Assalamualaikum!
Weee! Cik K sangat gembira! Rasa macam nak melompat ke langit mencecah bintang yang paling jauh! Hahaha. Actually ceritanya macamni, tadi cik K pergi jumpa ummi ambil borang yayasan terengganu. Balik rumah terus buka, tak sabar sangat kan nak tengok macam mana rupa borang "mahal" tu.
Buka je sampul surat tu, terdapat sehelai kertas separa usang bertulisan tangan. "Eh, macam kenal je tulisan ini", getus hati cik K. Maka cik K terus membacanya tanpa berfikir panjang...
"Assalamualaikum
Anakanda yang diingati lagi dikasihi.
Keluarga di sini sihat2 belaka, baby baru ok kuat ngat nyusu dan kuat nangis jugak.
Apih macam dia lah kadang2 niaga, duit habis dah hok raya baru ni. Mak nega lagi, masuk kerja semula lepas Raya Haji. Orang2 Dungun sihat2 jugaklah. Mak Teh buat siling rumah.
Bersama ini mak kirim borang yayasan untuk perjanjian. Baca arahan dgn betul sebelum isi borang dan tandatangan. Penjamin I adalah mak. Penjamin II mak carilah dan saksi pun mak cari di sinilah. Bahagian mak tu Pah tolong tulis lah nama. Hal2 berkaitan kedudukan kewangan mak isi sendiri. Surat akuan m/s 4 bhg Pesuruhjaya Sumpah mak akan buat di Trg.
Harap makan ubat dan jaga diri baik2. Salam, juga untuk roomate Pah."
Hamidah Salleh
Haha! Ini yang original version punya aku copy paste direct ke sini siap dengan slang terengganu lagi mak aku tulis. So, tak faham boleh tanya ye? Haha. Tapi yang bestnye, siap mak aku bagitau satu-satu apa nak buat dengan borang YT tu. Haha. Comel kan mak aku? Seriously, aku taip sebiji2 macam yg asal beliau tulis.
Surat yang original ni aku nak tampal depan mata aku kat meja study, buat pembakar semangat. Saya sayang mak saya! ;)
Aku down dah hampir seminggu. Aku sangkakan akan down lebih lama lagi. Tak sangka rupa-rupanya aku akan dapat penawar dari kejauhan. Terima kasih mak.
Notes :
Baby baru = anak saudara terbaru no.6 aku. anak kakak nombor 2.
Nyusu = menyusu
Org2 Dungun = saudara2 sebelah mak aku. Kampung aku di Dungun.
Mak Teh = mak saudara aku, kakak mak aku, merangkap mak angkat aku yg jaga aku masa kecik dulu.
p/s : Nama timangan aku Pah. Hehe. Tapi aku tak suka kalau orang selain keluarga aku panggil nama tu. Memang aku akan kecam habis-habisan. Silap2 boleh makan penampar aku. Seriously. Okay, itu bab lain.
Ja ne!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kau rasa?
Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...
-
Assalamualaikum~ Every woman is beautiful~ Yes, there's no doubt about it. It depends on how you look at that woman. She's maybe be...
-
Assalamualaikum! Salam pagi jumaat! Dalam entry lepas aku ada tulis yang semalam aku nak keluar main bowling dengan seorang blogger yang...
7 comments:
hihihi.. mesti geli hati sendiri baca surat ni kan. semangat! semangat! yeah!
orang2 dungun yer.. ramai tu org dungun..
kirim salam jugak roomate tersayang tu ea.. =P
pah~
asada - kenapa nak geli hati?? sy hampir nangis tau baca surat ni.. hahahahaha.
ABG UDEAN!!!! JANGAN!!!!
act cam best klu panggil pah.. lebih mesra.
NO! NO! NO!
cute nye mak anda!! :) the letter sounds so sweet yet warming.
Post a Comment