Pernah dengar lagu 'End of Me' dari Marion Raven tak? Dah lama dah lagu tu. Zaman aku lompat pagar sekolah tu. Eh, tak la. Aku tak pernah lompat pagar sekolah. Pagar sekolah tinggi tuh. Macam tembok China. Hehe. Back to the topic, lagu tu best. Kalau yang tak pernah dengar tu cubalah dengar sekali. Aku pun tak pandai nak describe genre apakah lagu tu. I just love music. I don't care what genre it is. As long as it is fine with my ears. XD.
Marion Raven
Ooh, sungguh nostalgic bila fikirkan balik yang aku ni bukan lagi budak sekolah. Dah 3 tahun rupanya aku tinggalkan bangku and meja sekolah. Padahal masa kat sekolah dulu hati meronta-ronta nak habis sekolah cepat. Biasalah kan, ayat stereotype. Well, i love stereotype. Manusia itu sama tapi tak serupa. Wah, memang rindu gila zaman sekolah dulu. Rindu nak ponteng kelas, rindu nak tidur waktu perhimpunan, rindu nak curi-curi baca komik belakang kelas and waktu habis sekolah, rindu nak keluar pergi beli bihun goreng kat kedai makcik tepi pagar sekolah, rindu bungkus barang haram macam hadiah bagai la, macam-macam lagi lah. Aku boleh tahan nakal jugak masa di sekolah dulu. Tapi nakal diam-diam. Heh.
Dan, aku lagi rindukan zaman sekolah rendah. Macam heaven! Main tak ingat dunia. Hehe. Tapi zaman sekolah rendah aku tak nakal, maklumlah innocent lagi kan. Tapi aku pelik, kenapa kita tak buat salah masa kita innocent tapi bila dah akil baligh kita selalu buat salah ye? Soalan ni aku tujukan kepada diri sendiri jugak ni. Haah, kan. Kenapa ye? Hmm,, ada manusia bijak pandai yang boleh tolong jelaskan tak?
Aku balik Malaysia esok. Flight pukul 6.30 pm waktu Mesir. Touch down Malaysia insyaAllah petang esoknya (Jumaat). Transit 4 jam di Doha, Qatar. Nasib baik ada jugak boyfriends yang balik sekali. At least, kalau ada apa-apa boleh mintak diorang tolong. Itulah gunanya kawan. Takde la aku berdua je dengan Madihah. Risau jugak kami ni perempuan. Hehe. Ah, bersedialah aku untuk journey yang panjang dalam flight nanti. Phew~
So, dengan ini, insyaAllah ni adalah entry terakhir aku taip di tanah Mesir. InsyaAllah panjang umur aku akan menulis lagi di tanah ni September akan datang.
Satu lagi isi penting yang aku hampir tertinggal, aku dah hantar Wiwi ke KLCC. Aku tak tahu macam mana perasaan dia sekarang. Semoga dia still ingat lagi tempat asal dia sebelum kitorang ambil dulu. Serius aku sedih woo. Sedih gila. Ye lah aku rapat ngan Wiwi. Walaupun dia kucing, tapi hilang dia aku rasa macam hilang sorang kawan rapat. Bukan sebelum ni aku tak pernah bela kucing, tapi dulu kat rumah banyak bersepah-sepah kucing sampai pening nak layan mana satu. Kat sini pulak aku bela dia seekor je. Memang dia je la tempat lepas geram, bermanja-manja semua. Sekarang dah tak ada dah. Harap-harap dia pandai la jaga diri dia lepas ni.
Fuh~
CityStars dah jelajah. IBC dah serang. Ape lagi, jom kita berangkat pulang.
Next Stop : -
- Doha, Qatar
- Malaysia
- Terengganu
- Rumah
- Mak
Ja ne~~ T_T
2 comments:
LOL. Memories~
Bebaek blik tuh..smoge slmt smpai! ^^
wah bestnyer ...bnyk tol destination nk pegi.=D
Post a Comment