diri sendiri rasa macam kelakar sebenarnya, sebab rasa macam tangan aku ni bukan aku punya, tapi i'm working with it now. Dulu tak boleh nak gune untuk menaip, sekarang dah boleh dah. Aku dah berhenti refer ke physiology sejak fly hari tu, so aku tak tau degree kemampuan tangan ni. But it's getting better everyday.

Takde apa yang perlu dibuat sekarang, cuma kena jaga kesihatan macam biasa je. Follow up akan datang tahun depan or tahun lagi satu, untuk scan MRI lagi sekali. Just nak examine perkembangan keberkesanan laser X tu. Kalau benda tu dah kecut, kira berjaya lah surgery tu. Kalau masih berkembang, nampaknya kena terlantar lagi lah kat hospital untuk prosedur yang sama berulang-ulang.

Sekarang aku hanya follow up ubat Aspirin. No more epilim chrono. Ubat ni kena makan sampai habis nyawa. Fuh, bosannye makan ubat tiap-tiap hari, Tuhan je yang tau. Aspirin tu ubat cair darah... sebab masa second last operation hari tu ada benda asing yang tertanggal disebabkan gam yang kuat, so tak boleh nak keluarkan cebisan wayar plastik halus tu. So, nak elakkan dari terjadi blockage pada urat darah tu, kena la makan aspirin, supaya darah tak terlalu pekat yang boleh sebabkan blockage.

Kalau nak diikutkan, aku dah kaji macam-macam tentang penyakit ni, dan aku dah aware dengan sebarang kemungkinan yang akan jadi. So that's why aku tak lepas pandang tentang bab kematian. Mati tu sangat dekat dengan diri.

Ah, whatever it is, i have a strong will to live. That is how i calmed my own self. I have a reason to live, so i don't have to give up on being survived.

p/s : Kalau ada yang tengok aku punya status FB, i'm not complaining. That is how i convince myself to keep on doing it.


Last but not least, chill lah! Smile~ ;DDD


Apabila mata, telinga, mulut dan hidung buat sengal~

Assalamualaikum!

Idea muncul di petang hari selepas memasak untuk berbuka puasa. Menu hari ini gulai udang and singgang. Air, fresh orange, laici, dan teh susu. Wau! Ahah, actually bukan aku yang masak, aku tolong mak je sambil-sambil berguru dengan dia. Bukan tak pandai buat sendiri, tapi kalau dah ada orang yang lebih arif, yang amatur ni tolong siang-siang lauk je lah. =)

Sambil-sambil masak tadi, datang lagi idea baru...

Alkisahnya, si mata sedang berborak-borak dengan temannya, telinga, hidung, dan mulut.

Mata : Wahai teman, aku tetiba terfikir pasal ni.
Telinga : Benda apakah?

Mata : Kenapa kedudukan aku bukan kat anggota lain tapi atas muka? Kenapa tak atas tapak tangan ke, atas bahu ke, atas kepala lutut. ke?
Mulut : Hahahaha! Lawak giler soalan kau ni mata! *Ketawa sekuat hati* (mulut kan...)

Mata : Apehal kau ketawa pulak? Cube imagine kalau kau duk atas dahi ke. Kan tinggi sikit darjat kau tu. Ni tak, bawah aku jugak duduknye kau.
Mulut : Cakap bebaik sikit. Authority aku ni tinggi lagi tau tak? Sepatutnya kau duduk diam je tengok. Bab2 bercakap ni bagi aku.
Telinga : Woi, dah, dah. Perit aku dengar korang ni bertekak. Duduk diam-diam boleh tak? Tengok hidung tu. Diam jer.
Hidung : ... (dah start nak kembang kena puji...)

Telinga : Soalan yang kau keluarkan tadi mata, aku susah nak jawab. Cuba kau bayangkan kalau kau duduk atas tapak tangan, apa akan jadi?
Mata : Hmm... *imagining* kalau aku kat tangan, senang jugak nak mengintai orang. Kalau tak nampak, tangan boleh bawak aku supaya nampak. Mengintai anak dara orang kat toilet contohnya. Haa, syok jugak tuh!
Mulut : Hoi, otak kau tinggal kat lutut ke? Ade ke patut ke situ pulak kau fikir. Gatal sangat dah ke? Ha, cube bayangkan kalau tuan kau nak basuh berak mesti pakai tangan kan? Hehehehe.. bayangkan syoknye kau merasai 'nikmat' duduk kat tangan. (jap3, mata ade otak ke?)
Mata : Argh!! Kotor la kau neh! Ke situ pulak.. hmm, tapi bila fikirkan dua kali, betul jugak tu. Nanti kalau nak mandi, mesti nak bersabun kan, pastu, ah, pedih pedih pedih.
Hidung : ... *berfikir*

Telinga : Ha, cuba bayangkan kalau kau si mulut duduk kat atas perut. Macam mana agak-agak ye?
Mulut : Kalau macamtu senang la sistem penghadaman. Makanan masuk mulut, terus masuk perut! Hahahahaha!
Mata : Apa punye idea lah kau ni mulut. Tak bernas langsung. Kalau kau kat perut, macam mana nak bercakap? Nak bercakap, semua orang kena tunduk kat perut nak dengar ape yang kau cakap. Ape lah.
Telinga : Hah, cuba bayangkan kalau mulut duduk kat belakang kepala, mata kat depan macam biasa, macam mana tuan nak bercakap dengan orang? Mata mesti nak kena tengok orang yang bercakap, mulut pulak kat belakang, nak kena jerit kuat-kuat baru orang tu dengar.
Mulut : Huh! Tak boleh, tak boleh! Mulut kena duduk depan sekali dengan mata jugak. Hmm, memang tak boleh nak duduk tempat lain ye.
Hidung : ... *gelak guling-guling dalam hati* (hidung ada hati ke?)

Telinga : Ah, aku sedang bayangkan diri aku duduk kat tempat mata.
Mulut, Mata & Hidung : ... *sedang membayangkan*

Lalu ketiga-tiga anggota pancaindera itu pun gelak guling-guling.

Mata : Hakhakhak! Aku  masih tak dapat bayangkan walaupun dah 'hang' kejap tadi. Kalau kau duduk kat tempat aku, aku nak duduk mana pulak? Takkan kat kepala lutut kot? Hang fikir la bebetul oi!
Mulut : Mau nak pecah aku ni gelakkan kau wahai telinga. Hahaha. Kalau kau duduk kat situ, aku boleh bayangkan macam mana kelakarnya wajah tuan. Hahaha!
Hidung : ... *hampir-hampir pengsan sebab tahan gelak*

Mulut : Hei, asyik cakap kita bertiga jer, apehal kau diam je hidung? Komen la sikit soalan pandai si mata neh.
Mata : Hoi cakap betul-betul sikit ye, soalan tu masuk akal tau. Ha, hidung, taknak bagi feedback sikit ke? Mana tahu kau tengah bayangkan kat mana tempat duduk kau selain kat tempat asal.
Telinga : Rileks la bro, kita tengah hilang tension je ni dah tuan asyik tido je memanjang. Bagi lawak la sikit hidung...
Hidung : ... *tak tahu apa nak cakap*

Mulut, mata, telinga, hidung : .... *diam*

CK : Ah, apa kata kalau aku yang join korang, okey tak? Aku pun tengah bosan ni.
Telinga and mulut : Huh? Siapakah CK ni?
Mata : Cik K lah, tuan punya idea pasal cerita kita ni lah. Ape la korang ni, tau lah tak boleh nampak, at least pakai la kelebihan korang tu.
CK : Dah3. Ni nak cakap sikit ni tentang kenapa kedudukan korang semua bukan kat lain tapi atas kepala. Berdasarkan idea yang korang bualkan tadi, mesti dah bayangkan keburukan kalau tempat duduk korang lain dari yang asal, kan? Sebab itulah, kita perlu bersyukur atas apa yang telah diberikan. Setiap anggota mesti ada kelebihan sendiri yang dah diciptakan dengan sebaiknya oleh Maha Pencipta. Situasi yang sama boleh diaplikasikan kepada setiap manusia. Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Dan kedudukan mereka pun berbeza setiap seorang. Berbeza darjat, berbeza kekayaan, berbeza ujian, semua berbeza. Tapi semua ada tujuan dan destinasi yang sama. Seperti korang semua, tujuan korang wujud ialah untuk membantu tuan korang untuk bergerak, berfikir, mengambil tindakan.

Mata, mulut. telinga, hidung : Oooo...

Tapi, manusia ni disebabkan ada akal, makin banyak pula alasan yang nak dikeluarkan. Makin banyak komplen yang dikeluarkan. "Kenapa aku tak dilahirkan kaya, cerdik pandai?", "Kenapa aku ditimpa bala musibah yang tak henti-henti?" Kenapa dan kenapa. Jangan banyak komplen. Manusia kena berfikir kenapa diberi ujian sebegitu rupa, kenapa diberi kelebihan. Kata orang, 'Fikir dulu sebelum buat'. Ayat tu betul. Sebelum nak start komplen, apa kata kita fikir dulu disebalik apa yang terjadi pada diri. Dan kembali kepada takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.

Take your time, and think. =)

p/s : Sampai akhir, hidung tak berkata apa-apa pun. Kerana dia sebenarnya tak pernah terfikir untuk komplen kenapa duduknya di tengah-tengah muka bukan di kepala lutut. Haha.

Aug 10, 2010

Si bisu ingin berkata-kata...

Assalamualaikum!

Aku tak tahu dari mana datangnya idea ni. Tapi, layankan je lah ye?

Alkisah, pada suatu zaman itu,(toyyib!) terdapat seorang lelaki sederhana yang sangat pendiam dan pemalu. Dia memang kurang sekali berkata-kata. Dia tinggal berdua bersama ibunya yang sudah tua. Ibunya bekerja sebagai peniaga buah anggur di sebuah pasar di tengah pekan. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari ibunya meminta dia menjaga gerai anggur itu berseorangan memandangkan pada hari tersebut berlaku kematian saudara dekat ibunya. Maka pemuda itu bersetuju tanpa banyak soal.

Di bandar, ramai penduduk keluar bersiar-siar dan membeli-belah kerana hari itu adalah hari Selasa, satu-satunya hari hujung minggu di zaman itu. Seperti yang dijangkakan oleh pemuda itu, jualan anggurnya pada hari itu sangat lumayan. Apabila tinggal satu sukatan terakhir stok buah anggurnya, datang seorang gadis untuk membeli anggur yang terakhir itu. Gadis itu tidak boleh bercakap. Bisu. Dia hanya menulis di atas kertas. Pemuda itu hanya menurut tanpa berkata-kata.

Gadis itu hairan lantas bertanya (melalui tulisan),

"Wahai pemuda, adakah engkau bisu sepertiku?"

Lantas pemuda itu menjawab, "Tidak."

"Kalau macamtu kenapa kamu tidak ketawakan aku? Kenapa kamu berdiam diri saja?"

"Kenapa aku perlu ketawakan kamu?"

"Biasanya setiap pemuda yang aku jumpa akan ketawakan aku dan mengejekku kerana bisu. Aku seringkali berasa sedih dengan nasibku yang bisu ini. Alangkah baiknya jika aku boleh bercakap."

Pemuda itu terus menjawab, "Tiada apa yang lebih teruk daripada lidah kita sendiri. Kerana lidah kita boleh binasa. Kamu patut bersyukur saja kerana tidak boleh bercakap."

"Kenapa kamu cakap macam tu? Teruk sangat ke lidah tu?"

"Jika kamu punyai kelapangan masa, mari aku bawa kamu berjalan di sekitar pekan ini memandangkan jualan anggurku dah habis."

Gadis itu hanya menurut. Dalam perjalanan itu, mereka berdua bertemu seorang makcik tua. Makcik itu kemudiannya berbual dengan pemuda itu. Makcik itu menceritakan tentang keburukan seorang fakir miskin yang meminta sedekah yang tinggal di tepi jalan tidak jauh dari tempat pemuda itu berniaga. Dengan semangatnya makcik itu menebarkan fitnah, serta menghina kedaifan peminta sedekah itu kepada pemuda tadi. Si pemuda dan gadis hanya berdiam diri dan mendengar.

Setelah selesai bebelan makcik tadi, mereka meneruskan perjalanan. Kali ini mereka terjumpa pula dengan seorang penyajak yang terkenal. Penyajak tersebut mendeklamasikan sebuah sajak yang memuji-muji seorang pemerintah kejam dan menyangkal kejahatan yang telah dilakukan oleh pemerintah itu. Dia juga menggunakan kata-kata indah yang dusta untuk menarik perhatian penduduk miskin yang tidak tahu-menahu tentang kejahatan yang telah dilakukan oleh pemerintah yang diperkatakan. Dia juga menyatakan yang pemerintah itu menjanjikan harta kekayaan kepada rakyat yang patuh akan arahannya. Ramai penduduk tertarik dengan syair itu. Tetapi pemuda dan gadis tidak berkata apa-apa dan berlalu dari kumpulan orang ramai itu.

Setelah penat berjalan keliling kota, mereka berdua berhenti rehat di sebuah gerai minuman yang dimiliki oleh seorang lelaki yang dikatakan sombong. Selesai mengambil pesanan minuman, tuan kedai tadi terus bertanya tentang pemuda itu,

"Anak siapakah kamu ini?"

Pemuda menjawab, "Aku anak Senah binti Hasan yang tinggal di kaki bukit di hujung pekan."

"Oh, anak Hassan si miskin itukah? Patut la baju kamu compang-camping saja. Anak si miskin rupanya. Kamu patut tinggalkan saja ibumu dan bekerja sebagai anak dagang di pelabuhan. Barulah nanti kamu akan jadi kaya sepertiku ini. Dulu aku juga meninggalkan ibubapaku yang miskin dan pergi mencari harta dan sekarang lihatlah diriku yang senang-lenang ini. Semua ini hasil titik peluhku sendiri. Kamu kena pakai sikit otak kamu tu untuk cari kesenangan, jangan biar sia-sia saja."

Si gadis yang mendengar terkulat-kulat sambil memandang si pemuda yang dari tadi kelihatan tenang dan diam saja.

Dalam perjalanan pulang, si pemuda tadi memulakan bicara, "Yang kamu lihat tadilah contoh manusia yang membinasakan diri dengan lidah mereka sendiri. Apabila sudah takde kerja lain yang nak dibuat, lidah itu digunakan untuk mengumpat dan mencerca keburukan dan kelemahan orang. Juga si penyair tadi yang berdusta kepada penduduk pekan. Lidah yang berharga itu digunakan untuk berdusta. Setelah dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, lidah berharga itu digunakan untuk bermegah-megah dengan diri sendiri dan merendahkan orang lain tanpa bersyukur kepada Tuhan yang memberi kesenangan kepadanya. Jadi, wahai gadis, masihkah kamu ingin berkata-kata?"

Maka si gadis itu menggeleng sambil berkata, "Jikalau aku boleh bercakap, aku mungkin akan lupa akan diri dan mungkin akan mensia-siakan nikmat berkata-kata itu ke arah keburukan. Oleh itu, biarlah aku tak boleh bersuara. Tiada siapa akan terluka dengan kata-kataku, dan semoga kuranglah dosaku daripada lidah. Semoga Tuhan menjaga hatiku supaya tidak menghina manusia di dalam hati."

Sekian, terima kasih. Wah, dah lama tak menulis cerpen. Harap korang enjoy baca ni walaupun aku rasa, situasi dalam cerita ni agak tipikal. Hehe. Sekadar renungan bersama.

p/s : Slogan cik K : Diam itu lebih baik. =)


kyaa! Sebastian-san!


Banyak alasan betul kita ni, kan?

Assalamualaikum.

Pada hari kiamat, Allah S.W.T akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu :


  • Menolak alasan orang-orang kaya dengan Nabi Sulaiman a.s. Jika si kaya berkata, "Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat." Maka dijawab, "Engkau tidak lebih kaya daripada Sulaiman a.s tetapi kekayaannya tidak melupakannya dari beribadat."
  • Jika hamba sahaya berkata, "Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah SWT menjawab : "Yusuf a.s menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangnya untuk melakukan ibadat."
  • Jika si miskin berkata : "Kemiskinanku itulah yang menghalangku untuk beribadat kepadaMu.'' Maka Allah SWT menjawab : "Engkau tidak lebih miskin daripada Isa a.s tetapi dia tidak terhalang untuk melakukan ibadat."
  • Jika si sakit berkata : "Penyakitku itulah yang menghalang aku untuk beribadat." Maka Allah SWT menjawab : "Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub a.s tetapi dia tidak terhalang untuk ibadat kepadaKu.

Wallahua'lam.


Kalau nak tengok dalam kehidupan seharian di dunia pulak, kita manusia ni pun macam-macam alasan dan dalih. Kalau ikutkan kata nafsu, begitulah jadinya. Satu lagi tabiat buruk manusia, suka menyalahkan orang lain. Ianya atas dasar ego, tak mahu terima kesilapan sendiri, then nak salahkan orang lain. Cukuplah tu berada di dalam zon selesa. Sempena bulan Ramadhan ni, marilah kita bersusah-payah sedikit kerana Allah. Marilah menuju kejayaan dan kekayaan di akhirat. Kekayaan di dunia boleh ditangguh. Tetapi kematian tak boleh ditangguh. Kalau maut tu datang sekarang, sekarang lah sama ada kita banyak beramal soleh atau pun tak. Semoga hati kita semua gentar apabila mengingati mati.

p/s : Selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun lepas.



babai syaitan... sekarang kita bertarung dengan nafsu kita sendiri pulak.



Aug 8, 2010

The meaning of friendship.

Assalamualaikum. 

I don't know why, people asked me who is my best buddy in my Formspring. It's like she/he wanted to find the weak side of mine. Huh, like I really cares.



I don't want to be like this. This is a real baka*


Kenapa perlu sibuk siapa kawan baik siapa? Tak. Kenapa perlu sibuk hal sosial orang lain? Jaga hal sosial sendiri. Padahal banyak lagi hal yang lebih penting untuk diambil tahu. Pelajaran agama contohnya. 

p/s : Sejak akhir-akhir ni aku dengar ada orang yang aku kenali intip-intip blog aku tanpa tinggalkan kesan (via Fb). Hai stalker(s). ;DD

*baka = bodoh, stupid in Japanese.


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro...


Aug 6, 2010

Something to talk about : Wiwi

Assaalamualaikum!

Apa khabar? Dua hari ni aku busy dengan kenduri naik rumah baru mak aku di kampung. Hais~ Seperti yang aku jangkakan, bebelan beliau yang aku terima kali ni lebih banyak dari biasa. Berkarung-karung diberinya. Heh.

Dan rindu aku padanya semakin kuat...



si pencipta masalah...


sang setia...


peneman study...


penjaga Yuuki...


paling mengada-ngada...


I miss you, Wiwi. Hope we can see each other again. Wait for me, i'll come to see you soon. ;DD

p/s : Satu settle, satu lagi timbul. Fitrah hidup. Yang penting, aku sentiasa cool. XD


Aug 4, 2010

Padang Mahsyar - Bayangan manusia yang berdosa...

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W.

Antara gambaran manusia di padang Mahsyar :

Berwajah kera
Suka menabur fitnah sesama manusia.

Berwajah Khinzir
Suka memberi dan menerima rasuah.

Buta kedua belah mata
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman.

Pekak dan bisu
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

Tubuh yang mengalir nanah & darah yang amat busuk serta menikam lidahnya berulang kali
Golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

Badannya luka seperti dihiris
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran.

Berjalan terhuyung-hayang seperti cacat
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan.

Berjalan seperti mabuk
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia di dalam masjid.

Rupa badannya seperti khinzir
Suka makan riba'.

Tidak bertangan dan tidak berkaki
Suka menyakiti & menyusahkan jiran sekeliling.

Wajah dan badannya seakan khinzir
Suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya sehingga sering terlupa rukun.

Perutnya dipenuhi ular dan kala jengking yang sering menyengat-nyengat
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan dan lain-lain zakat.

Badannya sangat busuk seperti bau bangkai
Melakukan maksiat secara sembunyi.

Tidak berlidah dan darah yang busuk mengalir dari mulut
Malas dan jarang mengucap kalimah syahadah.

Berjalan kaki ke atas dan kepala ke bawah, darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan
Suka melakukan zina.

Muka hitam dan perutnya dipenuhi api
Suka makan harta anak yatim.

Kulit dipenuhi sopak dan kudis
Orang yang menderhaka kepada orang tuanya.

Giginya seperti tanduk lembu, lidah terjelir hingga ke perut, najis dan kencingnya sentiasa keluar dari kemaluan
Orang yang suka minum arak@ segala jenis benda yang mengkhayalkan seperti dadah dan lain-lain.

Sama-sama kita ambil iktibar dan segera bertaubat. (-.-)

source : http://alkurawi.blogspot.com




p/s : Mood gembira. \^0^/

ja ne!

Aug 2, 2010

Something to talk about : Aku and Spider

Assalamualaikum!

Lamanya tak update. Aku tak cukup idea and hujah nak menulis hal-hal isu semasa. Tapi selagi hidup selagi tulah misi dakwah masih menjadi tanggungjawab semua. Tahukan setiap dari diri kita ada tanggungjawab dakwah? Paling-paling kurang, dakwah kepada diri sendiri.

Aku dan labah-labah.

Aku mempunyai fobia terhadap labah-labah. Serius! Walaupun yang kecik yang kalau pijak pakai jari manis kaki pun boleh mati tu. Bukan tu saja, labah-labah yang kaki panjang and halus saiz macam nyamuk tu pun aku takut. Ah, tolonglah. Bagilah cicak ke ulat bulu ke ulat beluncas ke, tak geli. Benda tu je yang aku tak boleh. Baru cakap yang kecik, kalau yang besar, ya Allah. Kalau dia menetap kat bilik air tu 3 hari, 3 hari la aku tak masuk. Lepas tu ada pulak yang gatal-gatal naik atas kaki aku la, melintas atas tangan aku la. Tak ada tempat lain ke nak melintas? Kalau nak tengok time aku menjerit ketakutan, memang bila aku terkejut dengan labah-labah la. Kat rumah aku boleh tahan banyak jugak. Kadang-kadang bila aku tengah rehat-rehat depan tv, pastu nampak benda tu (besar pulak tu!!!) berlari-lari ke arah aku, memang aku berpencak silat terus kat situ sambil jerit2. Urgh! Masa bercerita ni pun aku still rasa geli. Tak tahan, tak tahan.


oh-oh, kalau cartoon punye style aku boleh tahan lagi.


Tapi, makhluk ni la yang membantu Rasulullah masa nak berhijrah. Ingat kan bila Baginda sembunyi di Gua Thur dan labah-labah menutup lubang gua dengan sarangnya. 

Tapi walaupun aku geli, aku tak bunuh benda tu. Aku tak berani pun nak dekat apa lagi nak bunuh. Wahai labah-labah, lari jauh-jauh dari aku ye? 

Nasib baik mesir takde labah-labah... ="=


Hey! Bella perv!

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...