Nov 3, 2010

Wahai Tanah Yang Indah...

Assalamualaikum.

Aku berjalan dalam dunia yang kecil. Aku anggap aku dah habis berjalan di dunia yang aku anggap kecil. Tapi, bila aku sampai ke tanah paling hujung, aku tiba-tiba nampak ada lagi tanah yang belum dipijak di penghujung lautan sana.

Dalam perjalanan yang tiada haluan yang menentu, aku terjumpa tanah yang selalu hujan turun kepadanya, aku jumpa juga tanah yang selalu kering. Sambil jalan lagi, aku jumpa tanah yang mempunyai taman bungaan yang wangi, juga ada tanah yang sering berbuah-buahan dan sayuran yang subur. Tidak kurang juga, ada tanah yang penuh dengan pohon2 berduri dan bungaan berbisa.



Aku terfikir, ada lagikah tanah yang belum aku jejaki? Aku berjalan lagi.

Maka di dalam perjalananku juga, hatiku terpaut terhadap satu tanah ini. Aku tertarik dan terleka bermain di taman di tanah ini. Aku ingin sekali memiliki tanah ini. Setelah lama asyik bermain di taman tanpa mengenali tanah ini, aku tiba-tiba terserempak dengan permaisuri tanah ini.

Akhirnya, aku ketahui, tanah ini bukan milikku. Tanah ini sudah mempunyai permaisuri yang bertakhta di taman nan indah ini. Maka, dengan hati yang kecewa dan sedih ini, aku terpaksa meninggalkan tanah ini. Mungkin aku tidak layak untuk menetap di taman tanah ini.

Mungkinkah aku akan bertemu tanah yang mempunyai taman indah yang layak untukku menjadi permaisurinya? Aku takkan tau, berapa lama lagikah, dan berapa banyak tanah lagikah perlu aku jejaki sehingga bertemu dengan tanah yang dapat aku duduki, berehat, bermain, dan hidup bahagia di tamannya. Jadi aku berkeputusan, aku akan menyambung perjalananku ini, cepat atau lambat, akan ada sebuah tanah yang khas menjadi milikku saja.

Sepanjang hidupku, sudah dua tanah yang pernah aku singgah kerana tertarik dengan keindahannya. Namun, seperti tadi, taman-tamannya sudah dimiliki permaisuri-permaisuri rupawan. Dan, nampaknya untuk kali ketiga ini, juga seperti yang dua yang terdahulu. Aku terpaksa tinggalkan tanah yang aku puja ini.

So yea, i'm emo. Tch. Isk, kecewa itu sakit. =(

P/S : I won't promise that I will be myself for these couple of days, but, I will try to smile like I always did. ^^

13 comments:

suzie rahman said...

nape ni..sedih je..jgn r sedih..kimmy kna salu hepi taw. tanah = hati yer..suker cra kimmy luah kan perasaan.. insyallah kimmy akan dapat "tanah" yg mmg kimmy sorg akan jd permaisuri hakiki di situ.sabar yunk..

lady-D said...

jgn sedih2,..aja2 kimmy !luah jer kat kitorang..kitorang sudi membaca ;)

'Athifah Markzzaki said...

suzie - yeah, thanks akak comel! ;DD

d_LA - haha. of course lah.. thanks syg.. ;))

Unknown said...

masih banyak lagi tanah yg indah.. sauatu masa sure akan jumpa tanah yg paling sesuai

MOFASAD said...

alololololo~

Anonymous said...

jangan mudah jatuh hati..
kena sedar ada lelaki yg ramah dan pandai mengambil hati, tapi the fact is dia layan semua orang sama..

jangan mudah mengharap..
kerana harapan itu sakit, dan sakit itu memang menyakitkan..

jangan mudah berputus asa..
kalau rasa dia yang terbaik, katakan kerana tak salah perempuan memulakan..
~1st time ckp cmni evn macy xkn wt..

last sekali jgn bersedih..
kerana al-baqarah : 216~

Amni said...

dear, bersabar dengan hati itu jihad jugak kan? Dia uji untuk kita jadi lebih kuat... kecewa memang sakit... tapi berusaha bangkit dari kekecewaan itu akan menjadikan kita insan yang lebih matang...

sakit kecewa takkan biasa buat kita senyum.. tapi mana taud engan senyum rasa kecewa itu sembuh kan? mudah-mudahan jumap tanah yang memang untuk kamu.. amin,... chill ya!

Mr. Asada said...

kat egypt ni punya lah banyak tanah.. nak yang berbunga? nak yang bertaman? nak bergurun? tinggal mau atau tidak berjalan atas tanah tu.

jangan sedih2 jangan emo2.. emo tu sakit, kenapa nak emo kan?

baik makan kwetiaw, kwetiaw itu sedap. lebih2 lagi kwetiaw kerang. pehhh..

'Athifah Markzzaki said...

@mata hati - insyaAllah. =)

@Mofasad - isk~

@macy - haha. thanks.. macy, saya xde kekuatan meluahkan persaan... isk2~

@amni - yup, kesabaran itu perlu. just take one step at a time lah.. insyaAllah ;)

@asada - haha. susah utk saya melangkah di atas tanah tu. ;) yeah, emo sakit tapi manusia biasa susah nak tipu diri sendiri.. err..bila nak belanja saya kwetiaw? ;DD

Un Phat Lee said...

takpe banyak lagi tanah lain.ehe.

Anonymous said...

maCy pun gemar menyimpan.. tapi kadangkala bila simpan tu makan diri..

tanah yg cantik tak semestinya tanah yang bersih.. tanah yang cantik tak semestinya tanah yang baik.. barangkali tanah yang cantik tu mempunyai seribu satu racun di dalamnya~

jangan bersedih~

Noru Amran said...

it takes time to heal.
ada someone pernah share macam ini.
cintakan yang sepatutnya, then batu kita dapat cinta yang kita nak.
sepatutnya = ALLAH s.w.t.

=)

'Athifah Markzzaki said...

phat lee - kau nak jadi tanah tu?? ;DD

macy - thanks syg. =)

cahaya - yup, it takes time. really...

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...