Kaifahaalukum? Ana bikhoir biiznillah, Alhamdulillah~ Aiseh, cakap arab pulak? Buat-buat pandai la tuu? Aku janji entry kali ni 'pendek'. Essay ni, student SPM sila salin. ;DD
Bahasa arab dan kepentingannya.
Aku selalu dengar banyak aduan kawan-kawan and juniors and ramai lagi yang Bahasa Arab ni susah nak belajar. Ai dik, belum mula belajar lagi pun cakap susah dah? Baru dengar senior acah-acah cakap bahasa arab tu susah la, selalu fail la, dah kecut perut. Tu belum lagi experience sendiri.
Meh nak cerita sikit sejarah aku menuntut bahasa arab. Aku mula belajar bahasa arab sejak form 1. Awal-awal tu, wah, hampir pengsan nak ingat semua perkataan baru. Paling basic kita belajar, itu dan ini (haaza, haazihi, zaalika, tilka). Sambil-sambil hafal vocab baru. Adeh, english lagi senang dari ni. Betul tu memang betul. Tapi yang nampak susahnya sebab penggunaan huruf jawi tu sendiri. Tengok jawi sikit, aish, pandang sebelah mata. Padahal lebih kurang je bahasa arab dan english. Cuma english pakai abjad ABC so senang nak baca.
Pada mulanya aku risau jugak dan tanya diri sendiri mampu tak aku nak score bahasa arab dalam keadaan macam ni? Banyak kali aku terfikir untuk give up tapi tak kesampaian jugak. Dulu score asyik C-D jek. Ada je yang merah dalam kad pencapaian. Ades, sadis betul. Tapi, masa form 3 baru naik semangat sikit. Sebab tenaga pengajar (ustazah) sangat bersemangat ajar kelas kitorang. Dengan berkat sabar dan usaha, excel la aku dalam PMR. Tapi, english pulak yang B. Apesal boleh terbalik pulak ni? T_T
Masuk form 4, aku ambil pulak bahasa arab tinggi. Wah, memang tinggi betul. Markah ujian pun "tinggi-tinggi" je. Macam-macam usaha aku buat. Tanya kawan, tanya ustazah, buat group discussion, macam-macam lagilah. So, masa exam percubaan SPM aku dapat D b. arab tinggi. What? D??? Maka, aku dah bayangkan kegelapan masa depan kalau result SPM aku nanti ada D. Tapi usaha tak berhenti kat situ je. Hafal vocab. Hafal hikam wal amsal. Rujuk kamus. Group discussion. Akhirnya, result SPM aku dapat 4B. Ok lah tu kan? At least result aku nampak cantik la sikit ade A dan B je. Ahaha. Seriously, kalau tak excel b.arab komunikasi, memang susah nak score b.arab tinggi.
Then masuk matrik setahun takde kaitan langsung dengan bahasa arab. Berkarat sudah ilmu tu. Sekarang ni terbang pulak merantau ke negara arab. Awal-awal sampai, rasa terkejut dan pelik. Aku tak tau yang orang arab Mesir loghat arabnye lain dari yang standard. Bahasa di Mesir dipanggil arab ammiyyah. Kalau yang standard tu arab fushah. So, tercengang-cengang la jugak aku macam mana nak berkomunikasi dengan orang sini. Lama-kelamaan, bila banyak timba ilmu dengan seniors, dah boleh gurau-gurau dah dengan arab. Hehe. Tapi sebenarnya kalau cakap fushah pun diorang faham. Tapi tengok atas orang jugak lah. Kalau dalam kelas al-Quran, ustaz pakai arab fushah mengajar. So, lebih senang nak catch-up apa yang dia cakap. Tak ada masalah! *thums up!*
Panjang-panjang aku membebel ni apa sebenarnya yang aku nak cakap ialah, tak berputus asa berusaha. Awal-awal memang nampak susah, tapi kalau tak start, memang tak bergerak lah. Macam korang tengok sebuah bukit yang tinggi, tengok saja bukan main rasa tak larat nak daki, tapi bila jalan naik slow2, tanpa korang sedar, dah sampai ke puncak. Ha, macam tulah contohnya.
Zaman sekarang ni aku tengok budak sekolah rendah biasa pun dah ada pendidikan bahasa arab. Bagus la tu. Macam al-Quran, pelajaran bahasa arab perlu dipupuk masa kecil lagi. Walaupun bahasa arab bukan bahasa yang diguna hari-hari, tapi sangat penting untuk memahami al-Quran. Tujuan kita baca al-Quran ialah supaya kita dapat apa yang disampaikan oleh Allah. Bukan kita baca sekadar baca di mata saja. Bila kita faham maksud ayatNya, kita akan ingat, dan lekatkan dalam hati kita. That's the way untuk dekatkan diri kepada Allah.
The Giza and The Sphinx
So, good luck lah kepada yang bakal belajar bahasa arab tak kiralah di mana kita berada.
اللغة العربية لغة الجنة
Till then, ja ne!
No comments:
Post a Comment