Sep 28, 2010

Di celah kesibukan bandar Kaherah~

Assalamualaikum!

Haih~ tinggal di Kaherah memang tak lepas dengan kesibukan dan kepanasan yang nyata. Bila musim sejuk nak tiba ni? Dah tak sabar dah aku tunggu musim sejuk. Okey sebenarnya bukan nak cerita pasal bandar Kaherah ni, tajuk je gempak.

Aku nak cerita pasal benda baru yang aku jumpa. Haha, actually benda ni aku terjumpa kat blog Asada. Macam best je, aku terus join. Benda apa tu? 100penulis.com. 

Blog ni mempunyai 100 penulis/author, so, macam-macam jenis cerita dan ragam lah kan. Tapi best jugak la sebab semua editor ni berada di serata pelusuk dunia. Contohnya macam aku lah. Har har har. Ada jugak lah entry tentang kehidupan di perantauan la, macam-macam lagilah. Aku pun ingat nak buat entry macam tu tapi untuk awal-awal ni aku nak perkenalkan diri aku melalui sebuah cerpen. Actually cerpen tu bukanlah tentang diri aku, tapi aku tak tahu macam mana nak intro diri sendiri so aku tulis cerpen then aku intro diri aku kat bawah cerpen tuh. Alamak, kantoi dah entry yang baru aku nak post kat sana. Hehe~

Buat masa ni, masih ada kekosongan buat sesiapa yang nak join 100penulis.com. Setakat ni ada 92 penulis dan masih ada 8 free. So, kepada sesiapa yang berminat nak join, apa lagi, klik lah 100penulis.com sekarang! Okey, ni macam iklan jamu mak dara dah. Hahah.

Jom baca 100penulis.com! Macam-macam ada! ;DDD

Ja ne!

6 comments:

NIA said...

AS6

Hai Kimmy Ai.Baru datang jenguk-jenguk sini.Salam mesra dari 100penulis dari NZ:)

Latest entry: dah-lama-dah

suziesanji said...

As 6
Hai... Salam perkenalan.. buatla entry pasal kehidupan perantauan =)

Latest entry: Gambar orang yang sunyi

Mr. Asada said...

AS6

eh?? baru perasan yang kimmy ni duk cairo. x pernah nampak pun.. ingatkan duk kat area lain.. err..

Latest Entry :Pasukan Terhebat Dunia

Clarky Afif said...

guten abend.

salam dari clarky 100Penulis.

Encik MT said...

As 6

Saya mengomen anda ya! haha!

hentakbelipat said...

As6
salam perkenalan bro! jauh perantau nih..haha jauh pun rase mcm dekat juga kan..

latest entry: http://petisuaraku.blogspot.com/2010/10/siri-cerita-yang-cutting-edge-ini-satu_25.html

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...