Jul 28, 2010

Bila Hati Aku Dah Takkan Cair Walau Guna Seterika Sekalipun.

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni tajuk aku macam gempak tak bersebab kan? Aku apply gaya tulis tajuk dari seorang blogger feveret aku. Har3. Bukan copycat ye, cuma apply idea. >.<

Aku pernah beberapa kali di'ayat' oleh kaum lelaki (yelah, kalau perempuan aku terus kasi pelempang je, i'm not les!). Jap, ni bukan entry mencapub ke perasan sendiri or whatever. Ni entry nak berseloroh dengan korang tentang pengalaman sendiri.

Aku bukan jenis melayan orang meng'ayat' ni. Takde kerja aku nak layan-layan. Tapi kalau bernasib baik dapat tambah kawan sekali. Itu objektif utama. Tapi, yang aku nak cerita kat sini, ada lah beberapa cara/habit yang digunakan yang aku rasa dah bosan and sangat malas nak layan.

Contohnya kan, sampai satu mesej, "Hai awak, buat pe?" Aku tak tau lah pendapat korang tapi bagi aku, nak je jawab, "Tengah solat, jangan kacau." Bunyi macam perli, tapi aku memang nak perli. Boring la aku nak jawab aku tengah buat itu, buat ini. Then, "Awak dah makan?" Ahh, tidak!!! "Tak makan, saya tengah puasa ganti." Aku nak jawab macam tu tiap-tiap hari boleh tak? Sebab apa aku kata boring dengan stail mesej macam ni, pertama, soalan yang sama ni akan keluar tiap-tiap hari. Tak bosan ke? Kedua, aku jenis tak berapa nak suka style mesej pendek2. Yelah, memang la SMS tu supposely short, tapi takde lah satu mesej, "Ape awak buat?" lepas tu, "Dah makan?" lepas tu lagi, "Kat mana?" Wah, hebat betul perasaan bengang kalau dapat mesej macam tu. Apa salahnya taip 2-3 soalan terus kan senang. Jimat la kredit dan duit anda. Jimat masa aku jugak nak membaca sekaligus and membalas. Sebenarnya aku tak suka orang tengok aku pegang handphone 24 jam asyik balas mesej. Tak cool. Kalau aku businesswoman takpe lah jugak. Kalau time tu mood aku tak best, terus aku tak layan je mesej korang. Sorry beb, aku bukan sombong, tapi agak bengang dapat mesej yang sama berulang-ulang.

Macam contoh yang kat atas ni, bagi aku, kalau asyik tanya soalan yang sama, macam tak ada perkembangan dalam relationship. Tak kira la niat asal dia nak meng'ayat' ke or just want to be a friend, tak ada variations la dalam communications. Dah kata nak kenal, tanya la sikit-sikit personal questions cth : mak nama apa ke, lahir dulu duduk katil no. berapa ke, kakak single ke tak. Best jugak nak jawab. Tapi slow-slow la kan, tak perlu nak tanya semua dalam satu hari je. Nanti bila dah tau semua, dah takde modal nak bercakap pulak. That's why, jangan la mesej tiap-tiap hari 24 jam tanpa henti. Seminggu sekali ke best jugak. Nanti bila sunyi lama tak berhubung, baru rindu sikit. Hahaha, tapi benda ni takleh nak apply kat aku, korang pergi apply kat best friends korang ke kayh?

Yang jenis suka call orang pun aku malas jugak nak layan. Kecuali kalau aku pernah jumpa dia kat mana-mana ke, boleh tahan la. Aku cuma akan jawab call yang penting and orang-orang yang rapat dengan aku je. Kalau nak ajak bergayut sampai jatuh katil, sila cari monyet lain ye? Ni tak, baru sehari kenal dah call berjam-jam. Macam desperate pulak. Chill lah, friendship never ends.


comel tak chibi monkey ni?

Lastly, part yang paling buat aku bengang and tak suka. Bila diajak bercinta tapi ditolak mentah-mentah, terus tak nak kawan dah. Bila tanya, dia nak couple je, kawan taknak. Orang jenis macam ni aku agak anti lah. Tau la ada ego sendiri kan. Bila dah kena reject memang la agak jatuh maruah di situ. Tu la, jangan main tibai je tanya tak kena hari. Baru kenal terus nak couple tak boleh la kan. Berkawan la dulu kenal hati budi masing-masing, cari mutual emotions antara korang. Bila dah lampu hijau, ape lagi, masuk meminang terus. No need couple-couple lah. Ada yang dah bertahun-tahun berkawan tapi still tak ada perasaan tu, maknanya jodoh korang bukan di situ. Mungkin kat tempat lain. Kita tak tahu takdir jodoh. Yang penting, usaha.

Ouch, dah panjang aku membebel petang-petang ni. Yang penting, hati aku dah takkan cair walau guna seterika sekalipun. Ia dah membeku dan tersimpan jauh di dalam kerak roti High 5. Haha, ye lah aku berhenti bergurau. Apa-apa pun, untuk korang semua, cik K sayang semua lah!

Ja ne!

5 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

tak suke angkat tepon kalau ade nombor baru yang masuk...

Noru Amran said...

I pun tak gemar part yang last tu.
be professional lah.
ni nak kawan sebab nak ngorat jep.
dah nampak dah keikhlasan ituh kat mana.
=P

'Athifah Markzzaki said...

cik aidacomel - oh, kdg2 ia perlu mana tahu kot ada emergency..

cik cahaya - hehehe.. yes2~

;DD

suzie rahman said...

ok fhm2,,haa dh nmpk skit grg tu,hii

'Athifah Markzzaki said...

hahaha.. yep.. kimmy garang pada luaran jek.. ;))

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...