Aku nak tanya pendapat korang, antara Yayasan Terengganu dengan JPA, mana satu nak pilih? Aku dapat kedua-dua tawaran ni. Masing-masing pinjaman, tapi jumlah yang berbeza, dan kelebihan yang berbeza. Berdasarkan kiraan, YT lebih banyak bagi pinjaman berbanding JPA. Kalau terima JPA, kerja kontrak dengan kerajaan selama 10 tahun. YT hanya kena bayaran balik, so takda ikatan kontrak kerja mana-mana, boleh je kalau nak ambik bahagian swasta. Aku nampak banyak kelebihan ke arah YT. Mak aku pun nampak gembira betul masa mesej aku awal pagi tadi bagitau YT luluskan permohonan. Satu lagi kelebihan YT, boleh jadi kita akan bayar kurang kalau result gempak. Fuh, itu part yang susah sikit bagi aku. Argh!
Sebenarnya aku taknak cakap pasal biasiswa/pinjaman kali ni. Tu belum lagi aku cerita apa aku nak buat bila dah dapat duit pinjaman. Tapi dah sah-sah la 3/4 daripada duit pinjaman tu burn awal-awal sebab nak bayar yuran pengajian. Adeh, sakit, sakit.
Aku cuma nak tanya, apa akan kita buat kalau kita diberi peluang untuk memegang sebuah kerajaan?
Kenapa? Tak berminat nak pegang kerajaan ke? Malas nak ambil tau? Lepas tu kalau jumpa anak muda sebaya kita yang bercakap panjang tentang impian sebuah kerajaan, kita pun mencebik sambil cakap dalam hati, "Ceh, macam layak je nak memimpin negara..."
Impian penggerak masa depan.
Yes. Kita takkan nampak apa yang ada di depan kita. Tapi apa perancangan kita untuk 10 tahun akan datang? Apa yang kita nak jadi di dunia ni? Apa yang kita nak sumbangkan kepada umat akan 10 tahun akan datang? Adakah kita nak hidup sebagai orang yang biasa, belajar sampai grad, dapat kerja dapat duit, kahwin, dapat anak, kerja, dapat anak, kerja, dapat anak, kerja, dapat anak/cucu, bersara, meninggal dunia.
"Alah, bukan tak buat apa-apa tu... tak tahu ke sepanjang tu aku beribadat penuh, InsyaAllah bekalan untuk aku bawa kat akhirat nanti."
Ada satu tanggungjawab yang paling penting yang kita tak sedar dan rasa susah nak buat. Dakwah. Itu tanggungjawab setiap manusia. Kalau dah dapat pengetahuan kepada kita, kita wajib sampaikan kepada orang lain. Kalau kawan kita buat salah, tapi dia tak tahu benda tu salah, dan kita tak beritahu dia yang benda itu salah, kita pun bertanggungjawab nanti. Inilah antara tanggungjawab yang paling berat selain daripada tanggungjawab kepada ibu bapa.
Teknologi moden.
Siapa yang cakap tak dapat pengetahuan dan ilmu, aku ketuk kepala. Dalam internet berlambak-lambak ilmu pengetahuan. Cuma kita nak cari atau tidak je yang jadi masalah sekarang. Tapi kena berhati-hati bila mencari ilmu. Mungkin ada yang dah diseleweng orang pihak yang tidak bertanggungjawab atau nak khianat agama Islam. Macam mana nak tahu yang ilmu itu betul-betul atau salah, rujuklah pakar dalam ilmu tersebut. Tanya beliau yang sumber ini dan itu boleh dipercayai atau tidak. Ustaz-ustaz berlambak, takkan nak buat show sahaja? Nak-nak kalau yang kat Mesir ni kan, banyak sheikh2 handal dan hebat, rugilah kalau tak bertanya soalan-soalan berkaitan agama. (aku belum pernah jumpa pun syeikh2 kat sini.)
"Kenapa nak fikir nak memerintah kerajaan? Kan sistem demokrasi dah berjalan, walaubagaimanapun, pemimpin tetap akan dilantik melalui pilihanraya. Yang kita nak kisah kenapa?"
Bukan itu soalnya. Soal sekarang, disebabkan demokrasi itulah kita kena berhati-hati untuk memilih pemimpin. Untuk itu, rakyat kena tau lebih banyak pengetahuan supaya mereka boleh berfikir dengan lebih baik dan nampak segala kebenaran yang nyata supaya pemimpin akan datang tidak disalah pilih. Tujuan kita hanya satu, nak dapatkan keredhaan Allah dan kejayaan di dunia dan akhirat. Siapa kata islam dan kerajaan tak boleh dicampur aduk? Tak belajar sejarah ke? Meh belajar sejarah kat sini. Siri kedua tentang entri tersebut akan dipublish tak lama lagi. Aku belum cukup sumber penguat untuk completekan siri kedua.
huh? internet ada dead end ke? Haha. itu lawak.
Kesimpulannya, aku membebel panjang ni cuma nak cakap, supaya cuba reflect balik apa tujuan kita hidup, and try to think out of the box. Try to think beyond your imaginations. Try to think, what will you do if you have to rule a country. What you should do with the country in your hand. How can you relate that responsibility with the religion. What can you do to rule the country and also gives dakwah to the people in your country. What you will do? The choice is in your hands.
Last but not least, aku nak minta korang baca entry seorang saudara seagama aku yang ini dan ini. Walaupun beliau juga ambil dari sumber lain, tapi apa salahnya saling melebarkan sayap dakwah. ;)
p/s : Aku tak faham kenapa sejak akhir-akhir ni entry aku agak panjang lebar. Aku rasa macam tak cukup masa untuk sampaikan segala pengetahuan yang aku dapat. Rasa kalau boleh, aku nak habiskan seluruh masa untuk sampaikan semuanya yang aku tahu.
p/s/s : Datang idea baru lagi untuk projek besar dalam hidup aku. Gembira. ;D
6 comments:
ish~~ xkn ko nk amik dua2 kot...
hehe~~
amik yt lah thifah!!
biarpun kne bayar blik..
at least lebihan tuh bole tampung keperluan @ mase dpn ko...
paat - tak boleh ambil dua2.. kena pilih satu jelah.. heh..
yup, insyaAllah aku pilih YT.. ;DD
YT la best.. hehe =P
tp jumlah yg YT bg tu ckup ke tak? err..
YT la. :)
internet ni ade jugak limitnye, time-time sangkut nak bayar broadband. hahahahaha..
congratz!!! bestnye die... dpt dua2..
asada - lebih dari cukup sebenarnye.. ;)
raja fiqri fauwaz - hehehee.. xpe.. broadband memang fix 140 sebulan.. dah x lari dah.. ;D
amy - thanks~ tapi kena pilih salah satu je..
Post a Comment