Jul 18, 2010

Huh? Bogel? Yek!

Assalamualaikum!

Sambil goreng ikan buat makan malam petang semalam, aku bukak la TV3 ada rancangan Fuh yang dihoskan oleh Awal Ashaari (oh, hensem jugak kamu ni). Heh, lari tajuk.

Maka keluarlah isu artis lelaki berbogel dalam filem. Oh? Apa yang peliknya? Tak ada yang pelik dah. Malaysia kan boleh. Salah satu komen seniman dalam temubual Fuh yang aku still ingat. "Tak elok la, kita kan orang Timur". Ada lagi, "Kalau memenuhi kehendak filem rasanya DIBOLEHKAN la".

Hoi, mazhab mana yang kau pakai yang membolehkan berbogel di khalayak ramai? Dan, ini takde kaitan kita orang Timur ke Barat ke Tengah ke. Persoalannya, kita ni Islam ke tak? Kita dah belajar Pendidikan Islam zaman kecik-kecik lagi yang aurat lelaki bermula dari paras pusat hingga ke lutut dan aurat perempuan bermula dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kecuali muka dan tangan (kalau boleh sepatutnya kena tutup muka and tangan pun). Ke ada yang skip subjek Pendidikan Islam?

Dah la tak tutup aurat, tunjuk di khalayak ramai pulak tu? Kalau body cantik xpe jugak. Hais~ Nama dah islam, tapi diri kita ni islam ke tak? Sedar-sedar la. Kita bising-bising pom pam pom pam menentang serangan Israel. Tapi apa dah jadi dengan mentaliti kita yang nak ambil contoh negatif AS (sekutu Israel) yang buat filem bogel sana bogel sini? Apa yang kita dapat? Dosa adalah.

Ni yang perempuan pulak, wei, sejak bila aurat kita (aku jugak) ni dari atas dada hingga ke peha? Berkemban sana, berkemban sini. Cantik sangat ke? Dapat dosa adalah. Dah la diri sendiri dapat dosa, orang yang memandang dengan ghairah pun dapat dosa. Tak ke dua kali ganda dapat dosa?

Apa yang aku dapat kalau aku bising-bising kat sini tapi pihak yang sepatutnya tak tahu menahu pun pasal kewujudan blog aku nih? Nasihat aku kepada bloggers, silent readers, followers sekalian,, meh la sama-sama kita kembali ke jalan yang sepatutnya. Kita hidup untuk mati. Amalan di dunia, hanya untuk ditimbang di akhirat sana. Jadi, jagalah amalan kita. Jangan sampai Allah murka dan turunkan bala, masa tu baru merangkak nak minta ampun. Kalau dah terlambat, taubat tak diterima, diri sendiri yang menyesal.

Chill lah, k?

p/s : Setakat yang aku tau, satu je situasi di mana berbogel tu boleh. Untuk perubatan, boleh la.

p/s/s : Apa-apa pun, meh kita skodeng ibu-ibu ayam ni berbogel. Dosa tak dapat. Ahaks!


kepak! pak! pak! pak!

Ja ne!

3 comments:

qeqe said...

tu dia!! hahaha!! tetiba en.qeqe merasakan terasakan. hahaha... pasni blog en.qeqe kene blur kn mana yang tak patut nih...hikssss

qeqe said...
This comment has been removed by a blog administrator.
'Athifah Markzzaki said...

oh-oh? dlm blog en.qeqe ade censored ke? mcm ta penah tengok jek..

haha.. anyway, yg xperlu dtunjuk, mmg xperlu jugak..

chill lah..

;DD

Kau rasa?

Sometimes kau rasa empty bila suami jauh dari kau. Kau rasa takde protection, kau tak rasa belaian kasih sayang dia. Even though nowadays we...