Oct 11, 2010

Maratib Amal - Menyingkap Tanggungjawab sebenar kita.

Assalamualaikum!

Aku dah lama nak post tentang ni tapi asyik lupa dan bila ingat balik mesti tak jumpa kat mana letaknya artikel tu. Pertama, aku lupa sebab dah sangat lama aku berjanji nak tulis tentang ni dalam entry Pak Cik Hassan. Ingat lagi tak? Aku rasa pembaca tegar blog ni (ada ke? sila angkat tangan.. aku nak tau jugak neh..) pun mesti dah lupa sebab dah lama entry tu. Kedua, bila ingat, mesti tak jumpa artikel then susah la nak tulis tanpa rujukan yang sah. Hais~

Ni adalah hasil dari usrah kat sini yang aku sertai yang bertajuk Open Your Eyes masa musim winter yang lalu. Ya, dah lama pun tapi aku still ingat. Perbincangan dalam usrah tu menyebut dan menyingkap kembali zaman kegemilangan dan reflection tentang zaman yang kita hidup sekarang. Ianya amatlah berbeza!

Untuk membuka perbincangan ini, aku akan memulakan dengan menyingkap kembali sejarah awal Islam dan perkembangannya melalui jadual yg aku dah edit dari yang aku dapat dari usrah tersebut.



Penerangan bagi jadual ni :


  • Pada era Jahiliyah, tiada dakwah Islamiah sebab Nabi Muhammad S.A.W still belum lahir. So, daulah (negara) Islam masih belum ada, begitu juga dengan tamadun Islam, lagilah jauh.



  • Kemudian, Muhammad bin Abdullah lahir di Makkah pada tahun 570 M dari kalangan puak terbesar dan terkuat di Makkah, Quraisy. Selepas diangkat menjadi Rasul pada tahun 610 M, baginda menyampaikan dakwah secara sulit selama 3 tahun dan terang-terangan selama 20 tahun. So di Makkah, hanya ada dakwah Islamiah, daulah dan tamadun still belum wujud.



  • Hijrah berlaku pada tahun 623 M. Madinah menjadi daulah dan pusat pertama penyebaran Islam. Masjid Nabawi didirikan, Piagam Madinah dilaksanakan, seruan Jihad, dan beberapa siri peperangan. Setelah Perang Mut'ah berakhir, Fathul Makkah (Pembukaan Makkah) merupakan peristiwa kemuncak dalam sejarah penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W.



  • Pada era Khulafa' ar-Rasyidin juga masih belum clearly wujudnya Tamadun kerana di sepanjang era ni, para pemimpin lebih menumpu ke arah pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiah.



  • Zaman Umayyah merupakan permulaan sebenar ketamadunan Kerajaan Islam. Kerajaan ini berlangsung selama 90 tahun. Era pemerintahan Bani Umayyah menyaksikan usaha perluasan wilayah Islam dilakukan secara besar-besaran. Antara misi : Constantinople, Afrika Utara, Sempadan India dan Andalusia.



  • Zaman Abbasiyah ialah zaman kemuncak kegemilangan Kerajaan Islam di mana, Ustaziatul Alam (world order) di dalam tangga Maratib Amal berlaku. Di sepanjang kerajaan ni, untuk menguasai sesuatu bidang, seseorang perlu belajar arab dulu. Pemakaian/fesyen Islam ditiru, kerajaan yang digeruni di seluruh dunia. Semua penduduk tunduk pada sistem Islam walaupun ada penduduk bukan Islam. Pada zaman ni, wilayah taklukan terlalu luas sehingga tiada lagi kawasan untuk dibuka, so zaman ni lebih menumpu pada pembinaan tamadun. Pendalaman ilmu dan pelbagai penemuan kajian oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam termasuk ilmu Sains dan teknologi. Zaman nilah yang aku kata Islam pernah menakluki 2/3 dunia.



  • Era Abbasiyah berakhir dengan kebangkitan tamadun barat melalui Perang Salib dan Serangan Mongol. Namun, selepas era tersebut wujud Kerajaan Turki Uthmaniyah. Peristiwa yang paling terkenal pada era ini ialah pembukaan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad II (Muhammad al-Fateh). Tapi, ketamadunan masa tu dah jatuh. Kerajaan Turki Uthmaniyah kalah dalam perang dunia pertama. Sistem khilafah di Turki kemudiannya dimansuhkan oleh Mustafa Kamal. Sistem khalifah yang sebelum ini menjadi tonggak or tunjang utama dalam pemerintahan hilang dari tangan umat Islam.



  • Zaman kini. Nak aku singkapkan jugak ke? Simple dikatakan, umat Islam sekarang ketiadaan tamadun dan daulah. Memang wujud negara-negara Islam tetapi tidak mengamalkan Syariah Islamiyah secara menyeluruh menyebabkan daulah itu tidak dikira daulah Islamiyah. Sistem undang-undang juga dipengaruhi Barat, bukannya dengan pelaksanaan hukum dalam Islamic Syariah.

Jadi, apakah kaitan sejarah Islam, dunia sekarang, dan Maratib Amal? Apakah tanggungjawab sebenar kita di samping Maratib Amal? Akan disingkapkan pada episode akan datang. Nantikan...


No comments:

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...