Assalamualaikum!
Lupakan rancangan tv kegemaran yg anda sedang lihat,
lupakan mesej2 pakwe/makwe anda,
lupakan sementara kesibukan anda mengulangkaji pelajaran (musim exam),
lupakan temujanji anda untuk keluar bertemujanji bersama rakan2 karib anda.
Lupakan kemurungan anda akibat ditimpa masalah yg tak seberapa besar.
Lupakan, lupakan!
Mereka di sana,
Bertarung nyawa,
Demi sebuah pahala yg besar.
Sanggup berdepan dengan maut,
Tak gentar digoncang ancaman2 Israel,
Demi agama yg satu.
Masih mampu tersenyum,
Demi syahid yg diidam-idamkan.
Mampukah kita sekuat mereka?
Cukup beranikah kita untuk menerima tanggungjawab sebesar itu?
Tanya diri sendiri... sanggupkah kita untuk meninggalkan rumah2 yg enak.
Sanggupkah kita meninggalkan orang2 yg tersayang demi saudara seagama kita yg tiada pertalian darah pun?
Sanggupkah?
Aku pun masih belum cukup kekuatan untuk menjadi seperti mereka...
Kita yg masih mampu, buat la semana yg termampu.
Berdoalah, Boikotlah, Kecamlah, Sebarkanlah kesedaran sesama saudara seislam yg lain. Bangunkan mereka dari lenaan mimpi2 duniawi. Sedangkan mereka ini tak pernah lena digugat kerisauan di kejauhan. Sedangkan harapan mereka cukup tipis.
Walaupun sekiranya cubaan kali ini menemui kegagalan, ingatlah, akan banyak lagi bantuan2 Allah akan menyusul. Israel takkan pernah menang.
"Ya Allah, kami letakkan Kau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing kami ke atas mereka, wahai Tuhan yg Gagah Perkasa, wahai Tuhan yg Bersifat Murka, Ya Allah, wahai Tuhan yg Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yg Mengarakkan Awan, wahai Tuhan yg Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka... Amin."
P/S : Poster and banner credited to http://gazafreedommarch.org/cms/en/home.aspx
No comments:
Post a Comment