Nov 24, 2011

Musim sejuk.

Assalamualaikum.

Musim sejuk. Musim yang aku nantikan kerana pada musim ini malamnya panjang. Aku pencinta malam, bulan dan bintang. Nama samaran aku di sini Laila (malam), kebiasaannya aku gunakan jika Arab bertanya namaku. Biasalah, di sini semua orang pun tak boleh nak dipercayai (walaupun aku tau itu kelemahan aku).

Segala baju nipis sudah disimpan elok-elok, ditukar ganti dengan baju tebal dan winter coat yang sudah digantung di dalam almari. Selimut tebal pun sudah dikeluarkan dari simpanan, heater, dan tak lupa selipar bilik (selipar bunny yang macam teddy bear) juga sudah dibeli. Haha, tak perlu mention semua tu kot.

Minggu lepas, ketika aku keluar melepak dengan kawan-kawan di Hayy 'Asyir, aku bertuah dapat merasa hujan perubahan musim. Kebetulan ketika tu aku berdiri di bawah langit malam, tiba-tiba hujan gerimis turun. Semua orang mencari perlindungan, cuma aku yang kekal berdiri di bawah hujan. Aku cintakan hujan. Demam teruk baru je nak hilang masa tu, nasib baik tak melarat.

Dua hari lepas aku ber-Skype dengan mak. Aku nampak mak macam sangat kebosanan. Setiap minggu pasti dia akan balik ke rumah barunya di kampung. Rasanya kalau aku ada di Malaysia, dia jarang pun ke sana. Mesti tiada orang yang nak dengar bebelan dia kat rumah. Aku je yang sanggup tadah telinga dengar panahan petir dari mulutnya. Sabar ye mak. Adik-beradik aku pun semuanya masih sama. Abang aku masih sama, masih belum stabil kewangan sendiri. Abah juga tiada khabarnya. Perbicaraan terakhir di mahkamah antara mak dan abah dijadualkan pada minggu depan. Masa seakan sangat lambat bergerak di sana.



Aku disini sedang mengalami tahap semangat yang paling rendah. Aku hampir hilang semangat di dalam diri. Aku sedang mencari penyelesaian untuk ini. Dah bermacam-macam cara yang aku gunakan, tapi masih sukar untuk aku atasi masalah ni. Tuhan, tolonglah, disaat aku masih sendiri, aku sangat perlukan semangat ni untuk bangun dan berdiri dengan sendiri.

Minggu depan genap 21 tahun aku hidup.

Ja ne.

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...