Jul 17, 2010

Cinta datang dan pergi... part 2

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Harap sihat-sihat semua okey?

Entry ni sambungan dari part 1 hari tu. Empat entry yang lepas tak silap aku.

Cinta yang suci dan abadi

Aku ada terbaca dalam surat khabar satu tajuk buku ni : "Jika Allah mencintai hambaNya, tahukah kita membalasnya?". Tapi aku belum pernah baca pun, cuma disebabkan tajuknya aku dapat idea baru. Kita dah sedia maklum, Allah mencintai kita. Maka kita pun kenalah membalas cinta yang diberikanNya. Bagaimana? Dengan taat segala perintahNya. Ayat ni mudah je. Tapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab sebagai seorang hamba untuk membalas cinta Allah.

Macam mana pulak dengan cinta manusia? Sama je konsepnya, kalau orang sayang kita, kita kenalah membalas cinta mereka, setuju? Macam mana? Kita dengar cakap mereka, buat apa yang mereka suruh. Konsep yang sama, tapi berbeza ganjarannya.

Cinta memerlukan pengorbanan

Cinta kepada Tuhan menuntut pengorbanan yang besar dalam hidup. Pengorbanan masa, harta, jiwa, semualah. Kita beribadat, berdoa.. kita serahkan jiwa kita kepadaNya, bergantung harap kepadaNya, meminta belas simpati daripadaNya. Cinta kepada manusia, boleh ke kita macamtu?

"(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" [61:11]

Couple

Aku tak pandai nak elaborate tajuk hot ni. Sebab dah terlalu ramai bloggers yang ulas tajuk ni. Semua sama je. Dah muak baca. Hehe. Sayangi diri anda sebelum menyayangi orang lain. Dilema couple.. aku dah jumpa 3 jenis manusia setakat ni. Firstly, orang yg couple, break, then nak couple lagi. Jenis ni yang tak boleh hidup tanpa ada pasangan. Macam, takde orang sebagai tempat untuk mengadu. Second, orang yang couple, break, then dah serik. Yang jenis ni, sama ada pendirian dia dah berubah, atau dah bosan. Third, orang yang couple, tak break2 sehingga ke jinjang pelamin. Haha, yang ini, habis cerita.

Bosannya tajuk couple ni. Sama bosan macam melaluinya. Zaman muda hanya sementara. Kalau muda-muda ni tak nak bertaubat, susah dah nak bertaubat tua-tua karang. Malu dah nak bertaubat tua-tua. Percaya cakap aku, aku dah tengok dan walking through other's life macam-macam dah walaupun umur aku baru 20. Baru setahun jagung. Experience makes me matured.

Nanti bila kita dah punya anak, dah jadi tugas kita mendidik anak-anak. Kita nak didik anak-anak jauhi couple, tapi kita zaman muda-muda dulu, couple bagai nak rak, tanpa sebarang batasan. Kita mesti akan malu pada diri sendiri, sungguh!

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32).


Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Jika seorang laki-laki berzina maka iman yang ada pada dirinya keluar darinya seperti bayangan, jika dia berhenti maka iman kembali kepadanya.” Diriwayatkan oleh  dan al-Hakim. Hadis ini dishahihkan oleh al-Hakim 

Al-Quran dan hadis dah menyatakan hukum, tapi ada lagi yang still nak cari dalih. Bayangkan jika iman keluar dari diri kita. Betapa semua orang inginkan merasai nikmat iman, kita pula suka-suka menurut nafsu membuang iman dari diri kita.


Part ni aku agak lama untuk aku siapkan. Aku still tak puas hati sebab belum habis mencari bukti dari sumber aku tu. Dan part ini juga lebih kepada cinta kepada Maha Pencipta berbanding kepada manusia. Ai, rasanya macam akan wujud part 3, tapi nanti lah. Belum cukup reason untuk sambung lagi.

Quote baru cik K : Cinta kepada Manusia, cinta datang dan pergi, Cinta kepada Allah, cinta kekal abadi.

Ja ne!

No comments:

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...