Exam habis dah semua orang sibuk-sibuk buat entry horay sana horay sini nak balik sana nak balik sini rindu sana rindu sini. Habis tu aku, tak? Heh.
So yea, exam aku dah habis dengan jayanya (Result aku tak tau la macam mana kan). Tinggal lagi 6 hari tarikh flight balik ke Malaysia.
1 July 2010. InsyaAllah sampai la aku ke Malaysia 2/7 tu.
Maka aku pun dah berkira-kira plan untuk menghabiskan 6 hari yang berbaki ni. Hais, ade pula yang gatal-gatal nak heret aku pergi Alexandria nak shopping. Oh shot, aku takde peruntukan untuk shopping di Alex. Aku hanya save untuk shopping di Hussin jer, and enjoy2. Ahaha~
Then mahu ke Tanta sebentar. Menghantar anak angkat aku si hamster-chan Kaname. Tinggal seekor je la dah Yuuki dah meninggal dunia 3 hari yang lepas. Bakal terima kasih kepada si Zul kerana baik hati mensponsor diri untuk menjaga hamster-chan sepanjang aku balik Malaysia nanti. Huahuahua.
Lagi, nak ke Syobra. Lepak2 di Asfour Crystal. Ingat nak cari cincin ah. Yang hari tu dah kholas kidah (rosak daa..). Cincin ni perlu kalau ada arab yang gatal-gatal nak ajak kahwin aku terus tunjuk je jari yang dah bercincin. Haha.
Juga ke city stars, tengok la apa yang ada. Lepak-lepak je kot tengok wayang.
Perkara wajib, bowling. Ya, itu wajib.
Cukup semua list, apa lagi, jom la belah dari sini. Aku dah teringat macam-macam benda kat Malaysia sana tu. Hehe.
Ja ne!
2 comments:
gud luck for exams! :)
ooh,oh.. exams dh habis...~
anyway, tq!
Post a Comment