Jul 8, 2010

Cinta datang dan pergi... part 1

Assalamualaikum!


do you see my wishing star?

Sesiapa saja pernah bercinta. Tak kisah la couple atau tak, yang penting pernah menyintai seseorang. Perasaan tersebut wujud di dalam setiap manusia. Perasaan ingin menyintai sesuatu/seseorang.

Meluahkan perasaan

Cinta tak perlu diluahkan. Cukup dengan attitude anda mengambil berat orang yang anda cintai dan kasihi. Kadangkala anda tak perlu meluahkan perasaan cinta anda kepadanya. Tak perlu ayat i love you pun. Tapi, manusia ni kadang-kadang dungu jugak. Tak faham-faham. Or saje mengada-ngada buat tak faham and meminta-minta diluahkan perasaan itu. Biasanya perempuan la tu, saja nak mengada-ngada nak dengar ayat ai lap yu dari mulut orang yang disayangi. Nasihat aku kepada para perempuan, tak payah la. Nanti anda dikatakan gedik dan manja terlebih. Haha. Kalau yang jenis dungu tu, better let it out. Biar perasaan tu crystal clear kepada mereka.

Sebab bercinta (Teenages)

Kebanyakan remaja pastinya ingin sekali memegang status "In a relationship". Tak payah tipu, semua orang tau. Kerana apa anda ingin bercinta? Untuk menjadi terkenalkah? Anda rasa bosan? Taip ON CINTAN ke 333XX. Haha, sorry gurau-gurau. Tak ada maknanya bila anda bercinta nanti famous semua orang kenal. Jangan dikenali ramai kerana perbuatan tak baik kita, tetapi dikenalilah kerana kebaikan anda. Haa..

Anda rasa lonely? Tiada tempat untuk mengadu nasib. Tapi kena ingat, tempat yang sebenar-benar untuk bergantung hanya kepada Allah. Kita makhlukNya. KepadaNya lah kita mengadu nasib dan meminta belas kasihan.

Bercinta kerana sayangkan dia. Memang anda saling menyayangi. Tetapi saluran yang salah. Bercinta bukan hanya setakat waktu muda-muda. Cinta kekal sampai ke syurga. Mampu ke anda menyintai pasangan anda sehingga ke akhir hayat? Oleh sebab tu lah tak boleh senang-senang je kita nak main hentam je bercinta. Tak boleh main test. Touch and go ape sume. Pilihan kena betul. Kan nak hidup bersama sehingga ke akhir hayat.


Anda ada sebab untuk bercinta? Sila kemukakan pada aku. Mana tau sebab korang tu boleh pakai. Untuk part 2 nanti aku akan sambung dengan beberapa hujah dari sumber yang sah.

Ja ne!

No comments:

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...